Eomma (Hoshi)
Soonyoung seorang yang sangat sangat suka main games Walau sudah lewat malam, ianya tidak menjejaskan Soonyoung untuk terus bermain games sehingga waktu pagi.
Pada suatu malam,
Soonyoung melirik jam di dinding. Dah pukul 11.30 malam.
"Alah.. Awal lagi..nanti-nantilah tido"
Begitulah rutinnya setiap hari walau esok adalah hari bersekolah. Walau dinasihati oleh ibunya, dia tetap begitu.
"Lapar la pulak..haish"
Soonyoung terus turun ke dapur. Mencari makanan yang mungkin boleh mengisi perutnya yang sedang menyanyi. Soonyoung menjadi hampa apabila tiada satu makanan pon yang dia boleh makan.
*sibuk cari makanan, terjumpa biskut jagung*
"Aish.. Ni makanan orang tua. Macam mana aku nak makan"
Memilih jugak dia ni.. Hahahahaha
Tiba-tiba,
"Cari ape tu Ochi? Malam-malam macam ni pon tak tidur lagi"
"Takla eomma, Ochi laparlah.. Sebab tu turun cari makan ni haa"
"Atas meja tu ada makanan. Ochi makanlah"
Soonyoung terus menuju ke arah meja makan.
"Ada burger! Mesti eomma yang beli. Tapi kan, bukan ke eomma balik pukul 6 pagi.. Eomma kan kerja shif malam. Erm.. Tukar shif la tu"
Soonyoung yang malas berfikir panjang, terus makan burger tadi dengan cepat. Dalam beberapa minit sahaja, burger tu dah habis dimakannya.
Selepas makan, Soonyoung terus masuk ke dalam biliknya. Lepas perut diisi, mata pulak terasa berat. Baru sahaja matanya dipejam, tiba-tiba
Left and right
Left and right
Left and right
Rip it, rip it
(Stream Left and right caratdeul!)
Iphonenya yang berbunyi segera dicapai. Tanpa melihat siapa yang menelefonnya, Soonyoung terus menjawab panggilan tersebut.
"Yeoboseyo~"
"Soonyoung-ah.. Pagi esok eomma tak balik. Eomma sambung shif malam ni sampai tengah hari esok."
Eomma yang menelefon? Bukankah tadi baru dia bercakap dengan eommanya? Pelbagai soalan mula bermain di benak fikirannya.
Soonyoung mula terdiam. Mata yang tadinya hampir tertutup terus menjadi segar.
"Yeoboseyo? Soonyoung-ah.. Kamu dengar tak eomma cakap ni?"
"Erk.. Dengar eomma"
Suara Soonyoung mula terketar-ketar
"Takpelah.. Pergi tidur.. Eomma nak sambung kerja ni"
Soonyoung memutuskan panggilan. Dia takut. Dengan siapa dia bercakap? Tanpa menunggu lama, dia terus menuju ke arah bilik hyungnya, Jisoo.
Keesokkannya, dia menceritakan kepada hyungnya apa yang telah berlaku. Baginya malam itu, merupakan malam yang takkan dilupanya sampai bila-bila.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro