Cermin pt 2 (Jun)
Kelihatan Jun sedang meletakkan botol air milik di dalam beg sandangnya. Sehelai kain nipis dikeluarkan lalu mengesat mukanya yang sudah lencun dengan peluh.
Irama lagu Anyone yang berputar semakin menghilang. Dia terpandang Joshua yang mematikan audio tersebut.
"Hyung balik dulu. Jangan berlatih lama sangat."
Jun sekadar mengangguk sambil tersenyum sedikit. Sempat dia mengerling ke arah jam dinding yang tergantung tinggi pada dinding dalam bilik latihan tersebut.
"Baru pukul 8 malam." Gumamnya lalu merebahkan belakangnya di atas lantai.
Keadaan di dalam bilik latihan itu sunyi sepi kerana kebanyakkan ahli Seventeen yang lain telah pulang awal ke dorm.
Jun yang berniat untuk berehat sebentar telah terlelap.
10 p.m
Jun menggeliat malas. Pipinya yang gatal digaru perlahan.
"Sejuk" gumamnya dalam keadaan separuh sedar. Dengan mata tertutup, Jun cuba mencari sesuatu untuk menyelimuti bahagian kakinya yang kedinginan kerana tidur di atas lantai yang sejuk itu.
Jam di dinding berdetak menunjukkan pukul 10.05 malam. Dia berniat untuk terus pulang ke dorm dengan segera.
Baru sahaja dia ingin menutup suis lampu di bilik tersebut, dia dikejutkan dengan susuk tubuh seseorang yang tiba di muka pintu.
"Lah, kau tak balik lagi Wonu?"
Lelaki berkaca mata itu sekadar menggeleng.
"Aku datang semula ni nak ambil barang."
"Kau nak minta aku temankan ke?"
Soal Jun yang mematikan niatnya untuk keluar dari bilik tersebut.
"Tak perlulah. Kau balik dulu. Hati-hati"
Jun mengangguk. Dia terus berjalan ke arah pintu namun dia tersilap langkah dan terjatuh.
"Auch!" Jun menggosok punggungnya yang terasa sedikit kebas. Matanya secara tidak langsung terpandang cermin besar di dalam bilik tersebut.
"Kan aku dah suruh kau hati-hati."
Alangkah terkejutnya dia apabila dia hanya melihat rupa kepala Wonwoo yang berada di atas lantai. Matanya digosok berkali-kali. Debaran di dada semakin terasa.
Jun melihat susuk badan 'Wonwoo' yang cuba mengutip kepalanya yang jatuh. Namun begitu, gambaran 'wonwoo' yang dilihat pada cermin adalah berbeza dengan susuk badan 'wonwoo' yang berada di hadapan cermin.
Tanpa menunggu lama, dia terus memecut keluar dan menuju pulang ke dorm.
~
Kejadian tersebut menyebabkan Jun demam teruk.
"Aih, boleh pulak hantu tu jadi aku eh?"
Wonwoo menggosok hidungnya perlahan. Mungkin konfius dengan tindakan hantu tersebut.
"Kalau aku jadi kau hyung, dh lama aku pergi cabut kepala dia. Lepas tu bagi si galah tu sepak sampai Malaysia."
Tangannya digenggam kemas. Boleh pulak hantu tu copy muka hyungnya yang ploles tuh.
Author rase Jun takut jumpa Wonu lepas ni hahahaha.
Enjoy~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro