Berkhemah (Vernon)
"Hyung! Jadi tak kita nak pergi camping hujung minggu ni?"
"Mestilah jadi Chan. Kenape tak jadinya" kata Jeonghan dengan penuh semangat.
"Korang dah mintak izin belum dengan parents korang? Hyung tak nak nanti ade yang report polis anak diorang hilang"
"Alah Cheol hyung ni. Orang dah bagitau dah. Dah dapat green light ni haa" Seokmin tersengih sambil menunjukkan ibu jarinya.
"Kita camping dekat air terjun Kampung Diva Boo kan?" Soal Jun pula
"Haah.. Tapi kan kenape aku rasa nama kampung tu macam ada kena mengena dengan nama aku eh?"
"Tak payah nak perasan lah Kwan. Diva Boo tu janda anak 12. Kau tu sape je" usik Mingyu
Seungkwan dan Mingyu mula bergaduh dan kawan-kawan mereka yang lain hanya mampu melihat peperangan itu. Jangan risau, tiada pertumpahan darah berlaku😂.
*skip*
Dengan menaiki sebuah van, 13 orang namja itu pergi ke destinasi yang ingin dituju.
"Wah!! Cantiknya air terjun ni~" kata Jihoon sambil terlompat-lompat.
Mereka semua mula mendirikan khemah dan mncari kayu api.
"Kenape kena cari kayu api? Penatlah"
"Eh.. Kau ni kan. Kalau tak cari kayu api nak masak macam mane? Kita bukan duduk kat rumah ni. Nak makan pasir?"
Savage betul la si Minghao ni. Sampai terdiam sejuta bahasa si Seokmin dibuatnya.
*skip*
Sekumpulan namja itu duduk di sekeliling campfire selepas makan malam. Mereka mula menyanyi dan berseronok. Tanpa mereka sedar, mereka telah diperhatikan sejak mereka tiba di kampung itu lagi.
Apabila jam menunjukkan hampir 12 malam, mereka mula mengantuk dan masuk tidur.
Vernon terjaga dari tidur kerana ingin membuang air. Ketika ingin tidur semula,
Kelihatan Wonwoo sedang duduk di tepi bawah sepohon pokok. Apabila melihat Wonwoo mula berdiri, Vernon segera mengikuti hyungnya itu.
"Wonu hyung nak pergi mane?"
Tanpa dia sedar, dia telah mengikuti 'wonwoo' sampai ke tengah hutan.
*skip
Kehilangan seorang remaja lelaki bernama Chwe Hansol ketika berkhemah masih menjadi satu misteri
Televisyen ditutup
"Maafkan hyung sebab tak mampu menjaga kamu dengan baik Vernon"
Keluh Cheol.
Walau setahun telah berlalu, kehilangan Vernon masih menjadi tanda tanya kepada mereka semua.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro