Part 9-Urusan
Andrina dan rakan-rakannya berhenti berehat seketika di atas sebatang pokok kayu besar yang tumbang setelah 30 minit berjalan jauh tanpa henti.
Pokok itu dipenuhi limut hijau yang tumbuh di atas permukaannya. Itu membuatkan pokok tersebut kelihatan cantik.
Peluh menitik di dahi gadis tersebut, dia keletihan dan kehausan. Air, dia perlukan air. Tekaknya terasa amat kering. Macam tengah kemarau. Andrina menyuarakan keinginanya pada yang lain.
"Korang.. hauslah.. korang tak haus ke?"
"Aku sebenarnya haus juga.." ujar Zender. Dia juga ketandusan air. Bajunya dikipas lalu, rambut hitamnya diramas kebelakang.
Pergh! Sekali pandang macam model iklan jus pula. Cair perempuan tengok!
"Hurrmmm... Daze pon..." ujar Daze sambil badannya ditelentangkan di atas pokok tumbang tempat mereka berehat melepaskan lelah.
"HAA!!" jerit Daze tiba-tiba. Andrina mengurut dadanya. Apalah si Daze ni!
"Daze tahu mana nak cari air!" kata Daze sambil terbang ke udara. Dia mula bersemangat.
"Dimana Daze?" soal Andrina sambil memandang Daze. Dia juga tidak sabar-sabar hendak minum air dan teruskan perjalanan yang masih jauh.
"Tapi tempat itu agak jauh dari sini, perlu berjalan lebih kurang dua puluh minit lagi kot," ujar Daze sambil memegang dagunya membuat gaya berfikir.
"Ahh, Air Terjun Waterfrost ke?" soal Zender mulai berdiri.
"Urmm..Ya!" kata Daze teruja.Dia tempusing-pusing diudara tanda tidak sabar untuk minum.
"Waterfrost? Urmm.. apa-apa saja lah! Jom gerak ke sana sekarang... nanti lewat ke Hutan Slingger pula," jelas Andrina, dia mula bangun bersiap sedia memulakan perjalanan.
"Jom!" jerit Daze teruja. Dia mulai turun ke tanah dan bergerak menuju ke Air Terjun Waterfrost. Di dalam hutan yang semakin tebal, susah bagi Daze untuk terbang. Terpaksalah dia berjalan kaki sahaja.
Langkahnya itu diikuti Andrina dan Zender dari belakang. Jalan menuju ke Air Terjun Waterfrost itu agak melencong sedikit dari laluan untuk ke Hutan Slingger. Tetapi masing-masing tidak mempedulikannya kerana terlalu haus.
Ye la, kalau mati kering tengah jalan macam mana?
✏✏✏✏✏✏️✏️✏️✏️✏️
Setelah berjalan lebih kurang dua puluh minit ke Air Terjun Waterfrost, mereka pun hampir tiba ke sana, kedengaran bunyi air terjun dari kejauhan seperti memanggil-manggil mereka untuk datang. Tekak masing-masing sudah semakin haus. Laju sahaja Daze melangkah untuk ke air terjun itu. Tidak sabar-sabar rasanya.
"Aduh, Daze..tadi kata sepuluh minit sahaja ini sudah lebih dua puluh minit," keluh Andrina semasa perjalanan ke air terjun. Walaupun sudah hampir, tapi dia masih tidak berpuas hati. Harapan palsu namanya.
"Ei! Sorry sikit eh. Daze cakap tadi memang dua puluh minit tau! Alah, lagipun kita dah hampir tiba ni kan," kata Daze kepada Andrina, tetapi dia langsung tidak menoleh kepada gadis itu yang berada di belakang. Dalam otaknya cuma terfikir untuk minum, minum dan minum.
Akhirnya, selepas jauh berjalan menahan haus, mereka tiba di Air Terjun Waterfrost. Andrina mengangkat kepalanya memandang ke depan. Dia kaku. "Ini syurga ke apa?" bisiknya perlahan.
Rumput yang menghijau dan kicauan burung yang merdu menambahkan gahnya air terjun ini.
Namun, dia seperti pernah terlihat pemandangan ini sebelum ini.Tapi dimana?dia tidak ingat.
Daze berlari kemudian terbang untuk mempercepatkan masa ke tebing air.
Dia kemudiannya sampai di tebing air sebelum dengan berhati-hati dia minum.
Zender juga sama mengikuti langkah Daze. Andrina masih terpaku.Zender yang sedar menoleh kepada Andrina dan memangil gadis itu.Andrina ikut sahaja apa yang disuruh Zender.
Gadis itu menceduk sedikit air dan meneguknya. Ah,segar sangat! Sejuknya buatkan tekak rasa selesa dan rasa haus terus hilang! Air diambil lagi dan disapukan ke muka.
Setelah beberapa ketika mereka meneguk air dan menyegarkan diri, mereka berehat di bawah pohon rimbun di tepi air terjun. Suasana begitu nyaman sehinggakan Daze sudah mula menunjukkan tanda-tanda ingin tidur. Mudah untuk rasa kantuk menguasai kita ketika sedang penat.
"Daze, mengapa nama tempat ini Waterfrost? Adakah tempat ini juga dilukis?" soal Andrina bertubi-tubi.
Daze yang baru hendak terlelap terjaga. Zender cuma memandang sekilas pada Daze.
"Bangunlah Daze, Andrina tanya tu. Kau kan suka bercakap sangat". Teguran Zender berjaya membuatkan Daze terjaga sepenuhnya.
"Oh pasal tempat ni ke?"tanya Daze kepada Andrina. Mata Daze masih kuyu namun digagahinya juga untuk celik.
"Ya la.." jawab Andrina.
"Ahh... nama tempat ni begitu sebab air terjun ini akan beku pada setiap malam dan mula mencair apabila menjelang pagi." terang Daze panjang lebar.
"Betul ke tempat ni dilukis?" tanya Andrina ingin tahu.
"Hurmm.. Pelukisnya ialah ibu kau, Lady of Lake." jawab Zender bersahaja dan tidak memandang ke arah Andrina. Matanya tertumpu pada air terjun.
"Oh..patut lah seperti pernah lihat pemandangan ini dahulu." Mulut Andrina sudah berbentuk O.
"Hey! Biarlah Daze yang jawab! Tadi Zender yang beria cakap Daze becok!" serang Daze tiba-tiba tak puas hati.
"Huh, mana ada aku cakap kau becok? Aku cuma cakap, kau suka bercakap je..". Zender membela dirinya.
"Ahh, suka bercakap tu becok, lah!Sama saja dua-dua!" Daze mempertikaikan kata-kata Zender.
"Aku tak kisah sama ke tidak, yang penting aku tak cakap kau becok pun,"
"Ahh, Daze tak kira! Minta maaf pada Daze!" marah Daze. Serigala terbang itu sudah berdiri tegak, tak ada lagi rasa mengantuk. Andrina yang melihat kerenah kawan-kawannya hanya ketawa kecil.
"Hissh, kau ni rimaslah!" Zender berkata sambil mengusutkan rambutnya yang hitam berkilat itu.
"Tak kira! Cepat min.." belum sempat Daze menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba Zender menutup mulut Daze dengan melekapkan jari telunjuknya. Dia memerhatikan hutan di belakang mereka. Pandangan matanya bertukar serius. Perlahan-lahan lelaki itu mula berdiri.
Andrina yang membisu membuat isyarat tidak tahu pada Daze apabila haiwan itu memandangnya kebingungan.
"Bunyi ranting patah," kata Zender tanpa dipinta. Kemudian, dia menoleh ke belakang Andrina dan dengan sekelip mata, lelaki itu segera mencapai ranting yang berdekatan dan dilemparkan dengan kuat dan pantas ke dalam hutan di belakang Andrina. Andrina kaku. Tidak bergerak seinci pun.
Ranting tadi berjaya melepasinya dengan sipi-sipi sahaja. Seram pula!
"Ahh.. kau berjaya mengesan aku, syabas." Keluar suara garau dari dalam hutan. Seorang lelaki yang memakai pakaian serba gelap dan bertutup dibahagian kepala memunculkan diri. Zender dan Daze sudah sedia dalam posisi pertahanan.
"Siapa kau? Mengapa kau mengekori kami?" jerit Zender lantang.
"Siapa aku? Perlu ke kau tahu? Heh. Lagipun, aku bukan ekori kau." balas suara garau tersebut. Matanya yang yang terlindung dibalik kerudung itu jatuh pada satu-satunya gadis disitu.
"Andrina, menyorok di belakang aku." bisik Zender tegas kepada Andrina. Matanya masih tegak pada figura dihadapan. Gadis itu menuruti arahan Zender. Zender pasti, lelaki tersebut inginkan sesuatu daripada Andrina. Rupanya dialah lelaki yang mengikuti Andrina. Cis, patutlah selama ini dia rasa diekori!
"Pergi dan jangan ganggu kami!" laung Daze pula.
"Apa-apa sajalah, yang pasti aku dah dapat apa yang aku nak. Korang nanti tak akan percaya apa yang berada pada pengakhirannya... HAHAHA!"
Telapak tangan lelaki misteri bersuara garau itu tiba-tiba mengeluarkan asap hitam. Asap hitam berkepul-kepul itu seterusnya membaluti seluruh tubuhnya sebelum ianya menghilang dan lelaki tadi terus tidak kelihatan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro