Bab 42
"Dawas?" Sapa Ummi lembut.
Dawas menghulur senyum manis. Sebagai isyarat terima kasih pada Red dan Darwin kerana membawa Ummi ke sini, Dawas memberi isyarat anggukan.
"Tinggalkan kami,"
Darwin dan Red mengundur beberapa langkah ke belakang sebelum membawa langkah ke taman berdekatan sebagai tempat mereka menunggu.
"Ummi sihat?"
Sejuk hati Ummi tatkala Dawas bersalaman dengannya. Sejak dulu, yang tidak suka pada Dawas hanya Babah. Ummi tidak membenci cuma sedikit terasa pada Dya yang memilih lelaki daripada keluarga.
"Alhamdulilah sihat."
Ummi melabuhkan duduk di sebelah Dawas. Sedetik, anak mata nya mengintai keadaan Dawas. Dari mata membengkak juga lingkaran hitam bawah mata membuktikan lelaki itu tidak tidur. Ia tampak kusut dan tidak bermaya. Muka nya pucat lesi bagai mayat hidup.
"Dawas dah berapa hari tak tidur?"
Bibir itu masih betah memberi senyum pada nya meski keadaan nya jauh dari perkataan sihat.
"Dah seminggu tapi Ummi jangan risau sebab Dawas dah makan minum cukup."
Tatkala itu, hati Ummi diserbu perasaan sedih juga sebak. Manakan tidak, orang yang dianggap kejam, jahat. Bahkan tidak diterima menjadi menantu ini bisa menunggu selama ini?
Seminggu? Orang lain jika di layan bak sampah pasti takkan dibalas begini tapi kenapa? Kenapa Dawas sebaik ini?
"Dawas,"
Ummi berharap ia bisa bertahan untuk tidak menangis.
"Kenapa Dawas sanggup jaga Babah seminggu ini?"
Hanya soalan tapi tak dapat disangkal bisa menusuk sampai ke dasar hati. Bukan soalan yang salah, hanya dia yang terlalu sensitive semenjak kehidupan nya tidak seadil orang lain.
"Salah ke Dawas minta kasih sayang ayah dari ayah orang lain?"
Sejurus ayat itu keluar, cucuran air mata keluar dari celah mata Ummi. Ummi cuba menahan tapi sayang nya. Ucapan itu terlalu menusuk dan menyakitkan untuk diterima.
"Dawas tak pernah merasai kasih sayang ayah. Kasih sayang ibu apatah lagi?"
Bibir pucat lesi itu tersenyum pahit. Sepahit takdir hidup nya yang sukar untuk diterima.
"Maafkan ummi dan babah. Maafkan kami..." Pinta Ummi dengan suara bergetar.
"Ummi dan babah tak ada salah apa-apa. Tak perlu minta maaf." Tegah Dawas enggan menerima permintaan maaf itu.
Kelopak mata nya dipejam sesaat. Dawas ingin tidur tapi mengingat tanggungjawab masih ada, ia mencuba kuatkan diri. Semua anggota tubuhnya terasa penat. Bahkan menyakitkan sekali untuk terus duduk sebegini. Apatah lagi keadaan pinggang nya ini.
"Boleh Dawas minta sesuatu sebelum undur diri?" Pinta Dawas penuh berharap.
"Apa?"
"Tolong sembunyikan kebenaran dari Babah bahawa Dawas penderma pinggang nya."
Allah!
Skru lutut tiba-tiba terasa longgar, jika bukan diri nya sedang duduk ketika ini pasti nya tubuhnya tidak bisa menampung diri sendiri. Kebenaran yang satu ini terlalu berat. Mulut nya ditekup dengan tangan cuba menongkah tangisan yang sedang menggila.
"Allah..."
Ummi menggeleng tak terima.
"Allah..."
Akhirnya, tubuh itu melurut jatuh teresak-esak di bawah lantai.
"Babah... Orang yang babah benci selama ni babah... Tsk..."
Dawas diam tanpa kata di situ. Reaksi nya tenang dengan senyum hampir tak nampak.
"Dawas dah tak ada sesiapa selain Babah yang boleh dianggap ayah. Maka nya, Dawas menderma pinggang atas sebab Babah adalah ayah pertama yang boleh membahagiakan Dawas."
"Membahagiakan?"
Ummi menggeleng. Menafikan seratus peratus apa yang diucapkan Dawas. Tak ada yang benar. Babah tak pernah bahagiakan Dawas walaupun sekali. Tak pernah!
"Papa tak pernah sebut Dawas anak baik tapi Babah sebut anak baik time Dawas selamatkan Babah."
Sejenak, nafasnya dihirup sebelum ia menyambung kata lagi.
"Mendapat status anak baik selepas dilabel anak jahat oleh ayah sendiri benar-benar membahagiakan bukan?"
Dibuat gila, air mata yang hampir memudar jatuh dua kali lipat. Ummi pegang dada sendiri kerana terlalu sakit mendengar ucapan sedih dari Dawas.
"Tolong simpan kan rahsia Dawas."
Ucapan terakhir yang masuk dalam gegendang telinga Ummi sebelum pemergian Dawas diiringi dengan ekor mata.
"Allah, maafkan kami... Maafkan kami..."
Darwin dan Red yang masih ada di taman merasa tidak sedap hati.
"Jom kita tengok Was nak?" Ujar Red bak cacing kepanasan memikirkan keadaan Dawas.
"Aku pun dah naik risau, lain macam firasat aku kalini."
Bergegas, mereka berlari masuk ke dalam hospital mencari Dawas. Dalam perjalanan ke tempat tadi, mereka menemui seseorang yang terlihat lemah sekali dalam melangkah.
"Dawas!"
Serentak panggilan itu keluar dari bibir Red dan Darwin. Anak mata mereka hampir keluar kerana Dawas jatuh terjelepok di atas lantai. Mereka mendapatkan Dawas lantas diangkat bangun.
"Bawak aku ke mansion jumpa Dya. Aku tak jumpa Dya lagi." Gesa Dawas langsung tak fikir kesihatan sendiri.
"Tapi keadaan kau. Kau..."
Dawas berdegil ingin melepaskan diri. Namun kerana anggota tubuh nya terlalu lemah menyebabkan ia mengalah dengan keadaan.
"Lepaskan aku! Biar aku balik sendiri kalau kau tak nak bawak aku jumpa Dya! Lepas!"
Tak ada pilihan lain, mereka berdua pasrah.
"Kita balik mansion kau tapi aku dan Red bawak doktor peribadi untuk rawat kau." Putus Darwin rela namun tak rela.
Mereka dah ada dekat hospital. Bukankah lagi baik buat dekat sini terus bukan?
"Kau ni, bab Dya nombor satu. Sakit macam ni pun Dya. Dya tak balas mesej pun Dya. Semua nya Dya. Ini bukan sayang aje. Ni sayang sangat-sangat. Aku rasa kalau Dya takde depan mata mahu kau cari merata." Bebel Red geram.
Red dan Darwin memapah Dawas. Walaupun Dawas mengatakan ia mampu berjalan macam biasa tapi kekhuatiran mereka tak terbendung hingga keputusan itu ditegaskan tanpa menerima bantahan dari Dawas.
"Untung Dya dapat kau. Kau berubah demi dia, kau kahwin demi dia, kau tinggalkan keluarga demi dia, kau korbankan hidup kau demi dia. Sayanglah kalau Dya sia-siakan kau. Berani Dya sia-sia kan kau, aku carikan perempuan lain untuk kau." Sempat Red memuji
"Eleh kau, nak carikan perempuan lain untuk Was. Kau ingat Was nak? Dawas dah gila bayang dekat si Dya. Takkan pandang punya perempuan lain." Ujar Darwin, kerling Dawas.
Dawas menggeleng aje dengar dua lelaki bercakap mengenai nya.
"Eh? Pandai pulak kau! Lelaki ni suka perempuan seksi. Pakai baju separas lutut. Tunjuk itu ini, cun!"
"Itu kau! Bukan aku!" Jawab Dawas laju.
Darwin ketawa terbahak-bahak. Suka pulak dia tengok muka monyok dari Red. Pasti Red mengharap Dawas menyokong diri nya.
"Biasanya kau sokong aku, kenapa harini tak sokong?" Ujar Red, mendengus kasar.
"Eh? Eh? Eh? Kau! Melebih pulak bab perempuan. Jangan banyak cakap boleh tak? Fokuskan diri sendiri. Kau tu still kerja dengan Dawas. Cakap besar nak bukak business itu ini tapi apapun tak jalan. Ceh!"
"Kau bab menyibuk hidup orang nombor satu kan?"
Dawas sedikit lega apabila mereka dah sampai tempat parking. Dawas memboloskan diri masuk ke dalam seat sebelah pemandu.
"Red naik teksi."
Dawas menghulurkan sesuatu. Satu kad club milik nya yang masih utuh dipegang sejak dulu.
"Aku dah lama tak pergi club ni. Aku still simpan sebab aku sayang dengan setiap harta yang aku ada. Tapi untuk sekarang, aku lepaskan ia untuk kau jaga."
Red apa lagi?
Melompat keriangan bak monyet. Ia tersengih sampai barisan gigi nya yang rapi terlihat.
"Kau tak menyesal?"
"Kalau aku adalah Dawas yang dulu mungkin aku akan menyesal. Namun, Aku bukan Dawas yang dulu. Aku nak berubah demi hubungan kami berdua."
Setelah Dawas memberi isyarat, Darwin memandu laju kereta keluar dari hospital.
"Kau tak nak pergi club?"
"Club bukan lagi tempat aku."
Dawas mengerti namun sengaja buat-buat tak faham. Ia meneruskan pertanyaan lain.
"Kau ada tempat menarik yang lain?"
Darwin kerling sebelah.
"Di sisi Qiz paling menarik."
Dawas angkat kedua keningnya. Dah boleh jangka jawapan yang akan keluar dari bibir Darwin.
"Aku restu hubungan kau berdua."
Darwin mengenggam erat stereng kereta. Kedipan kedua anak mata nya menggambarkan kegembiraan ketika ini. Tak sabar nak kahwin dengan Qizara. Yeay!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro