Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 5

HAIDAN menapak ke ruang dapur apabila sistem pendengarannya menangkap bunyi bising di situ. Sampai sahaja di situ, Haidan disajikan dengan keadaan kaunter bar yang bersepah dengan perkakas bakeri. Kemudian, anak matanya memandang adik lelakinya, Harraz sedang mengacau sesuatu.

“Buat apa tu?” tanya Haidan seraya menjenguk ke dalam mangkuk adunan. Harraz angkat kepala dan ukir senyuman tipis buat si abang.

“Buat biskut,” balas Harraz.

Haidan angguk kepala. Antara dia, Haira dan Harraz, adik lelakinya itu yang paling rajin masuk dapur. Kalau ada masa lapang, pasti ada saja benda yang akan dibuat Harraz. Adik lelakinya itu tak akan duduk saja-saja dalam rumah tanpa berbuat apa-apa.

Sejak usia 10 tahun lagi Harraz dah minat buat biskut. Dan dia juga bercita-cita untuk membuka sebuah kedai menjual biskut dan kek suatu hari nanti. Walaupun jauh lagi perjalanannya, tetapi tidak salah simpan angan-angan. Mana tahu apa yang diinginkan, akan jadi kenyataan.

“Abang nak rasa satu boleh?” pinta Haidan. Bau biskut itu mengundang nafsu makannya.

“Ambillah. Harraz buat untuk kita makan,” kata Harraz. Haidan terus ambil satu biskut cip coklat dan disuap ke dalam mulut.

“Sedap tak?” tanya Harraz. Sabar dia menunggu respons abangnya. Haidan angguk kepala.

“Sedap. Tak manis dan tak tawar. Gebu dan cair di mulut,” kata Haidan. Serius dia tak tipu.

“Nasib baik. Harraz ingat biskut ni manis sebab terlebih gula tadi,” ujar Harraz.

“Serius Harraz. Tak manis pun. Abang cakap betul ni. Bukan nak jaga perasaan Harraz ke apa,” kata Haidan lagi.

“Ya Harraz tau. Abang boleh tolong Harraz?” tanya Harraz.

“Boleh. Nak abang buat apa?”

Harraz capai dua balang kosong dan diberikan kepada Haidan. Tak banyak kata, Haidan sambut huluran itu.

“Masukkan biskut tu dalam balang. Harraz ingat nak bagi dekat Kak Rissa juga,” kata Harraz.

“Boleh sangat.”

Balang jernih itu dibuka penutupnya. Biskut cip coklat itu dimasukkan ke dalam balang. Disusun cantik-cantik sehingga penuh satu balang. Kemudian, Haidan sambung masukkan biskut ke dalam balang kedua. Harraz diam-diam memerhati abangnya itu. Dia ada benda nak tanya abang dia, tapi dia takut menyinggung perasaan abangnya itu. Tapi... kalau tak tanya, sampai bila pun dia tak akan tahu.

“Abang dengan Kak Rissa cuma kawan ja ka?” tanya Harraz. Haidan yang sedang menyusun biskut dalam balang, tersentak hebat dengan soalan adik lelakinya itu.

“Kenapa tanya soalan macam tu? Mestilah abang dengan dia cuma kawan. Abang hanya anggap dia kawan baik. Tak lebih pun,” jawab Haidan.

“Itu kata abang, tapi Kak Rissa? Kalau Kak Rissa nafikan pun, kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia,” ujar Harraz. Haidan terdiam.

“Memanglah lelaki dan perempuan tu boleh jadi kawan baik. Tapi abang kena ingat, salah seorang daripada mereka pasti akan ada perasaan lebih dari kawan.” kata Harraz lagi. Melihat si abang dalam kebisuan, Harraz menyambung bicara lagi.

“Harraz bukan nak buat fikiran abang kusut. Tapi Harraz nak ingatkan abang supaya berhati-hati nak bergaul dengan Kak Rissa. Jangan terlampau tunjuk sikap ambil berat abang tu dekat Kak Rissa. Perempuan ni mudah cair tau. Dan Harraz tak nak abang lukakan perasaan Kak Rissa kelak,” pesan Harraz.

“Hidup kita ni bukan mengundur tapi ke hadapan. Kita bukan selamanya hidup membujang. Mana tau, tiba-tiba abang jumpa dengan tulang rusuk kiri abang dekat sekolah tu,” sambung Harraz. Sempat dia nak bergurau pun. Haidan tergelak kecil.

“Hish! Ke situ pula Harraz ni. Tak adalah. Abang tau dan abang akan lebih berhati-hati selepas ni. Tapi serius, abang sayang Qharissa tu sebagai kawan ja.”

Harraz cuma angkat bahu. Masa tu berjalan dan mereka tak akan tahu apa yang jadi kelak.

“Adik abang ni baru 12 tahun. Tapi dah pandai cakap macam tu. Cita-cita nak jadi kaunselor ke?” sakat Haidan. Harraz tertawa kecil.

“Tak adalah. Harraz cakap berdasarkan apa yang Harraz nampak. Lagipun, ada ja drama berkisarkan tentang kisah persahabatan lelaki dan perempuan. Nasib baik cerita tu happy ending.”

Harraz sambung buat kerja dia. Haidan diam seakan memikirkan kata-kata adiknya itu. Apa yang diucapkan Harraz sama dengan apa yang diucapkan oleh Zahran. Allah pegang hati kita dan bila-bila masa sahaja Allah boleh bolak-balikan hati kita.

‘Takkan aku nak jauhi diri daripada Qharissa? Nanti dia fikir aku tak nak kawan dia pula,’ bisik hati Haidan.








“HARI Sabtu minggu depan, sekolah akan adakan hari sukan. Selepas waktu rehat nanti, semua pelajar akan berkumpul ikut rumah sukan masing-masing. Tempat berjumpa tu akan dimaklum nanti. Saya harap tak ada isu ahli tukar rumah sukan seperti tahun-tahun yang sebelumnya,” kata Puan Sumaira yang merupakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seroja itu.

Semua pelajar sudah melebar senyuman. Inilah masa yang ditunggu-tunggu mereka. Lagi-lagi pelajar tingkatan 5. Masa nak berseronok sakan dan lupakan hal belajar.

Setelah itu, semua pelajar berpusu-pusu masuk ke kelas masing-masing. Memang itu rutin harian mereka. Sampai sahaja di sekolah, wajib berkumpul di dewan terlebih dahulu.

“Rasa macam malas nak ambil apa-apa bahagian,” kata Qharissa.

“Hang nak bagi alasan apa kalau cikgu tanya kenapa hang tak mau masuk? Hang tu dahlah tiap-tiap tahun ambil acara 100 meter dengan 200 meter,” kata Haidan.

“Aku cakap sakit kaki.” Mudah Qharissa menjawab. Tersungging senyuman sinis dibibir Haidan.

“Sakit kaki betul baru tau. Padan muka, jadi cacat sementara,” sindir Haidan. Qharissa merengus geram.

“Janganlah doa macam tu.”

“Aku tak doa. Aku cuma cakap. Lagipun ni tahu terakhir kita sekolah sini. Masuk sajalah acara. Kita nikmati masa ni sepuas hati. Lepas ni hadap buku ja,” kata Haidan.

“Yalah. Mentang-mentang dia tu atlet kegemaran cikgu.” Qharissa juling mata ke atas.

“Eh mesti. Ni kali terakhir cikgu nak tengok kehebatan aku pun,” balas Haidan. Qharissa buat mimik muka menyampah. Tak sah kalau tak puji diri sendiri.

“Tak baik tau riak. Allah tarik nikmat hang baru tahu,” gertak Qharissa. Haidan tertawa halus sebelum beristighfar dalam hati.








SEPERTI yang dimaklumkan oleh pengetua iaitu Puan Sumaira, semua pelajar berkumpul di tempat-tempat yang ditetapkan mengikut rumah sukan masing-masing. Haidan dan Qharissa berada dalam rumah sukan yang sama. Iaitu rumah laksamana atau rumah berwarna biru. Mereka berkumpul di dewan terbuka. Di situ terdapat juga dua rumah sukan yang lain.

Lelaki dan perempuan diasingkan. Maka Haidan dan Qharissa berpisah. Qharissa mengambil tempat duduk. Di sebelahnya ada dua orang budak perempuan. Melihat gaya kedua-dua budak perempuan itu, Qharissa syak mereka berdua adalah pelajar tahap satu. Tingkatan berapa itu, tidak pasti.

“Okey, kita mulakan agenda kita pada hari ni. Siapa yang suka rela nak masuk acara, mari isi nama di hadapan,” kata Cikgu Faridah.

Qharissa fikir sejenak. Nak ambil acara atau tidak? Dia angkat kepala dan cari kelibat Haidan. Tanpa diduga, anak matanya bertembung dengan anak mata Haidan. Lelaki itu ada di hadapan. Sah ambil bahagian. Lelaki itu bagi isyarat mata sambil jari telunjuk menunjuk ke arah hadapan. Mengarah Qharissa ambil bahagian. Qharissa geleng kepala bersama senyuman senget. Haidan jegil mata. Jari telunjuknya tak lepas menunjuk ke arah hadapan. Qharissa gelak kecil. Nak tak nak, dia bangun juga. Daftarkan diri dalam acara balapan. Tanpa sedar, budak sebelah Qharissa memerhati gelagat mereka tanpa lepas.

“Betul ke dia orang cuma kawan?”

“Kau cakap fasal siapa ni?”

“Qharissa dengan Haidan.”

“Soal tu aku tak tahu nak komen apa. Dengar gosip budak-budak kata dia orang cuma kawan. Entahlah Yana. Hubungan dia orang tu kadang-kadang tak nampak macam kawan,” ujar si rakannya.

Budak perempuan itu diam dan hanya memerhati Haidan yang sedang ketawa bersama budak lelaki lain. Mungkin kawannya juga. Abang senior pujaan pelajar junior. Perempuan mana tak tertarik dengan rupa kacak Haidan Luthfan itu. Naraliyana salah seorang yang berada dalam golongan itu.

Klise bukan? Tetapi itulah lumrah kehidupan. Masuk ke alam remaja, pasti akan timbul perasaan itu. Tak kira lelaki mahupun perempuan.









Bersambung...








Nasyanur
03022024










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro