Bab 24
Bunyi dentuman muzik dan cahaya malap membuatkan manusia semakin rancak untuk meneruskan perbuatan haram mereka. Pemandangan itu acap kali menjadi santapan tapi Qizara yang setia duduk di bar stools sejak tadi tidak terfikir untuk menyertai mereka.
"Hi, beautiful." Sapaan menggoda berbisik di telinga nya.
Qizara angkat kepala. Setelah itu dengusan keluar dari bibir melihat siapa yang menyapa nya itu.
"Hi Mark," Acuh tak acuh suara itu dilantun nya.
Dia meliar anak mata pandang sekeliling mencari susuk Darwin. Biasanya mereka bersama kenapa tidak hari ini?
"Cari Win?"
Mark memesan beberapa botol minuman keras yang berbeza. Sempat dikerlingnya meja kosong Qizara.
'Eh lupa! Dawas tak bagi Qiz minum arak.' Monolog Mark.
"Win dah lama tak datang kelab malam." Ujar Mark, lalu meraih whiskey dan diteguk rakus.
"Kenapa tak datang?" Ringan bibir itu meluncur kata. Perasaan membuak-buak ingin tahu.
"Semenjak you tak munculkan diri, Win pun tak munculkan diri. Win cakap, Dawas yang arahkan dia jaga you. Demi jaga keselamatan you, haruslah ada bodyguard bernama Win. Paling handsome and paling sasa!" Seloroh Mark berniat menceriakan suasana.
Mark menyedari ada sesuatu yang disembunyikan dari Qizara. Lihatlah raut wajah cantik yang berubah muram itu. Bukan itu saja, Qizara yang setia mengelamun tadi akhirnya mengambil jalan tidak selamat dengan meraih air whiskey yang diminum tadi.
"Qiz, wey Qiz jangan macam ni." Cemas Mark tidak bisa duduk diam.
Prang!
Pecahan beberapa botol minuman arak seketika menarik perhatian orang-orang disekitar nya. Qizara tertawa sinis tatkala anak matanya bertemu dengan tatapan tajam menghunus dari Darwin.
"Kau ajar dia minum?"
Tanpa melepaskan tatapan mata pada Qizara, Darwin menyoal tegas teman baik nya itu.
"Ak-aku..."
Mark tiba-tiba hilang kosa kata. Tatapan mematikan juga raut wajah Darwin penuh amarah sedikit sebanyak menakutkannya. Rasanya ini pertama kali Mark melihat Darwin versi ini dan Sejujurnya benar-benar menakutkan!
"Seb-seb..."
Buk!
Buk!
Buk!
Tiga kali tumbukan Darwin hadiahkan pada Mark. Ikut hati yang masih membara panas, mahu ditambah sehingga nyawa ikan. Namun memikirkan bukan salah Mark sepenuhnya, Darwin mengurangi hukuman itu.
"Ikut hati, aku nak bunuh kau!" bisik Darwin dengan nada di celah gigi.
"Could you at least try to be nice? "
Darah yang keluar dari bibirnya dikesat dengan telapak tangan.
"You're still breathing. That's me being nice, asshole!"
Usai menghabiskan kata, Qizara diheret ke parking. Sesampai saja di kereta, lekas Qizara merentap tangan Darwin hingga terlerai.
"Kemahuan I nak minum air whiskey." Akui Qizara setelah lama berdiam diri.
"I tak nak dengar apa-apa penjelasan dari you. Kita balik, jom!"
Pintu kereta Jaguar dibuka,
Buk!
Qizara bertindak cepat menutup nya kembali. Ia menggeleng. Enggan untuk pulang dengan keadaan emosi nya yang tidak stabil ketika ini.
"Dengar cakap I, Qiz! Kita balik!"
"Jangan paksa I balik! I tak nak balik!"
Kedua-dua nya sedang berada dalam emosi yang tidak stabil ketika ini. Bening halus hampir jatuh, kerana itu secepatnya Qizara tunduk menekur tanah menghindari diri dari tatapan Darwin.
"Qiz,"
Tiada balasan yang keluar dari mulut Qizara, disebabkan itu Darwin memilih diam.
"Qiz,"
Dagu itu dicubit lantas ditarik agar pandang diri nya.
"Hey, what's wrong?"
Darwin mati kutu melihat air mata yang turun dari pipi mulus itu. Tak mampu menahan perasaan gusar, ia mendakap erat tubuh Qizara.
"Sorry if what I said hurt your feelings. It wasn't my intention."
Qizara membalas pelukan. Teresak-esak ia menangis sehingga baju yang dipakai Darwin basah oleh air mata nya.
"I tak mampu terima bahawa I dan Dawas adik beradik satu ayah tapi bukan satu mak."
Dang!
"W-what.."
"I tak tahu tujuan hidup I sekarang. Yang I tahu, I nak mati. Tsk... Tsk... Tsk... I dah tak ada rasa untuk hidup dalam keluarga complicated ni. I dah buntu dengan apa yang terjadi. I benci hidup I. Tsk... Tsk... Tsk... Sakit sangat apa yang I rasa sekarang... Tsk... Tsk... Tsk..."
Darwin menghembus nafas berat.
"Kehidupan ini kisahnya tentang menerima hakikat.."
Perlahan namun pasti, tangannya terangkat mengusap kepala Qizara.
"Pedih dan sakit itu biasa. Telan saja sebagaimana kita terbiasa menelan ubat pahit dari doktor. Suatu masa nanti kita akan berterima kasih pada dia atas segala ketetapan yang menyakitkan hari ini."
Kedua bahu itu sedikit mengendur dengan sayup-sayup esakan yang kian lenyap. Merasa keadaan Qizara membaik, Darwin tersenyum tipis.
"Kita balik, jom?"
Darwin meleraikan pelukan lantas diusap air mata yang masih bersisa di kedua pipi itu.
"I nak stay apartment you sehari boleh?"
"Boleh."
Qizara meluru masuk ke dalam kereta Jaguar setelah mendapat persetujuan itu. Darwin merasa lega. Getaran dalam poket seluar menghentikan langkah kaki nya.
Ting!
Kau dekat mana? - Dawas
Darwin mengetik keyboard memberi jawapan pada Dawas.
Aku rest dekat rumah-Darwin
Dawas is typing...
Kenapa kau lari dari meeting penting?-Dawas
Darwin is typing...
Aku bukan selalu ponteng kan? Dahlah jangan ganggu aku nak rest. Bye!-Darwin
Telefon pintarnya disimpan kembali di dalam poket. Darwin masuk ke dalam kereta lantas ia hilang dari kawasan itu.
"You bermesej dengan Dawas ke?"
Darwin mengangguk. Panjang umur, nama yang diseru akhirnya mendail Qizara. Mahu tak mahu ia angkat jua meski hati nya merasa enggan kerana perasaan yang bercelaru.
"Hi,"
"Hi," Balas Qizara seadaannya.
"Qiz dekat mana? Jom lepak dengan abang. Nak?" Ajak Dawas teruja.
Qizara berkerut dahi. Seharusnya, Dawas tahu keberadaan nya tapi kenapa Dawas seperti tidak tahu apa-apa?
"Abang tak tahu Qiz dekat mana?" Soal Qizara merasa luar biasa aneh.
"Apa maksud Qiz yang abang tak tahu?"
Qizara pandang orang sebelah. Dari riak wajah itu, tampak begitu tegang juga pucat lesi seperti nya ada sesuatu yang disembunyi dari Qizara.
"Abang ada bersama dengan Win ke?"
Gulp!
Darwin mengenggam stereng kereta dengan kuat. Perasaan malu menebal kerana banyak hal yang disembunyi nya akhirnya terbongkar begitu mudah dalam satu hari.
"Win cakap dekat abang yang Win tak sihat badan tengah rest so abang tak nak kacau. Abang kacaulah adik kesayangan abang ni."
"Ouh."
Sedetik itu, meremang bulu roma Darwin. Tatapan itu benar-benar tajam bak pisau yang ingin menghentam nya berkali-kali. Saat talian diputuskan secara dua pihak, Darwin tiba-tiba merasa sesak nafas, maka nya ia mengambil keputusan untuk batuk agar bisa meredakan rasa sesak nafas ini.
"Apa lagi yang you tipu I sebenarnya ?" soal Qizara berpeluk tubuh dengan riak wajah memerah ingin marah.
Darwin mengetuk stereng kereta disertai perasaan gugup setengah mati. Biarpun tidak ingin jujur tapi Darwin tahu Qizara tetap akan mengorek rahsia dari orang lain jika bukan dengannya. Daripada tahu dari mulut orang lain, ada baiknya Darwin jujur sekarang.
"I datang kelab malam selama ni, tak lain tak bukan sebab you. I nak jaga dan lindung you dari lelaki jahanam yang ada dalam kelab tu. I gunakan nama Dawas agar you tak melebihi batas iaitu melakukan hubungan terlarang dengan lelaki lain. I akui, I posesif jika ia melibatkan you. I sanggup ekori you. I sanggup upah orang untuk awasi you dari bahaya. I tak bagi mana-mana dekat dengan you. Boleh kata, I tak nak milik I disentuh oleh sesiapa sebab you milik I. I tak kesah you nak or tak nak. Yang I tahu, I dah terlanjur mencintai you."
"Ja-jadi..."
"Tak ada orang yang arahkan I. I willing untuk sentiasa ada di sisi you. I sanggup batalkan meeting dengan orang-orang penting demi you. I tak kesah pasal kerja. I pentingkan keadaan you dalam kelab tanpa pengawasan dari I. I tak nak orang lain dapatkan you sebelum I."
Tiba-tiba Qizara kebingungan. Jadi, selama ini Darwin melakukan nya demi nya? Tapi kenapa perlakuan nya terlalu istimewa?
"Maaf kalau apa yang I buat selama ni buat you tak selesa."
Itu ayat pengakhiran sebelum suasana hening menyelimuti masing-masing. Qizara terharu pada masa yang sama, ia tak tahu bagaimana harus bereaksi. Semua nya berlalu secara tiba-tiba dan Qizara masih proses setiap kejadian yang berlaku pada hari ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro