Bab 45
Dawas memarking kereta masuk ke dalam garage. Ia menatap sekelililing seketika. Nampak gayanya papa tak ada di rumah, kereta tak ada. Malas nak ambil peduli lebih mendalam, Dawas mengatur langkah masuk ke dalam rumah orang tua nya. Ia mencari keberadaan Qizara. Mencari sekitar ruang tamu juga seluruh tingkat bawah tiada. Ia mengetik sesuatu pada telefon sambil naik tangga ke tingkat atas. Sesampai saja di lantai atas, Dawas mendengar pergaduhan dari kamar Qizara. Pintu yang terbuka menyebabkan ia bisa mendengar dengan jelas setiap bait bicara itu.
"Mama tak nak mengaku?"
Dawas berkerut dahi, diambil beberapa langkah mengundur memikirkan nanti diri nya bisa ketahuan berada di sini. Sedaya upaya ia bersembunyi hampir dengan pintu agar bisa mendengar hal serius yang mereka bincang kan ketika ini.
"Apa maksud Qiz?"
Qizara tertawa olok-olok. Ditatap raut wajah kebingungan milik Zara. Nampak naif sungguh lagak tak ada buat apa-apa dosa.
"Mama sengaja pura-pura tak tahu kan? Ingat Qiz tak tahu trick sebenar mama? Qiz tak buta juga tak pekak untuk faham apa yang selama ni perbuatan jahat mama."
Qiz melempar bantal dan semua benda yang ada di sekeliling nya pada Zara. Zara pulak?
Ia ketawa sambil mengelak dari setiap lemparan barang dari Qizara.
"Kenapa nak marah sangat ni? Kita bincang elok-elok boleh kan? Kenapa nak marah-marah macam ni? Hmm?" Pujuk Zara tidak merubah raut wajah gembira nya.
"Cukuplah dengan lakonan mama! Cukup! Qiz dah muak! Dah bosan! Semua perbuatan mama ni tak ada faedah langsung! Bahkan buat ramai orang makin membenci mama. Mama suka dibenci? Suka?"
Boleh pulak Zara angguk.
Hati yang memanas sejak tadi kian marak malah menggelegak dah nak meletup bak gunung berapi.
"Banyak kali Qiz tanya benda sama pun, jawapan mama tetap sama. Semua terjadi bukan seratus peratus dari mama."
Tak terima pernyataan itu, Qizara merebahkan dua lututnya pada lantai lantas kedua kaki itu dipegangnya.
"Ma," Seru Qizara lirih.
Bersama seruan itu, seluar Zara ditarik beberapa kali.
"Tolong ma, mengakulah perbuatan mama selama ni. Jangan buat Qiz makin bencikan mama."
Bak orang tak ada hati juga perasaan, Zara mendengus kasar diiringi kaki nya menyepak kuat Qizara agar menjauh. Hampir Dawas keluar dari tempat nya, tapi secepat mungkin ditahan agar bisa mendengar segala rahsia yang masih tidak diungkapkan sejak tadi.
"Apa lagi yang mama nak sembunyi kan? Tak cukup dengan mama sembunyikan status kami adik beradik tiri. Sekarang mama nak sembunyikan pada Qiz yang mama rancang semua ini? Huh?!"
Dang!
Ibarat batu besar menghempap kepala nya sebaik saja mendengar kebenaran itu. Lutut nya persis jelly, terasa lembik sehingga ia terpaksa berpaut pada dinding untuk mengimbang diri.
"A-apa?"
"Mama dah cakap banyak kali! Bukan mama yang rancang untuk mencederakan orang tua Dya. Bahkan bukan mama yang upah orang untuk serang Dya." Jelas Zara hampir naik gila dengan setiap tuduhan tidak masuk akal dari Qizara.
"Habistu siapa? Tak ada orang lain yang nak cederakan semua yang hadir dalam hidup abang kalau bukan mama! Mama selalu jadi batu api supaya papa bunuh orang yang tak bersalah termasuk ibu kandung Dawas sendiri!"
Dang!
Bertubi-tubi kebenaran yang berjaya membuat nya jatuh terjelepok di bawah lantai. Ia meramas dada sendiri. Sakit, terlalu sakit sehingga Dawas sukar untuk sekadar menghirup nafas. Sendat nya seakan tidak mengizini nya untuk bernafas untuk seketika.
"Mama akui! Mama yang hasut papa untuk bunuh ibu kandung Dawas!"
Dang!
"Mama akui, mama yang hasut papa untuk bunuh Dawas! Puas? Puas? Huh?!"
Dang!
Dawas meraup kasar muka nya. Mata nya memerah bersama tangan menggempal. Hanya senyum pedih menceritakan betapa diri nya hancur ketika ini.
"Lepas apa yang jadi sekarang mama masih nak sembunyikan fakta yang mama rancang semua ni?"
"Mama tak tahu apa-apa yang Qiz cakapkan, berapa kali mama nak cakap yang mama betul-betul tak tahu apa-apa mengenai kecederaan Babah! Cukup-cukuplah nak tuduh mama! Cukup!"
"Habistu siapa? Siapa yang berdendam dengan semua orang yang ada disekeliling Dawas kalau bukan Mama?"
Zara mendengus kasar akan tuduhan yang dilempar anak perempuannya. Tak semesti nya semua yang terjadi adalah kerana dirinya. Memang benar Zara ingin membunuh semua orang yang Dawas sayang tapi untuk sekarang rencana nya hanya untuk membunuh Dawas bukan Dya, mahupun orang tua Dya.
"Mama tak tahu kenapa Qiz jadi macam ni, tiba-tiba tuduh mama sedangkan mama tak salah apa-apa. Entah celah mana bukti yang mama buat semua ni sampai Qiz mati-matian nak mama mengaku. Mama muaklah dengan semua ni!"
"Semua bukti perbuatan mama dulu tak cukup lagi ke?"
Ia angkat kepala diiringi anggota tubuhnya mendadak bangun.
"Qiz dah tengok semua bukti kejahatan mama. Macam mana mama cuba rampas papa dari mama kandung Dawas."
Dang!
"Bahkan mama sanggup upah orang asing untuk berkhalwat dengan mama Dawas dan gara-gara itu, mama Dawas dibunuh tanpa penjelasan."
Dang!
"Dibunuh lagi dengan kenyataan bahawa mama mengandungkan anak haram ni! Anak haram ma!"
Tatkala itu, berjuraian air mata menuruni kedua pipi mulus milik Qizara. Jari nya menuding pada diri sendiri. Tanpa malu, tanpa segan mengaku bahawa ia terlahir dari rahim seorang yang kejam seperti Zara. Ia tidak menyalahkan pada takdir. Cuma, ia terlalu malu pada Dawas atas perbuatan mama nya.
"Qiz malulah nak mengaku Zara ialah ibu kandung Qiz! Qiz malu!"
Pang!
Satu tamparan yang kuat tepat mengenai pipi kanan Qizara. Betapa kuat tamparan itu sehingga boleh membuatkan ia jatuh terduduk. Terasa sakit namun kesakitan itu tidak setanding dengan luka yang masih menanah kerana banyak perkara yang disembunyi Zara pada nya.
"Tamparlah anak haram mama ni! Tampar dia sampai mama puas hati!" Ucap Qizara masih dengan tangisan nya yang belum mereda.
"Diam bodoh! Kalau kau tak nak tolong aku bunuh Dawas, kau diam! Biarkan aku buat kerja! Aku yang akan bunuh Dawas dengan tangan aku sendiri. Dibandingkan dengan anak macam kau! Tak kenang budi! Selama ni aku bagi kau kehidupan mewah macam ni tapi kau tetap tak patuh dekat aku. Dapat anak macam kau memusnahkan hidup akulah! Blahlah!"
Punggung yang menghilang dari kamar itu ditatap sayu. Qizara mengesot tubuh pada katil, lantas bersandar di situ.
"Qiz dah tak ada sesiapa selain Dawas, ma...tsk...tsk...tsk..."
Dawas keluar dari tempat persembunyian nya. Dari dinding yang ada dekat dengan pintu itu, tubuhnya dibawa bersandar di sana dengan punggung telah melekat pada lantai.
"Bunuh Dawas takkan buat anak haram mama ni gembira ma, takkan..."
Qizara mengigit bibir dengan tangisan menggila.
"Anak haram mama ni tak mintak banyak pun, cukup mama faham dia. Cukup dia dapat rasa kasih sayang selayak nya tapi apa yang keluarga ni bagi dekat Qiz?"
Tawa lirih diiringi air mata bertalu-talu keluar dari celah mata itu.
"Nothing... Tsk... Tsk... Nothing ma..."
Mendayu-dayu tangisan itu kedengaran. Dawas pulak?
Tak terfikir untuk menenangkan Qizara dengan keadaan nya yang belum sepenuhnya bisa menerima kebenaran sebenar. Ingin sekali Dawas memberi pelukan pada Qizara agar tangisan itu terhenti tapi sayang nya, hati nya terluka teruk bagai ditikam berkali-kali tanpa henti. Sudah nya, Dawas menguatkan hati untuk terus berdiri keluar dari rumah orang tua nya. Sempat ia melirik kamar Zara, tempat yang menjadi tujuan Zara selepas perbalahan mulut dengan Qizara.
"I don't mind not having family,"
Sedetik itu,
Langkah yang diambil menjadi bukti bahawa inilah tempat terakhir yang dilawati nya dan mungkin tak akan ia pijak sampai bila-bila.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro