Bab 43
"Kau nak aku teman masuk tak?" Soal Darwin dengan raut wajah risau.
Bukan apa, risau jugak kalau-kalau teman baik nya ini jatuh pengsan tanpa sempat masuk ke dalam mansion. Biarpun mendapat anggukan yakin dari Dawas tapi hati nya tetap ingin menemani. Jadi nya, tanpa disuruh anak mata nya setia memerhati setiap langkah gontai Dawas masuk ke dalam mansion.
"Aku masuk dulu, " Bagitahu Dawas menyempatkan diri melambai tangan.
Dawas mengatur langkah masuk ke dalam mansion nya. Dia memerhati keadaan rumah yang agak sepi sebelum anak mata nya menangkap seseorang yang sedang tidur di atas sofa panjang ruang tamu. Ia merapat seterusnya melutut dan memberi kucupan pada dahi Dya. Tak mahu menganggu tidur nya, Dawas mengambil tempat di atas sofa panjang yang lain, langsung saja mata nya terpejam rapat.
"Kenapa keadaan you?"
Mengejutkan, Dya telahpun bangun dan sekarang sedang menatap sendu ke arah nya. Anak mata membengkak persis baru menangis dalam waktu yang lama. Bibir nya terkatup rapat. Tak bisa kata apa kerana keadaan ketika ini benar-benar membingungkan. Sudahlah dia baru keluar dari hospital dan sekarang dihidangkan dengan drama yang belum dimengerti.
"Sakit." Jawab sepatah tanpa penjelasan dari Dawas disalah ertikan oleh Dya.
"You sakit apa? Macam mana boleh sakit? Kenapa tiba-tiba sakit?" Bertalu-talu soalan keluar dari bibir Dya, seperti nya ada yang Dya tak puas hati dengan jawapan nya.
"Kenapa?"
Sepatah lagi?
Dya mengemam rapat bibir nya. Bantal yang ada berdekatan dilempar pada Dawas.
"Jujur dekat I, apa yang terjadi sebenarnya? You tipu I kan?"
Jika orang lain, sedang dalam keadaan sakit pasti akan mengamuk marah atau tak nak layan dengan sikap kekanak-kanakan dari Dya tapi tidak Dawas. Lelaki itu siap tersenyum dan berdiri mendekat. Betul-betul ada depan Dya. Kepala itu dipaut seterusnya dibawa ke paha nya. Rambut panjang isteri nya itu diusap lembut.
"Kenapa ni? Kenapa marah-marah? Period ke? Atau I ada salah apa-apa dekat you? Hmm?"
Bak api yang sedang membara disimbah air sejuk, hati nya melembut. Dya tak menipu yang amarah nya sentiasa kalah dengan kelembutan Dawas.
"You tipu I..."
Baju Dawas dicengkam kuat.
"Kenapa you tipu I macam ni? Apa salah I sampai you sanggup buat I macam ni?"
Dya menangis tanpa suara. Hanya air mata yang menjadi saksi kesakitan nya. Bagi menyembunyikan air mata, Dya sengaja menyembam mukanya pada paha Dawas.
"Shhh... It's okay babygirl."
Kepala itu diusap lembut, penuh kasih sayang juga cinta.
"Period period go away.... Come again another day. Babygirl want cuddles. Period period go away..."
Dya tertawa kecil. Tak jadi menangis, air mata diseka. Marah, geram semuanya menjadi satu. Mendapat satu idea bernas, Dya mencubit pipi Dawas dan diheret duduk di sebelah nya.
"You boleh serius tak? I tengah marahkan you!"
"Kalau I ada salah, maafkan I. Jangan merajuk and sedih macam ni. I tengok pun jadi tak berselera." Gurau Dawas, tertawa.
"Oh? Sekarang dah nak buang I lah ni?"
"Boleh jugak! Buang dalam sungai bagi buaya-buaya makan. Esok-esok cari balik."
"You!" Jerit Dya geram.
"I gurau ajelah, I nak buang you macam mana kalau buaya pun tak nak makan you sebab you comel sangat."
Sengaja menyakat, ia mencubit manja dagu Dya. Dya membalas dengan jelingan paling tajam. Biarpun dipujuk secara lembut dengan pujian yang sedikit membuat nya berbunga. Marah tetaplah marah. Dya menginginkan jawapan dari Dawas. Adakah benar lelaki itu yang bunuh Babah?
"I tanya elok-elok ni, you ada sembunyikan apa-apa ke dari I?"
Untuk sekali lagi, Dya berharap ada kejujuran atau penjelasan dari Dawas tapi sayang nya gelengan dari Dawas mematahkan harapan yang sempat dirasai nya.
"Oh?"
Kekecewaan nya terasa begitu mendalam sehingga dada senak. Serta merta dada nya diramas dengan kepala menunduk seakan menahan rasa sakit.
"You okay?" Soal Dawas kerisauan.
Hampir meraih tangan itu namun ditepis kasar dengan muka memerah. Bahkan anak mata itu tajam menatap nya tanpa apa-apa penjelasan akan kemarahan nya itu.
"Kenapa ni? Hmm?"
Kali kedua, ia berusaha meraih tangan itu. Sedikit terasa, tangannya ditepis lagi. Kali ini siap dengan tangannya dilap pada baju sendiri menunjukkan betapa jijikannya bersentuhan dengan nya. Bahkan, kedudukan Dya berdiri menjauh dari nya.
"I benci orang yang mungkir janji! I benci dengan segala kata manis yang you pernah bagi dekat I! I benci bila you utamakan kerja kotor you berbanding I! i benci semuanya berkaitan dengan you! BENCI! BENCI! BENCI!"
Bibir nya terketap-ketap dengan tangan menggempal. Betapa sakitnya apabila meluahkan sesuatu yang bukan dari hati. Betapa sakit nya harus menatap anak mata tenang itu dengan kemarahan. Dya tak nak cakap benda yang menyakitkan hati Dawas. Semua ini salah Dawas, andai lelaki itu berterus-terang ia takkan berteriak marah begini.
"Marah lagi? Hmm?"
"You nak tunjuk dekat siapa ketenangan you ni? You sengaja nak sakitkan hati I bila tengok you hadap kemarahan I dengan ketenangan kan?"
Air mata Dya berjuraian tatkala bibir itu tersenyum tanpa apa-apa amarah. Tampak tenang menerima segala amukan juga kata-kata kesat dari nya.
"I memang tenang macam ni bila you marah, you lupa?"
Diperlakukan sama seperti Qizara dan diri nya ketika marah, Dawas bangun. Sekali rentap, Dya telahpun masuk ke dalam dakapan nya.
"I tak tahu apa yang you marahkan dekat I. Satu yang I nak you tahu yang I sayangkan you sangat-sangat. Bila you marah-marah macam ni, I risau. I risau marah you satu hari nanti membawa pergi diri you dari I. I tak sanggup menahan keperitan seperti bertahun dulu ketika kehilangan you. I tak nak benda yang sama ulangi lagi. I tak nak... "
Dya serba salah. Kendatipun begitu, ia tidak buka mulut memberitahu mengenai rancangan nya. Rancangan untuk melarikan diri.
"Mungkin satu hari nanti you sedar zaman sekarang tak ada perempuan yang setia."
"Dya..." Rengek Dawas mengetatkan rangkulannya pada Dya.
"Dya, you milik I..."
Mukanya disembam pada leher Dya.
"No, jangan pergi. You milik I, Dya. I swear to god. You're mine forever... " Ungkapan itu lirih sekali bahkan terdengar seperti merayu.
Ia,
Siap pakej genggam tangan Dya dengan air mata sayu. Terlalu takut hal yang sama berlaku kali kedua. Bahkan ia berkata akan melakukan apa saja agar Dya tidak berfikir untuk melarikan diri darinya.
"I'm scared. You're going to leave me. That you're not going to love me anymore. I'm scared you're going to see me how I see myself. You don't realise how bad it would hurt to see you leave."
Tatkala pelukan pada leher nya semakin posesif bak belitan ular, Dya mampu pasrah. Sedar tak sedar, dia turut menangis atas niat sendiri.
'Maafkan Dya, maafkan niat Dya yang ingin pergi... Maaf...'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro