Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 3-Hari Istimewa

Andrina bangun awal pagi pada hari ini. Sudah menjadi kebiasaan buat dirinya setiap hujung minggu untuk bangun awal dan mencuri masa untuk melukis.

Tetapi lain pula ceritanya dengan hari ini, gadis itu ada perancangan yang sedikit berbeza berbanding sebelumnya. Dia bangun dan terus mandi selepas mengemas tempat tidurnya. Dirinya berasa sangat ceria pada hari ini. Senyuman manis gadis itu langsung tidak lekang di bibirnya.

Usai mandi dia cepat-cepat turun ke dapur ingin mencari Makcik Aira.
Dalam hatinya, dia tidak sabar-sabar ingin berjumpa makciknya itu hari ini. Yup, hari ini!

Setibanya dia di dapur, kelihatan keadaan dapur masih senyap dan sunyi. Tanda tanya berlegar dalam benak fikirannya.

'Tak mungkin makcik belum bangun lagi. Hari dah pagi dan selalunya makcik bangun lebih awal daripada aku,' guman Andrina dalam hatinya. Dia kebingungan memikirkan dimana sebenarnya makcik Aira kesayangannya itu.

'Mungkin makcik di bilik?' tekanya sendiri.

Andrina bergegas ke bilik makciknya yang  di tingkat atas. Rumah ini cuma sederhana. Cukup dilengkapi ruang tamu, dapur, stor, tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Gadis itu sampai dihadapan bilik makciknya. Apabila diketuk, tiada sahutan kedengaran seperti biasa. Dia mengetuk lagi pintu bilik berwarna putih itu.

Masih tiada sahutan lalu, perlahan-lahan dia membuka pintu bilik Makcik Aira. Mahu menjenguk ke dalam.

Dia melihat keadaan bilik Makcik Aira yang kemas. Rona hijau begitu menenangkan. Sungguh harmoni!

Cuma, kelibat wanita itu masih tidak kelihatan. Andrina menjenguk pula ke luar jendela, kemungkinan makciknya sedang bercucuk tanam. Tetapi malang, tiada kelibat Makcik Aira kelihatan.

Andrina mengeluh perlahan. Hatinya dihuni rasa sedih lantas, dia kembali semula ke dapur untuk mengisi perut yang lapar. "Time ni lah, makcik menghilang..." rungutnya.

Sekembalinya Andrina di dapur, dia membuka tudung saji yang menutup meja makan. Tekaannya memang benar, makanan sudah pun sedia terhidang, cuma menanti untuk diisi ke dalam perut. "Nyum, nyum.."

Terus hilang rasa sedihnya tadi. Kini diganti pula rasa lapar yang. Perutnya semakin bergendang hebat. "Ouh, perut ku. Inilah buffet terboek!"

Gadis itu duduk di atas kerusi selepas menuang air teh ke dalam cawan. Airnya masih panas dan berwap, menandakan ianya baru sahaja dibancuh.

"Air dan jemput-jemput ni masih panas, makcik pasti baru keluar. Mungkin dia ke pasar," Andrina berkata sendiri sambil sebiji jemput-jemput udang kegemarannya disuap ke dalam mulut.

Semasa asyik mengunyah, kepalanya terpandang sehelai nota kecil yang dilekatkan pada peti sejuk.

Dia mengapai nota pada peti sajuk itu dan membaca isi kandunganya.

 Andrina, makcik ke pasar tau beli barang untuk masak nanti. Sarapan makcik dah siapkan. Tak lupa, happy birthday Andrina sayang! Nanti makcik masak sedap-sedap tau

                                        Makcik Aira.

"Oh, betullah tekaan aku..hehehe terima kasih makcik, makcik dah banyak bantu untuk bahagiakan saya," kata Andrina gembira. Senyuman kembali bertaut di bibirnya.

"Ah, dah kenyang. Lepas ni nak ke taman untuk melukis. Tinggalkan nota untuk makcik Aira pula," omel Andrina.

Dia terlebih dahulu membersihkan meja dan sisa makanan sebelum mula menulis nota.

Andrina ligat mengapai pen di atas peti sejuk dan mencabut sehelai kertas kecil berwarna merah jambu. Tangannya mula memainkan peranan.

Thanks makcik! Makcik masak sedap sangat. Andrina happy! Ini Andrina nak ke taman tau!

Andrina.

Selesai mengemas ruang dapur dan meninggalkan nota untuk makcik Aira, Andrina mengemas pula barang-barang melukisnya untuk ke taman.

Pintu rumah dikunci kemas. Seketika, dia menoleh ke kiri dan kanan.

"Ok,clear!" katanya lalu, dengan pantas dia memasukkan kunci rumah ke dalam salah sebuah pasu di tepi rumah.

"Harap orang tak sedar dah la" ujarnya. Bukan apa, nanti kalau bawa kunci ke taman, Makcik Aira nak masuk rumah macam mana? Lagipun tempat persembunyian tu Makcik Aira tahu sangat!

Bila semua sudah selesai, Andrina berjalan menuju ke Taman Marie Claire.Taman yang paling cantik di bandar ni. Namanya diambil sempena nama isteri datuk bandar yang lalu.

Sekali sekala Andrina membetulkan tali beg yang disandang. Hatinya sudah berkira-kira mahu melukis sesuatu yang indah. Seindah hatinya kini.

Serius ni, hatinya tengah berbunga!

✏✏✏✏✏

Setelah sampai di taman dia duduk di sebuah bangku yang kosong di depan  tasik. Andrina menghirup udara segar di taman.

Di awal pagi begini, ramai yang datang ke taman untuk berjoging dan beriadah. Kanak-kanak berlari ceria dan ada juga yang bermain pasir. Tak kurang bagi mereka yang suka bersenam, peralatan kecerdasan juga disediakan pihak taman.

Bunga yang ditaman pula kembang mekar. Turut mengucapkan selamat pagi kepada alam. Rumput yang malar hijau menambahkan lagi ketenangan.

"Indahnya suasana di taman, mencurah-curah idea untuk lukisan hari ini," guman Andrina.

Dia mula untuk melukis apa yang dibayangkannya, dia terfikir tentang betapa istimewanya hari ini buat dirinya.

Betapa indahnya pemandangan yang sedang dia nikmati dan betapa tenangnya air di tasik. Semua bagaikan melodi alam yang harmoni dan menenangkan.

Dia memandang ke langit. Tepat pada masanya, sekumpulan merpati terbang melintasi kepalanya.

"Wow, taman ni hari ni bertambah cantik," katanya sendiri.

Andrina tersenyum gembira, satu persatu alatan melukis dikeluarkan. Beg khas yang digunakan untuk meletakkan alatan melukis itu dihadiahkan oleh bapanya pada Hari jadinya yang ke 11 tahun.

Dan itu, hadiah hari jadi daripadanya yang terakhir. "Hmh," Andrina menggulum senyum. Cuba membuang perasaan negatif jauh-juh sehingga ke lautan pasifik.

Sebaik saja pensel menyentuh permukaan kertas, Andrina sudah berada di dunianya sendiri.

✏✏✏✏✏✏️✏️✏️✏️✏️

Tidak lama selepas itu, dia berjaya menyiapkan lukisannya menggunakan cat air.

"Bukan nak puji diri sendiri, tapi lawa kot aku lukis," Apa yang dikatakannya memang benar. Indah sekali lukisannya. Sejuk mata memandang.

"Hari ini sungguh istimewa, aku kenalah gembira!" jeritnya dan kemudian tersenyum penuh makna.

Gadis itu menutup matanya, tangannya di depangkan dan disandarkan pada kerusi. Dia menikmati saat-saat itu.

Andrina tersenyum sendiri. Angin menyapa lembut pipi Andrina. Kicauan burung semakin merdu. Suara kanak-kanak bergembira membuatkan hatinya tenang.

"Kalaulah boleh putarkan masa... aku nak sangat jumpa ibu dan ayah," ujarnya secara tiba-tiba. Dia sedikit sayu.

Matanya kembali dibuka. Melihatkan realiti di depan matanya, dia sedar masa tak akan dapat diundur, takdir tak akan dapat diubah.

"Jangan asyik ingat apa kau hilang, tengok apa yang ada depan mata,"

Kata-kata Alicia dalam cerita Ejen Ali menerjah mindanya. Dia tergelak kecil lantas, dia mengemas barang-barangnya.

'Aku kena pulang cepat, masih banyak kerja yang perlu dilakukan hari ini,' bisik Andrina dalam hati kecilnya.

•••

Sudi-sudi lah voments ye korang😍😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro