Part 15-Miss Ldya
Andrina menguap.. dia mengantuk. Matanya sekejap-sekejap celik sekejap-sekejap katup. Mana tak nya? Badannya begitu penat sekarang, seharian berjalan-jalan di Kota D'Xandria yang luas semacam lima ratus keluasan stadium bola sepak.
Daze pula masih bertenaga. Beria-ria dia mengajak Andrina untuk melawat Queen Secret Garden itu.. Dari tadi dia mebebel yang tempat itu paling istimewa dalam Alam Imaginasi ini. Bunganya semua cantik-cantik. Ada bunga jenis Sunsie iaitu spesies bunga yang hanya kembang waktu siang, selepas malam menjelma bunga jenis Moonie pula yang kembang. Kata Daze lagi, bunga kesukaannya ialah Bunga Kassandra iaitu jenis bunga Moonie.
'Aduh masa ini jugalah Daze nak bawa tempat seronok.. aku dah penat sangat ini..' bisik Andrina dalam hati. Sekali lagi dia menguap.. walaupun baru petang di Alam Imaginasi, tapi di dunia realiti sekarang dah tengah malam! Badan Andrina masih tak biasa lagi..
"Huh? Aku salah dengar ke Daze? Kau.. kau minat bunga?!" Zender mula ketawa tak ingat dunia. Mulalah tu nak cari gaduh.
Lelaki itu memegang perutnya dan terus bersandar pada finding berdekatan sambil ketawa dengan kuat.
"Apa salahnya kalau Daze suka pun?! Bukannya masalah!" balas Daze. Kalau haiwan boleh blusshing, dah lama si Daze ini kena gelak.
"Memang ni.. HAHAHA..memang pun HAHAHAHAHA ..bukan masalah aku HAHHAHAHHAAHHA...
Tapi aku tak sangka serigala macam kau minat bunga! HAHAHHAHA!" ujar Zender dengan payah lalu, ketawanya makin galak! Siap keluar air mata! Kalau boleh dia nak terguling-guling saja dekat situ.
"What's the matter? Zender tu yang berfikiran sempit!" balas Daze kegeraman. Amarahnya mula kelihatan.
"Aku berfikiran sempit? Kau itu yang gedik sangat tau tak?!" Serta-merta gelak ketawa Zender terhenti. Berani-berani saja serigala bersayap itu melebelnya berfikiran sempit?
"Ohoho? Kenapa tak mahu gelak lagi ke Zender kuno?" perli Daze memulangkan paku buah keras.
'Padan muka Zender tu!' getus hati kecil Daze. Dia tersenyum puas.
"Huh.. lantaklah kau! Malas aku layan mat bunga ni!" balas Zender sambil memeluk tubuh dan buat cool macam selalu.
"Apa benda Zender kata?! Mat bunga ini jugalah yang selamatkan Zender daripada mati kena serang khinzir tahu tak?!" kata Daze tidak mahu mengalah sambil buat pose macam hero.
Zender balas balik kata-kata Daze tapi malas Andrina hendak dengar dah. Sudahlah tengah ngantuk dan penat.. nak kena dengar budak dua orang tu gaduh lagi.. Mahu jatuh pengsan dibuatnya. Hendak tegur pun, mulut berat semacam.. banyak syaitan gamaknya..
Tiba-tiba mata Andrina tertacap pada seorang wanita berambut kelabu dan bermata kuning sedang memerhatikan mereka dari belakang pokok sakura.
Wanita itu menyedari Andrina melihatnya kemudian dia tersenyum. Namun entah mengapa, ianya kelihatan sinis. Mulut wanita itu terkumat kamit membaca sesuatu dan secara tiba-tiba kepala Andrina jadi pening dan tekaknya terasa loya. Dia memegang kepalanya. Pandangannya mula kabur dan dia terhuyung-hanyang sebelum rebah ke tanah.
"Andrina!" jerit Zender dan Daze serentak. Suara itu sayup-sayup kedengaran di telinga Andrina. Pandangan terakhirnya ialah pada wanita itu yang sedang tersenyum puas lalu perlahan-lahan matanya tertutup rapat.
✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏
"Urmm.. keadaan Andrina sudah baik sekarang. Sekejap lagi dia akan terjaga." kedengaran seorang wanita berbicara.
"Apa yang terjadi pada Andrina?" soal Zender tanpa berbasa-basi. Mukanya tegas dan lebih serius. Daze disisi hanya menjadi pendengar. Risaunya dia pada Andrina.
"Dia dipukau," pendek balasan daripada wanita itu sambil dia tersenyum nipis. Nadanya kedengaran tenang seperti itu perkara normal baginya.
Namun, tidak bagi Daze dan Zender!
"Ha?!" jerit Daze.
"Ah..E hem!" Zender batuk untuk memberi isyarat pada Daze supaya mengawal dirinya. Daze mengerti dan kembali membisu.
"Bolehkah kalau kita kesan orang punya angkara ini?" tanya Zender. Lagaknya ptofesional. Dalam kepalanya sudah terfikir-fikir motif si penjenayah memperlakukan Andrina sebegitu. Wanita itu hanya tersenyum.
"Maaf, saya tak dapat nak tolong yang itu." jawabnya. Pada hal dalam hatinya sudah mula mencurigai seseorang. Dia seakan tahu perkara ini angkara siapa.
"Emm, kalau macam tu tak mengapalah." balas Zender. Dia memandang Andrina yang terbaring di atas katil.
'Arghh, ini semua salah aku! Kalaulah aku lebih peka, perkara ni takkan terjadi!' getus Zender dalam hati. Dia menyesali dirinya kerana cepat leka sehingga mengabaikan Andrina. Penumbuk dikepalnya.
Perasaan sama juga menghantui Daze. Dia menyesal kerana banyak bermain dan selalu hilang tumpuan. Dia yang beria-ria hendak sangat pergi ke Queen Secret Garden.
'Sekarang ambik kau! Andrina dah kena pukau! Ini semua salah aku!' desis Daze dalam hati.
Wanita itu memerhati Daze dan Zender dengan senyap.
'Hmm, kalau betul ini angkara kau, adik. Kau sudah berada di pihak yang salah. Huh.. kenapalah kau tak pernah nak dengar cakap aku' keluh wanita itu dalam hati.
Dari kejauhan kelihatan sepasang mata kuning memerhati rumah pondok yang kecil ditepi hutan itu.
'Urghh! Kenapa kau sembuhkan dia! Kau memang takkan berubahlah!' marahnya dalam hati sambil menghilang dalam kepekatan malam.
Wanita yang berada di dalam pondok itu tiba-tiba memalingkan kepalanya meghadap tingkap dan melihat ke dalam hutan tebal. Zender menyedarinya.
"Kenapa?" soal lelaki itu.
"Ahh, tak.. tak ada apa-apa. Tengok bulan saja." nafi wanita itu. Zender menganguk dan mengalihkan pandangannya kepada Andrina semula.
'Aku tak tipu, memang aku pandang bulan pun. Moon.. aku tau kau kat sini.' getus wanita itu dalam hatinya.
"Huh.." wanita itu mengeluh.
✏✏✏✏✏✏✏✏✏✏
"Emmm, aku.. aku dekat mana ni." kata Andrina yang baru tersedar dari lenanya. Kelihatan Daze sedang nyenyak tidur di atas toto empuk. Ada satu lagi toto di tepi Daze tetapi kosong.
'Toto Zender..' desis Andrina dalam hati. Andrina bangkit dari pembaringan dan menarik selimutnya menutupi tubuh Zender yang masih tidur di tepi katilnya.
"Urmm, aku kat mana ni sebenarnya?" Andrina berteka-teki sendiri.
"Andrina di rumah saya. Selamat berkenalan, nama saya Ldya." Wanita yang bernama Ldya itu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Andrina kaku. 'Tibe saja dia ni,' Dia memandang wanita itu curiga. Seketika kemudian, matanya terbeliak.
Dia ingat wajah itu. Namun, dia kelihatan sedikit berbeza.. Tapi gadis itu masih ragu-ragu. Huluran tangan wanita itu tidak disambut.
"Kau.. kau perempuan pada malam tu?" tuduh Andrina sambil menunding ke arah Ldya. Ya! Muka mereka hampir sama! Rambut kelabu tu dan.. senyuman itu! Tapi kenapa warna anak matanya?.. dan rambutnya lurus?
Ldya menarik tangannya semula. Hilang senyuman pada wajahnya. Kepalanya terteleng ke sisi.
"So, it's true.." bisik wanita itu dengan sangat perlahan. Dia kembali tersenyum dan memandang Andrina. Mukanya tenang sahaja.
"Maaf, saya tak faham apa yang Andrina cakap ini" Kali ini dia betul- betul menafikan kenyataan.
"Ta.. ta.. tapi.. kau.. Muka kau memang sama!" jerit Andrina takut-takut. Nafasnya tersekat. Dia cuma menjarakkan diri dengan Ldya yang makin menghampirinya.
Zender yang terjaga daripada pada tidur akibat jeritan Andrina segera bangkit. Dia hairan mengapa Andrina bagai takut sangat dengan Miss Ldya.
"Andrina.." panggil Zender lemah. Masih mamai. Andrina menoleh ke arah Zender.
"Zender! Perempuan ini yang aku nampak. Dia yang buat aku pengsan!" Andrina menjerit pada Zender pula. Terkejut Zender apabila Andrina tiba-tiba menuduh Miss Ldya.
"Andrina bertenang.. you're misunderstanding. Dia yang bantu sembuhkan kau dari kena pukau." jelas Zender.
'Huh? Kena pukau? Apa ni?!' jerit Andrina dalam hatinya. Sungguh,dia keliru.
Miss Ldya akhirnya dapat menyentuh dahi Andrina mengunakan tangan kanannya. Andrina terkejut, dia hendak menepis tangan wanita itu tetapi Andrina terlihat Zender menganguk-angguk. Menyuruhnya untuk membiarkan saja pegangan Miss Ldya. Terpaksa Andrina akur, dia percayakan Zender. Kerana dia, sahabat.
Mata Miss Ldya memandang tepat ke mata Andrina. Andrina memandangnya semula. Mata ungu Miss Ldya bertentang dengan mata dengan mata coklat gelap milik Andrina. Kemudian mata Miss Ldya terkatup rapat dan mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Serta merta, mata Andrina terkatup rapat. Entah mengapa dia berbuat demikian.
Apabila membuka mata, Andrina berasa lebih tenang dan tidak takut seperti tadi. Miss Ldya tersenyum segaris. Zender di belakang tidqk faham apa-apa, apa yang dia tahu Miss Ldya pasti sudah tenangkan Andrina.
Tiba-tiba Daze terjaga dan mengeliat.
"Huaahh! Kenapa ni? Eh, Andrina dah bangun?" soalnya. Di kala itu semua mata tertumpu pada Daze. Mood changer.
"Apa?" tanya Daze kehairanan.
"Daze terlepas apa-apa penting ke?" sambungnya lagi.
"Hmmh, mari sarapan dulu. Makanan sudah siap." pelawa Miss Ldya memecah keheningan.
-Kayla_Hyunjie-
Ok, Kayla! Done dare❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro