Bab 20
"I am forming a team of 3 instead of 2, for faster completion of assignments. Don't try to copy others." Suara itu tegas dilantunkan
Sir Uzairi tutup buku usai siap menulis di whiteboard. Harapnya apa yang dia jelaskan tadi difahami bukan hanya menulis semata-mata.
"That's all for today, everyone. Class dismissed." Bergema suara itu dalam dewan belajar.
Bunyi tapak kasut Sir Uzairi kedengaran menjauh. Semua orang kelihatan keluar dari dewan belajar satu per satu. Tinggal lah Dya dan Becky saja.
"Jom keluar." Suruh Becky.
Becky dan Dya keluar sama-sama. Namun, jalan yang mereka guna adalah berbeza. Setelah mereka berpisah, Dya meluru pantas menuju ke bilik Mr Nao. Mukanya dibuat confident agar tiada kecurigaan dari pelajar. Langkahnya terhenti, jalan punya jalan akhirnya dia menemui bilik Mr Nao yang menjadi sasaran mereka. Nama yang tertera di pintu dibaca.
Mr Nao
Dya mengetap bibirnya. Confident yang membuak-buak tadi, lesap. Seakan tidak wujud pun tadi. Yang membelenggu dirinya ketika ini adalah rasa takut dan gelisah. Takut jikalau rancangannya mereka tidak menjadi.
Ehem!
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!"
Usai nama dipanggil, Dya pulas tombol pintu masuk. Air liur ditelan kasar menatap seraut wajah yang sedang serius menaip pada komputer.
"Kenapa datang sini?" Soal Mr Nao tanpa mengalihkan pandangannya dari komputer.
"Assignment kurang faham." Senafas Dya beritahu.
Barulah Mr Nao angkat kepala. Tubuhnya bersandar pada kerusi dengan dahi yang berkerut seribu. Mata Dya gatal tengok tangan berurat milik Mr Nao. Dahlah lipat kemeja paras siku.
'Handsome siot!'
"Sejak bila you susah nak faham bila I mengajar? Setahu I, you pelajar cemerlang dalam kelas. Semua assignment you boleh siapkan cepat dan teliti. Kenapa tiba-tiba kurang faham?" Soal Mr Nao bertalu-talu bak bertih jagung isi hati dikeluarkan.
"Tak nak ajar ke? Okaylah, masuk kelas dulu." Pura-pura dingin, Dya nak berbalik tubuh keluar. Namun,
Tok! Tok! Tok!
"Mr Nao! Mr Nao! Mr Nao!" Panggil Becky dari luar bilik.
Mr Nao tutup laptop selanjutnya, dia bangun. Buka aje pintu, raut wajah Becky yang sedang panik kelihatan.
"Kenapa ni?"
"Mr Nao, ada orang gaduh!" Bagitahu Becky kerisauan.
Mr Nao berdecit.
"Dya, I settle apa-apa dengan you lepas ni. I nak settle kan masalah ini dulu. Pensyarah ramai tak ada, you kunci ajelah pintu. I pergi dulu." Pamit Mr Nao berlari anak mengejar langkah panjang Becky.
Dari belakang, Becky bagi kenyitan mata agar Dya meneruskan rancangannya. Dya ambil nafas terlebih dahulu sebelum dia menggeledah tempat Mr Nao.
"Allah maafkan aku atas sebab mengusik barang Mr Nao. Aku buat semua kerana terpaksa Ya Allah. Semoga engkau membantu hambaMu ini. Amin...." Doa Dya sambil raup muka banyak kali.
Dya cekak pinggang bila tak ada langsung informasi yang dimahukannya. Dia bercekak pinggang sekaligus meliarkan mata mencari apa-apa bukti untuknya bawa pulang.
"Mana eh?" Gumamnya sendiri.
Semua tempat telah digelendahnya. Sayangnya, tak ada langsung berita baik. Dya hampir nak putus asa. Anak matanya menangkap laptop yang berada di atas meja. Terjentik rasa penasaran pada laptop. Dah elok buka laptop, ada password pulak sebagai penghalang.
Teringat akan sesuatu....
Kenangan lama antara dia dan Dawas berlegar di kepalanya.
"Password laptop you ni apa? " Laung Dya dari atas katil.
"You dah letak password random?" Soal Dawas tiba-tiba.
"Password random? Maksudnya?" Dya menatap lama skrin laptop yang ada di atas pahanya. Disebabkan bosan, sengaja Dya nak tengok cerita Rindu Awak Separuh Nyawa. Last-last hampeh, laptop tak nak bagi kerjasama. Dari tadi lagi dia gagal cuba password.
"Bagi I." Laptop milik Dawas disua pada lelaki itu.
"I letak berday you aje."
Ting!
Idea timbul dalam otak Dya. Jarinya lincah menaip pada keyboard itu.
23.09.2024
Tap!
Dya terkesima. Anggota tubuhnya bergetar hebat melihat gambar dalam komputer itu. Gambarnya sedang bergelak ketawa ketika pulang dari perkhemahan. Bukan setakat itu, malah andaian password adalah betul?
"Mr Nao!"
Becky?
Itu suara Becky!
Sepantas kilat, Dya off semula komputer itu. Dya telan air liur kasar memikirkan alasan yang sewajarnya untuk dihujah pada Mr Nao.
"Mr Nao tak nak tengok sekali lagi ke? I tengok lelaki tu meraung kesakitan panggil nama Mr Nao. Mr Nao tak kasihkan mereka ke?" Pujuk Becky habis-habisan.
Mr Nao kerling jam tangan sendiri. Masih awal. Baru menginjak angka empat petang. Tiada masalah rasanya kalau dia pergi tengok sekejap bukan?
"Baiklah."
Dya hela nafas lega. Kedengaran tapak kasut menjauh. Tahulah Dya bahawa lelaki bernama Mr Nao itu telah pergi.
'Alhamdulilah, akhirnya aku boleh keluar dari sini. Thanks Becky!'
Dya bergegas keluar dari bilik Mr Nao lalu langkahnya diangkat ke taman belakang University. Terlebih dahulu, Dya mesej sesuatu pada Becky.
I dah tahu kebenaran yang sebenar-Dya
Tak tunggu lama pun, Becky dah balas mesej darinya.
Tempat biasa kan?-Becky
Iya Bec-Dya
Dya melabuh duduk di atas bangku yang ada di situ. Rambut panjangnya diraup ke belakang. Keluhan berat dilepaskan tatkala ingatannya terimbas pada gambarnya tadi.
"Dya!"
Becky duduk sebelah Dya. Dia tergamam apabila tubuhnya tenggelam dalam pelukan Dya. Bukan hanya itu, baju miliknya dah basah kerana air mata Dya. Teresak-esak Dya menangis meski Becky tak tahu mengapa, namun jauh di sudut hati dia menyedari sesuatu. Bahawa, Dya menyayangi Dawas. Bibir menafikan tapi tidak hati perempuan itu.
"Menangislah kalau itu boleh buat you lega. Kadang-kadang melampiaskan semua rasa sedih boleh mengembalikan kekuatan yang hilang." Nasihat Becky lembut.
Dya gigit bibir payah. Semakin erat pelukan itu mengetat.
"I kecewa dengan Dawas. Kalaupun betul dia adalah Dawas, kenapa dia tak nak mengaku dari awal? Kenapa dia mesti berpura-pura dari awal I bertemu dengannya dalam kelas? Kenapa?" Soal Dya bertalu-talu persoalan yang tidak mampu Becky jawab. Melainkan, Mr Nao sendiri yang beritahu hal sebenar.
"You fikir positive aje, maybe Mr Nao tak nak hilang kerja. University kita ada larangan antara pelajar dan pensyarah kan? Mungkin itu adalah salah satu sebabnya. You kenalah terima. Okay?" Becky bagi idea yang bernas.
Meski itu bukanlah alasan yang sebenar tapi itu lebih baik daripada membiarkan Dya berlarut dalam kesedihan bukan?
"Betul ke?" Dya rungkai pelukan.
"You masih sayangkan Dawas kan?" Tanya Becky penuh hati-hati. Risau jugak kalau-kalau Dya menangis untuk kali kedua.
"Hmm...."
Dya tarik nafas panjang sebelum dia mengangguk. Mukanya diraup banyak kali. Wajah yang sedih terlihat lebih baik dari tadi. Dya pandang tasik yang ada beberapa meter darinya.
"Cuba you bagitahu I, isteri mana yang tak rindu mahupun sayang pada suami sendiri? Walaupun diakui I tak tahu apa status I dan Dawas untuk sekarang. Tapi Hati I tetap memilih Dawas untuk mencintai sepenuh hati meski I cuba untuk melupai dia." Luah Dya tidak main-main. Ada nada sendu juga sedih yang disembunyi perempuan itu.
"You tak nak try slow talk dengan dia?"
"I tak tahu...."
Dya senyum kecil. Tanpa mereka sedari, seseorang bersembunyi beberapa meter dari mereka bersama senyuman manis.
"You try ajelah slow talk, mana tahu ada rahsia yang you tak tahu."
"Tengoklah macam mana, jomlah balik. I dah lapar." Ajak Dya selanjutnya tangan itu ditarik agar mengikuti langkahnya. Seseorang keluar dari tempat persembunyiannya.
"I am sorry, Dya..."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro