Bab 16
"I think we'll get started even though people are still online for getting lunch so that we'll have full time for the presentation and discussion. I want to thank you for coming on this day and welcome Professor Marty who-"
Dya mendengar hanya setakat itu saja. Sejak tadi anak matanya meliar mencari seseorang. Semangatnya yang berkobar-kobar tadi kini hilang diganti perasaan sedih.
'Mana Mr Nao?'
"You cari Mr Nao ke?" Soal Becky dengan raut wajah mengusik.
Luar kesedarannya, Dya mengangguk. Kekehan gelak dari Becky menarik dahi itu berkerut tidak mengerti.
"Apa yang kelakar?" Soal Dya aneh.
"Rindu Mr Nao ke tu? Hmm?" Giat Becky mengusik Dya.
Kedua keningnya diangkat banyak kali. Berona merah muka itu menahan malu. Dya tutup muka dengan buku.
"Nampak sangat ke I ni cari Mr Nao?" Malu-malu Dya mengintai ke luar dewan kuliah.
"Semua orang boleh sedar Dya termasuk semua pensyarah dekat sini." Becky sengih nampak gigi bila Dya makin menekan muka pada kulit buku.
"Actually I tak kesah pun you cari Mr Nao. Lagi baik adalah! Boleh you rampas Mr Nao dari semua pelajar dalam University ni. Mana tahu esok lusa you famous sebab hubungan korang. Kan? Kan?" Berapi-api Becky hasut Dya.
'Hasut benda yang baik kan? Kira halal ajelah! Hehe!'
"Mana boleh macam tu, Mr Nao banyak peminat. Andai kata I jadi girlfriend Mr Nao, I dah agak yang hidup I tak akan tahan lama. Mungkin esok lusa dah mati. Esoknya keluar berita dari media sosial, peminat-peminat pensyarah bernama Mr Nao telah membunuh pelajar yang bernama Dya. Dianggap semua pelajar berhati-hati untuk menjadi isteri Mr Nao. Sekian terima kasih." Penuh dramatic speech dari Dya.
Becky memutar anak mata. Decakan kesal terdengar dari bibir itu. Kesal kerana Dya tidak mahu mengambil langkah pertama dalam mengorat Mr Nao.
'Tak salah jadi macam Siti Khadijah kan? Perempuan mulakan langkah sebelum lelaki?'
"Dya? Becky?" Suara dari mic kedengaran bergema dalam dewan kuliah itu.
Tajam bak helang anak mata itu menatap dua pelajarnya itu. Sinar mata itu sepertinya memberi amaran agar tidak melakukan perkara yang sia-sia iaitu menghabiskan masa bercakap dalam kelas.
"Ada apa-apa cerita yang perlu kami tahu dari kamu berdua?" Sir Uzairi angkat alis.
Becky dan Dya berpandangan antara satu sama lain. Keduanya tunduk menekur tanah. Takut melihat raut wajah garang persis harimau yang seakan nak terkam mereka berdua.
"Maaf Sir." Ucap kami berdua serentak menunduk maaf.
"Saya dah lama perhatikan kamu berdua. Kamu berdua selalu tak fokus dalam kelas. Apa yang kamu berdua fikirkan? Apakah kamu berdua mahukan punishment untuk kesalahan yang berulang kali kamu lakukan?" Serius nada suara itu.
Semua pelajar dah mula gerun dengan sikap serius Sir Uzairi. Mereka tak pernah tengok sisi yang satu ini dari pensyarah mereka. Ini adalah pertama kalinya.
"Kami janji, kami takkan mengulangi kesalahan yang berulang kali."
Dengan itu,
Dya dan Becky sama-sama menunduk maaf. Keluhan berat Sir Uzairi lepaskan sebelum mic diambil alih oleh Professor Marty. Ketahuilah, anak mata Sir Uzairi masih melekat pada mereka berdua. Becky keluarkan kertas selanjutnya dicoret sesuatu lekas diberikan pada Dya setelah pandangan Sir Uzairi beralih pada Professor Marty.
You jangan sedih, Sir Uzairi marah manja-manja tu. You rilek je tau! Lepas selesai pembelajaran, kita try cari Mr Nao dalam office. Kalau takde jugak kita pergi serang rumah Mr Nao. Okay?- Becky
Dya sembunyi senyum. Halaman belakang diselak, sambil menulis dia fokus depan. Pura-pura mendengar apa yang sedang Professor Marty bicarakan. Apabila keadaan sudah aman, barulah Dya bagi kertas itu pada Becky semula.
You tahu ke rumah Mr Nao dekat mana? Setahu I, lokasi rumah Mr Nao dirahsiakan. Tiada siapa yang tahu. Mungkin kita tak perlu ganggu privasi Mr Nao. Takpelah, kita jumpa Mr Nao dalam office je. Kalau takde jugak, tunggu ajelah esok lusa.-Dya
Becky menyengir lantas mengacungkan kedua ibu jariku ke arah Dya. Terkedip-kedip matanya menatap susuk tubuh seorang yang sedang berdiri depan pintu.
"Dya, Mr Nao." bisik Becky pelan.
Mr Nao meliar mata pandang seluruh pelajar dalam dewan kuliah. Seketika matanya beradu dengan Dya. Tak sedar pun, senyum manis terbit dari bibir Dya. Mr Nao angkat alis sebelum tubuh itu menjauh pergi. Sepantas kilat Dya angkat tangan.
"Yes?" Suara mesra Professor Marty kedengaran.
"Nature calls."
Berlari anak Dya keluar setelah mendapat persetujuan dari Professor Marty. Sibuk sekali anak matanya mencari keberadaan Mr Nao. Decitan kesal keluar dari bibirnya tatkala pencarian tidak membuahkan hasil.
"You cari I ke?"
Buk!
Baru berpaling, dahinya dah berlanggar dengan dada bidang milik Mr Nao.
"Mr Nao buat apa dekat sini?" ucap Dya seiring usapan pada dahi.
"I sepatutnya tanya you. You buat apa dekat sini? You sepatutnya bersedia untuk presentation sekarang. Markah you boleh menurun rendah kalau you keluar pergi tandas tanpa sebab tau. Bersyukurlah Professor Marty bagi green light untuk you keluar. Jangan bazir masa. Dah! Pergi tandas sana!" Halau Mr Nao sekaligus dengan bebelan panjangnya.
Dya menjeling benci. Mukanya tampak merajuk. Terasa hati bila Mr Nao sesuka hati halau nya. Dya tahu, peraturan dewan kuliah adalah tak boleh keluar jika presentation belum selesai. Jika ingin, harus bertahan hingga akhir. Peraturan itu terlalu ketat tapi itulah dipanggil displin.
"You sanggup halau I macam tu aje? I keluar semata-mata nak jumpa you tau! Jujur ajelah You tak nak jumpa I! I tak kesah!" Amuk Dya sebal.
"Dya," panggil Mr Nao lembut.
Dya sembunyi senyum apabila lengannya dicengkam Mr Nao. Dia ditarik agar merapat dengan lelaki itu. Muka Dya tiba-tiba dah berona merah. Entah kerana malu ataupun sebab apa?
Dia hanya tidak mampu meluahkan rasa apabila suara itu memanggilnya dengan lembut. Cair sangat!
"Kenapa? You menyesal layan I acuh tak acuh? Hmm?" cicit Dya sombong.
Dya menepis pegangan Mr Nao. Anak matanya tajam menusuk lelaki itu. Siap pakej bersedekap dada. Persis ibu menanti untuk bebel anaknya. Betul-betul marah nampak gayanya.
"Ada sesuatu I nak bagi you."
Mr Nao keluarkan sesuatu dari sakunya.
"Huh?"
"Nah."
Dya kebingungan. Coklat bar disua padanya dan disambut baik olehnya. Dya memincing mata membaca setiap ayat yang ditulis Mr Nao melalui cebisan kecil di sana.
Kalau nak berjaya dalam hidup kena jadi buta dan pekak. Buta dengan halangan di hadapan dan pekak dengan kata-kata negatif dan cacian. Sama jugak nak kekal berjaya menawan hati Dya. Harus buta dalam mencari kekurangan Dya dan pekak dengan kata-kata negatif dari orang-orang sekitar. Gudluck princesz!-Mr Nao
Mata Dya berkaca-kaca. Bibirnya dikemam menahan perasaan yang melonjak diri.
"Mr Nao..."
Diseru nama itu tapi susuk tubuh itu telahpun tiada. Entah ke mana menghilang. Biarpun begitu, Dya tetap bahagia. Coklat bar itu dicium dengan kegirangan. Melompat kecil beberapa kali tanpa malu.
"Mr Nao i wuv you!" Laung Dya sedikit membisik.
Dan Mr Nao,
Yang sedang bersembunyi di sebalik tembok itu mengembung pipi menahan senyum dari terukir di bibir. Mukanya merah bagai buah tomato masak ranum. Berdehem kecil, kaki itu menapak masuk ke dalam office. Sesekali tubuhnya menoleh belakang mencari keberadaan Dya dan dia terlupa bahawa,
'Yea, laluan office tidak sama haluan dengan Dewan kuliah.'
Dadanya ditepuk beberapa kali. Haih hati!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro