
Bab 47
Selesai menyediakan makanan pagi, Ummi meraih telefon pintar miliknya lalu mendail nombor Dawas. Menyempat diri, ia melabuh duduk di atas kerusi dapur. Usai talian disambungkan, ceria Ummi menyapa Dawas.
"Selamat pagi Dawas,"
"Pagi,"
Di seberang sana, terdengar Dawas menguap. Mungkin semalam tidur lewat. Namun yang menjadi tanda tanya ketika ini adalah suara Dawas yang sengau. Kemungkinan besar semalam lelaki itu menangis. Tapi kerana apa?
"Dawas menangis ke semalam?"
Sedetik itu, talian hening. Deruan nafas Dawas saja kedengaran. Tanpa perlu teka teki lagi, lelaki itu pasti nya menangis. Manakan tidak, ia tidak menafikan apa yang ditanya.
"Dawas menantu Ummi, apa-apa masalah boleh cerita pada Ummi."
Secepat mungkin, Dawas mengubah topik perbualan mereka agar Ummi tidak mencurigai apa-apa.
"Babah macam mana sekarang? Sihat?"
Mengikut alur bicara Dawas, Ummi mengalah tidak mahu menanyakan banyak perkara mengenai kesedihan Dawas.
"Beberapa bulan selepas Dawas tak muncul diri ke hospital, Babah asyik tanya siapa penderma pinggang nya. Untuk sekarang, Babah sihat. Cuma Babah banyak berbaring atas katil. Kalau Ummi ajak keluar tengok dunia luar, Babah tak nak. Bukan itu aje, kadang-kadang Babah tak nak makan. Dipaksa barulah makan. Itupun kalau Ummi bohong akan temukan Babah pada penderma pinggang sebenar." Panjang lebar Ummi menjelaskan.
Tapi belum cukup bisa membeli hati Dawas yang masih tidak mahu bertemu dengan Babah.
"Dawas tak nak jumpa Babah? Walaupun sekejap?"
Automatik, Dawas menggeleng.
'Tak nak Ummi, Dawas dah cukup sakit dengan semua yang terjadi. Dawas penat mental dan fizikal.'
"Babah rindu Dawas."
Tipu!
Mustahil Babah untuk merindui seseorang yang pernah menjadi musuh nya. Terutama nya Dawas yang pernah menjadi menantu red flag atas sebab pertemuan bersama Dya di kelab malam.
"Ummi tak perlu menipu untuk menyejukkan hati Dawas. Dawas sedar diri yang Babah tak mungkin sayang manusia macam Dawas. Dahlah kotor, jahat pulak tu? Jahat lagi, syaitan pulak tu. Bunuh orang buat itu ini. Daw-"
"Shhh.. Tak baik cakap macam tu, siapa kami untuk judge kehidupan Dawas dulu. Lagipun ada sebab kan kenapa Dawas buat semua tu kan?"
Mendapat pembelaan dari Ummi, hati nya yang pedih juga sakit sedikit terubat. Ada jugak rupanya orang yang menerima diri nya yang seburuk ini.
"Dawas jadi mafia bersebab. Papa paksa Dawas masuk kumpulan The Snake. Papa paksa Dawas buat itu ini, kalau tak papa tak nak mengaku Dawas anak lelaki dia."
Sampai begitu sekali?
Tak cukup tergamam, lidah nya juga kelu untuk mengungkapkan kata yang selebihnya.
"Ya Allah..."
Tanpa menceritakan lebih lanjut, Dawas memberitahu rahsia yang disimpan. Tak nak bagitahu tapi mengenangkan Dawas dah anggap Ummi macam ibu sendiri, Dawas buka mulut memberitahu.
"Dawas tak lama di Malaysia."
Ummi gigit bibir kegusaran. Bila hati mula sayang pada menantu, untuk berada jauh pun Ummi khuatir akan keselamatan menantu nya.
"Kenapa Dawas nak tinggalkan bumi Malaysia ni?"
Untuk kali kedua, keheningan menyelimuti talian itu.
"Dawas?"
"Hmm? Ye Ummi? Maaf Ummi, Dawas tertidur tadi."
Kebohongan itu jelas dapat dihidu Ummi. Mungkin ada sesuatu yang tak dapat Dawas jelaskan, mungkin mengambil masa untuk bercerita. Jadinya, Ummi tak cakap banyak. Ia membiarkan saja Dawas melakukan apa saja yang terbaik untuk dirinya.
"Apapun yang terjadi, Ummi sentiasa ada untuk Dawas. Walaupun Babah tak hargai menantu kesayangan Ummi ni, tapi Ummi ada. Ummi akan hargai Dawas selagi Ummi bernafas."
"Ala Ummi, jangan buat menantu Ummi terharu. Sengaja nak pujuk untuk stay Malaysia ek?"
Ummi tahu,
Ketika ini Dawas dilanda kesedihan. Biarpun nada itu disembunyi tapi firasat ibu kuat mengatakan bahawa Dawas sedang tidak baik-baik saja.
"Anggaplah Ummi sebagai ibu Dawas."
Dan ketika itu jugalah, Dawas tak mampu menahan senyum. Akhirnya,
Akhirnya, ia ada peluang untuk merasai bagaimana rasa nya mempunyai 'ibu'.
"Terima kasih Ummi."
Keluhan berat terlepas di talian sana. Mencuba untuk tidak beremosi, Dawas menceriakan suara nya.
"By the way, Dawas ni manja sikit tau! Ummi jangan complain pulak tau nanti!"
Ummi tertawa kecil mendengar suara ala-ala budak dari Dawas.
"Ummi tak kesah pun nak gedik ke, nak manja ke. Yang penting jangan lupa masih ada Ummi di sini menanti kepulangan Dawas ke Malaysia."
"Ala, Ummi tak tanya pun Dawas nak pergi mana. Tak syoklah! Tsk!"
Kali ini, tawa itu meleret sehingga kedua-dua pihak tidak ada tanda nak berhenti ketawa.
"Menantu kesayangan Ummi nak pergi mana ni? Sedih tau dapat tahu nak jauh dari Ummi. Ni pasti kes dendam kan?"
Dawas boleh bergurau, ada baik nya Ummi join sekali.
"No, no, no tak baik tuduh macam tu. Dawas nak pergi Itali sebab ada kerja tau! Bukan saja-saja nak tinggalkan Ummi."
"Kira nak berbulan madu dengan isteri hmm?"
Demi meyakinkan pada Ummi bahawa semua nya baik-baik saja, Dawas tertawa tanpa menjawab soalan itu. Sudahnya, nak lari dari soalan cepumas lain nya. Dawas berpamitan.
"Dah lewat ni, Dawas nak bersiap apa yang patut. Next time kita borak lagi ye, Mi."
Ummi mengangguk bersama senyum manis.
"Apa-apa inform aje, Ummi tunggu panggilan dari Dawas."
"Baik, assalamualaikum."
"Waalaikummusalam,"
Tut.
Tiba-tiba tekak rasa dahaga. Segelas cawan dicapai lalu di isi air masak. Diminum sedikit demi sedikit bagi menghilang rasa dahaga.
Pak!
"Aduh! Lupa Babah belum makan pagi." Gumam Ummi sendiri.
Bergegas, Ummi basuh cawan yang di guna tadi. Selanjut nya, ia bergegas masuk ke dalam bilik rehat yang berada di tingkat bawah. Disebabkan Babah tak mahu naik atas kerana merumitkan, ia memilih untuk tidur di dalam bilik yang berada di tingkat bawah saja. Ummi masuk lalu duduk di birai katil.
"Jom makan pagi, nak?"
Cepat-cepat Babah menggeleng.
"Mana penderma pinggang Babah? Babah nak jumpa. Ummi dah janji kan?" Desak Babah entah untuk kali ke berapa.
"Untuk sekarang, penderma tu tak boleh balik Malaysia. Ada kerja yang harus disudahkan. Mungkin dalam dua atau tiga hari, Babah boleh jumpa dia." Pujuk Ummi menggunakan alasan yang sama.
"Apa kerja penderma Babah? Sibuk mengalahkan menteri. Susah sangat ke nak jumpa Babah walaupun sekejap?"
Babah mula dah tak menyabar sampaikan muka nya berkerut-kerut. Marah nya dah tak bisa dibendung kerana permintaan nya sejak keluar dari hospital belum bisa menjadi kenyataan.
"Babah janji takkan marah pada penderma pinggang Babah?"
"Apa punya soalan ni? Kenapa pulak Babah nak marah dia? Tak ada motif!"
Sakit, sakit pun marah. Yang boleh Ummi lakukan sekarang, tarik nafas dan hembus. Bukan tak nak bagi jumpa, Ummi risau Babah tak percaya lalu menghalau Dawas.
Ting! Tong! Ting! Tong!
Bunyi loceng menjadi bagai penyelamat. Disembunyi raut wajah gembira itu kerana bisa lari dari soalan maut lain dari Babah.
"Ada orang datang, Ummi tengok kejap."
Babah mengangguk. Tidak lupa dengusan kasar keluar dari bibir nya sekaligus anak mata menatap punggung yang telah menghilang dari pintu itu. Ummi berlari anak menuju ke pintu utama. Pintu dibuka,
Dang!
"D-Dya.."
Tamat...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro