Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Hilang (Hoshi)

Kwon Soonyoung atau lebih dikenali sebagai Inspektor Hoshi merupakan salah seorang anggota polis yang paling hebat dan berjaya di Seoul.

Siape je tak kenal hoshi ni? Selalu muncul di kaca TV dan akhbar. Gari yang sentiasa ada di tangannya menunjukkan beliau seorang yang sangat bersedia.

"Inspektor Hoshi, terdapat satu kes baharu yang baru dilaporkan di Namyangju-si. Kami perlukan awak untuk selesaikan kes ini dengan segera."

Hoshi meletakkan gagang telefon dengan kuat lalu bergegas ke tempat kejadian dengan segera.

Terdapat seorang mayat wanita Yang berusia awal 50-an dijumpai di atas lantai di rumahnya. Terdapat beberapa tikaman dan kelaran pada badan mangsa. Terdapat juga kesan hentakan di kepala mangsa.

Siapa sangka mayat tersebut ialah eommanya sendiri. Hoshi terus menggigil dan jatuh ke atas lantai.

Inspektor Jeon, merangkap rakan setugasnya mula menjalankan siasatan dan pemerhatian ke atas mayat apabila melihat keadaan hoshi yang menjadi lemah. Yelah, sape je tak terkejut melihat eomma sendiri dibunuh dengan kejam.

Segala bukti cuba dikumpulkan sebaik mungkin. Segala bukti yang dikumpul dihadapkan ke mahkamah. Inspektor Hoshi telah ditahan untuk membantu siasatan.

"Mahkamah telah memutuskan bahawa Kwon Soonyoung telah melakukan satu pembunuhan kejam ke atas eommanya sendiri. Suspek disyaki telah memukul kepala mangsa dengan menggunakan gari sebelum mengelar dan menikam badan mangsa bertubi-tubi." Kata hakim pembicaraan.

Hoshi ketawa terbahak-bahak di dalam kandang pembicaraan. Inspektor Hoshi tak ubah seperti orang gila!.

Segala jawatannya telah dilucutkan serta merta. Hoshi juga telah disahkan menghidapi penyakit mental yang agak teruk. Dia enggan bercakap dan hanya ketawa bersendirian.

Inspektor Jeon masih terkejut melihat bukti yang jelas menunjukkan suspek.

*flashback
Terdapat satu surat yang agak mencurigakan di samping mayat mangsa.

Eomma, kalau eomma masih menyuruh saya untuk berhenti daripada kerjaya polis ini, saya pasti akan tamatkan semua ini!

Hoshi bukan sahaja kehilangan kerjanya malah eomma dan seluruh hidupnya.








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro