Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 7-Misi

Apabila matanya dibuka sahaja dia dan Zender berada di sebuah tempat yang kelam. Disekelilingnya dilitupi dinding batu yang berair dan lembap. Tanah yang mereka pijak lembik dan basah. Tahulah mereka bahawa mereka berada di dalam gua.

Zender melangkah ke depan ingin mancari jalan keluar. "Jom," pelawanya. Andrina mengikuti dari belakang. Nasib mereka baik, baru sahaja berjalan dalam kira-kira dua minit, mereka terlihat cahaya. Andrina terlebih dahulu mendahului perjalanan mereka ke arah cahaya di hujung jalan. Dia berasa ingin tahu.

Sesampainya mereka di luar gua, Andrina kaku. Matanya tidak berkelip memandang perkara dihadapannya itu. Zender juga menikmati pemandangan tersebut.

Indah! Sangat cantik! Pemandangan hutan dari atas bukit itu tampak terbentang luas di hadapan mata mereka. Ciri-cirinya sama seperti lukisan yang Andrina lukis.

Andrina masih diam tidak berkata, dia terpesona. Gadis itu pergi ke hujung tebing. Menikmati dengan lebih jelas pemandangan itu.

"Cantik kan kau lukis," ujar Zender tiba-tiba. Andrina diam.

"Zender, kalau apa yang aku lukis mampu aku jejak, macam mana kalau aku lukis rumah aku? Tentu aku boleh  pulang, kan?" tanya Andrina tiba-tiba mendapat akal. Dia memandang berus ditangan. Ajaib.

"Itu aku tak pasti Andrina, kau di sini bersebab. Kau pergi pun takdir kau pasti sama sahaja, kau akan kembali," ujar Zender tidak memandang Andrina. Matanya memandang tasik di kaki gunung. Andrina mengeluh hampa.

Sesungguhnya dia keliru dengan apa yang berlaku. Apa sebabnya ke mari pun dia tak tahu.

Angin meniup rambut hitam pekat Zender, dia memandang Andrina. Rambut gadis itu beralun cantik. Ikut terbuai dengan sapaan bayu di situ.

"Dah lah jangan sedih, nanti kau tahu juga," pujuk Zender. Bukan niat ingin merahsiakan. Namun, bukan dari dia berita itu perlu sampai ke Andrina.

"Jom gerak," ajakan Zender diterima Andrina. Andrina berjalan dahulu diikuti Zender dari belakang. Tujuan mereka ialah ke tasik yang berada di bawah.

Mereka melalui lereng bukit, ditepinya tebing curam yang penuh pokok. Sedari tadi, Zender tidak henti-henti menoleh ke belakang.

Sebenarnya daripada mula dia bertemu Andrina, dia dapat rasakan sesuatu sedang mengekori Andrina. Dia tidak pasti apakah itu mahupun niat seseorang itu mengekori Andrina. Tetapi, dia harus memastikan Andrina selamat.

Andrina memecahkan kesunyian dengan bertanya pada Zender. "Zender, kau ini muncul dari imaginasi aku kan?".

"Iyalah," jawab Zender ringkas.

"Jadi apa yang aku bayangkan akan wujud di sini?" tanya Andrina lagi. Namanya sahabat. Memang gadis itu langsung tidak kekok!

"Di alam ini, ya. Tapi tak semestinya. Seperti aku, aku wujud kerana imaginasi kau, tetapi aku kat alam ni sebab kau telah melukis aku," terang Zender mulai serius.

"Jadi aku perlu lukis untuk wujudkan sesuatu?".

"Ya, tapi aku tidak akan bercakap dan berjalan dengan sendirinya ia bergantung pada imaginasi kau. Contohnya kau tak boleh melukis pergerakan, percakapan dan perangai. Kau hanya boleh bayangkan," jelas Zender panjang lebar.

"Oh,begitu" ujar Andrina mulai mengerti.

"Kita dah sampai," kata Zender tiba-tiba. Andrina sekali lagi terpukau.

"Tak sangka apa yang aku lukis, aku boleh berada di dalamnya," ujar Andrina. Gadis itu tidak berkelip mata memandang.

"Aku tahu, kau memang berbakat dalam melukis," puji Zender pula. Andrina pergi ke tebing tasik, dia melihat refleksi dirinya di dalam air. Cantik. Airnya sangat cantik!

"BOO!"

Secara tiba-tiba, keluar satu makhluk yang serba putih dari dalam air

"AAAHH!" Andrina terkejut dan terduduk ke belakang. Zender segera mendapatkan Andrina, dia mendepakan tangannya, gaya mahu melindungi Andrina.

Tetapi dia menurunkanya semula. Andrina bangun dan berdiri di belakang Zender. Makhluk itu diperhatikannya. Aneh, dia macam pernah melihatnya. Makhluk itu berbadan serigala yang bersayap. Di kepalanya terdapat tanduk yang seakan kambing gurun.

"Jangan buat macam tu lagi boleh tak?" marah Zender pada makhluk bersayap itu.

"Hehehe.. bergurau saja, lama tahu tahan nafas dalam air tadi," jawab makhluk aneh itu.

Dia terbang berpusing di udara sebelum mendarat di kawasan belakang Andrina. Kedua-dua orang tadi berpaling.

"Ingat tak? Akulah haiwan peliharaan imaginasi Andrina semasa Andrina kecil.. Andrina teringin untuk ada haiwan peliharaan yang lain dari lain, dari situ saya tercipta dalam kotak imaginasi Andrina.. dan Andrina tafsir saya apabila Andrina mula melukis saya.. Kini saya disini, dan saya akan tolong Andrina rasa bahagia dan selamat selagi Andrina dengan saya!"kata haiwan pelik itu kepada Andrina.

Andrina meneliti haiwan tersebut. Dia mengerah otaknya bekerja. Tiba-tiba dia teringat lukisannya semasa umurnya tujuh tahun. Kemudian dia melukis semula haiwan itu semasa umurnya 12 tahun!

Ya, Daze!

"Daze itu kau?" tanya Andrina pada makhluk itu.

"Ya, inilah aku, Daze!"balas Daze sambil terbang diudara. "Makhluk hebat, berkaki empat, berbulu lebat!" Dia mendarat di atas batuan tinggi di tepi tasik sambil membuat gaya hero.

"Tak tahulah itu tagline hero atau tagline memalukan diri kau sendiri," ujar Zender.

Andrina tertawa melihatkan telatah Daze. Betul-betul sama seperti yang dia bayangkan.

"Daze pun hidup juga di sini?" tanya Andrina pada Daze.

"Sudah tentulah inikan alam lukisan. Lagipun, Daze dipilih untuk bantu misi Andrina!" jawab Daze teruja.

"Daze dipilih?" Andrina bingung. Zender yang berada di belakang Andrina terbeliak biji mata.Dia membuat isyarat diam. Mereka sepatutnya tidak memberitahu Andrina tentang perkara itu. Ianya rahsia sehinggalah Andrina mengetahui perkara itu sendiri.

Daze panik, dia tegaru-garu kepalanya.

"Eh pemilihan apa? Daze cakap pemilihan ke tadi? Mana ada?.." Daze berdalih. Zender sudah menepuk mukanya.

'Serigala ni, kalau kena penyepak dengan aku sia-sia,' ujar Zender dalam hati.

"Hmmm.. aku yang salah dengar kot," kata Andrina. Lega hati Zender dan Daze apabila Andrina berkata begitu. Sikit lagi hampir bocor rahsia. Zender menunjukkan penumbuk pada Daze, Daze hanya menjelirkan lidah.

"Sekarang, apa yang patut dilakukan?" soal Andrina. Dia memandang rakan-rakannya silih berganti.

"Pergilah masuk ke dalam air," arah Daze. Andrina beriak hairan. Namun,vtidak pula dia mempersoalkannya,dia percayakan Daze.

Apabila Andrina masuk ke dalam air berus lukisan yang dipegangnya bercahaya kuning bergemerlapan. Rambut coklatnya juga bertiupan mengeluarkan sinar yang bernada sama. Gadis itu terkejut dengan perubahan dirinya. Dia memandang ke darat.

Zender dan Daze menganguk serentak. Memberi isyarat supaya meneruskan sahaja. Andrina akur. Dia teruskan berjalan.

Sesampainya Andrina hingga paras lutut, pandangannya bertukar silau. Dia menutup matanya dengan tangan. Apabila dia membukanya semula, di hadepannya terdapat seseorang yang sangat dirinduinya.

"Andrina, anak ibu," kata ibunya sambil memeluk Andrina. Andrina menangis dan membalas pelukan ibunya. Badan wanita itu bersinar dan mengeluarkan cahaya kuning. Dia memakai mahkota yang bertatahkan permata, pakaian wanita itu tak ubah seperti permaisuri. Andrina meleraikan pelukan.

"Ibu, mengapa ibu disini? Mana ayah?Ibu dan ayah bukan dah.." kata Andrina dalam esak tangis.

"Ibu disini kerana ibulah yang menyeru kamu datang ke sini. Kamu anak yang baik. Kamu harus bantu ibu, ayah kamu telah hilang di dalam Hutan Slingger. Hutan yang paling berbahaya. Ayah kamu ke sana untuk bertemu dengan seorang ahli sihir jahat untuk memohon dihidupkan semula." terang wanita itu.

"Ta, tapi kenapa?" soal gadis tersebut.

"Dia tidak dapat menerima takdirnya, dia ingin berjumpa kamu dan menjaga kamu. Dia tak ingin kamu sendirian. Tiap hari dia ke alam manusia untuk melihat kamu, tetapi kamu tidak dapat melihatnya" terang ibu Andrina yang bernama Salena itu.

"Ibu, mengapa? Apa yang terjadi pada ayah?" Andrina bertanya lagi.

"Ibu tak tahu, sayang. Ibu tak dapat pergi untuk selamatkan ayah kamu, ibu disumpah oleh ahli sihir itu dan tidak boleh menjejakkan kaki ke hutan itu. Jika tidak kamu akan.. lenyap." terang Selena lagi. Andrina mengelap air matanya, dia bertekad untuk menyelamatkan ayahnya.

"Baiklah ibu, terangkan apa patut Andrina lakukan,"

•••

Done! Boring...
Hahahahahahaha😂😂
Best ke cite ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro