Part 4-Kuasa teragung
Andrina melangkah masuk ke rumah. Sudah diagak, kedatangannya disambut dengan gembira oleh Makcik Aira. Senyuman Makcik Aira dibalas dengan senyuman manis oleh Andrina.
Wanita itu nampaknya masih memakai apron kegemarannya. Sedang memasak di dapurlah tu. Memang menjadi hobinya untuk memasak. Dahulu, wanita itu pernah mempelajari seni kulinari. Namun tidak kesampaian untuk sambung belajar. Cukup kemahirannya itu disalurkan buat keluarga tercinta. Itu sudah cukup bermakna baginya.
"Tengoklah siapa yang sudah 15 tahun ni! Anak makcik ni dah besar dah," kata Makcik Aira sambil mencubit hidung mulus Andrina.
Andrina menepis lembut tangan wanita itu. Dia tergelak kecil. Andrina sangat comel walaupun usianya sudah menginjak 15 tahun.
"Alah, makcik ni...kalau saya baby tak apa juga.."kata Andrina.
"The problem is, your face is still like a baby face for me," balas wanita itu sambil kakinya melangkah masuk semula ke dapur. Apron ungu pastelnya masih terikat kemas pada badan.
"Hahahaha...what? Baby face? No, mana adalah.. Makcik ni aja yang lebih-lebih," Andrina tertawa sambil mengikuti jejak langkah Makcik Aira.
"By the way, pergi taman tadi jumpa Aiden ke?" laung wanita itu dengan suara menyakat.
"Ish, makcik ni! Mana adalah!" Beg yang disandangnya dicampak di atas sofa di ruang tamu. Nasib saja barang-barangnya tidak terabur!
"Hahaha, ok... Anyway tolong makcik masak dekat dapur, mahu buat yang special untuk kamu hari ni," kata Makcik Aira teruja.
"Memanglah masak kat dapur, tak kan nak masak kat belakang rumah pula," jawab Andrina loyar buruk. Dia tersenyum seperti kerang busuk.
"Ewah ewah... sedapnya mulut dia nak main loyar buruk. Dah, pergi siang ikan tuh," balas Makcik Aira. Dia yang baru lepas membasuh sayur itu merenjiskan sedikit air ke muka Andrina.
"Apa ni makcik! Tak cool lah!"
"Cool, Mat Kool... Tak kisah lah," Sayur tadi diacah ke wajah gadis itu.
Gadis berambut coklat itu menutup matanya. Mereka berdua bergurau senda di dapur bersama-sama.
✏✏✏✏✏✏️✏️✏️✏️✏️
Makan tengahari pada hari itu ialah saat paling bermakna buat Andrina. Makcik Aira siap membelikannya sebuah kek coklat yang dibelinya tadi di kedai kek. Walaupun saiznya kecil, tapi maknanya sangat besar bagi Andrina.
Untuk hadiah pula makcik Aira membelikan Andrina set berus melukis yang baru, terdapat pelbagai saiz berus dan rupa berus untuk kegunaan yang tersendiri. Gembira yang bukan kepalang bagi Andrina, terasa ingin saja melompat bintang seratus kali.
"Thanks tau makcik! Love you," kata Andrina sambil memeluk erat makciknya. Makcik Aira membalas pelukan Andrina.
"Andrina, stay safe ya sayang. Kalau kamu tak ada, makcik tak tahulah apa akan jadi dekat makcik,"
"It's ok, makcik. Saya akan sentiasa berada di sisi makcik. Kalau bukan sebab makcik, saya mungkin dekat bilik tujuh kaki panjang, tiga kaki lebar,"
"Ishh, kamu nih!"
Makcik Aira terus mengeletek perut anak gadis itu. Serangan yang tiada siapa akan menjerit malah ketawa.
"Hahahahhah, makcik stop! Hahahaha geliiiii!"
"Nak sangatkan! Ha.. Mana nak lari?"
"Okey, okey! Hahahahaha,"
✏✏✏✏✏✏️✏️✏️✏️✏️
Sekembali Andrina ke bilik dia meletakkan hadiah Makcik Aira di atas meja belajarnya di tepi tingkap.
Tiba-tiba gadis itu terpandang sekotak cat air yang putih tanpa sebarang cetakan pada di tepi tingkap biliknya yang terbuka. Well, dia tahulah itu kotak cat air. Dia dah biasa nampak. Sejak kecil kot dia ada dalam persekitaran 'seni'.
Andrina kehairanan, namun dia segera melihat kotak putih itu. Ada nota yang tertulis diatasnya.
UNTUK ANDRINA
Tulisannya cukup kemas dalam gaya tulisan berangkai dengan dakwat hitam. 'Macam tulisan ibu,' monolognya.
Agak pelik kerana tidak mungkin Makcik Aira meletakkannya. Apatah lagi kawan-kawanya kerana sememangnya dia tiada sebarang kawan.
"Kecuali Aiden?" Andrina berteka-teki.
"Mustahil! Untuk apa dia buat benda ni lagi pun. Birthday aku pun dia tak tahu bila," dalih Andrina serta-merta.
"Lagipun bilik ni dah la tingkat dua, buat apa susah-susah budak tu nak panjat pulak? Lagi satu bukannya dia tahu rumah aku dekat mana," fikir Andrina lagi.
"Eh, yang dia hantar aku hari tu apa?
Nyanyuk.. nyanyuk,"
Terus gadis itu mengetuk kepalanya sendiri.
"Habis tu, siapa yang letakkannya kat sini?" Andrina hairan. Dia cuba berfikir cara yang logik tapi semuanya tak masuk akal. Kotak cat air itu dipandang lagi. Matanya dikecilkan.
"Tapi mungkin..." katanya secara berbisik. Matanya terus terbeliak!
Tiba-tiba sahaja bulu romanya berdiri tegak. Kemudian dia melihat sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa di dalam biliknya. Sah, memang tiada sesiapa di situ.
"Hantu?"
"Erghhhh! Seramlah!" Gadis itu mengosok lengannya.
"Tapi itu pun mustahil..." sambungnya lagi bila menyedari imaginasinya yang terlampau tinggi. Uhuk.. Dia menepuk dahinya sendiri.
Perlahan-lahan dia mencapai kotak cat air tersebut dan membelek setiap sisi objek segi empat tepat itu. Tanpa ragu kotak tersebut dibuka, mata Andrina terus terpukau dengan keindahan warna-warna air yang terkandung didalamnya.
Catnya tidak diletakkan di dalam sebarang bekas seperti yang biasa. Malah, catnya sudah tersedia digunakankan terus. Tidak perlu membuka atau memicit apa-apa.
Agak pelik, tapi warna catnya bersinar seperti mendesak mata yang memandang untuk terus kaku memerhati kaindahan warna air tersebut. Bagaikan magik!
Secara kasarnya, ada tujuh warna air yang dilihatnya. Semuanya warna pelangi. Namun, secara telitinya, warna itu ada pelbagai warna dalam satu! Contohnya warna biru. Dalamnya ada juga lapisan biru cair sehinggalah warna biru tua.
Boleh korang bayangkan? Betapa ajaibnya perkara itu?
Rasa untuk melukis dalam hati Andrina kian melonjak. Tiba-tiba sahaja rasa itu seperti ingin menyuruhnya untuk cepat-cepat melukis.
Tanpa berlengah, Andrina menurut kehendak hatinya itu. Gadis itu mula mencapai kertas lukisan. Ditarik keluar sebatang berus pemberian Makcik Aira lalu dicelupkan alat itu ke dalam air.
Dicuit sedikit pada sehelai tisu dan mencalit warna yang tersedia di dalam kotak cat air misteri itu.
Ini lah kali pertama dia melukis tanpa berfikir apa-apa. Hanya apa yang terlintas dia lakar dalam kertas lukisannya itu. Dia dapat rasa semangat yang diberikan oleh cat air tersebut.
Berusnya terus menari-nari diatas kertas putih itu.
Kosong. Mindanya kosong. Bagai dipukau? Barangkali benar..
Tapi oleh siapa?
Tidak pula menjadi tanda tanya buat gadis itu tika ini.
Dirinya bagai diawang-awangan. Imaginasinya bergempita di langit minda. Atmosfera penuh warna bernyanyi merdu dalam pandangan matanya. Ibarat... kuasa teragung untuknya.
•••
Ok,done~ Tell me how it goes??
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro