Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Mr Nao menyeka peluh pada dahi dengan belakang telapak tangan. Boleh tahan banyak jugak kayu yang dapat mereka cari.

"Ganas betul you ni kan? Pakai seluar palazzo pun boleh buat kerja macam ni." Mr Nao cekak pinggang. Bibir itu sedikit terjungkit sinis.

"I pakai seluar ni pun sebab you. You yang arahkan I pakai macam ni. Dah lupa ke Mr Nao?" Tempelak Dya.

"I buat semua ni bersebab bukannya sengaja. I nak you rehat itu sebabnya seluar palazzo jadi pilihan I tapi sayang. Rehat yang I bagi you langsung tak guna. You sibukkan diri nak tolong orang lain. I tak nak apa yang jadi tempoh hari berulang kembali." Sayang betul, apa yang Mr Nao bebel disalah erti.

"I nak tolong orang aje. Takkan itu pun salah?"

"Kadang-kadang nak tolong biarlah bertempat. Ini tidak, tahu orang nak buat jahat pun tolong." Mr Nao balas sinis.

"Oh? Okay!"

Dya hempas kasar kayu yang dipegangnya lalu berjalan laju meninggalkan Mr Nao. Mr Nao naik gelabah. Dahlah kaki Dya yang terpelecok itu baru sembuh dan sekarang?

'Budak ni kan, selalu merajuk!Aduhlah! Dahlah kayu apa semua tak ambil lagi.'

Mr Nao berjalan laju menyaingi langkah Dya.

"Dya!"

"I tak nak cakap dengan you. You jahat! Jahat! Jahat!" Dan entah bagaimana kakinya tersadung,

"Auch!" Mutiara halus menitik.

"Berapa kali I tak boleh jalan ni? Haritu dah kena, sekarang pun kena jugak ke?" Mr Nao separa gelak dia menolong.

"I pulak yang kena?" Mr Nao tarik telinga Dya.

"Hey!"

"You yang tak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket." Dya tersebik sedih.

"Macam mana ni? Susahlah I nak jalan pergi mana-mana lepas ni." Mr Nao check buku lali nya.

"Dah, tak payah nangis. Kejap je sakit you ni. Lepas ni jangan jalan laju, takut jadi benda yang sama." Dya angguk.

"Jomlah masuk khemah, dekat aje. Tak sampai beberapa meter." Tubuh Dya diangkat ala bridal style.

"I minta maaf menyusahkan you untuk sekali lagi."

Tsk!

"You minta maaf sekali lagi, I takkan teragak-agak cium you. Nak?"

Dya menggeleng.

"You janganlah selalu merajuk. Tak elok tahu tak?" Nasihat Mr Nao lembut.

Malu-malu Dya intai muka Mr Nao. Mukanya dah naik kemerah-merahan. Pasti sebab buat kerja tadi, selalu kalau Dawas buat kerja konfem muka merah. Gelak pun muka merah. Sehingga Dya jatuh cinta berkali-kali.

"Lepas ni you dah tak boleh pergi mana-mana dah. Stay dalam khemah aje."

"Huh?"

Dya blur. Tahu-tahu tubuhnya dah terbaring dalam khemas khas untuk kecemasan.

'Mengelamun teruk sangat kau ni,Dya.'

"Ada orang panggil buat kerja, cakap I tak bagi buat. You jangan nak memandai tolong orang. Tolong diri you sendiri dulu sebelum nak tolong orang lain." Tiga bantal disusun tinggi lalu direhatkan kaki Dya di situ.

"Cara I buat ni, untuk mengurangkan aliran darah jadi bengkak buku lali cepat surut."

Ais diletak pada buku lali Dya yang sakit.

"Kalau Ais pulak?" Setiap perbuatan Mr Nao diperhatinya.

"Ais untuk mengurangkan bengkak dan keradangan." Lembut layanan Mr Nao.

Ada bunga yang sedang mekar dalam hati. Pandai lelaki itu curi hati sampai Dya dah jatuh hati banyak kali.

"You,"

"Hmm?"

"Thank you sebab sudi jadi hero I kali kedua."

"You ingat I superhero ke Dya? Superman? Hmm?" Terkekeh Mr Nao gelak.

"You selalu main-main kan? I cakap betul-betul ni, I nak berterima kasih untuk semalam and harini." Mr Nao angguk.

"Hal kecik aje." Dya bermain dengan jari.

"Mr Nao mengingatkan I dekat someone yang pernah muncul dalam hidup I." Mr Nao berkedut hidung.

"Someone special? Siapa?" Dya ketap bibir.

Sejujurnya,

Dya rasa selesa nak luah pada Mr Nao. Mungkin kerana hubungan mereka yang semakin akrab. Meski bergaduh mulut tapi tetap dirinya diindungi. Mr Nao sentiasa ada di sisi ketika dia perlukan seseorang.

"You ingat I pernah tanya soalan mengenai kembar?" Mr Nao angguk.

"Kami pernah berhubungan, mukanya mirip Mr Nao namun warna mata yang berbeza iaitu berwarna biru laut." Mr Nao nampak tak terkejut. Biasa-biasa saja dengan anggukan kepala.

"You masih sayangkan dia?" Dya angguk.

"Tipulah kalau I cakap yang I tak sayang dan rindukan dia. Tengok Mr Nao pun, rindu I terubat pada dia. Kadang-kadang bila I tengok Rose nak mengorat you. I nak marah, I nak mengamuk sebab I tahu Dawas milik I tapi...." Dya senyum tawar.

"I lupa yang Mr Nao bukanlah Dawas. Mr Nao adalah Mr Nao. I langsung takde hak nak marah kalau Rose rapat dengan you. Bahkan kalau Rose nak kahwin dengan you pun, I tak patut halang." Mr Nao tepuk kepala Dya tiga kali.

"Sabar Dya," Mata Dya berkaca.

"I-i...." Mr Nao dakap tubuh Dya.

"You boleh menangis kalau you nak."

Tatkala itu,

Beberapa titis air hangat turun membasahi baju yang dipakai Mr Nao. Teresak-esak Dya menangis dalam pelukan Mr Nao.

"I rindukan Dawas...tsk...tsk...tsk...." Mr Nao usap belakang Dya.

"It's alright to cry....crying takes the sad out." Makin kuat Dya menangis.

"Semua yang terjadi disebabkan dia. Kenapa Dawas tinggalkan I bila I perlukan dia? Kenapa? Kenapa dia pergi macam tu je tanpa menjelaskan apa-apa? Kenapa?" Sendu keluar menunjukkan Dya betul-betul sedih ketika ini.

"Everything happens for a reason."

"Nothing happens accidentally!" Dya lerai pelukan.

"Kenapa you nak bela sangat Dawas? You tahu ke apa yang terjadi antara kami berdua? Tak kan? You know nothing!"

"I tak faham dengan perangai you. Kenapa you tak nak dengar penjelasan Dawas dulu? Kenapa you nak hakimkan keadaan? I percaya, ada sebab kenapa dia tinggalkan you."Dya mengenyit mata.

"Kenapa you nak bela sangat Dawas ni?" Peluk tubuh, tajam Dya tenung muka tampan itu.

"Like i said, there is a reason for everything. You might not be able to figure it out. If you have faith and believe everything happens for a reason. Though you may not always understand why, i believe the most valuable lesson behind it is to make you stronger." Bahu Dya dipegang.

"Walaupun you tak cerita habis tapi I percaya, you adalah perempuan yang paling kuat yang pernah I jumpa. Pesan I, apapun yang terjadi dalam hidup you jangan give up. Okay? Tak semestinya, mula hidup you dinodai hitam akan selamanya hitam hingga akhir. Permulaan takkan sama dengan pengakhiran. Boleh jadi pada mula you gagal dan akhirnya you berjaya. Mungkin lebih berjaya dari orang lain. Yang membezakan adalah adakah kita mahu ubah hidup sendiri ataupun tidak? I undur diri dulu." Dya terkelu lidah.

'Allah....aku rindukan dia.' Mutiara halus jatuh lagi. Teringat akan apa yang Dawas bagitahu, sama persis apa yang Mr Nao cakap.

"Tak semestinya manusia tak pandai, tak boleh berjaya. Tak semestinya, tak belajar tak boleh berjaya. Tak semestinya tak sambung belajar tak boleh berjaya. Membezakan manusia adalah adab dan kebaikan manusia. Menjadi manusia bukan siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam pembelajaran. Pembelajaran juga bukan perlumbaan tapi tiket untuk belajar menjadi manusia yang lebih baik. Tanpa ilmu kita tak boleh pergi mana-mana. Sebagai contoh, Dya tak boleh membaca. Setiap patah perkataan pada signboard pasti tak faham kan?" Dya angguk.

"Untuk faham kita kenalah belajar. Betul tak?" Dya peluk Dawas.

"Sekarang Dya dah tak nak give up belajar." Dawas usap kepala Dya.

"Macam tulah kesayangan Dawas!" Dya sengih.

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan kata Imam as Syafie." Hadiah ciuman diberi.

"Pandai! Jom sambung belajar!" Dya melompat riang.

"I tak boleh lupakan you, Dawas."

Sepi malam tangisan Dya kedengaran. Tak ada peneman, hanya seorang diri melampiaskan segala-galanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro