Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 12-Cenderahati

Tibalah malam yang dinantikan oleh Andrina dan Daze. Tetapi sudah semestinya Daze kelihatan lebih teruja daripada Andrina. Maklumlah, seumur hidupnya hanya dua kali sahaja dia pernah mengunjungi pesta ulang tahun itu. Satu ialah semasa dua tahun lepas, dan satu lagi ialah malam ini.

Selepas Andrina selesai mengunci pintu biliknya di Rumah Persinggahan Rossa Queiro, kelihatan Zender sudah menanti dengan penuh sabar di ruang legar bersama Daze yang berpusing-pusing dikeliling kawasan, tidak sabar.

"Cantik baju kau," puji Zender tiba-tiba. Pipi Andrina mula memerah apabila dipuji oleh Zender. Gadis itu memandang pakaiannya.

"Alah, baju beli semalam dekat pusat membeli belah," balas Andrina Cuba menghilangkan bahang di pipinya. Daze yang berpusing-pusing itu terhenti seketika.

"Wah! Andrina nampak comellah," puji Daze pula. Bertambahlah merah di pipi Andrina. Macam tomato nak meletop dah ni!

Andrina pada malam itu mengenakan baju t labuh paras peha berwarna biru muda berbelang hitam, lengan baju pula betul-betul paras siku. Dia memadankannya dengan seluar hitam bereben di sisi paling bawah seluar. Rambutnya diikat gaya pony tail dan diakhiri dengan pemakaian kasut sarung berwarna biru gelap. Zender pula mengenakan t-shirt coklat gelap dan jaket kulit hitam sama warna dengan seluar jeansnya dan kasut sukan yang dipakainya.

Dimana dia memperolehnya? Ini semua kerana Andrina yang memberinya duit untuk membeli pakaian baharu pagi tadi. Sebenarnya Andrina kasihankan rakannya yang seorang itu, tempoh hari Zender hanya mendapat aiskrim sahaja setelah penat-lelah menemaninya dan Daze membeli belah. Yelah kan, siapa je tak sakit hati kan? Membeli-belah macam esok dunia nak kiamat! Maka, dengan duit yang ada Zender pun membeli baju yang menampakkan gaya santai. Dalam erti kata lain, gaya Zender. Dalam kalangan mereka hanya Daze sahaja yang tidak dapat memakai apa-apa. Okey, of course lah kan. Kalau dia pakai baju, tu baru pelik.

Mereka tanpa banyak mulut kecuali Daze cepat-cepat bertolak ke pesta tersebut dengan harapan keadaan masih tidak sesak.

✏✏✏✏✏✏️✏️✏️✏️✏️

Sangkaan mereka meleset jauh macam digilis kereta F1 apabila tiba sahaja di pesta tersebut, kelihatan sudah ramai yang membajiri dan memenuhi pesta itu. Macam lautan manusia! Ops, lautan makhluk pelik!

Andrina membontoti langkah Daze dari belakang diikuti dengan Zender. Kata Daze, dia ingin pergi ke gerai-gerai yang menjual makanan. Perut masing-masing pun memang sudah bergendang-gendut tali kecapi, lapar perut sakit hati.

Namun, mereka harus cepat kerana tepat pukul 9:00 malam nanti acara tumpuan akan bermula. Acara utama dan menjadi simbolik, semestinya perarakan kereta berhias! Eih, bukan perarakan biase-biase tau! Nak tahu sat na!

Selesai mengisi perut, mereka bertiga membeli pula barangan yang dijual disitu. Andrina awal-awal lagi sudah siap melukis berkeping-keping pes untuk berbelanja sakan. Mungkinkah ini yang dikatakan salah guna kuasa? Keh keh keh..

Daze ada membeli gelang untuk mereka bertiga. Gelangnya berwarna silver dan tertulis nama mereka bertiga di setiap gelang. Pandai pula haiwan ni nak sweet.

"Daze, kau nak pakai kat mana gelang ni? Kau bukan ada tangan.. takkan nak pakai kat kaki kau?" tanya Zender. Lelaki itu masih membelek gelang nipis dan simple itu. Cantik. Dia suka gaya begini.

"Daze pakai dekat tanduklah.." ujar Daze sambil terkial-kial memasukkan gelang persahabatan itu pada tanduknya. Andrina yang melihat Daze 'berjuang' itu membantunya memasukkan gelang pada tanduknya.

"Terima kasih, Andrina," ucap Daze kepada Andrina.

"Pada pengunjung yang ingin menyertai pertandingan peragaan kostum pada malam yang indah ini sila mendaftar nama segera!Pertandingan ini bakal bermula!!"

Tiba-tiba, suara pengacara kedengaran di atas pentas di tengah- tengah pesta tersebut. Guess what? Pengacaranya seekor katak! Kulitnya coklat dan dia juga mampu berdiri. Yukss.. but wow..

"Jom pergi semua, kita pergi tengok," ujar Daze sambil mula mengibaskan sayapnya dan terbang kearah pentas. Dia tidak suka bersesak-sesak, jadi dia terbang sahaja. Itu pun, laluan di udara juga hampir sesak dipenuhi makhluk-makhluk bersayap yang lain. Daze mencebek, inilah perkara yang tidak digemarinya semasa berasa di pesta.

Samalah juga dengan keadaannya di bawah, tapi mungkin lagi teruk. Andrina dan Zender juga terpaksa mengharungi lautan makhluk-makhluk untuk sampai ke pentas utama. Boleh sesak nafas woi! Dahlah si Andrina ni kecil cili padi saja.

Sesampai di pentas utama, mereka dihiburkan dengan pertandingan kostum terbaik. Pelbagai rekaan baju digayakan oleh pelbagai makhluk disitu. Manusia, raksasa malah orang lidi pun ada. Ada baju yang cantik, ada yang pelik, ada juga yang comel. Yang pasti, semuanya mencuit hati.

Setelah pertandingan berakhir, Jibbo si katak pengacara majlis mengumumkan yang perarakan kereta berhias akan bermula sebentar lagi, dan meminta pengunjung untuk bersedia mengambil tempat duduk. Keputusan pula akan dikeluarkan selepas tamatnya perarakan.

Andrina, Daze dan Zender mengambil tempat duduk paling hadapan sekali. Pihak pengurus telahpun menyediakan tempat duduk bertingkat seperti di dalam stadium bola. Masing-masing di kiri dan kanan laluan yang bakal dilalui oleh kenderaan berhias nanti.

Setelah beberapa minit menunggu, kereta berhias pertama tiba dan lalu dihadapan mereka. Lagu latar turut didendangkan kepada hadirin. Kemudian menyusul kereta berhias yang lain.

Kesemua kereta dipenuhi lampu berwarna-warni berbentuk permata yang terapung mengelilinginya. Setiap kenderaan di perarakan tersebut sebenarnya menceritakan sejarah kota ini, dan ianya dimulai dengan kereta yang membawa arca Vendemair Carlos yang sedang melukis. Kereta kedua pula disangkut dengan banyak pokok-pokok dan bangunan disertakan D.O. tempat ini iaitu pokok bercahaya yang Andrina lihat di taman tempoh hari.

Semasa perarakan berlangsung, tiba-tiba berlalu letupan di salah satu kereta berhias tersebut. Ramai penonton tercampak ke tepi akibat percikkan api. Zender berdiri tegak dan terlihat seorang lelaki misteri yang mengekori mereka dihutan beberapa hari lalu sedang berada di salah sebuah bangunan di tepi perarakan itu sambil memerhatikan dirinya, Andrina dan Daze. Ketika itu, ramai pengunjung sudah bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Lelaki misteri itu tersenyum ke arah Zender, dan dengan pentas dia melemparkan bebola asap hitam ke arah mereka. Daze yang turut menyedarinya menarik Andrina ketepi, Zender juga sudah melompat mengelak serangan. Bertih jagung Daze yang terkena asap itu segera lenyap! Hilang terus dari pandangan!

"Daze! Bawa Andrina pergi dari sini!"
jerit Zender. Dia sudah mengeluarkan pisau beracun yang sentiasa disisipnya di peha. Daze menganguk dan segera melebarkan sayapnya menunggu Andrina untuk naik.

"Habis tu kau pula macam mana?" soal Andrina risau.

"Pergi je! Selamatkan diri kau dulu. Aku lengahkan beruk ni!" Andrina mengangguk. Dia segera menaiki Daze lantas haiwan itu pantas terbang ke celah-celah bangunan.

"Zender! Hati-hati! "teriak Andrina pada Zender. Dia cuma sempat melihat Zender menganguk sebelum pandangannya dihalang oleh bangunan-bangunan konkrit di situ.

Zender memandang tepat ke arah lelaki misteri tadi. Dia bersedia untuk menyerang. Sepantas kilat, Zender melompat melepasi pagar penghadang dan berlari menuju ke salah satu kereta berhias yang berhenti bergerak. Dia cekap memanjat salah satu bangunan kayu yang diletakkan di atas kereta berhias itu. Sesampai di puncak, dia tidak menunggu lama dan terus melompat ke bangunan tempat lelaki misteri itu berada.

Lelaki misteri itu tersenyum ke arah Zender.

"Hebat kemahiran kau, tapi aku tak hairan. Aku pernah nampak kau buat lebih baik dari tu, lemah" ujarnya sinis ke arah Zender.

"Kita tengok siapa yang akan kalah nanti," balas Zender dan meluru menuju ke tempat lelaki misteri itu berada. Lelaki itu menarik kerudungnya kehadapan sedikit dengan bibirnya masih melakar senyum sinis.

Dia terus mengeluarkan bebola asap hitam di tangannya. Dengan segera bebola itu dilemparkan kearah Zender bertubi-tubi. Namun, tiada satu pun bebola itu menyentuh tubuh Zender, kesemuanya dapat dielak dengan mudah.

Semasa Zender melompat ke arah lelaki misteri itu dan mengangkat pisaunya. Tiba-tiba asap hitam mengelilingi tubuh lelaki tersebut.

"Maaf Zender, aku tiada masa untuk semua ini," ujarnya dan dia hilang dari pandangan Zender. Sebaik Zender mendarat,vdia tercari-cari kemana hilangnya lelaki tadi tetapi gagal. Dalam kepalanya terfikir tentang Andrina.

'Ahh! Andrina dalam bahaya!' getusnya dalam hati. Dia tanpa ragu-ragu melompat turun dari bangunan itu ke kereta berhias dan segera menuju ke celah-celah bangunan mencari Andrina dan Daze.

"Tch! Ini perangkap! Tak guna!" marah Zender.

✏✏✏✏✏✏️✏️✏️✏️✏️

Andrina dibawa Daze jauh dari kawasan kejadian. Dia mula risaukan Zender.

"Daze, kita kena tolong Zender! Dia mungkin dalam bahaya," kata Andrina kepada Daze. Jelas nada kerisauannya di situ.

"Andrina jangan risau, Zender tentu akan selamat. Sekarang Andrina yang perlu selamatkan diri. Zender berjuang untuk melindungi Andrina, kalau Andrina pergi ke sana, sia-sia sahaja pengorbanan Zender," balas Daze tidak membenarkan niat Andrina untuk kembali menyelamatkan Zender.

"Janganlah cakap macam tu! Bunyinya macam teruk saja!"

Mereka berdua kini tiba di dalam hutan. Belum sempat Daze hendak mendarat, sebatang pokok tumbang dan hampir terkena tubuhnya dan Andrina. Nasib baik Daze peka dan sempat mengelak.

"Andrina.. mana kau nak lari?" suara garau itu menyentak Daze dan Andrina.

"Ba..bagaimana kau sepantas ini?" kata Daze.

"HAHAHAHA!!! Andrina! Terimalah tragedi tadi sebagai cenderahati kau datang ke mari.. Aku sediakannya khas untuk kau.. Lagi satu, terimalah hadiah daripada aku ni!" kata lelaki bersuara garau itu sambil melempar bebola asap hitam yang besar ke arah Andrina dan Daze.

✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro