Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25

Setelah keluar dari kereta, bukannya Qizara bergegas masuk ke dalam apartment milik Darwin tapi ia menghayun langkah menuju ke taman berdekatan lalu ia melabuh duduk di atas buaian. Angin sepoi-sepoi menampar muka nya. Sedetik, kelopak mata nya terpejam rapat sebelum deringan telefon menyegarkan anak matanya.

'Mommy,'

Anak mata nya berkaca menatap layar itu. Bibir nya dikemam rapat menahan perasaan yang semakin sesak. Menguburi kesedihan dengan senyum tipis, Qizara mengangkat panggilan itu.

"Hi mom," Getaran suara itu ditahan sebaik mungkin.

"Hi Qiz, Qiz ada dekat mana tu?"

Qizara tidak ada hati untuk menjawab soalan itu, kerana itu ia menukar topik perbualan mereka.

"Mom ada dekat rumah?"

"Yup! Mom dekat rumah, jaga daddy."

Bohong!

Ucapan itu diyakini bohong meski ia tidak berada di sana. Spontan, tangannya menggempal penumbuk menyalur perasaan marah yang mendadak naik.

"Oh," Ucapan penuh kecewa itu memeritkan hati untuk menerima.

"Are you okay baby?"

Qizara harap, pertanyaan prihatin itu bisa sedikit mengendurkan perasaan marah juga kecewa nya tapi nyata nya itu tidak berlaku. Sakit nya tak tertangguh hingga ia tak tahan dari mengeluar pertanyaan.

"Siapa Dawas mom?" soal Qizara, sedaya upaya mengekalkan suara tenang.

Di seberang sana, kesunyian menghambat. Hanya deruan nafas saja yang kedengaran masuk ke dalam sistem pendengaran nya. Enggan terus-terusan berdiam diri, Qizara menjelaskan sebab pertanyaan itu.

"Qiz masuk stor lama."

Sekelip mata, kejujuran itu menghancurkan karakter baik Zara. Tidak perlu menjadi talam dua muka, ia menghambur ketawa mengejek.

"Oh? Jadi kau dah baca semuanya?"

Tanpa berselindung lagi siapa dirinya yang sebenar, Zara tidak segan berbicara kasar dengan anak perempuan nya.

"Mom tak nak jelaskan pada Qiz?"

Mata sudah berkaca-kaca bersama bibir mengigil perlahan. Sejuk malam yang terasa sukar untuk ditahan. Hidung nya semakin memerah. Qizara membiarkan rasa sejuk menyelimuti diri nya kerana perasaan berkecamukan yang dialami jelas tidak sebanding dengan rasa sejuk ini.

"Kau nak aku jelaskan apa? Semua yang kau baca dah terjawab segalanya."

"Kenapa mom sembunyikan semua ni dari Qiz dari dulu? Kenapa mom cuma pisahkan kami? Kenapa mom buat semua ni? Kenapa mom?" Suara itu lirih menyoal.

"Kau sedar rupanya? Aku dah lama nak pisah kan kau berdua tapi disebabkan daddy kau tak nak berpisah dengan si Dawas, aku tunggu Dawas membesar dan aku paksa suami aku untuk arahkan Dawas supaya ganti tempat Harith sebagai ketua mafia. Aku bersyukur Dawas ikut cakap daddy tapi sayang, walaupun Dawas akur arahan daddy. Dia tak mampu lawan aku. Bahkan, pernikahan Dawas yang hampir hancur pun. Dawas tak mampu nak apa-apakan aku. Lemah sungguh anak tak guna tu. Muak aku tengok dia! Muka dia mengingatkan aku dekat si Helena. Aku benci Helena dan anak dia! Aku benci semua berkaitan dia! Benci! Benci! Benci!" amuk Zara bak orang gila.

Tap!

Tap!

Tap!

Empangan air mata yang ditahan akhirnya pecah. Bahu nya terhinggut-hinggut menahan esakan supaya tidak terlepas kuat.

"Mommy berdendam dengan Helena?"

"Ha ah! Memang aku berdendam dengan dia! Semenjak aku berkawan baik dengan dia, aku dah taruh perasaan pada Harith tapi Helena rampas Harith dari aku. Aku tak puas hati! Aku buat apa saja untuk dapatkan Harith. Bahkan aku sanggup gadaikan maruah aku sendiri. Aku sanggup perangkap dia supaya kahwin dengan aku. Disebabkan aku mengandung, aku mintak Harith ceraikan Helena. Tapi dia tak nak. Disebabkan tu, aku rancang untuk buat Helena ditinggalkan dengan cara mengupah seseorang berkhalwat dengan Helena. Dan boom! Harith tinggalkan Helena. Disebabkan dendam dan masih tak puas hati, Harith rampas Dawas dari Helena. Part yang paling best, si Harith tu bunuh isteri sendiri atas sebab curang. Dahsyat tak? Dahsyat kan? Kau rasa, apa perasaan Dawas lepas tahu semua kebenaran ni? Hmm?"

Tangis yang ditahan sejak tadi akhirnya terhambur jua. Kali ini beriringan dengan esakan. Ingin sekali diri nya hilang di dunia ini untuk sejenak. Rasa nya lelah sekali memikirkan banyak kekusutan yang terungkap hari ini.

"Aku sengaja murahkan diri datang pada Harith ketika ia mabuk. Aku mengandung dan Harith tak ada pilihan lain selain menikahi aku."

Titisan air mata keluar dari celah mata Zara. Sakit kerana mencintai tapi lagi sakit jika hanya dia yang mencintai.

"Walaupun si Harith tu kahwin dengan aku atas dasar tanggungjawab anak yang ada dalam perut. Tetap si Harith tu cintakan si Lena."

Zara menggempal penumbuk menahan perasaan amarah yang membuak-buak.

"Aku ada rancangan untuk abang kesayangan kau!"

Dang!

"Ap-apa?"

Qizara hampir naik gila dengar apa yang dikatakan Zara. Tak sudah air mata merembes keluar menanda dirinya terlalu takut dengan semua kenyataan yang diucapkan Zara.

"Apa lagi yang mom rancang?"

"Aku rancang nak bunuh semua orang yang Dawas sayang."

Qizara menggempal penumbuk. Perasaan malu yang menebal menyebabkan ia berkeras hati untuk tidak mengeluarkan apa-apa kata. Sakit nya tak terucap, berdenyut nyeri seakan mencucuk-cucuk.

"Sampai sekarang aku belum puas dengan semua ni. Aku takkan puas selagi Dawas tak mampus! Dawas umpama seperti Helena versi lelaki. Raut wajah nya, perwatakan nya, persis sama macam Helena dan itu menyebabkan aku semakin membenci nya. Aku tak kesah kalau kau tetap nak berbaik dengan Dawas tak guna tu. Aku lagi suka kalau kau join aku bunuh Dawas."

"Cukup mom, cukup..." Rintih Qizara dah tak sanggup nak dengar cerita selanjutnya yang bisa menyakitkan hati nya.

"Kau nak bela Dawas? Hmm?"

"Walaupun mom menafikan keberadaan Dawas sebagai abang tiri Qiz. Dawas tetap abang Qiz. Qiz takkan sesekali jadikan dosa mom penyebab hubungan kami renggang!"

Tut.

Qizara menekup muka dengan tangannya. Ia teresak-esak menangis bersama wajah sudah lencun dengan air mata. Tangisan gadis itu menguasai suasana hening malam.

"Qiz,"

Qizara tergamam. Perlahan namun pasti, kepala nya diangkat pandang lelaki di depan mata dengan deraian air mata masih turun pada lekuk pipi nya.

"I am sorry,"

Biarpun tidak tahu sebab permintaan maaf itu, tanpa apa-apa syarat Darwin mendapatkan perempuan itu lalu dipeluk erat. Dapat Darwin rasai baju pada bahagian dada nya basah. Terbukti bahawa Qizara sedang menangis.

"You're not alone, we're in this together."

Diserbu perasaan tidak menentu kerana semangat yang Darwin berikan secara tiba-tiba. Qizara tidak segan menghambur tangisan di dada lelaki itu semahu-mahu nya. Darwin bertindak mengelus kepala itu. Memerlukan satu jam lebih hingga tangisan gadis itu mulai mereda. Entah berapa lama mereka berada di sini. Darwin melihat jam tangan nya. Ternyata, sudah jam sebelas malam.

"Qiz,"

Kedua bahu itu ditepuk pelan. Qizara sempat merengek kerana tidurnya terganggu sebelum ia kembali terlena.

"Nasib baik sayang tau!" Ujar Darwin mencubit kecil kedua telinga itu.

Darwin menggendong di atas belakang nya dan dibawa pulang ke apartment milik nya. Di sepanjang jalan, Darwin tak henti berbicara meski tak ada balasan dari Qizara.

"You know,"

Butang lif ditekan lantas nombor tujuh ditekan nya. Setelah memboloskan diri ke dalam lif, ia meneruskan bicara nya tadi.

"Apapun masalah yang you hadapi sekarang, I janji yang I takkan sesekali tinggalkan you. Seperti apa yang I cakap dalam kereta, you milik I and selama nya jadi milik I. I memaksa you jadi milik I, Qiz. Jadi milik I okay?" Pinta Darwin benar-benar gila pada perempuan yang digendong nya ini.

Nasib baik tak ada orang dalam lif, jika tidak mungkin sudah dilabel orang gila berbicara sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro