Bab 6
"Demam you dah okay ke?" Becky labuh duduk di sebelah Dya.
"Dah okay sikit."
"I nampak kasut lelaki semalam, ada lelaki masuk rumah sewa kita ke semalam?" Berderau darah Dya.
"Kasut lelaki? Setahu I takde pulak lelaki masuk rumah sewa kita, lagipun I tak boleh nak bangun. Nak tengok sekeliling pun tak ada tenaga."
"Bahayalah you tinggal sorang-sorang dalam bilik. Macam mana kalau perogol bersiri masuk rumah? Bahaya tau!"
"I jamin, tak ada sesiapa boleh masuk rumah ni. Percayalah cakap I." Yakin Dya katakan sebegitu.
"Yakin betul you kan?" Dya tergelak kecil. Mana tak yakin kalau si Dawas asyik masuk rumah?
Takde orang lain selain dia.
"You dah bersiap ke apa yang patut?" Berkerut dahi Dya.
"Maksud you? Bersiapa untuk?"
"You tak baca group whatsapp? pensyarah ajak class kita pergi berkhemah."
"Class kita je ke?" Becky angguk.
"Mr Nao pun join sekali tau." Becky melompat teruja.
"Teruja betul you kan? Nak try mengorat ke dekat sana?" Sengaja bahu Becky dilanggar manja.
"Mana tahu kan..." Becky ketawa malu.
"Mana tahu mengorat dekat sana boleh jadi suami isteri lepas dah balik sini." Terbahak-bahak Dya ketawa.
"You ni sampai ke situ pulak kan? You memang sukakan Mr Nao ke?"
"Macam mana eh? Mr Nao tu crush aje, kalau jumpa lelaki handsome macam Mr Nao pun takpe jugak. Asal handsome, Bec terima dengan hati yang lapang."
"Macam mana kalau handsome menyakitkan hati?" Becky mendecit.
"Tak nak terima terus." Tak tertahan, ketawa itu dihambur.
"Friendzone terus eh?"
"Sakit hati buat apa teruskan? Makan hati aje bila kahwin nanti." Dya angguk.
"Tak salah apa yang you cakap tu, I pun setuju."
Deringan telefon berbunyi menarik perhatian Bec.
"I rasa someone call you." Becky juih bibir pada meja.
"Lepas ni kut I angkat, lagipun I nak spend time bercakap dengan you."
"Angkat ajelah, mana tahu penting kan?" Dya buat muka malas.
"Tak kenallah..." Nombor tak kenal yang tertera pada telefon ditunjukkan pada Becky.
"Jauhnya, Itali. You ada kawan Itali ke?" Dya menggeleng.
"Bercakap dalam bahasa Itali pun I tak pandai, nak pergi Itali sana? Mintak simpang ajelah, mahu I nak pergi toilet, terberak depan orang ramai sebab tak tahu jalan."
"Angkat jelah, banyak kali dia call."
"I naik atas jap." Becky buat simbol okay.
Masuk aje dalam bilik, terus Dya angkat panggilan tadi. Siap pakej tangan dicekak pada pinggang kerana marah.
"Assalamualaikum orang asing, boleh tak jangan call orang Malaysia? Orang Malaysia macam saya tak pandai nak cakap Itali, berbelit lidah. Hidup jangan ganggu orang boleh tak?" Ketawa kuat bergema dalam talian itu.
"You bebel apa ni darling? Hmm? You nak I cubit you ke? Nasib baik I tengah buat kerja dekat Itali, kalau tak dah lama I serang rumah you." Dya buat muka.
"Kenapa you selalu kacau I, Dawas? Untuk pengetahuan you, I dah lama lupakan you. Kita berdua dah tak ada apa-apa. Semuanya dah selesai, kita berdua tak perlu bertemu lagi."
"I nak jumpa you sebab rindu." rengek Dawas manja.
"Rindu atau tak, itu bukan masalah I. Stoplah ganggu I, I tak nak Becky nampak you. You faham tak?"
"Kenapa you tak nak Becky nampak I? Ada masalah ke?" Dya ketap kuat giginya.
"I tak pernah tunjuk gambar you dekat dia dan I tak nak Becky kenal you."
"Dalam beberapa hari lagi I balik Malaysia, I nak jumpa you. Patut ke I lawat tempat belajar you? Macam haritu?"
"Please Dawas, jangan timbulkan masalah. Cukuplah apa yang telah you lakukan pada I. I harap sangat-sangat you stop ganggu I. Itu aje yang I mintak, tak ada yang lain." Dawas menguap dalam talian.
"You dah habis ke?"
Dya gempal penumbuk. Sakit hati dengan permainan Dawas.
"You dengar tak apa yang I cakap tadi?"
Dawas menggeleng, punggung diangkat. Pintu pejabat ditutup,
"Chiudere." (Lock up)
Automatic suara robot comel keluar dari speaker. Dawas baring tubuh di atas katil. Matanya mengantuk tiba-tiba lepas bercakap dengan Dya. Tadi kemain mata liat sekali nak tutup.
"I dah ngantuk." bagitahu Dawas manja.
"Kenapa you bagitahu I?"
"Sebab I nak you tidur sekali dengan I." Dya buat pekak.
"I nak peluk you, pasti best kalau you ada sebelah I sekarang kan?" Bantal dipeluk erat.
"I tengah peluk bantal."
"Lepastu?" sebut Dya malas.
"I anggap you bantal peluk ni." Muka Dya berona merah tiba-tiba. Malu!
"I tengah cium you ni." Makin merah muka cantik itu. Siap dia dengar lagi bunyi ciuman itu.
"Muah! Muah! Muah!"
"Stop boleh tak?" ungkap Dya geram.
"Kenapa stop? You malu ke? Atau you nak I cium you betul-betul?"
Saat fikiran terimbas pada ciuman yang dirampas Dawas, laju Dya menggeleng. Dahinya ditepuk beberapa.
"You tak pernah berubah Dya..."
"You kenal sangat ke I?" sinis Dya berkata.
"I tersangat kenal you, Dya." Dawas selesakan diri di atas katil. Matanya dipejam berharap lenanya akan hadir.
"Bila you tak suka fikir apa yang ada dalam kepala you....you akan tepuk dahi sendiri."
Diam,
Suara Dya tidak kedengaran langsung. Entah kenapa, jantungnya berdetak laju. Ada rasa bahagia menyelit apabila lelaki itu masih mengingatinya.
"You pura-pura benci I sedangkan you still sayang I." Dya kemam rapat bibir.
"Muah!" Beberapa mutiara halus bergayut di kelopak mata dan...
Tap!
Ia jatuh pada baju yang dipakai saat Dya labuh duduk di atas katil miliknya.
"Mungkin sekarang you boleh tipu I tapi hati you...." Dya menangis tanpa suara.
"Hati you tak boleh menipu diri you sendiri." Dawas tutup lampu biliknya.
"Even though at times I do things that hurt. I try so hard to hope that you always see, how much you being in my life means to me." Dya tekup mulut dengan tangan.
"I am sorry yet again for causing you pain, that is the last thing I ever wanted to do. I mess up, I am sorry for that." Ikhlas lelaki itu meminta maaf.
"I'm here if you need me." Dawas senyum.
"When you need a shoulder to lean on....i am here...." Suara itu sayup-sayup kedengaran.
"I'll be by your side...."
Itu ayat yang terakhir Dya dengar sebelum dengkuran halus menerpa deria pendengarannya. Dya senyum dengan deraian air mata.
"I tak pernah bencikan you, I cuma tak nak ada apa-apa hubungan dengan you lagi. I dah insaf, I dah serik dengan semua yang terjadi dulu. Itu aje." Dya tarik nafas panjang.
"Sweet dreams...."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro