Janji (Scoups)
"Jeonghan yah!! Kalau kau tak bagi balik buku aku.. Aku bagitau dekat Mr Jeon nanti"
"Alah..kali ni je.. Aku tak ingat nak buat homework yang dia bagi semalam. Aku tiru eh?
Jeonghan terus memujuk sahabat baiknya itu. Erm, Salah dia jugak, dia tertidur sampai tak ingat nak siapkan homeworknya.
Seungcheol hanya mampu menggeleng. Nasib dia sayang sahabatnya itu, kalau tak. Takde maknenye nak dilayan.
"Haa.. Yelah. Cepat sikit. Nanti dia datang tak sempat pulak kau nak buat."
Seungcheol memandang ke luar kelas untuk memerhati adakah gurunya itu ada berhampiran.
"Terima kasih Cheol!! Sayang kauu. Kau lah sahabat terbaik yang pernah aku ada."
Jeonghan terus menyalin jawapan homework sahabatnya itu.
*Skip
"Kriingggg"
"Coups, jom balik."
"Haa.. Yelah"
"Nanti teman aku pergi beli aiskrim. Tetiber craving mase tengah belajar tadi"
"Patutlah aku tengok kau semacam je. Ingat dah pergi bulan"
Jeonghan tertawa mendengar kata-kata Seungcheol sebentar tadi. Bertapa mesranya mereka berdua
Selepas membeli aiskrim, mereka berdua menuju ke taman. Sambil menikmati aiskrim, mereka terus berbual-bual
"Coups, kau sayang aku tak?"
"Kau dah kenape tanye soalan macam tu?"
"Takla.. Aku selalu cakap yang aku sayang kau.. Dan kau sayang aku tak?"
"Mestilah aku sayang kau.. Sahabat susah senang aku kot.. Sahabat sehidup semati. Hish.. Apelah tanye soalan macam tu"
"Betul eh? Kau janji walau ape pon yang berlaku, kita tetap bersama"
Kata Jeonghan sambil menghulurkan jari pinkynya dan disambut oleh Seungcheol.
Sebelum kedua-duanya pulang ke rumah, kedua-duanya bersepakat untuk belajar bersama-sama pada keesokkan hari. Yelah, esok kat hujung minggu.
"Malam esok, aku datang rumah kau eh, Han?"
"Okay"
Keesokkannya, Seungcheol datang untuk belajar bersama-sama. Hanya mereka berdua yang tinggal di rumah kerana keluarga Jeonghan pulang ke kampung.
Mereka mula belajar bersama-sama, tiba-tiba
"Ngantuknya, dah pukul 10.10 malam, patutlah aku mengantuk" kata Seungcheol.
"Kalau kau mengantuk, pergi buat air dekat dapur, biar segar sikit mata tu"
Seungcheol terus ke dapur untuk menjerang air. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
"Yeoboseyo Eomma"
"Malam ni Cheol balik tak?"
"Tak, Cheol nak teman Si Jeonghan tu haa"
"Iyelah, duduk rumah orang elok-elok. Hati-hati"
"Nae~" panggilan terus dimatikan.
"Bau ape ni?" Dia menjadi kelam kabut apabila teringat akan air yang dijerangnya. Penuh asap di ruangan dapur. Dapur dah terbakar!!
Cheol terus berlari mencari Jeonghan.
"Han.. Kita kena lari, dapur dah terbakar. Api makin marak tu."
Jeonghan yang terkejut turut berlari. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu ingin keluar dari rumah!
Semasa berlari, Jeonghan tersadung lalu rebah. Kakinya terkehel.
"Han, kau kene bertahan,"
Coups meluru ke arah Jeonghan untuk membantunya, namun niatnya terhenti apabila almari telah menghempap badan Jeonghan. Dan api makin marak.
Coups cuba menarik Jeonghan keluar, namun gagal. Api pula telah merebak ke arah almari tersebut.
"Cheol, kau pergi jelah selamatkan diri kau. Maafkan aku kalau aku ada buat silap dengan kau."
"Apa kau merepek ni, kau akan selamat, kita berdua akan selamat dan Kite akan keluar dari sini" dia masih mencuba menarik Jeonghan keluar.
"Maafkan aku sebab tak dapat tunaikan janji untuk selalu bersama kau. Kaulah sahabat sehidup semati aku" keluh Jeonghan
Api yang marak menyebabkan mereka terpisah, Cheol terpaksa mengundur apabila pihak penyelamat telah tiba.
Apabila Cheol berjaya dikeluarkan,
"Tolong selamatkan sahabat saya encik." Rayu Cheol sambil menangis.
Namun, sudah terlambat kerana Jeonghan telah meninggal dalam peristiwa tersebut dan meninggalkannya buat selama-lamanya.
😭😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro