Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 2-Mimpi

Pintu biliknya yang ditingkat atas dikuak luas. Andrina menghempaskan tubuh di atas katil empuk yang indah berwarna biru muda. Bau lavender menusuk ke rongga hidung. Ruang biliknya agak kecil namun cukup segala keperluan. Bilik air, rak baju, meja belajar dan yang paling penting, katil.

Terus kepalanya terasa berat ingin bangkit semula dari pembaringan. Terbantut seketika niatnya untuk memasak mi goreng. Matanya yang seakan dengki dengannya semakin memberat, seperti meminta untuk badan berehat. Tidak dapat menahan kantuk, Andrina tertidur diatas katilnya dengan mulut ternganga.

"Andrina, genap usiamu 15 tahun, kau akan datang ke sini untuk memulakan perjalanan kau," ujar satu suara wanita dari kegelapan malam.

Andrina yang masih mamai lagi tidak dapat menagkap dari mana datangnya suara itu.

"Andrina, gadis kecil ku. Datangnya kamu bersebab. Harap kamu bersedia. Keistimewaan yang bakal kamu miliki, bukanlah perkara yang sebenarnya membuatkan kau istimewa," ujarnya lagi. Andrina yang mula sedar tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh suara itu tadi.

'Aku di mana?' bisik hati kecilnya setelah sedar sepenuhnya.

Tempat dia berada seperti ruang angkasa yang gelap dan suram. Bintang disini tidak menyinar dan dia langsung tidak terapung seperti yang sepatutnya apabila berada diangkasa. Dia berpijak pada lantai yang dia sendiri tidak melihat, dan mendengar suara yang dia sendiri tidak kenali. Dia cuba memberanikan diri bertanya.

"Apa kau nak? Aku dimana?Apa yang kau maksudkan dengan keistimewaan tu?"suara yang dilontarkan penuh rasa gementar.

Berada di kawasan yang asing boleh menakutkan sesiapa sahaja tertamanya pada Andrina yang berdepan situasi aneh ini.

"Jangan kau gentar Andrina, aku disini hanya ingin menyampaikan. Kini tugas aku telah selesai. Selamat tinggal Andrina," balas suara itu tanpa menjawab satu pun soalan Andrina. Dia masih terpingga-pingga tidak mengerti. Gadis itu pening dengan apa yang terjadi.

Tiba-tiba ruang bagaikan berputar dengan laju membentuk satu pusaran yang membuka terowong gelap. Dia disedut masuk dan menjerit kerana terkejut.

✏✏✏✏✏✏️✏️✏️✏️✏️

"Arghhh!" jerit Andrina setelah dia terbangun daripada tidurnya itu. Tubuhnya tegak 180 darjah. Dadanya yang berombak kencang diurut.

Sungguh dia keliru dengan mimpi yang baru dilaluinya. Dahinya dipegang, rambutnya disisip ke belakang kepala.

Tok! Tok! Tok!

"Andrina, Andrina kamu tidur ke?Bangun Andrina, nak petang ni!" laung Makcik Aira dari luar bilik Andrina. Andrina yang baru tersedar bergegas membuka pintu bilik.

"Kamu kenapa, Andrina? Pucat saja muka kamu? Risau makcik dibuatnya," luah makcik Aira risau. Muka Andrina diusap lembut.

"Oh, tak ada apa makcik, cuma mimpi buruk saja," jawab gadis itu polos.

"Itulah, balik sekolah jangan tidur dulu. Kan makcik dah pesan, mandi dan bersihkan diri. Dah, dah makcik dah masak mi goreng ni," nasihat Makcik Aira.

"Amboi makcik, macam tahu-tahu sahaja saya nak makan mi goreng," jawab Andrina teruja.

"Eh, eh dia ni... dah. Pergi mandi. Makcik tunggu kat bawah," arah makcik Aira lembut.

"Aye, aye, sir!"

"Okay kadet, off you go,"

"Hehehehe," gelak Andrina lantas daun pintu ditutupnya semula selepas kelibat wanita itu menghilangkan diri. Gadis itu menyandarkan diri pada pintu dan meraup wajahnya.

"Mungkin mimpi buruk sebab tak basuh kaki lagi?

Tapi apasal macam lain macam mimpi kali ni?

Ah..apa-apa jelah. Mimpikan mainan tidur.

Tapi mimpi juga boleh jadi petunjuk...

Aduhhh..bpening lah macam nih.. Baik mandi,"

Andrina lantas mencapai tuala mandi putih gadingnya dan menuju ke bilik air.

✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️

"Andrina! Oooh, Andrina!" laung seseorang dari luar rumah. Lelaki itu masih setia terpacak dihadapan pintu walaupun susah hampir sepuluh minit dia menunggu.

"Kejap, kejap!" balas Makcik Aira. Wanita itu bergegas menuju ke pintu. Ikan gorengnya ditinggalkan seketika.

"Ha, Aiden. Kamu rupanya. Cari Andrina, ke?" tutur Makcik Aira setelah melihat gerangan yang datang ke rumahnya itu.

Remaja itu cuma mengosok belakang tengkuknya. Kemeja T merah yang dipakainya dikenakan dengan seluar jean hitam. "Ha'ah, dia ada ke, makcik?" soalnya segan.

"Nasib kamu ni kurang baiklah, Aiden. Andrina dah keluar. Makcik suruh dia belikan barang dapur sekejap." jawab wanita itu.

"Ouh, tak apalah makcik. Saya pergi dulu," balasnya lalu berlalu pergi setelah meminta izin.

"Haih, apalah bad luck Si Aiden ni," komen Makcik Aira di muka pintu. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. "Alamak, ikan aku!"

✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️

Andrina dalam perjalanan pulang kerumah sebelum terserempak dengan Aiden. Bukan Aiden, kereta keluarga Aiden. Gadis itu memberi sedikit laluan. Akan tetapi, kereta itu tiba-tiba berhenti.

Pintu belakang kereta mahal itu dibuka dari dalam. Terpancul lelaki yang tidak lain tidak bukan, Aiden.

"Hi, Ann!" sapanya mesra. Andrina tersenyum nipis sebelum membalas, "Hai, Aiden,"

"Kau nak ke rumah, ke? Jom aku hantarkan..." pelawanya sambil tangan dihulur kearah gadis itu.

Andrina memandang pelik Aiden. Dia melihat tangan Aiden silih berganti dengan tuan empunya badan.

"Eh, tak.. aku cuma tu... beg plastik. Biar aku bawakan beg plastik tu," ujar Aiden seakan faham keadaan janggal itu. Gadis itu menunduk memandang jalan. 'Andrina! Apa yang kau fikir ni? Perasan tahap patut hantuk kepala dekat konkrit,'

Plastik barangan bertukar tangan. "Sorry lah buat kau blushing.." kata lelaki itu selamba. Andrina terus memukul lengan Aiden. Pipinya bertambah merah seakan tomato yang masak ranum. Taguna betul mamat ni.

"Hahahaha, sorry, sorry,"

"Kenapa tiba-tiba ni?" soal Andrina semasa menaiki kereta hitam itu. Aiden di sebelahnya dipandang sekilas sebelum kepalanya menoleh kearah jalan di luar.

"Tolong pun salah?"

"Tak salah, tapi macam tiba-tiba je,"

"Mood kot,"

"Hmm, ok"

Kejanggalan meresap ke dalam sarang hati Andrina. 'Aduh, lahai! Kenapa aku setuju minta tumpang tadi? Kalau budak-budak gedik tu nampak, mampus aku..'

Diingatkan semula, Aiden ni lelaki idaman sekolah. Ehem..

"Sebenarnya tadi aku ingat nak ajak kau pergi taman. Ada trak-trak buku sempena hari buku." terang Aiden. Gadis genit disebelahnya dipandang.

"Ouh,... Ye ke?... macam best," tanpa sedar dia menyatakan minatnya untuk turut serta! Aduh.... Mukanya ditepuk. Aiden tergelak kecil.

"Jom lah pergi. Aku rasa Makcik Aira okey je," pancing Aiden. Boleh lepak dengan Andrina. Yeay!

'Macam mana ni, Andrina? Kau nak pergi kan? Pergi lah!

Tapi, malu lah weyh dengan si Aiden ni.

Macam mana kalau ada geng budak gedik tu?

Aku ni dah lah tak selesa dengan lelaki..

Aih.. matilanak..'

"Andrina dah sampai rumah kau. So, kau nak ikut tak ni? Jangan risau, budak-budak gedik tu bukan ada pun kat situ. Silap-silap buku pun diorang tak kenal apa,"

Dan untuk itu, Andrina tergelak kecil.

"Hmm.. aku rasa.. aku"

✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️

Knock! Knock! Knock!

Pintu rumah diketuk. Makcik Aira yang sedang kemurungan di dapur akibat ikan gorengnya hangus segera ke pintu utama. "Andrina dah balik ye?" soalnya sendiri.

Pintu dibuka dan...

Vroomm.... kereta hitam meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya. "Aik? Orang tak ada.. plastik je ada?" Plastik barangan tadi dikutip.

"Aiden.. Aiden. Tak adalah malang sangat kau ni,"

Lalu pintu rumah ditutup.

✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️



Hi! Assalamualaikum

Cuba bagi pendapat sikit utk part 2 nih? Keberatan x nk vote atau comments??👌👌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro