Bab 27
Qizara bangun dari tidur setelah langit cerah. Telefon diraih atas meja sisi sebelum kedua kaki nya diheret bergerak menuruni tangga. Sepanjang langkahnya, sempat Qizara menyikat rambut dengan kelima-lima jari kanannya. Tujuan nya adalah masuk ke dapur. Namun seseorang yang sedang tidur di atas sofa panjang membuat kaki nya beralih arah pada susuk tubuh itu.
"Darwin?" Sebut Qizara beriak hairan.
Biasanya Darwin hanya membiarkan ia sendiri tidur di dalam apartment ini. Bahkan, lelaki itu rela pulang ke rumah orang tua nya demi memberi keselesaan untuk nya seratus peratus bila stay di sini.
"Mungkin you penat," Beranggapan begitu, Qizara berputar tubuh.
Langkahnya diteruskan ke dapur mengambil air mineral di dalam peti sejuk. Cawan yang tersedia dicapai, belumpun sempat air dituangkan, getaran telefonnya kedengaran. Lekas, Qizara check siapa pemanggil nya. Tidak lupa botol air mineral disimpan atas meja dulu.
'Mommy...'
Terpaksa namun rela, Qizara mengemas pegangan telefon lalu dilekapkan pada telinga. Suara nya sedikit serak khas baru bangun tidur. Walaupun begitu, ia tetap mencuba untuk berbicara dengan suara normal meski mustahil.
"Mom?"
"Kau tak reti nak balik ke? Ke kau dah takde rumah? Aku dah lama perhatikan kau. Kau suka stay dalam rumah sewa dengan si Dya bodoh tu. Aku tahu apa yang kau dan Dawas rancang dari A to Z. Cuma sekarang aku nak bagi mereka peluang untuk bahagia sebelum aku kebas kebahagiaan mereka."
Qizara menggenggam kemas cawan yang ada di depan mata. Andai saja bahan yang digunakan tidak tebal, rasa nya sudah pecah berderai kerana perbuatan nya.
"Apa yang mom nak sebenarnya? Selama ni Qiz balik ke tak, mom tak pernah ambik tahu tapi kenapa sekarang pura-pura nak tahu? Mom takut Qiz cerita kebusukan perangai mom dekat abang Was? Atau mom takut Qiz jadi macam mom yang suka rampas suami orang? Mana satu huh?" soal Qizara sinis tanpa senyum.
"Kurang ajar kau! Anak tak sedar dek untung! Aku besarkan kau sampai besar gajah macam ni tapi ini kau balas dekat aku! Aku tak mengakulah kau anak aku! Tak balik pun takpe!"
"Tak nak mengaku sudah! Qiz tak mintak duit mom untuk hidup! Qiz dah muak dengan semua perbuatan mom selama ni cuba pisahkan abang Was dengan Qiz. Walaupun kami bukan adik beradik kandung, kami tetap sayang satu sama lain. Kami dibesarkan sama-sama. Kenapa nak hancurkan hidup abang Was sorang? Habistu Qiz? Kenapa tak hancurkan sekali? Nak lagi hancurkan Qiz, panggil banyak lelaki! Perkosa Qiz bergilir-gilir sampai mati. Baru mom puas kan?" Hambur Qizara sepenuh hati sehingga bening halus turun jatuh pada kedua pipi nya.
"Cukup Qiz! Jangan melampau batas! Mom nak Qiz tunaikan permintaan mommy kalau Qiz melarang mom ganggu Dawas. Satu, mom nak Qiz pulang. Kedua, jauhkan diri dari Qiz. Yang ketiga, buat Dawas bencikan Qiz."
Semudah itu?
Begitu mudah ucapan khas membenci Dawas keluar dari bibir seseorang yang telah bersusah payah melahirkan nya. Bisakah ia berlaku tidak adil dengan membenci ibu kandung nya sendiri?
"Qiz pulang harini."
Tut.
Sejurus panggilan itu ditamatkan, Qizara cuba berpaut pada sesuatu tatkala tubuh nya hampir tumbang. Setelah menemui peti sebagai tempat sandaran, ia maju ke depan lantas belakang badannya disandarkan di sana.
"Aku tak tahu apa yang aku patut buat sekarang, dengan kebenaran yang aku tahu.... Sumpah aku tak boleh sekadar untuk bertemu muka dengan Abang Was. Aku tak tahu macam mana aku nak bereaksi bila jumpa Abang Was. Aku malu dengan dosa masa lalu." Gumam Qizara memicit hujung kedua mata nya.
Qizara enggan berlarut dengan perasaan sedih. Mencuba jadi seorang yang kuat, ia mengesat air mata dengan belakang telapak tangannya lantas bangun menyimpan air mineral juga cawan yang diambil nya tadi. Rasa nya untuk sekadar minum air pun sudah tiada selera. Qizara bergegas ke tangga.
"Qiz," Panggil seseorang setelah kaki nya bertapak satu langkah pada tangga.
Sejenak, langkahnya dibawa mengundur ke belakang dan dikalih badannya agar betul-betul menghadap Darwin. Mereka berpandangan sesama sendiri cukup lama. Boleh dikatakan sejam mereka berdiri. Tidak betah berlama, Qizara ingin memulai langkah. Namun, apa yang diucapkan Darwin membantutkan langkah nya.
"I'm here to lend an ear, I'm here to give you my hand, my heart, and my love."
Qizara berpaling, terbias keraguan dari anak mata itu, tapi lekas-lekas Darwin mengangguk. Meyakinkan bahawa Qizara bisa mempercayai nya.
"You can tell me, I won't judge you or hurt you."
Banyak yang Darwin sudah tahu. Rasanya terlalu menyakitkan jika ia mengulangi ucapan yang sama. Hati nya enggan menerima tapi fakta juga takdir yang ditulis tetap mengharuskan Qizara untuk menerima suratan takdir kejam ini.
"I okay, you tak perlu risaukan I. "
Bersama tawa olok-olok, Qizara menguatkan diri untuk mengungkapkan kata itu.
"I advise you not to hide your feelings don't pretend to be okay when you're not okay don't pretend to be happy when you're sad. It 'II only lead to your misery."
Kala dirinya dilanda kesedihan mendadak, cepat-cepat Qizara berputar tubuh pandang arah lain. Darwin mengetahui keadaan gadis itu perlahan-lahan membawa langkah merapat.
"I dah dengar segalanya, I dah tahu rahsia yang you sembunyikan dari orang kesayangan you dan-"
"Dan apa? You nak bagitahu Dawas mengenai apa yang you tahu? Hmm?" Potong Qizara tanpa sempat Darwin habiskan kata.
Kedua bahu itu terenggut-enggut. Walaupun tiada esak tangis tapi Darwin yakin Qizara sedang menangis. Bibirnya dikemam rapat agar tiada seakan yang terhambur keluar.
"Haih..."
Sekali rentap, tubuh itu terpeluk diri nya. Qizara cuba mendorong berkali-kali tapi kerana pelukan itu terlalu ketat. Ia hanya mampu pasrah dalam pelukan itu. Tak lama, terdengar tangisan putus asa dari Qizara. Darwin diam. Membiarkan gadis itu menangis sepuas-puas nya.
"I tak sanggup hidup. I dilahirkan dari rahim perempuan jahat yang menghancurkan hubungan suci antara daddy dan mommy Dawas. Mana I nak letak muka kalau Dawas tahu? Macam mana I nak hadap semua ni kalau semua salah berpunca dari mommy I sendiri? Tsk... Tsk... Tsk.... "
Dia betul-betul menjadi pendengar yang baik untuk gadis itu. Tanpa menambah ayat apa-apa, ia hanya mendengar juga menenangkan Qizara. Ia mengusap lembut belakang tubuh itu.
"I fikir, ada baik nya I mati berbanding hadap kebencian abang Dawas dekat I."
"Shhh..."
Jari telunjuk nya dilekapkan pada bibir Qizara.
"Setiap masalah tak semestinya diakhiri dengan kematian. Ada kala nya, menghadapi lebih indah ke depan nya berbanding sakit kerana kematian yang akan disesali seumur hidup." Nasihat Darwin, berharap Qizara tidak memikirkan hal yang tidak-tidak.
Qizara tercebik-cebik seperti budak kecil sedang menangis. Merasa takut dengan kehidupan yang akan datang tanpa sedar ia mengenggam erat pakaian yang tersarung di tubuh Darwin. Ia tidak mengatakan apa-apa, tapi anggota tubuh nya mengisyaratkan bahawa Qizara takut. Mengerti perasaan ketakutan itu, Darwin mendakap tubuh itu bagai tak nak lepas.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro