Bab 29
"Ikutkan hati I, I tak nak bagi peluang untuk you pulang jumpa your mom and your dad. I risau dengan keadaan you. I tak suka tengok keadaan you sedih macam ni tapi mengenangkan you berkeras nak balik. I izinkan. Apa-apa call I. Jangan simpan kesedihan you sorang-sorang. Okay?"
Mengingat kembali kegusaran Darwin padanya, Qizara sejuk hati. Tanpa sedar, bibirnya tersungging senyum kecil.
Ting!
Panjang umur, orang yang sedang difikir nya sedang menghantar mesej pada nya. Buka saja mesej itu, automatik bibir semakin melebar lengkungan nya.
I dah bersiap sedia pegang kunci kereta, if you perlukan apa-apa. I terus on the way ke sana-Darwin
Qizara is typing....
You tak perlu risaukan I. Ada apa-apa, I call you-Qizara
Setelah membalas mesej itu, Qizara terus menyimpan telefon dalam handbag nya. Usai mengucap salam, Qizara masuk ke dalam rumah naik ke tingkat atas. Belumpun sempat masuk ke dalam kamar nya, Qizara mendengar perbicaraan Harith bersama Zara. Tepat keadaan ketika itu pintu terbuka, maka nya ia bisa mendengar jelas tanpa perlu melakukan banyak effort.
"Bang, semalam Zara nampak Dawas dekat Mall. Zara tak sanggup bagitahu abang yang Dawas ada di Malaysia tapi abang wajib tahu. Lagipun The Snake perlukan Dawas di sana. Dawas dah lama tak active, bahkan ia meminta semua anak buah pulang ke rumah masing-masing atas sebab Dawas tak nak teruskan The Snake."
Bermulalah hasutan dari Zara, walaupun terdengar biasa tapi sangat berbisa masuk ke gegendang telinga Qizara. Terketap-ketap bibir Qizara menahan marah sampai tangannya menggempal penumbuk.
"Siapa yang izinkan Dawas hentikan The Snake?"
"Dawas cuba dapatkan cinta Dya."
Buk!
Kedengaran fail dihempas. Di sini Qizara ketahuilah bahawa yang menjadi batu api adalah Zara. Percaya atau tidak, orang yang dianggap baik selama ini adalah pejahat sebenar.
"Dawas tengah main api dengan abang ke?"
"Abang nak bunuh Dawas ke atas sebab kesalahan kali ini?" Soal Zara pura-pura sedih sekaligus tidak lupa air mata palsu nya dikeluarkan.
"Kalau bunuh boleh buat Dawas ikut arahan abang, abang sanggup."
Qizara tekup mulut tidak percaya. Bibir sedikit mengigil. Gegenang air mata di tubir mata meluahkan perasaan nya sekarang ini.
"Abang jangan ulangi masa silam yang sepatutnya abang lupakan. Zara tak sanggup abang buat benda yang sama. Fikir masak-masak abang."
Menjijikkan!
Semua lakonan Zara benar-benar membuat nya loya. Ingin saja Qizara menjelaskan semua nya tapi mengenangkan perbuatan baik nanti mengakibat sesuatu buruk terjadi pada orang lain, ada baiknya Qizara mencari masa yang sesuai. Mungkin bukan sekarang.
"Tsk! Aku tak pernah menyesal dengan perbuatan aku! Aku memang sayangkan Helena tapi apa yang dia buat dekat aku sudah memandai kalau aku bunuh dengan tangan aku sendiri." Bicara itu terlalu angkuh sehingga lupa bahawa dia pernah merindui susuk tubuh itu.
Zara menggempal penumbuk. Suami nya tidak sedar bahawa nama Helena disebut setiap kali mabuk. Kala ini, mendengar dari mulut suami nya sendiri tentang cinta yang masih ada membuat dendam itu bercambah. Malah ia kian membara tatkala nama itu disebut.
"Saya sentiasa menyokong apa yang abang buat. Kalau dengan membunuh Dawas bisa menggembirakan abang, abang bunuhlah Dawas."
Dang!
Seperti terhempap sebiji batu di atas kepala rasa nya. Hati nya tiba-tiba panas. Tiada salah apa-apa, tahu-tahu nak bunuh?
Tak boleh jadi!
Memikirkan sesuatu, bergegas Qizara turun ke bawah. Berpura-pura baru sampai rumah, ia melaung nama sepasang suami isteri itu.
"Mom! Dad! I am home! Mom! Dad!"
Panggil punya panggil, akhirnya sepasang suami isteri itu turun bersama. Di sana, tampak muka muram dari Zara. Mungkin tidak suka kerana perbicaraan mereka diganggu.
"Sihat Qiz?"
Qizara menyalami Harith dan Zara. Harith memberi isyarat mata agar Qizara duduk di atas sofa yang tersedia di ruang tamu. Mematuhi, Qizara melabuhkan duduk di atas sofa single dituruti pasangan suami isteri itu.
"Qiz sihat. Mom and dad sihat?"
"Kami sihat, macam apa yang Qiz tengok." Disertai rangkulan mesra Harith tersenyum bahagia.
Entah kemesraan itu untuk mengaburi mata Qizara agar tidak curiga apa-apa atau mungkin hidup mereka memang ditakdirkan untuk berlakon bahagia.
"Mungkin Qiz stay sini beberapa minggu."
"Aik? Selalu tak nak stay sini. Kenapa tiba-tiba?"
Seketika, anak mata Qizara beralih pandang Zara. Mereka berdua sama-sama berbicara bahasa mata tapi itu tidak lama. Zara terlebih dahulu memutuskan pandangan mata. Menghindari dari kecurigaan sang suami.
"Qiz rindu mom and dad." Jawapan yang diyakin bisa menyelamatkan keadaan.
Zara menyembunyi senyum kecil. Ia memeluk tubuh pandang anak perempuan nya dengan muka bangga.
"Kami pun rindukan Qiz, iya tak sayang?"
Belakang tubuh Zara diusap beberapa kali.
"Mom yang lahirkan Qiz, sudah semestinya mom rindukan anak perempuan mommy." Ujaran berbaur perasaan rindu itu membuat Harith terharu.
Perlakuan Zara pada kedua-dua anak nya selalu bisa menghangatkan hati. Biarpun Dawas tidak sedarah tapi layanan Zara tetap sama. Harith mengharapkan Dawas agar mengganti tempat nya kerana itu ia meminta agar anak lelaki nya stay di Itali saja.
"Dad dah cakap haritu tak payah stay rumah sewa tapi tak nak dengar. Sekarang siapa yang rindu rumah? Sekarang siapa yang rindu mom and dad?"
Tiada jawapan, Qizara memilih diam dengan senyuman kecil. Andai daddy tahu tujuan nya sebenar pulang bukan kerana perasaan rindu tapi kerana hal lain. Akankah daddy terkejut?
"Qiz terfikir untuk spend time dengan mom and dad. Dah lama rasanya Qiz tak borak sama-sama. Rindu..."
Inilah isi hati nya yang sebenar terfikir tatkala melangkah masuk ke dalam rumah. Banyak perkara yang di rindui tapi banyak perkara juga yang menyakitkan untuk diterima.
"Daddy nak siapkan apa yang patut. Ada banyak benda yang daddy rancang untuk meluang masa bersama Qiz. Daddy naik kejap eh?"
Usai berpamitan, Harith naik ke tingkat atas setelah mendapat anggukan dari Qizara. Tidak betah berdua bersama Zara, Qizara mengambil langkah ke tingkat atas tanpa pamitan.
"Tak sangka anak perempuan aku akan balik, mana tahu dah selesa stay rumah jantan mana-mana kan? Dah tak sabar nak mengandung anak luar nikah? Tsk! Menjijikkan!" Kasar ucapan itu tanpa memikirkan perasaan anak perempuannya.
Dengan tenang, Qizara membalas tanpa pandang mommy nya.
"Sekurang-kurangnya perempuan yang akan mengandung kan anak luar nikah dihargai berbanding dengan perempuan tak sedar diri yang cuba merampas kebahagiaan orang lain tapi langsung tak dihargai. Kebahagiaan apa yang dicari? Kebahagiaan yang penuh dengan kepuraan?"
Qizara melirik sinis Zara sebelum ia mendaki tangga naik ke bilik nya meninggalkan mommy nya sendiri. Nyata nya, kata-kata yang keluar dari bibir Qizara berhasil buat hati Zara kacau bilau dengan amarah yang menggunung. Tak bisa menahan diri,
Prang!
Pasu yang ditemui beberapa meter dari nya dihempas pada lantai menghasilkan suara pecahan hingga Harith muncul. Bagi mengelakkan apa-apa pertanyaan, dengan sengaja ia melukai tangannya sendiri. Melihat tangannya berdarah, bergegas Harith membawa Zara ke sofa untuk dirawat nya. Amarah itu masih membuncah, malah marak hingga tak tertangguh. Ingin saja Zara membunuh anak perempuan nya. Menyakitkan hati sungguh!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro