BAB 6
TEMASYA sukan tahunan sekolah kali ke-63 bakal berlangsung beberapa hari lagi. Atlet yang mengambil bahagian perlu membuat latihan dan ahli-ahli rumah sukan yang tidak terlibat juga wajib hadir pada hari yang ditetapkan. Bagi mendapatkan markah untuk rumah sukan masing-masing. Rumah sukan yang memiliki jumlah markah paling tertinggi akan dinobatkan sebagai juara.
Qharissa duduk bersila di atas rumput padang. Dia sudah selesai membuat latihan dengan acara yang diambilnya. 100 meter dan 200 meter. Qharissa tak mampu ambil banyak acara, pengsan tengah padang nanti. Anak matanya memerhati suasana padang yang meriah dengan pelajar-pelajar yang sedang membuat latihan.
“Kak Qharissa kan?”
Qharissa dongak kepala memandang gerangan yang menegurnya. Mengecil matanya cuba mengenal pasti identiti gerangan itu. Jika tidak silapnya, itu adalah budak perempuan yang duduk di sebelahnya tempoh hari.
“Ya saya. Ada apa ya?” tanya Qharissa. Budak perempuan itu tersenyum kecil sebelum mengambil tempat di sebelah Qharissa.
“Oh tak ada apa. Saja saya tegur akak. Sebab nampak akak seorang aje dekat sini. Nama saya Naraliyana. Boleh panggil saya Yana,” ucap Naraliyana. Qharissa tersenyum janggal. Siap perkenalkan diri lagi. Padahal, tak tanya pun.
“Oh. Tingkatan berapa ya?” Sengaja berbasa basi.
“Tingkatan tiga, Kak Qharissa,” jawab Naraliyana.
“Oh. Panggil Kak Rissa aje. Mudah untuk awak sebut,” kata Qharissa.
“Okey.” Tersenyum manis Naraliyana.
Qharissa pandang sekilas sebelum fokus pada hadapan semula. Sebenarnya dia pelik dan janggal. Kenapa Naraliyana ini tiba-tiba tegur dia? Kenal pun tidak. Malah, terserempak dekat sekolah pun tak pernah.
“Akak, saya nak tanya sikit boleh?” tanya Naraliyana.
“Tanyalah.”
“Akak dah lama kawan dengan Haidan?” Penuh berhati-hati Naraliyana bertanya. Qharissa tercengang sekejap. Tak sangka budak perempuan itu bertanya soalan begitu. Qharissa rasa curiga.
“Kami rapat sejak kecil. Yana ingat kami ni bercinta ke?” tebak Qharissa. Sengaja mahu melihat reaksi Naraliyana.
“Banyak orang cerita fasal akak dengan Haidan. Dia cakap akak dengan Haidan bercinta. Yalah, rapat semacam aje,” kata Naraliyana. Qharissa tersenyum nipis.
“Sebab tu jangan percaya sangat cakap orang. Oh ya, kenapa tak panggil Haidan tu dengan gelaran abang?” Qharissa menanti balasan Naraliyana itu. Yalah, dia pelik kenapa Naraliyana tak panggil Haidan itu abang. Sedangkan dia dipanggil kakak.
“Sebab nanti orang cakap saya gedik nak berabang-abang dengan Haidan tu. Tak mahulah saya. Tak fasal-fasal kena kutuk pula,” ujar Naraliyana. Pecah tawa Qharissa.
“Kenapa perlu pedulikan kata orang? Akak ni pun ada saja yang tak puas hati dengan akak. Sebab terlalu rapat dengan Haidan. Orang cakap akak ni gedik, akak sombong. Yang sombong tu akak faham, mungkin dia orang nampak akak ni cuma bergaul dengan Syafiqah, Haidan dan Zahran. Tapi cuba kenal dulu baru tahu akak macam mana. Ini tidak, kenal pun tidak. Lepas tu, senang aje cakap bukan-bukan,” kata Qharissa. Dia cukup tak suka dengan tanggapan orang. Kenal pun tidak tapi dah hakimi bukan-bukan.
Naraliyana angguk kepala perlahan. Betullah tu. Dia pun pada mulanya anggap Qharissa ni sombong. Tapi bila kenal, ternyata ramah juga orangnya.
“Akak tak kisah kalau tak ramai kawan sebab akak pun sebenarnya tak berapa percaya orang. Kalau ramai kawan; kawan perempuanlah. Percayalah akan ada seorang atau dua orang yang ada sifat dengki atau cemburu. Persahabatan antara perempuan ni lain dari persahabatan antara lelaki. Kalau lelaki dia jenis masuk air. Kalau gaduh pun, esok lusa dah baik. Yang perempuan ni lain sikit. Ada kalanya, sebulan pun belum tentu berbaik. Lepas tu, siap sindir menyindir lagi. Betul kan Yana?” Qharissa memandang Naraliyana yang tak lepas memandangnya itu.
“Betul kak. Dalam kelas Yana ada aje kes macam tu,” sokong Naraliyana. Qharissa tersenyum kecil.
“Akak bersyukur sebab akak cuma ada tiga orang kawan rapat aje. Dua lelaki dan seorang perempuan. Akak bukan tak nak buat kawan dengan orang lain. Cuma pangkat kawan tu sekadar kawan biasa. Macam bukan kawan yang kita kongsi apa-apa masalah kita dekat dia oramg,” kata Qharissa. Naraliyana tekun mendengar cerita Qharissa.
“Sebab zaman sekarang ni, susah nak cari kawan yang boleh ada dengan kita. Macam kita ada masalah pun, dia setia jadi pendengar kita. Jadi bahu kita untuk bersandar. Kalau dapat kawan macam tu, tolong hargai dia,” sambung Qharissa. Naraliyana tayang wajah kagum.
“Wah... baru pertama kali saya kenal akak. Tapi saya rasa macam saya dah lama kenal akak. Tak sia-sia saya tegur akak hari ni. Untung-untung dapat kenal dengan akak,” ujar Naraliyana penuh keterujaan. Qharissa tertawa kecil.
“Kan? Kenapa akak rasa selesa dengan awak? Siapa awak sebenarnya?” Qharissa memerhati Naraliyana dengan pandangan penuh curiga sebelum tawa mereka meletus.
“Penutup untuk cerita hari ni. Akak tak cakap tau yang ramai kawan ni tak bagus. Dia ada kelebihan dan ada kekurangan dia. Cuma hati kita kena kental untuk hadap apa-apa masalah dalam hubungan persahabatan ni. Lagi-lagi soal hati. Tapi, kalau boleh hindarilah kawan yang jenis tak boleh lebih dari dia. Yang bertoksik. Sebab kawan jenis macam ni sangat tak sihat untuk masuk dalam kehidupan kita.”
Untuk pertama kali Qharissa sakan bercerita dengan orang yang dia baru kenal.
“Maaf ya? Akak banyak cakap hari ni. Tak tahu kenapa. Jarang akak nak bercerita panjang dengan orang yang baru akak kenal,” ujar Qharissa. Dia sendiri pun pelik.
“Eh tak apa. Sekurang-kurangnya saya ada kawan boleh ajak berbual. Malah, nasihat juga saya dapat,” balas Naraliyana. Qharissa ukir senyuman kecil.
“Kawan Yana mana?” Baru dia sedar yang kelibat budak yang bersama Naraliyana tempoh hari tidak ada bersama.
“Dia rumah sukan lain. Saya tengah tunggu dia. Lepas tu nampak akak seorang dekat sini,” jawab Naraliyana
“Oh.”
“Mawar Qharissa!” Suara gurau melaung namanya menarik perhatian Qharissa dan Naraliyana. Siapa lagi kalau bukan Haidan.
“Kau dah kenapa?” tanya Qharissa. Wajah Haidan yang kelihatan gusar mengundang rasa tak sedap di hati Qharissa.
“Aku cuma nak cakap yang aku lapaq,” kata Haidan lalu tersengih. Qharissa menjulingkan mata. Haidan ini tak pernah nak serius.
“Dah tu, pilah makan,” balas Qharissa dengan nada kasar.
“Kau ikutlah. Jom! Aku belanja,” ajak Haidan. Dengar sahaja perkataan belanja, terus bersinar mata Qharissa.
“Ini yang aku mahu. Selamat duit aku. Jom!” Penuh bersemangat Qharissa. Orang nak belanja, tak akan nak tolak rezeki pula.
“Dasar mata duitan kawan aku sorang ni,” ujar Haidan. Mimik muka pasrah terserlah. Tetapi, sejujurnya dia tak kisah pun nak belanja Qharissa. Tak rugi apa pun. Malah, dia juga seronok kerana dapat bahagiakan sahabatnya itu.
Tiba-tiba, mata Haidan menangkap satu susuk tubuh asing di sebelah Qharissa. Jujur, dia tak perasan langsung ada orang lain di situ selain Qharissa.
“Siapa tu? Adik angkat hang ka?” tanya Haidan. Wajah budak perempuan itu ditatap lama sehingga membuatkan budak perempuan itu tertunduk kepala. Perempuan mana tak malu kalau ditatap oleh lelaki.
“Oh, ini Naraliyana. Junior kita. Yang penting bukan adik angkat aku,” jawab Qharissa. Dia tak berminat beradik angkat ni.
“Betul juga. Kalau hang ambik adik angkat, mesti hang bagitau aku,” ujar Haidan.
“Nama apa ya? Nara apa tadi?” tanya Haidan. Pandangan tertumpu pada Naraliyana yang tersipu malu. Entah kenapa dia tertarik dengan sikap budak perempuan itu. Terlalu mencuit hati.
“Naraliyana,” jawab Naraliyana. Haidan mengangguk kepala. Senyuman dihulur kepada budak perempuan itu.
“Oh. Nama yang comel. Orangnya pun comel,” puji Haidan. Qharissa memandang pelik sahabatnya itu.
“Lain macam hang ni Haidan. Belum pernah hang bermanis mulut dengan perempuan lain,” ujar Qharissa. Haidan tergelak. Sedangkan, Naraliyana tahan perasaan malu. Kedua-dua belah pipi pun dah terasa membahang. Haidan cakap dia comel. Ini yang rasa nak menggeletis.
“Nak sertai kami tak?” soal Haidan kepada Naraliyana. Gadis itu nak tak nak saja pandang Haidan. Bukannya apa, dia gugup dan malu. Pertama kali dapat bersemuka dan bercakap dengan crush.
Qharissa memerhati mereka dalam diam. Sekejap dia pandang Haidan dan kemudian dia pandang Naraliyana. Dia syak sesuatu pada Naraliyana.
“Tak apalah. Sa... saya tunggu kawan saya. Kak Rissa pergilah dengan kawan akak tu.” Naraliyana menolak pelawaan Haidan dengan sopan.
“Awak panggil dia Kak Rissa?” tanya Haidan. Riak wajahnya berubah serius.
“Ha’ah. Kenapa? Tak boleh ka?” soal Naraliyana bersama riak polos.
“Kenapa tak panggil saya abang Haidan? Saya kan sebaya dengan Kak Rissa awak tu,” ujar Haidan. Merenung lama wajah comel Naraliyana.
Naraliyana terdiam. Sungguh dia tak sangka bahawa ayat itu akan terluah dari mulut Haidan. Adakah dia boleh memanggil lelaki itu dengan gelaran abang Haidan? Naraliyana nak senyum lebar tapi terpaksa tahan. Tak mahu menampakkan sangat perasaan terujanya itu.
Qharissa tersenyum tipis. Firasat perempuannya tak pernah salah yang Naraliyana ada perasaan pada Haidan. Diam-diam dia perhati tingkah laku Naraliyana. Setiap kali mata bundar itu curi pandang Haidan, mata bundar itu kelihatan bersinar-sinar dan teruja.
Mungkin Haidan sudah lama menjadi perhatian Naraliyana. Dia tak pelik akan itu. Lelaki seperti Haidan, perempuan mana tak suka. Sedangkan dia pun ada secebis perasaan itu.
Adakah ini penyebab Naraliyana menegurnya sebentar tadi? Cara nak dekati Haidan adalah dengan cara mendekatinya terlebih dahulu. Qharissa hela nafas berat.
Bersambung...
Kesian Qharissa. 🥲
Nasyanur
09022024
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro