Bab 36
Dawas mengesat peluh yang merenik pada dahi dengan telapak tangan. Terpaksa namun harus ia berjalan kaki pulang ke Mansion nya. Tak ada pilihan lain selain berehat setelah beberapa meter menjadi melangkah nya. Sebuah pondok kecil menjadi pilihan tapi langkah nya tidak sempat ke sana setelah menyedari ada hal aneh yang berlaku di sekitar nya iaitu bunyi tapak kaki di belakang nya, Dawas berpura-pura berjalan seperti biasa dengan telefon dilekap pada telinga. Bermula berlakon menyibukkan diri dengan panggilan agar musuh tidak mengetahui bahawa ia diekori.
"Semoga ada keajaiban berlaku," Itu saja doa Dawas ketika ini.
Reaksi ditayang biasa bahkan cara nya tenang sekali mengetahui dia menjadi sasaran musuh. Sedar tak sedar, langkah nya semakin jauh. Diam-diam senyum nya terkutik di bibir tatkala anak mata nya menangkap sebuah kereta yang berada di tepi jalan beberapa meter dari nya. Musuh seakan membaca langkah selanjut nya, secepat itu bunyi tembakan kedengaran berdas-das sebaik saja Dawas berlari masuk ke dalam kereta tidak dikenali itu.
"Enemies? Huh?"
Red dan Darwin ketawa kecil manakala Dawas membalas dendam dengan menunjal dahi Darwin. Tak ada masa nak buat benda yang sama pada Red yang ada di seat belakang, bahkan untuk nya membalas dendam. Tanpa disuruh, Darwin memandu kereta keluar dari kawasan itu. Dawas mengerling sesuatu di belakang.
"Bomb timer?"
Red mengangguk.
"Selalu bawak sebab terfikir musuh sentiasa ada di sekeliling kita. Macam sekarang, mana tahu kau perlukan."
Dawas mengangguk bangga.
"Bak sini,"
Red menyua bomb timer pada Dawas. Segala yang dilakukan Dawas menjadi pemerhati. Nombor dua puluh dapat ditangkap nya. Tahulah Red bahawa Dawas ada rancangan untuk membunuh musuh mereka.
"Come on, we got twenty minutes left!" Arah Dawas bersiap sedia dengan segala kemungkinan.
Darwin dan Red menggeleng kepala dengan rancangan gila dari Dawas.
"This isn't how it ends." Ujar Darwin belum menginginkan kematian Dawas.
Dawas terkekeh ketawa sejurus itu, memberi isyarat mata agar Darwin menukar tempat dengan nya. Berat namun harus, Darwin ikut aje kemahuan Dawas apabila mendapat amaran mata tajam bak pisau dari Dawas. Mereka bertukar tempat.
"Was, Red ready?"
Mempercayai rancangan Dawas lebih baik, mereka mengangguk.
"Follow my instructions."
Dipegang stereng dengan tangan kiri bersama tangan kanan pada pintu. Memahami gerak geri Dawas, tanpa disuruh dua lelaki itu turut memegang pintu.
"I know what I'm doing."
Detik itu, Dawas melakukan U-turn selanjut nya kereta dipandu laju menuju pada dua tubuh gempal yang menembak mereka tadi.
"Now! Get out of the car!"
Darwin dan Red melempar diri keluar dari kereta, meninggalkan Dawas saja yang ada dalam kereta. Dikerling bomb timer yang ada di seat belakang. Detik demi detik menjadi pengiraan nya dan Dawas tidak takut akan kematian sehingga ia melakukan drift. Kereta itu berubah arah tepat pada penganggu mereka tadi. Takut mati, dua lelaki itu melarikan diri berlindung di sebalik pokok.
Buk!
Kereta yang dipandu Dawas berakhir melanggar pokok yang ada berdekatan mereka. Helaan nafas lega keluar dari bibir dua lelaki itu, bersamaan itu tubuh diangkat bangun. Tak lama, mereka berkerut dahi kerana mendengar suara jeritan di dalam kereta.
"Tolong...tolong...tolong...."
Mereka berpandangan sesama sendiri dengan senyuman sinis. Masing-masing angkat pistol dengan tidak menyabar ingin menembak mangsa. Mereka mengira dengan jari masa yang sesuai untuk menyerang. Pintu sudah terbuka sedikit, memudahkan kerja nya.
"1..."
Tanpa sedar, kiraan itu adalah kiraan ajal mereka yang sedang menanti.
"2..."
"3..."
Pintu kereta dibuka luas. Bertepatan itu,
Bom!
Kereta hancur dan dua lelaki itu terlempar kerana letupan yang dahsyat. Dawas, Darwin dan Red menjadi pemerhati keadaan. Biarpun sakit melempar diri di jalan raya tapi sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan diri.
"Habis telefon aku..." Gumam Dawas, meraup kasar rambut nya ke belakang.
Tak sangka, rancangan untuk membalas dendam akhirnya berjaya. Dawas paling anti orang yang suka menganggu ketenangan nya.
"Boleh dah mintak duit banyak-banyak atas segala pertolongan dari kita berdua."
Macam biasa, Red lah yang paling sibuk meraih perhatian Dawas agar diberi ganjaran besar. Lain pula pada Darwin yang pendiam. Tampak tidak kisah akan apa-apa bayaran.
"Kau bab duit nombor satu kan?"
Dengusan keluar dari bibir Dawas.
"Aku selaku doraeman yang ada semua peralatan berbangga diri untuk meminta upah tinggi."
Red sengih menampakkan barisan gigi nya yang putih.
"Kau memang terbaik!"
Ehem!
Red membetulkan kolar baju nya, wajahnya tampak sombong sekali dengan dagu naik mendongak langit.
"Aku kaya sebenarnya tapi aku tetap nak duit dari kau. Orang cakap, gaji bulan-bulan." Ujar Red terdengar sangat kaya sampai Darwin menjeling tidak suka.
"Berlagak!" Komen Darwin masih tidak puas hati bila hanya Red dipuji.
"Jeleslah tu aku dipuji! Eleh kau buat muka pulak!"
Demi mengembalikan keadilan kedua belah pihak, Dawas tarik telinga Darwin juga Red.
"Upah sebab bawak balik superbike aku."
Kalau orang lain pasti akan mendesis marah juga memujuk agar melepaskan tapi tidak pada dua lelaki itu. Mereka berdua tertawa riang bak anak kecil sedang bergurau dengan si ayah.
"Korang berdua balik jalan kaki sama-sama dengan aku."
"Teksi, grab dan semua jenis kereta sewa ada. Kenapa jalan kaki? Penatlah, tak nak aku!" Rungut Red, enggan untuk mengikut perintah Dawas.
"Nak gaji ke tak?"
Red buat muka seposen. Ini yang lemah, asyik guna duit aje untuk memperoleh persetujuan nya. Nampak sangat bahawa dia seorang mata duitan. Tapi memang dia seorang mata duitan sebenarnya
"Tak baik main ugut bab duit."
"Tak baik buat kerja gaji buta."
Pasrah tak ada cara lain, akhirnya Red angguk. Mereka bertiga jalan kaki pulang ke Mansion Dawas.
"Kau tahu tak siapa yang cuba bunuh kau kebelakang ni?"
"Bukan kebelakangan tapi hari-hari."Ralat, ucapan itu Dawas dibetulkan.
Darwin menatap aneh teman baik nya itu. Dawas seakan tahu punca dari siapa yang cuba untuk membunuh nya tapi ia tidak yakin bisa mengawal kemarahan nya untuk ketika ini.
"Aku rasa, aku nak bunuh orang." Bisik Dawas dengan suara celah gigi.
"Siapa?" Ujar Red ingin tahu.
"Untuk kes kali ni, aku takkan panggil korang berdua. Aku perlukan kesahihan bahawa bukti yang aku cari selama ni betul atau tak."
"Kalau betul apa firasat hati kau rasa, kau nak buat apa?"
"Dia dah simbah minyak banyak kali, takkan aku nak buat bodoh tanpa tindak?"
Dawas menggeleng tidak terima dengan jari telunjuk digerak ke kiri dan kanan.
"Macam biasa, aku akan seksa sampai mati!" Ikrar nya bersama dendam menyelaputi diri.
Darwin dan Red memandang antara satu sama lain. Air liur ditelan kasar sebelum mereka fokus berjalan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro