Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 7

SEAWAL jam 7.00 pagi, Qharissa dan Haidan tiba di perkarangan sekolah. Masing-masing mengenakan baju sukan berwarna biru. Acara sukan bermula pada pukul 8.30 pagi. Sengaja mereka berdua datang awal. Pondok berdekatan padang dituju mereka. Terlihat sebaris khemah yang telah siap dihias mengikut warna dan kreativiti rumah sukan masing-masing. Semuanya cantik-cantik.

Qharissa melabuhkan punggung menghadap Haidan. Kemudian, telefon pintar dikeluarkan dari beg galas belakang.

“Pikah tak masuk apa-apa acara kan?” tanya Haidan. Matanya fokus pada skrin telefon pintar. Bukan buat apa pun, main game saja.

“Ha'ah. Pasaipa?” Qharissa bertanya kembali. Haidan pandang Qharissa yang juga memandangnya.

“Nak suruh dia jaga telefon dengan dompet duit,” jawab Haidan.

“Oh. Memang tu tugas dia pun. Siapa suruh tak masuk apa-apa acara. Kan dah kena jadi kuli,” balas Qharissa selamba.

Pecah tawa Haidan sebelum kembali fokus pada skrin telefon pintar. Namun, tidak semena-mena dia teringat akan sesuatu. Terus dia keluar dari aplikasi game yang dimainnya itu. Haidan memandang Qharissa yang fokus pada skrin telefon.

“Hang tengok video tak senonoh ke sampai tak berkelip mata tu?” tanya Haidan. Laju Qharissa memandang Haidan.

“Hoi! Mana adalah! Aku sambung tengok drama Korea ni. Semalam tak sempat nak habiskan,” balas Qharissa dengan nada kasar. Suka hati tuduh dia macam tu. Mawar Qharissa budak baik tahu!

“Sempat lagi dia tu. Hantu drama Korea betul,” komen Haidan.

“Biaq pilah. Asalkan aku tak hantu kan hang,” balas Qharissa. Haidan tergelak kecil. Pandai Qharissa buat lawak.

“Rissa, aku ada soalan nak tanya hang.”

“Maaf. Aku tak boleh jawab,” balas Qharissa. Haidan mengerut dahi. Bingung.

“Aku belum tanya lagi, memanglah hang tak boleh jawab,” kata Haidan dengan nada tidak puas hati.

“Kalau hang tanya pun, aku tak boleh jawab juga.”

“Pasaipa pulak?” Semakin bingung Haidan dibuatnya.

“Sebab aku tak ulang kaji pelajaran lagi. Jadi, tak boleh jawab soalan,” jawab Qharissa selamba. Haidan merengus geram.

“Ingat kelakar ke Mawar Qharissa?” Haidan meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Aku tak buat lawak, Haidan,” balas Qharissa. Mengusik Haidan. Suka benar melihat seraut wajah Haidan yang kelihatan bengang itu.

“Aku benci hang,” ucap Haidan. Terus meledak tawa Qharissa. Puas hati dapat kenakan Haidan.

“Tapi aku sayang hang. Okey. Apa soalan hang tu?”

Haidan diam. Wajah sudah masam mencuka. Qharissa geli hati melihat akan itu.

“Jangan merajuk, nanti cepat tua. Lagipun, muka hang automatik jadi buruk bila merajuk,” kata Qharissa. Menjegil mata Haidan.

“Hang punca aku merajuk. Tak serius langsung,” rungut Haidan. Serius saja mimik muka dia.

“Yalah, yalah. Apa benda hang nak tanya sangat tu?”

“Apa pendapat hang tentang Nara?” soal Haidan. Eh? Dah tak merajuk ke?

“Nara mana pula ni? Jung Nara, pelakon Korea tu ke?” soal Qharissa. Masih lagi nak mengusik Haidan.

“Ya Allah, engkau tahan mulut ini dari mengeluarkan kata-kata carutan buat Mawar Qharissa,” ucap Haidan. Qharissa tertawa kecil. Seronok pula mengusik Haidan ni.

“Maksud hang, Naraliyana?”

“Ya Qharissa. Tolonglah serius banyak,” ujar Haidan. Penat layan lawak bodoh Qharissa. Tertawa gadis itu.

“Maaf Haidan. Pendapat aku tentang Yana... sudah tentu dia comel. Kenapa tanya soalan macam tu?” Qharissa rasa pelik dengan Haidan ketika ini.

“Kan? Dia comel. Bila dia malu, automatik muka dia jadi merah. Aku suka tengok dia malu-malu macam tu,” ujar Haidan bersama nada terujanya.

Qharissa melihat keterujaan yang terpancar pada wajah Haidan apabila bercakap mengenai Naraliyana. Jangan cakap Haidan sukakan Naraliyana?

“Hang suka Yana ka?” tanya Qharissa. Sengaja menduga Haidan. Lelaki itu tersenyum kecil.

“Mungkin. Sebab kali kedua nampak dia, aku jadi nak terus pandang dia. Lepas tu, aku rasa nak kenal dengan dia secara mendalam. Mungkin aku terkena penyakit cinta pandang pertama,” balas Haidan. Dia tersenyum lebar.

Ada yang retak tapi bukan kaca. Hati Qharissa hancur berkecai setelah mendengar kata-kata Haidan itu. Dia sangat kecewa tetapi tak mampu berbuat apa-apa. Qharissa cuba ukir senyuman. Sedaya upaya memaniskan wajahnya.

“Dulu cakap tak mau ada apa-apa hubungan. Nak fokus belajar dulu. Sekarang ni apa cerita?” Bidas Qharissa. Haidan bercakap tak serupa bikin. Eh lupa, dia pun sama saja.

“Nak buat macam mana, hati dan perasaan tak boleh nak ditahan. Dia datang tanpa diundang,” balas Haidan mudah.

“Kalau dah suka pilah cakap dekat dia,” kata Qharissa. Nada suara terkilan cuba dikawal sebaik yang mungkin.

“Nak cakap macam mana?” tanya Haidan. Qharissa tayang wajah geram pada Haidan. Rasa nak bergusti dengan Haidan. Macam itulah Haidan rasa tadi bila Qharissa main-main dengan Haidan.

“Hang tanya aku ni serupa aku pernah bercinta. Cakap jelah dekat dia ‘saya suka awak’. Cukup! Tak payah tulis karangan,” bidas Qharissa dengan nada sebal. Tak fasal-fasal jadi cikgu cinta.

Cikgu cinta? Bukan doktor cinta ke? Apa-apa sajalah.

“Okey. Terima kasih sahabat.” Haidan menguntum senyum.

“Hmmm. Lepas ni asyik terNara-Nara. Hilang sudah terRissa-Rissa,” ujar Qharissa. Pecah tawa Haidan.

“Aku janji. Aku tak akan lupa hang, Rissa,” balas Haidan. Yakin betul kamu.

“Lebih baik jangan janji. Sebab kita tak tahu apa jadi kelak,” pesan Qharissa.

Haidan terdiam. Betul kata Qharissa. Apa yang jadi pada hari seterusnya tak boleh dijangka.

 





TEMASYA sukan tahunan sekolah dirasmikan oleh pengerusi PIBG. Kemudian, disusuli dengan bacaan doa. Kata-kata semangat turut diberikan kepada semua peserta yang terlibat. Setelah itu, acara dimulakan dengan perbarisan dari setiap rumah sukan dan perbarisan unit beruniform.

Seterusnya, acara diteruskan dengan acara lari 100 meter dan 200 meter lelaki dan perempuan. Acara 100 meter dan 200 meter bagi lelaki dimenangi oleh Haidan. Manakala, Qharissa mendapat nombor dua bagi kedua-dua acara yang diambilnya. Tahniah buat kedua-dua sahabat baik itu.

“Tahniah bro. Macam pelesit hang lari. Aku tak boleh kejaq hang dah. Nombor dua pun jadilah,” ucap Zahran. Haidan ukir senyuman tipis.

“Nombor dua pun dapat juga pingat. Tahniah untuk hang juga,” ujar Haidan. Dia kesat peluh dengan belakang telapak tangannya. Anak matanya meliar mencari kelibat Qharissa. Namun, orang lain yang dia nampak.

“Weh hang nak pi mana? Rissa dengan Pikah ada dekat sana.” Zahran menyoal Haidan apabila sedar yang Haidan melangkah ke arah lain. Dua sahabat perempuan mereka berada di bawah pokok berdekatan dengan khemah rumah laksamana.

“Hang pi dulu. Satgi aku pi dekat hangpa,” balas Haidan dan berlari anak meninggalkan Zahran. Lelaki itu terpinga-pinga. Dia hanya memerhati Haidan yang menuju ke arah pondok yang rata-ratanya diduduki oleh budak perempuan. Untuk apa Haidan pergi ke sana?

“Haidan mana?” soal Syafiqah sebaik sahaja Zahran tiba di situ.

“Dekat sana. Aku tak tau dia buat apa dan siapa dia jumpa,” balas Zahran. Qharissa terus pandang pondok. Bibirnya menguntum senyuman tipis.

“Dia jumpa Naraliyana,” celah Qharissa. Riak wajah sudah berubah mendung.

“Huh? Siapa Naraliyana?” soal Syafiqah.

“Bakal awek Haidan,” jawab Qharissa penuh selamba.

“Apa?” Bergabung suara Zahran dan Syafiqah. Terkejut mereka berdua. Beberapa budak yang duduk berdekatan memandang pelik mereka. Sudah kenapa jerit-jerit ini?

“Hang biaq betul, Rissa? Haidan tu...” Zahran seakan tidak percaya. Biar betul?

“Betul Zahran. Hang bila lagi?” Soalan cepumas turut diberikan.

“Habis tu hang macam mana Rissa?” soal Zahran tanpa menjawab soalan Qharissa. Baginya tidak penting untuknya menjawab. Syafiqah pandang Qharissa.

“Pasaipa dengan aku?” soal Qharissa bersama riak pelik. Dia pandang Zahran dan Syafiqah. Masing-masing pandang dia. Pandangan penuh simpati.

“Hang kan suka Haidan. Tak akan hang tak rasa apa-apa bila Haidan suka orang lain,” kata Zahran.

“Hang pun tau Zahran? Pikah beritahu hang?” Bagaimana Zahran tahu isi hatinya terhadap Haidan? Yang tahu hanya Syafiqah seorang.

“Tak. Aku tau sendiri. Sebab aku nampak cara hang pandang Haidan. Tapi aku tabik dengan hang sebab hang pandai sembunyi perasaan tu,” balas Zahran. Qharissa hela nafas berat.

“Hang tak ada rasa cemburu walaupun sedikit?” tanya Syafiqah.

“Adalah sikit. Tapi kalau itu pilihan Haidan, aku kena terima. Yang penting, aku tak mau digelar watak ketiga.” Qharissa tak mahu mencemarkan namanya dengan digelar perosak kebahagiaan orang. Walaupun dia lebih lama mengenali Haidan berbanding Naraliyana.

“Tapi hang yang akan sakit Qharissa. Haidan bahagia sedangkan hang?” Qharissa menguntum senyum manis kepada Syafiqah.

“Pikah... ingat kata aku tempoh hari? Aku akan luah tapi bukan sekarang. Lagipun lepas tamat sekolah, Haidan akan pindah ke KL. Kami takkan bersua muka. Tak tau berapa lama,” kata Qharissa. Kedah dengan Kuala Lumpur tu bukannya dekat. Belum lagi Haidan ada rezeki sambung belajar dekat luar negara. Lagilah jauh. Entah kekal entah tidak hubungan persahabatan mereka itu nanti. Mungkin terlerai dek perbuatan Qharissa sendiri.

Zahran hela nafas berat. Inilah parah jadi perempuan. Senang sangat jatuh cinta.

Lelaki pun sama. Jangan nak salahkan perempuan saja.

“Hang tak takut kalau Haidan jauhi hang?” tanya Zahran. Ada potensi hubungan persahabatan mereka retak. Yalah, Haidan menafikan sekeras-kerasnya yang dia cuma anggap Qharissa sahabat baiknya sahaja.

“Takut juga sebab aku mungkin akan kehilangan Haidan. Tapi perasaan aku lebih penting. Selagi aku pendam, ia akan bertambah sakit. Aku tak suka rasa macam tu. Aku nakkan ketenangan.”

“Aku doakan hang kuatkan hati. Itu saja,” ujar Syafiqah.

“Insya-Allah. Lagipun kita baru 17 tahun. Jauh lagi perjalanan. Mana tahu bila dah dewasa nanti, aku jumpa yang lebih baik dari Haidan,” kata Qharissa sebelum tertawa kecil.

“Betul juga. Jodoh tu kan rahsia Allah. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA,” ucap Zahran. Qharissa dan Syafiqah mengangguk kepala.

“Hangpa tak ada apa-apa kan? Ke ada?” Qharissa memandang Zahran. Kemudian memandang Syafiqah. Tatapan penuh curiga.

“Kami kawan ja,” jawab Syafiqah. Buat masa sekarang dia tak rasa apa-apa pada Zahran. Padahal, dia dan Zahran kenal sejak sekolah rendah lagi. Kemudian, barulah mereka jumpa dengan Haidan Dan Qharissa.

“Macam yang aku cakap tadi. Ingat balik. Aku malas nak ulang dah,” kata Zahran.

Qharissa koyak senyum nipis.








Bersambung...








nasyanur
11022024

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro