Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 46

Darwin rancang nak memasak untuk Qizara. Risau jugak kalau kesayangan nya itu lapar. Kebiasaan perempuan itu, tidak pernah memberitahu kesulitan yang terjadi dalam hidup nya. Seperti sekarang, Darwin banyak mesej tapi tak ada satu pun dibalas nya. Sadis bukan hidup Darwin?

Ting! Tong!

Sebaik mendengar loceng rumah nya ditekan, bergegas ia ke pintu utama memikirkan mungkin Qizara datang bertandang. Sedikit kecewa tatkala ia mengintip melalui lubang kecil yang terdapat pada pintu dan gerangan itu adalah Dawas. Biarpun begitu, Darwin tetap buka pintu menyambut teman nya itu.

"Wa-"

Buk!

Speechless,

Itulah yang Darwin rasai tatkala Dawas rebah dalam pelukan nya. Muka itu pucat lesi dengan kerutan mendalam seakan menahan sakit terlampau.

"Kenapa kau ni?" Soal Darwin risau tengok keadaan Dawas.

"Aku nak stay rumah kau boleh? Sehari dua je, kalau kau tak keberatan."

"Tak payah mintak izin, kau masuk je. Stay selama mana kau nak stay."

Tanpa melengahkan masa, buat bak rumah sendiri ia duduk di atas sofa panjang ruang tamu.

"Muka kau nampak sembap, menangis?" Soal Darwin tanpa berselindung.

"Sejak bila lelaki mafia pandai menangis?" Tempelak Dawas menunjukkan sikap cool nya bagi menyembunyikan segala yang bermain dalam fikirannya ketika ini.

"Kau tak pandai menipu,"

Darwin mengatur langkah ke dapur mengambil air kosong untuk teman nya, setelah itu dibawa ke mari.

"Minumlah, biar kau tenang sikit nak bercerita."

Huluran air itu disambut dan diteguk rakus. Dah macam tak minum air setahun pun ada.

"Kau percaya kalau aku cakap yang Qiz bukan adik kandung aku?"

Sebelah Dawas menjadi tempat punggung nya berlabuh.

"Percaya, sebab aku dengar perbualan dari Zara dan Qiz."

"Kenapa kau tak bagitahu aku?" Nadanya terdengar kecewa kerana mendapat tahu hal ini kemudian hari.

"Qiz dan kau tak ada salah. Qiz pun baru tahu beberapa hari sebelum kau."

Lelah dengan posisi sendiri, Darwin mengesot ke belakang seraya bersandar kepala nya pada sofa.

"Keluarga kau terlalu complicated. Sungguh!"

Darwin kerling Dawas. Lelaki itu tampak speechless, mungkin percaya semua ini bisa serumit ini.

"Zara yang menjadi raja dalam masalah ni. Zara hasut Qiz untuk benci dan bunuh kau. Qiz tak nak, bahkan Qiz malu nak tunjuk muka dekat kau. Keadaan Qiz terdesak antara kebenaran juga sayang. Jika ia memilih kebenaran iaitu memberitahu kau segalanya, kau akan buang dia. Maybe akan bunuh or marah sebab perbuatan Zara."

"Tapi perlu ke biarkan sampai bertahun untuk bagitahu hal sebenar?" Celah Dawas mula sakit hati dengan segala yang terjadi.

"Kalau kau jadi Qiz sekarang. Kau akan takut tak nak bagitahu kebenaran semua ni? Sedangkan kau dah terlalu sayang dengan hubungan adik beradik ni. Qiz mati-matian jaga kebenaran ni dari ketahuan agar kau tak benci dia. Kejam ke perbuatan Qiz?"

Dan Dawas?

Tak mampu buat apa-apa, maka nya ia cuma meraup rambut nya ke belakang dengan raut wajah tertekan. Bagi menenangkan segala rasa yang mendesak diri, ia memejam rapat kelopak mata nya.

"Aku dah tak nak fikir apa-apa, apa nak jadi. Jadilah," Ayat pasrah itu terpacul dari bibir Dawas.

Tak bodoh bagi Darwin untuk mengetahui gelodak hati Dawas sedang dalam mood kacau-sekacau nya.

"Sampai bila-bila pun, aku takkan tinggalkan kau. Aku sayang kawan aku."

Tatkala itu, tawa terbahak-bahak dari Dawas kedengaran bergema di ruang tamu. Tatapan bingung menghiasi wajah Darwin.

"Aku tak percaya pada janji," Ujar Dawas biasa.

Tawa itu belum juga reda, masih ada sisa tapi tidak cuma sisa tawa. Juga ada sisa air mata di celah mata yang cuba Dawas sembunyikan dengan berpura-pura mengenyeh mata lagak orang sedang mengantuk.

"Dya janji untuk tak tinggalkan aku tapi kenapa Dya tinggalkan aku jugak?"

Anak mata kemerahan Dawas beralih orang sebelah, menginginkan jawapan.

"Dan kau berjanji untuk tidak meninggalkan tapi satu hari nanti, siapa tahu?"

Luka, perit, kecewa, sedih,

Segala perasaan itu membelenggu diri. Menjadi seorang lelaki yang dikenali awal sebagai ketua mafia yang hidup bergelumang darah juga dosa benar-benar mencabar apabila isteri nya sendiri memilih untuk meninggalkan tanpa memberi apa-apa penjelasan. Ditinggalkan dua kali lebih sakit berbanding ditinggalkan untuk satu kali.

"Kotor sangat ke aku ni, Win?" 

Tawa itu mereda diganti suasana hening menggambarkan hidup Dawas ketika ini yang suram tanpa apa-apa tujuan hidup sejak kepergian Dya. Ibaratkan layang-layang yang terputus tali nya, ke mana saja arah tuju tidak diambil peduli yang ia tahu, biarlah ia terbang untuk seketika agar hati nya yang terbiar sedih ini terubat dengan keindahan Allah.

"Apa kau cakap ni Was? Dah, dah, dah, baik kau tidur aje. Kau penat sangat ni," 

Nyata nya, melihat keadaan Dawas lemah sebegini bisa menyakitkan hati. Hati nya sebak juga nyeri tatkala bibir bergetar itu tidak habis-habis melabel diri sendiri sebagai manusia kotor.

"Aku kotor ke Win? Dya tinggalkan aku sebab aku kotor ke Win? Aku dah berubah untuk Dya, salah aku lagi ke? Apa lagi effort aku yang tak cukup kuat untuk membuktikan bahawa aku sayangkan dia? Aku ni lelaki tak guna ke Win? Teruk sangat ke aku, Win?" Bertalu-talu soalan itu terpacul dari bibir Dawas.

Berputus asa untuk layan Dawas, Darwin memilih untuk meninggalkan tempat itu. Ia mencapai kunci kereta, namun

"Semalam Dya tinggalkan aku, sekarang pun kau nak tinggalkan aku? Huh?" 

Darwin menggempal penumbuk. Kunci kereta yang dipegang nya diramas banyak kali memikirkan ingin memukul Dawas.

"Cukup Dawas!" Menggeram suara itu menahan amarah yang mula membara.

"Tak salah punlah kalau kau nak pergi dari hidup aku. Pergilah! Pergi! Tinggalkan aku sendiri dekat sini. Biarkan aku survive sendiri tanpa sesiapa! Lagipun lelaki kotor macam aku ni tak ada siapa yang suka! Tak ada!"

Buk!

Penumbuk mengena pada mulut Dawas. Bibirnya pecah dan berdarah kerana tidak sempat mengelak dari serangan tiba-tiba itu.

"Kau kotor ke! Kau jahat ke! Bahkan kau syaitan pun aku tetap sayangkan kau sebagai kawan aku. Aku dah anggap kau macam abang aku. Bila aku kata yang aku takkan tinggalkan kau. Maksudnya, aku takkan tinggalkan kau!"

Terketar-ketar tangan Darwin melihat darah pada tangan nya, bukan Dawas saja yang menangis sekarang. Dia sekali yang terbias sekali.

"Pergi mampuslah dengan siapa saja yang tinggalkan kau. Aku sebagai kawan kau, apapun kejahatan mahupun keburukan kau, aku akan terima. Aku takkan tinggalkan kau semata-mata sebab kau jahat."

Terlalu sakit hati,

"Nah,"

Kasar kunci kereta itu dilempar pada lantai, apa yang hancur berkecai kerana perbuatannya itu tidak diambil peduli.  

"Bukti aku takkan tinggalkan kau. Kalau kau nak aku bakar semua kereta dan motor aku, aku sangguplah!"

Dawas ketawa diiringi air mata. Menderu laju air mata itu mengalir sehingga sendu juga kedengaran. Banyak benda jadi dalam satu hari membuatkan ia menjadi insan yang kuat menangis seperti begini. Terkesan seperti budak-budak tapi tak ada siapa yang tahu, menjadi seorang yang baik supaya tidak ditinggalkan memeritkan sehingga jati diri bisa hilang seperti diri nya ketika ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro