Dendam (Woozi)
Mingyu terjaga apabila seseorang menyimbah air ke mukanya. Di hadapannya, berdirinya seseorang yang tak dikenalinya.
"Siapa kau? Kenapa kau tangkap aku?"
Badannya yang diikat di kerusi menyebabkan dia tidak dapat bergerak.
"Cuba kau tengok betul-betul muka aku ni"
Mingyu cuba untuk mengecam siapa lelaki tersebut. Akhirnya, dia terkejut.
"Kauu.. "
*flashback
Jihoon berjalan menuju ke arah kelasnya. Tiba-tiba langkahnya dihalang oleh beberapa orang lelaki yang sangat dikenalinya.
"Tengok sapa yang datang"
Jihoon hanya menunduk memandang lantai. Dia sudah terbiasa dilayan begini.
"Bagi aku semua duit kau"
Tanpa sempat berkata apa-apa, Mingyu merampas dompet kepunyaan Jihoon. Semua duit di dalamnya diambil.
"Tinggalkan beberapa won untuk aku jugak.. Aku.. Aku pon nak makan"
Rayu Jihoon
"Kau layak makan ni je pendek!"
Mingyu melepaskan satu tumbukan menyebabkan Jihoon tersungkur ke atas lantai. Seokmin dan Minghao yang berdiri di sisinya hanya ketawa melihat Jihoon yang mendesis kesakitan.
"Okay cau duluu"
Jihoon cuba untuk bangun. Dengan tenaga yang ada, dia menggenggam erat tangannya.
"Kau akan menyesal suatu hari Kim Mingyu!"
*End flashback
"Ya.. Akulah si lemah yang selalu kau buli. Selalu kau pukul sesuka hati. Si pendek ni lah yang selalu menjadi mangsa kau"
"Kau.., kau dah berubah"
"Ya.. Memang aku dah berubah sebab aku nak balas dendam dekat kau!"
Jihoon dah marah. Jihoon bermain dengan gitar di tangannya. Gitar itu dihayunkan beberapa kali.
"Aku dah berubah.. Aku dah tak sama dengan Mingyu yang dulu"
Jihoon hanya tersengih jahat.
"Kau tengok tak gitar kat tangan aku ni?"
"Kau nak buat ape dengan gitar tu?"
Mingyu mula ketakutan.
"Aku nak hempuk kepala kau guna gitar ni!"
Seraya dengan itu, Jihoon terus memukul kepala Mingyu beberapa kali sekuat hatinya. Jihoon tak ubah seperti seorang Psiko!
Jeritan Mingyu tidak diendahkan, malah tangannya lebih laju bergerak. Lama-kelamaan, jeritan Mingyu hilang begitu sahaja.
Setelah puas memukul Mingyu, baru dia berhenti. Gitar tu dah hancur berkecai dan dah takde rupa gitar.
"Baru puas hati aku"
Jihoon melihat jasad Mingyu yang sudah tidak bernyawa sambil tersenyum.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro