Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

Dya mengipas muka sendiri. Panas tiba-tiba tengok drama depan mata. Terjentik rasa tidak enak melihat kemesraan antara Rose dan Mr Nao.

Pak!

"You ni dah kenapa? Kalau iya pun cemburu, janganlah sampai sepak khemah. Roboh khemah kita nak tidur dekat mana? Atas pokok?" tempelak Becky geram. Dengan ekor mata, dia mengerling pasangan merpati sejoli. Mesra betul!

"Sorrylah." Cemberut teruk muka Dya.

"Muka you buruk sangatlah bila cemburu, tak boleh control sikit ke cemburu you tu?" Becky menggeleng.

"I tak cemburulah! I nak cemburukan siapa?" Dya ketawa palsu.

"Bukan you tengok Mr Nao dengan si Rose ke?" Becky juih bibir pada dua pasangan itu.

"Tak ada kuasa." Mata tak lepas dari Mr Nao.

Sesungguhnya kata dari mulut benar-benar berbeza dengan perbuatan. Becky tak mampu kata apa-apa, susah sungguh Dya nak mengaku. Ego kan?

"Hebat Nr Nao kan? Boleh masak, mungkin sebab tu Rose crush dekat Mr Nao." Becky nyalakan api. Disembunyi senyum saat wajah Dya bertukar merah menyala.

"Hebat? Huh! I pun pandai masak tau! Setakat ikan sardin dengan nasi biasa, apalah sangat!" Angkuh Dya membalas.

"I tahulah you pandai masak. Tapi iyalah...." Becky sengih nampak gigi.

"Mana tahu bila jadi isteri Mr Nao, Mr Nao pulak yang masakkan untuk sang isteri?" Alis diangkat menyakat.

"Kau isteri dia?" Sinis Dya ketawa.

"Eh taklah." Berkerut dahi Dya.

"Habistu?" Becky berdehem.

"Orang sebelah Mr Nao."

"Rose?" Senang hati, Becky angguk.

"Langkah mayat aku dulu!"

Lantas, langkah dihayun pantas merapati dua pasangan mesra itu.

"You pandai masak apa lagi selain kuah sardin?" soal Rose gedik.

"I tak adalah pandai mana, kalau orang mintak masak itu ini. I boleh aje buatkan kalau tengok resepi dalam google."

"Yeke?" Teruja Rose ungkap kata.

"Yup." Dya ketap gigi.

Sengaja, dehem dikuatkan. Jelingan Rose dibalas senyum sinis. Leka sekali Mr Nao memasak sampai dia didepan mata pun buat tak layan.

"Busy betul you, masak apa?" Dya berbasa-basi.

"Kuah sardin, kenapa? You dah lapar ke?" Dya tolak dinding pipi dengan lidah.

Ting!

Idea datang!

"I ada gastrik, I takut sebenarnya nak makan lewat. Boleh tak you letakkan nasi untuk I?" suara digedik sehabis mungkin. Kalahlah si Rose tu!

"Biasanya semua pensyarah makan sama-sama dengan semua pelajar." ujar Mr Nao.

Rose ketawa jahat. Muka pun dah gaya mintak penampar aje. Sinis sekali.

"You tak risaukan I ke? Macam mana kalau-kalau I pengsan dekat sini? I lapar sangat-sangat, dah tak tahan." Perut dipegang. Gaya betul-betul laparlah!

"Tak boleh." tegas Mr Nao.

"Oh?" Lidah digigit sedikit.

Dya mencari akal dan....

"I...." Tubuh hampir dijatuhkan. Dapat Dya rasai tubuhnya diangkat Mr Nao.

"You okay tak?" Suara itu melontar kerisauan.

"Tolong...I...."

"Okay I bagi you makan." putus Mr Nao.

Naik turun nafas Rose.

"Dya berlakon aje, tak payahlah sampai you nak cempung dia duduk atas kerusi!" Lantang Rose berkata.

"Dya sakit."

"I pun bolehlah berlakon!" Rose buat-buat jatuh. Siap pakej kepala dipegang.

"Tolong I...." ajuk Rose persis sama dengan gaya percakapan Dya tadi.

Dya tahan hati. Jika bukan kerana lakonan, sudah pasti Rose dibelasahnya habis-habisan. Sakit hati aku!

"Esok lusa I tolong you, Dya lebih penting."

"What?!" Dya kemam bibir. Jangan sampai dia ketawa, habis lakonannya nanti!

Nasi yang telah dicampur dengan kuah sardin dihulur pada Dya. Tak lupa jugak nasi untuknya sekali. Kerusi ditarik sebelah Dya.

"Kita makan sama-sama." Dya angguk cair.

"You tak adil! You kejam!"

"I kejam harini aje." balas Mr Nao mendatar.

"I pun nak makan sekali." ucap Rose tak puas hati.

Kerusi ditarik duduk di sebelah Mr Nao.

'Pasti kes nak goda Mr Nao, kau ingat kau cantik sangat? Aku lagi cantiklah! Kau takkan mampu goda Mr Nao dengan kecantikan kau yang biasa-biasa tu!' umpat Rose dalam hati.

"Seeloknya you masuk dalam khemah, buat apa yang patut. Dari tadi you teman I masak kan? Pasti banyak benda yang you belum sudahkan. Daripada you duduk sini buat dosa mengumpat Dya dalam hati." Setepek kena.

Rose buat muka 'Oh really'?

"I tak mengumpat. I baik." Rose peluk tubuh. Walaupun baik, mata tetap menjeling Dya.

"Orang baik biasanya tak jeling orang, I harap you kategori baiklah."

Rose gempal penumbuk. Muka merah menyala Dya ditatap benci. Pasti Dya ketawakan dia kan? Kurang ajar!

"I dah cukup sabar dengan perangai you."

"Masuk khemah you, please...." tekan Mr Nao.

Rose tersebik sedih, kerusi ditolak. Mata memerah berura-ura nak menangis.

"Fine! You nak sangat I masuk khemah kan? Okay! I masuk! Tapi I takkan berdiam diri, I bagitahu semua pensyarah yang you dating dengan Dya."

"Do it," Senyum itu menyenget.

"I dare you."

Rose mendengus kasar.

"I hate you so much!"

"Thank you."

Dya pandang pemergian Rose. Lapang dada tatkala perempuan itu sudah tiada. Bagus jugak, tak adalah Dya makan hati.

"Kenapa tak makan? Bukan you cakap lapar ke tadi?" Bismillah dibaca sebelum nasi dimakannya.

"Terima kasih bagi keizinan untuk I makan sebelum orang lain." ucap Dya ikhlas.

"No problem."

Jeda,

Suara tiada yang keluar di antara mereka. Jari kaki Dya dah tergedik meminta untuk mengeluarkan kata. Mahu ditanya, namun Dya tahu kesudahannya.

"Ada apa-apa ke you nak tanya I?" soal Mr Nao straight forward.

"I...." Dya telan air liur sekali.

"I nak tanya...." Mr Nao angkat alis.

"I nak tanya, siapa Mr Nao sebenarnya?" Mr Nao ketawa sinis.

"Mr Nao adalah Mr Nao. Takkan orang lain kan?" Dya pejam mata sesaat. Sakit hati betul!

"I pelik aje." luah Dya tentang isi hatinya.

"Kenapa you nak pelik? Pelik sebab makan dengan I? Atau pelik benda lain?"

"Mata you."

Maka, bertautlah kedua mata pasangan itu. Mr Nao ikut rentak Dya. Matanya langsung tak berkelip. Kalah, Dya akhirnya tunduk kepala pandang nasi yang sudah tinggal separuh.

"Malu ke?" Mr Nao ketawa macho.

"Tak adalah." Dya berdehem kuat.

"Kenapa dengan mata I? Mata I cantik ke?"

"Mata you mengingatkan I dekat seseorang." Dya senyum pedih.

"Siapa boyfriend you ke? Atau future husband you?"

Mr Nao bersungguh tatap Dya. Dya pulak yang malu, sudahlah muka lelaki itu sama persis Dawas. Makin cair kalau tengok banyak kali.

"I dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia."

Dya intai reaksi Mr Nao. Biasa saja, tak ada apa-apa perubahan. Benarkah lelaki ini Dawas? Mengapa tak ada apa-apa perubahan mahupun tanda mengatakan dia adalah Dawas?

"Maksudnya you ada hubungan dengan dia?" Dahi Mr Nao berkerut seribu.

"Pernah ada tapi sekarang...." Dya menggeleng.

"I memilih untuk pergi demi kebaikan kami berdua."

Dya tarik nafas dalam. Hatinya masih sayang juga cinta menyebabkan perasaan sebak bertandang tiba-tiba.

"Kenapa you rasa perbuatan you adalah yang terbaik?" Dya hilang selera makan. Pinggan letak tepi.

"I dah siap makan." Kerusi tolak ke belakang.

"Dalam pinggan you nasi still tinggal separuh, takkan sebab I nak tahu alasan perbuatan terbaik you...." Mr Nao angkat kepala.

"terus you berubah jadi macam ni?" Tenang suara itu menyoal.

"I tak berubah."

"Habistu?" Dya ketap kuat gigi. Nafas ditarik sekali. Meluap-luap rasa nak marah sekarang, tak tahu kenapa?

"Hubungan yang TIDAK halal, TIDAK sepatutnya dikenang. Faham?"

Sengaja Dya kuatkan sebutan 'tidak' itu agar Mr Nao tahu bahawa dia tidak suka pertanyaan ini. Dya pergi meninggalkan Mr Nao sendiri. Dya buat mata ke atas, decitan keluar dari bibir dengan perbuatan sendiri. Jari menaip...

Ting!

Mr Nao buka mesej yang baru diperolehnya.

Terima kasih untuk nasi, sedap-Dya

Mr Nao ketawa macho, nasi dimakan tertib. Mata meliar pandang sekeliling dengan muka naik merah. Entah kerana pedas mahupun malu.

'Pedas pulak kuah sardin ni, tadi okay aje.' monolog Mr Nao sendiri. Habis merah menyala mukanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro