Bab 40
Jelas lingkaran hitam di bawah mata lelaki itu. Mungkin tidak cukup tidur memikirkan keadaan Babah. Jam di dinding dikerling, sudah masuk waktu solat subuh. Mengingatkan sang isteri di rumah, Dawas mengeluarkan telefon yang baru saja Red belikan pada nya lalu nombor Dya didail. Tak sampai sesaat, talian telah dihubungkan.
"Hello?"
"Hai, ini Dawas. Nombor baru Dawas."
Tiba-tiba rasa pelik lain macam bila mulakan ayat dengan ucapan itu, spontan tangannya terangkat mengusap belakang tengkuk nya.
"Oh? Hai...?"
Perasaan aneh kerana telefon Dawas tiba-tiba rosak. Something fishy..
"Oh ya, I perasaan you tak ada dalam bilik. You keluar?"
Menyedari Dya mula prihatin dan memerhatikan keberadaan nya cukup membuat nya berbunga-bunga. Sempat ia berdehem sebelum menjawab soalan itu.
"I keluar sekejap, ada kerja. I tidur rumah Red sampai esok." Bohong Dawas.
Entah kenapa, sukar untuk nya jujur mengenai hal sebenar. Dawas takut kalau-kalau Dya datang sini melawat Babah. Bagaimana jika layanan Babah tidak sesuai dengan kemahuannya? Dawas tidak mahu Dya bersedih lagi.
"Ouh? You dah tak suka tidur dengan I?"
Sedetik itu, Dawas merasa panik bak cacing kepanasan. Tubuh nya sampai terangkat dan mundar-mandir di sekitar itu.
"Bukan I tak suka tidur dengan you. I memang ada kerja dengan Red. Kalau I suka tidur dengan Red, makna nya I gay. I bukan gay, I normal. I sukakan isteri I. Bukan lelaki seperti Red." Sanggah Dawas bersungguh-sungguh.
"Boleh percaya ke apa yang you cakap ni? Entah-entah you dah buat benda bukan-bukan dengan Red bila takde I. Betul tak?"
"Ya Allah Dya, I tak tipu. I memang tak ada buat benda bukan-bukan dekat Red. I tak belok kiri dan kanan lagi. I pergi straight aje cari you." Ungkapan berkias spontan yang keluar dari bibir Dawas membuatkan Dya geli hati.
"I nak dengar suara Red sebagai bukti you bersama Red sekarang. Boleh?"
Beberapa butir peluh kian merenik pada dahi Dawas. Baru sekarang ia menyesal menyuruh Darwin dan Red pulang. Lihatlah sekarang, dia yang terpaksa mencari akal agar Dya mempercayai nya.
"You suka Red ke? Kenapa tiba-tiba nak dengar suara Red?" Soal Dawas mencuba untuk lari dari keadaan.
"You cakap cemburu macam ni sebab lari dari keadaan kan? Ha! Apa yang you buat belakang I? Cepat mengaku! Cepat!"
Dawas buntu sehingga tangan nya naik mengurut kening nya kerana kehilangan akal untuk fikir idea terbaik lari dari semua ini.
"Red ada dalam tandas," Ujar Dawas bersahaja.
"Astaghfirullah... You buat apa dengan Red subuh-subuh macam ni? You-"
Kepala yang tidak gatal digaru. Tak tahu salah apa, tiba-tiba Dya menangis. Dawas mula gelabah apabila tangisan itu makin kuat.
"You fikir apa ni? I tak buat apa-apa dengan Red. Betul! Percayalah!" Terus-terusan Dawas mencuba meraih kepercayaan dari Dya.
Malangnya, ucapan nya seakan sia-sia. Bahkan tangisan itu nampaknya tak ada penamat kalau tidak dipaparkan dengan bukti.
"Tsk...tsk...tsk...bagi I dengar suara Red dulu baru I percaya."
Disebabkan Dya berkeras menginginkan bukti, Dawas tak ada jalan lain selain mendapatkan mana-mana manusia yang ada di dalam hospital ini agar membantu nya.
Jumpa!
Lengan doktor itu ditarik, tidak lupa panggilan itu di mute sekejap.
"Maaf doktor..."
Name tag yang ada pada dada kiri di pandang sekilas.
"Maaf doktor Mat, boleh tolong saya? Isteri saya mengidam nak dengar orang cakap bahasa Itali. Saya tengok muka doktor handsome ala-ala, mungkin boleh berlakon bercakap Itali untuk saya. Boleh doktor?"
Tak sangka!
Doktor itu mengangguk meski raut wajah itu terpancar kebingungan disapa tiba-tiba. Panggilan di unmute, sejurus itu Dawas memberi isyarat agar doktor Mat bersuara, Sejujurnya doktor Mat tak ada idea nak cakap apa. Akhirnya, ayat random saja yang keluar dari bibir nya.
"Dicono che sei in Chirurgia, vado lì e non ti trovo."
(They say you're in surgery, I go there and I can't find you.)
Bulat jugak mata Dawas dengar apa yang doktor Mat ucapkan. Walaupun begitu, tidak lupa ia berterima kasih dengan cara menyalami tangan doktor itu dan tidak lupa berterima kasih dari isyarat bibir tanpa suara. Doktor Mat seakan memahami, ia memberi simbol okay dengan senyuman manis.
"Actually, I come from Italy and I moved here to Malaysia for work." bisik Doktor Mat perlahan.
Tidak mahu melibatkan diri dalam keadaan aneh itu lagi, Doktor Mat membawa langkah ke bilik nya.
Dya pulak?
Bibirnya terkatup rapat, sejujur nya itu adalah bahasa yang diminati nya sejak kecil. Maka nya jika ada ungkapan Itali yang fasih begitu bisa membuat nya terdiam tanpa kata.
"Dah puas hati? Hmm?"
Dya menyengih menampakkan barisan gigi nya yang putih.
"Best jugak dengar Red cakap accent Itali." Ujar Dya malu-malu.
"I pun boleh cakap Itali,"
Dawas mula menyampah hingga ia menyombong diri. Namun, tak sangka soalan cepumas dari Dya membuatnya gelabah naik hantu.
"Apa yang Red cakap tadi kalau betul you tahu bahasa Itali? Ha! Jawab!"
Aduh!
Serasa nak pukul bibir sendiri atas kesalahan yang memerangkap ia dalam keadaan sebegini.
"Dia cakap.."
Dawas ketap bibir banyak kali mencari idea. Tak cukup ketap bibir, ia menggaru kepala nya yang tak gatal.
"Saya buang angin semalam tapi tak bau apa-apa, Dya nak tolong baukan?"
Dya pulak?
Terbahak-bahak ketawa kerana lawak bodoh dari Dawas. Perut nya dah merasa senak kerana terlalu banyak ketawa. Dawas di seberang sana, akhirnya bisa menyandar tubuh pada kerusi dengan selesa.
'Alhamdulilah dia percaya...'
"You ni buat lawak tau! Mustahil Red cakap macam tu."
"I cakap apa yang I faham, memang itulah maksud Itali dia." Bohong Dawas demi menyelamatkan diri dari disoal banyak lagi.
"Jangan risau, I percayakan you. Lagipun you pernah stay Itali dalam masa yang lama. Pasti you pandai bahasa sana kan?"
"You dah kenal suami you berapa lama?" Soal Dawas menahan perasaan geram.
"I dah lama kenal cuma I buat-buat tak kenal."
Dengusan kasar keluar dari bibir Dawas. Rasa nya bukan setakat fizikal dan mental penat. Banyak benda boleh penat kalau terus-terusan bercakap dengan Dya. Harapnya bisa menemani dalam kesunyian namun ditemani kesusahan pulak ya?
"I ada kerja lain nak buat, kita talk lain kali boleh?"
"Boleh, tapi I nak you janji yang you akan solat subuh lepas off phone."
"Dya, you tahu hidup I sebelum ni kotor dengan dosa kan? Allah takkan maafkan pembunuh macam I ni."
Bukan mencari alasan tapi Dawas benar-benar malu dengan diri nya sendiri yang penuh dengan noda darah. Bahkan sekarang, belum jugak hilang.
"You lupa yang I jugak pendosa dulu? Hmm?"
Bak anak kecil mendengar kata, ia cuba membantah manja.
"Dya, I terlalu kotor Dya."
"Clorox kan ada, guna ajelah!"
"Dya..." Rengek Dawas manja.
"Betul-betullah..."
"Kita berubah sama-sama nak?" pujuk Dya tidak berputus asa.
Tiada pilihan selain mengangguk. Dawas mencuba untuk menjadi orang baik. Bukan demi Dya. Tapi demi Allah juga hubungan mereka berdua.
"I cuba, doakan I."
Tut.
Dya menghela nafas berat. Ia tahu jauh di sudut hati Dawas nak berubah tapi kerana keadaan memaksa nya untuk terus berada dalam noda pembunuhan itu.
Ting!
Jumpa mama, ada sesuatu yang mama nak tunjukkan-Zara
Dya tidak membalas tapi ia angkat tubuh bangun bersiap ala kadar menemui Zara. Ingin tahu apa yang Zara ingin tunjukkan padanya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro