Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

"Apa?!" Teriak Zara lantang.

Menyedari khilaf diri, cepat-cepat ia mengukir senyum pada sang suami yang sedang makan ketika ini. Zara berpamit lantas bergerak ke luar rumah. Buaian yang tersedia di situ menjadi sasaran tempat punggungnya berlabuh.

"Macam mana boleh mati?" Soal Zara sudah dapat agak apa yang terjadi tapi masih ingin tahu kebenaran sebenar.

"Macam yang kau tahu, Dewa musnahkan markas Dawas. Dawas mengamuk lalu bom semua tempat di mansion Dewa sampai hancur."

"Aku dah cakap dekat dia jangan gegabah tapi dia tetap buat ikut suka dia aje. Inilah padah nya!"

Sengaja Zara tidak menyebut nama lelaki itu bagi mengelakkan curiga dari keluarga. Risau-risau kalau ada yang dengar perbualan nya ini.

"Kau takde yang lain ke?"

Mengerti apa yang cuba Zara sampaikan, Danz mengangguk.

"Aku ada banyak pilihan anak buah aku. Kau boleh pilih tapi, anak buah aku tak sehebat Dawas kau tapi bab membunuh boleh diharap."

"Aku tak kesah, asalkan apa yang aku nak jadi kenyataan. Kau jangan risau, nanti aku jumpa kau dekat tempat biasa."

"Baik!"

Tut.

Usai menyudahkan perbualannya, Zara cepat-cepat menghilang ke ruang dapur. Tanpa sedar, Qizara mendengar semua nya. Gusar memikirkan keadaan Dawas, ia melangkah ke garage. Belumpun sempat sentuh pemegang kereta, terdetik anak mata nya melirik kereta yang ada di bawah pohon tepi jalan.

"Win?"

Qizara bergegas menghampiri kereta itu.

Tok! Tok! Tok!

Darwin menuruni tingkap kereta nya. Ia menguap dengan tangan melambai pada Qizara.

"Masuklah,"

"You tunggu I ke? Sejak bila?" Soal Qizara kerisauan.

"Dari semalam, I tidur dalam kereta." Ucap Darwin mendatar.

"What?! Dari semalam?"

Tak fikir banyak kali, Qizara cepat-cepat memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Serentak itu, kereta itu dihidupkan lalu dipandu laju menuju ke University.

"Kenapa you tunggu I? Kalau you nak jumpa I, you boleh jumpa I dekat University kan? Next time jangan buat hal tunggu depan rumah I lagi okay?"

"I risau kalau ada orang apa-apakan you." Ungkap Darwin kerana sudah mengenali sikap kejam Zara pada Qizara.

"Siapa nak apa-apakan I? Takde siapalah!" Ucap Qizara menyedapkan hati Darwin.

"Orang-orang terdekat, siapa tahu kan?"

Menyedari apa yang Darwin katakan itu ada benar nya, Jadi nya Qizara pun dah speechless. Ugutan Zara masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Entah bisa atau tidak diri nya melakukan itu. Iaitu, membuat Dawas membenci kan nya. Sedangkan hati nya masih khuatir akan keselamatan Dawas.

"Bawak I jumpa Dawas." 

Tanpa mempersoalkan apa-apa, Darwin memandu laju kereta menuju ke Mansion milik Dawas. 

"Semalam I dan Dawas diserang tiba-tiba di tengah jalan, I tak tahu dari mana datangnya mereka semua. Nasib baik Dawas sempat menghidu rancangan jahat dari mereka. Kalau tidak, mungkin kami akan mati kerana kemalangan." Bagitahu Darwin berniat untuk bercerita.

Qizara menggempal penumbuk menahan perasaan marah yang tiba-tiba mendesak ingin terhambur. Mengingat Zara berbicara dalam talian bersama orang yang mungkin melukai Dawas menjadi bukti bahawa amaran Zara bukan main-main.

"Bawak I jumpa Dawas."

Meski penasaran dengan keinginan itu, Darwin mengiyakan. Kereta dipandu laju menuju ke mansion milik Dawas. Markas telah dimusnahkan sepenuhnya, tiada tempat lain Dawas menghilang selain mansion miliknya.

"Dawas okay." Inform Darwin tanpa Qizara bertanyakan itu.

"I tetap nak tengok dengan mata kepala I sendiri." Ujar Qizara tidak mempercayai sekadar kata-kata saja.

Setelah itu, suasana di dalam kereta bertukar hening sehinggalah mereka sampai di mansion milik Dawas. Tanpa apa-apa pamitan, Qizara bergegas masuk ke dalam sana. Darwin menggeleng aje.

"Abang! Abang! Abang!" Jerit Qizara bergema di ruang tamu itu.

Bertepatan itu, Dawas sedang turun tangga. Dari peluh yang merenik di dahi juga muka kelelahan itu membukti bahawa lelaki itu baru saja selesai latihan menembak.

"Qiz?"

Sampai saja tapak terakhir tangga, dia tergamam. Dirinya dipeluk?

Qizara tidak pernah memeluk nya sebegini erat, bahkan ada sesuatu yang terasa janggal ketika pelukan ini terasa erat sekali bagai ingin memberitahu sesuatu.

"Qiz minta maaf... Tsk.. Tsk... Tsk..."

Dawas mengerling Darwin. Dari isyarat mata, ia bertanya keadaan sang adik yang tiba-tiba menangis tapi gelengan dari Darwin menyebabkan nya kesal.

"Kenapa minta maaf? Qiz ada buat salah dengan abang ke? Hmm?" Soal Dawas tanpa melepaskan pelukan itu.

Qizara menggeleng aje. Bukan tak nak jawab soalan dari abang nya, namun apakan daya. Dia sendiri tak tahu apa jawapan yang terbaik yang bisa dikeluarkan nya. Takut-takut terbongkar apa yang patut disimpan.

"Abang okay?"

Tap!

Dahi yang menjadi mangsa jentikan dari si abang diusap. Ia menjeling tajam Dawas sebelum ia tidak lagi memeluk abang nya tapi melarikan diri duduk di atas sofa sebelah Darwin.

"Aik merajuk?" Usik Dawas, tertawa kecil kerana terhibur.

Langkah lebar dihayun seterusnya, ia duduk di sofa single.

"Tak payah merajuk, tak malu ke Win tengok? Ke sengaja nak bagi Win tergoda tengok muncung itik comel tu?"

Makin panjang muncung dari Qizara. Ia memeluk erat tubuh pusing tubuh lagak orang betul-betul merajuk. Gaya nya macam budak-budak tak dapat coklat dari ibu.

"Sudahlah merajuk, abang minta maaf. Okay?"

"Nasib baik minta maaf," Omel Qizara puas hati.

Dawas menggaru kepala tidak gatal. Mengingat soalan nya belum dijawab, ia menanyakan soalan yang sama.

"Kenapa datang sini?"

"Nak tengok keadaan abang. Win cakap, abang kena serang. Betul ke?"

"Qiz tak perlu risau, pandailah abang jaga diri. Setakat ni, tak ada luka yang singgah di tubuh abang. Tapi kalau ada, nanti-nanti abang panggilkan Qiz. Qiz wajib ubatkan abang tau!"

"Sip! Sip! Sip! Boss!" Teriak Qizara persis askar mendapat arahan dari ketua.

"Abang dah cari orang yang cuba untuk bunuh kami. Mungkin harini abang akan jumpa mereka untuk siasat apa yang patut."

Tak sampai hati untuk mengatakan kebenaran, Qizara diam dengan kepala nya menunduk bagai orang pesalah. Dawas tak terfikir hal bukan-bukan kerana tiba-tiba abang nya bangun ke dapur. Qizara yakin Dawas nak buatkan air untuk dia dan Darwin. Setelah Dawas menghilang, tangannya digenggam seseorang. Ia mengerling Darwin. Ada senyum manis yang diukir khas untuk nya.

"I tahu apa yang ada dalam fikiran you. Kalau you rasa semua ni beban berat untuk you pikul sorang, I tak kesah kalau you jadikan I bahu sebagai penolong. Menyimpan segala nya seorang diri takkan bisa membuat you tenang. Bahkan, you akan selama nya terjebak dengan perasan yang merumitkan." Nasihat Darwin untuk kekasih hati nya.

Untuk pertama kali nya, Qizara mengiyakan. Tidak itu saja, tangan itu juga membalas genggaman demi mendapatkan kekuatan.

"Boleh you tolong I?"

Tanpa fikir banyak kali, Darwin mengangguk. Untuk kali ini, Qizara menginginkan ini demi diri nya juga abang nya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro