BAB 22
PERNIKAHAN Haidan dan Naraliyana berlangsung di dewan yang terletak bersebelahan masjid. Sekarang ini mereka menunggu ketibaan pengantin perempuan. Qharissa duduk bersimpuh di sebelah Haira. Dia mengenakan baju kurung sedondon dengan keluarga sebelah lelaki. Berwarna maroon. Itu semua atas permintaan Puan Humairah. Selendang berwarna kelabu gelap hanya di selempang ke bahu. Buat syarat tutup rambut saja.
“Haira ingat Kak Rissa dengan abang Haidan. Alih-alih dengan orang lain,” kata Haira. Wajah gadis muda itu tampak sedih.
“Kenapa nak sedih? Haira dapat kakak ipar yang cantik juga,” kata Qharissa.
“Sedih sikit je. Kak Rissa janji tau, jangan hilang macam dulu. Penat Haira cari akak dekat Instagram. Hubungi akak pun tak dapat-dapat. Kesian umi tanggung rindu,” kata Hairan, terselit amaran juga. Qharissa tersengih.
“Ya janji. Kak Rissa tak buat dah.”
Qharissa memerhati segenap dewan itu. Ada mata-mata memerhatinya. Mungkin tertanya-tanya siapa dia pada keluarga Haidan. Yalah, tetamu yang ada dalam dewan itu semuanya saudara mara Haidan. Qharissa abaikan semua tu. Dia sebenarnya dia cari seseorang.
“Akak tak nampak Harraz. Dia tak balik ke?” tanya Qharissa kenapa Haira. Ya, dia cari Harraz Luthfi. Mana tahu dia balik untuk melihat abangnya selamat jadi suami orang. Dalam masa yang sama, Qharissa mahu melihat Harraz. Mesti lelaki itu tampan seperti abangnya.
“Umi cakap pagi ni dia ada kelas. Jadi, tak dapat nak tengok abang nikah. Masa sanding nanti mungkin dia ada. Kutlah. Haira pun tak pasti. Sebab takut dia muncul tak bagi salam. Budak Harraz tu bukan boleh percaya sangat,” balas Haira. Qharissa angguk kepala tanda faham.
“Kak Rissa bukan apa. Dah lama tak jumpa dia. Mesti kacak macam abang dia,” kata Qharissa. Tidak tahu kenapa dia rasa membuak-buak nak tengok Harraz? Petanda apakah ini?
“Haira ni malas nak puji dia kak. Tapi tak boleh nak nafikan. Memang betul pun. Kalau abi dah kacak teruk macam tu, anak-anak dia mesti elok. Lagi-lagi anak perempuan dia yang nama Haira Luthfiya tu. Comel dan cantik,” kata Haira tanpa menayangkan apa-apa reaksi bangga. Tayang muka biasa saja. Qharissa geleng kepala. Semua adik-adik Haidan ni sama saja. Jenis suka puji diri sendiri. Tahap konfident cukup tinggi.
Tidak lama kemudian, Haidan muncul di hadapan Qharissa. Lelaki itu melabuhkan punggung menghadap Qharissa. Bosan duduk seorang diri di hadapan sana, itu yang dia datang lepak dengan Qharissa. Masa-masa terakhir hendak dihabiskan dengan Qharissa sebelum dia bergelar suami kepada Naraliyana. Aafan menggeleng kepala melihat Haidan. Sampai hati tinggalkan dia seorang diri di sini. Namun, tidak pula dia pergi sertai Haidan di sana.
“Wah kacaknya abang saya ni. Berseri-seri ya muka. Dah sedia nak jadi suami orang?” seloroh Haira. Haidan guling biji mata ke atas.
“Baru tahu abang kau kacak Haira?” tanya Haidan.
“Ha’ah. Selama ni abang mana kacak pun.” Selamba dia kutuk abangnya sendiri. Qharissa tergelak lagi. Tadi bukan main puji abang dia. Sekarang ni apa cerita? Tidak dijangka langsung perangai budak Haira ni.
“Kurang ajar punya adik.” Menjegil mata Haidan. Wah, wah, wah budak ni? Mahu saja Haidan luku kepala adik perempuannya itu.
Haira tayang muka diva dia sebelum mengesot mendekati uminya. Dia tahu abangnya hendak berbual dengan Qharissa. Haidan senyum kecil apabila melihat Haira menjauh. Macam tahu-tahu dia mahu masa berdua dengan Qharissa. Haidan pandang Qharissa dan Qharissa pandang Haidan.
“Kenapa pandang aku macam tu?” tanya Qharissa. Haidan hela nafas.
“Kau yakin dengan keputusan kau? Tak menyesal?” tanya Haidan.
“Haidan, jangan buat perangai macam ni. Kejap lagi kau nak nikah.” Kadang-kadang dia risau dengan Haidan ni. Takut saja lelaki itu bertindak luar jangkaan. Bukan boleh percaya sangat.
“Aku tanya je. Aku boleh ubah keputusan kalau kau tak sanggup. Kebahagiaan paling utama dalam segala hal.”
Qharissa geleng kepala.
“Kau salah. Kepercayaan adalah kunci utama dalam sesebuah hubungan. Bagaimana hubungan tu nak bertahan kalau masing-masing masih ada rasa waswas dengan pasangan. Dan ada lagi aspek perlu ada dalam hubungan. Kejujuran, bersikap terbuka, komunikasi dan banyak lagi. Tak ada semua tu, macam mana nak bahagia?” hujah Qharissa. Haidan tayang muka menyampah.
“Kau kalau berhujah, memang pandai Qharissa.”
Qharissa ketawa kecil.
“Aku cakap betul. Aku doakan kau bahagia dengan Liyana. Jaga dia baik-baik,” pesan Qharissa.
“Baik Kak Rissa,” balas Haidan bersama senyuman nakal. Seronok usik Qharissa dengan memanggil gadis itu Kak Rissa. Qharissa jeling Haidan.
“Kau bila nak kahwin?” Soalan cepumas diberikan buat Qharissa.
“Calon pun tak ada macam mana nak kahwin,” kata Qharissa. Random benar soalan Haidan.
“Carilah. Lelaki bujang banyak dekat luar sana. Si Aafan pun dah jadi jejaka bujang. Kacak pun kacak. Nak aku tolong?” pelawa Haidan. Terus Qharissa bantah.
“Tak payah Haidan. Hish kau ni.”
“Aku tawar si Aafan percuma je dekat kau. Tak mahu pula. Atau kau nak jadi adik ipar aku? Harraz pun kacak juga,” usik Haidan. Bulat mata Qharissa.
“Kau dah kenapa? Adik kau tu muda lagi. Jauh beza umur kami,” kata Qharissa.
“Usia tu cuma angka je Rissa. Ada je isteri lagi tua dari suami. Hidup bahagia je,” jawab Haidan. Qharissa cuma diam. Entahlah, dia pun tak tahu apa yang dia rasa sekarang.
“Bro, pengantin perempuan dah sampai,” beritahu Aafan. Terus jantung Haidan berdegup kencang. Tadi elok saja jantung dia berdegup. Sekarang dah macam nak terkeluar.
“Aku gementarlah Rissa,” adu Haidan.
“Tarik nafas dan hembus. Buat banyak kali. Insya-Allah kau boleh Haidan,” pesan Qharissa. Haidan angguk kepala perlahan. Dia pandang Qharissa sekilas sebelum mengesot ke arah Puan Humairah.
“Umi. Doakan kebahagiaan Haidan ya?” kata Haidan, meminta restu. Puan Humairah tersenyum kecil. Wajah Puan Humairah itu terpancar kesedihan.
“Umi sentiasa doakan semua anak-anak umi. Ingat tanggungjawab Haidan selepas kahwin. Jaga Liyana baik-baik,” pesan Puan Humairah.
“Baik umi. Terima kasih umi.” Haidan peluk tubuh Puan Humairah. Puan Humairah turut membalas pelukan anak sulungnya. Tidak sangka Haidan sudah dewasa dan bakal menjadi suami orang. Cepat benar masa itu berlalu.
Haidan bangun dan melangkah ke tempat duduknya. Encik Hisyam menepuk bahu anak sulungnya.
“Anak lelaki abi ni okey ke?” tanya Encik Hisyam. Haidan ukir senyuman kecil.
“Haidan tak tahu rasa apa sekarang. Takut, gembira semua bercampur baur. Abi rasa Haidan buat keputusan yang tepat ke?”
“Insya-Allah tepat. Percaya pada Allah. DIA kan maha mengetahui. Pasti ada sebab kenapa Allah berikan dia kepada kamu. Abi harap Haidan jaga dia baik-baik. Jangan sia-siakan dia,” pesan Encik Hisyam.
“Baik abi.”
Haidan menoleh belakang. Bertembung mata dengan Qharissa yang turut memandangnya. Gadis itu angkat tangan bersama genggaman buku lima, gaya ‘Hwaiting’. Melihat akan itu, Haidan mengukir senyuman kecil.
“Boleh kita mulakan sekarang?” soal Encik Naufal, bapa kepada Naraliyana. Haidan toleh hadapan dan mengangguk kepala. Encik Naufal hulur tangan. Haidan tarik nafas dan hembus perlahan. Huluran tangan Encik Naufal disambut.
“Haidan Luthfan bin Hisyam Luth.”
“Ya saya.”
“Aku nikahkan dikau dengan anak aku Naraliyana binti Naufal dengan mas kahwinnya 8800 ringgit tunai.”
“Aku terima nikahnya Naraliyana binti Naufal dengan mas kahwinnya 8800 ringgit tunai.”
“Sah?”
“Sah!”
Dengan sekali lafaz, Naraliyana sah menjadi isteri kepada Haidan. Dia memandang Naraliyana yang duduk bersimpuh di sebelah ibunya. Gadis itu cantik. Sama padan dengan Haidan yang kacak.
Sungguh Qharissa tak rasa menyesal dengan pilihannya. Dia memilih sahabat. Dia hanya mahu menjadi sahabat kepada Haidan Luthfan. Namun, perbatasan antara dia dan Haidan perlu dijaga. Kerana Haidan bukan lagi lelaki bujang. Tak mahulah dia digelar pelakor. Minta dijauhkan!
Doa dibaca setelah itu. Kemudian acara membatal air sembahyang. Selesai, acara bersalam-salaman dengan ibu bapa masing-masing. Meminta restu dari mereka. Dan kemudian barulah sesi mengambil gambar. Qharissa hanya memerhati sampaikan dia tak tahu nak buat apa. Keluarga pengantin perempuan sangat ramai jika nak dibandingkan dengan keluarga sebelah lelaki. Adik beradik Encik Hisyam cuma 3 orang. Sedangkan Puan Humairah adalah anak tunggal.
“Kak Rissa!” Baru Qharissa berura-ura nak keluar dewan, namanya dipanggil oleh Naraliyana. Terbantut langkahnya dan dia menoleh belakang. Naraliyana melambai tangan tanda memanggilnya. Terus langkah kaki dihayun ke situ. Senyuman dihulurkan buat pengantin baru itu.
“Selamat pengantin baru Haidan, Yana,” ucap Qharissa. Naraliyana tersenyum ceria.
“Terima kasih Kak Rissa. Saya ingat abang pilih Kak Rissa,” kata Naraliyana. Qharissa tercengang. Belum sempat nak balas, Haidan mencelah.
“Dah dia tak nak.”
Bulat mata Qharissa apabila mendengar balasan Haidan. Aafan pula menepuk dahi. Cari fasal betul Haidan ni.
“Hey! Ada pula cakap macam tu. Kecil hati Yana tahu,” marah Qharissa. Ada ke patut cakap macam tu.
“Eh tak apa Kak Rissa. Saya tak ambil hati pun,” ujar Naraliyana bersama tawa kecil. Jujur, dia tak terasa pun. Dia tahu suaminya itu hanya bergurau.
“Yang lepas tu biarlah lepas Haidan. Kau tu dah jadi suami Yana. Jangan nak macam-macam. Kalau tak, kita putus kawan buat kali kedua,” kata Qharissa, turut terselit ugutan. Haidan angkat kedua belah tangan ke udara tanda mengalah.
“Jom ambil gambar sekali. Alang-alang tu ambil aura kami ni. Mana tahu lepas ni kau pula kahwin. Zahran dengan Syafiqah dah lepas. Tunggu masa nak ada anak,” kata Haidan.
Ya. Sahabat lama mereka Zahran dan Syafiqah sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka.
“Berjodoh juga dia orang tu kan?” Qharissa menutur kata. Walaupun perkara itu sudah lama berlalu, sehingga kini dia masih sukar untuk percaya yang Zahran dan Syafiqah sudah berkahwin.
“Itulah. Diam-diam ubi berisi. Bila masa bercinta pun tak tahu. Tup-tup dapat kad undangan. Sayangnya aku tak dapat datang,” kata Haidan. Qharissa menjeling lelaki itu.
“Kau nikah ni pun dia orang tak dapat datang Haidan. Kira adillah tu,” sindir Qharissa. Meletus tawa mereka.
“Aafan cepat ambil gambar kami,” arah Haidan.
“Haa, cepat! Tapi tiga orang tak boleh. Seelok-eloknya empat orang,” kata Aafan.
“Biar saya masuk,” celah seseorang. Tersentak mereka.
“Harraz!” Haidan terus peluk tubuh adiknya. Tak sangka adik lelakinya muncul.
“Tahniah abang. Selamat pengantin baru. Maaf lambat sikit,” ucap Harraz. Haidan geleng kepala. Qharissa diam tidak berkutik di situ. Tak sangka Harraz muncul. Betul kata Haira, Harraz ni muncul tanpa salam. Tup, tup ada.
“Tak apa. Janji Harraz muncul juga. Tapi Harraz cakap tak boleh datang. Ni macam mana boleh ada di sini?” Naik hairan Haidan jadinya. Dia dapat mesej dari Harraz mengatakan adik lelakinya itu tak boleh datang masa dia nikah. Ada kelas. Tapi lihatlah, tubuh tinggi Harraz sudah ada di hadapannya.
“Kelas dibatalkan. Harraz pun terus balik,” jawab Harraz. Haidan angguk kepala.
“Bila nak bergambar ni?” tanya Aafan. Dia bosan sebenarnya mendengar perbualan mereka. Harraz tanpa berlengah mengambil tempat di sebelah Qharissa. Ada sedikit jarak. Namun, tetap mengundang debaran di dada Qharissa. Gadis itu fikir Harraz nak berdiri di sebelah abangnya.
“Dah sedia?” tanya Aafan.
“Kejap abang Aafan.” Harraz keluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan kemudian menyerahkan kepada Qharissa. Terpinga-pinga Qharissa sebelum dia mendongak memandang Harraz. Berdegup kencang jantung Qharissa saat anak matanya bertembung dengan anak mata Harraz. Tatapan redup Harraz mengundang rasa kurang selesa di jiwa Qharissa.
“Tolong pin selendang Kak Mawar bagi kemas. Kak Yana boleh tolong?” Suara dalam dan garau Harraz menyapa halwa telinga Qharissa. Qharissa masih terkejut. Harraz yang sekarang bukan lagi Harraz yang dulu. Kau kena ingat itu Qharissa, Harraz bukan lagi budak-budak.
“Eh boleh je. Mari Kak Rissa saya tolong kemaskan selendang akak.”
Qharissa pin kan kerongsang di tengah dagu selendang. Kemudian, Naraliyana pula menolongnya kemaskan bahagian lebihan selendang ke bahu. Biar menutup bahagian dada.
Persoalannya, apa motif Harraz buat begitu? Dan dari mana Harraz dapat kerongsang ini?
“Okey dah. Kak Rissa cantik sangat.” Naraliyana tersenyum melihat Qharissa.
“Terima kasih Yana.” Tersenyum janggal Qharissa.
“Sama-sama Kak Rissa.”
Qharissa pandang Harraz di sebelahnya. Lagi sekali dia terkejut melihat Harraz yang sudah tinggi. Ketinggian yang hampir dengan ketinggian Haidan. Padahal Harraz baru 20 tahun. Memang anak-anak Encik Hisyam semuanya tinggi-tinggi.
Aafan hala kamera iPhone ke arah mereka. Dalam kiraan satu, dua dan tiga, sekeping gambar berjaya diambil.
“Kak Mawar cantik bila pakai tudung,” bisik Harraz. Qharissa tersentak kecil. Terus dia pandang Harraz.
“Te... terima kasih. Tapi mana awak dapat kerongsang ni?” Qharissa bertanya. Harraz koyak senyuman senget.
“Saya curi kerongsang Haira.” Mudah Harraz membalas. Bulat mata Qharissa.
“Ya Allah Harraz. Tak baik tau.” Mahu ketawa Qharissa. Sempat ya Harraz curi kerongsang Haira.
“Biarlah. Dia tu banyak kerongsang dekat tudung dia.” Penuh selamba Harraz membalas.
Terus meletus tawa Qharissa sedangkan Harraz cuma tayang riak biasa. Tanpa sedar Haidan memberi isyarat kepada Aafan menyuruh sang sahabat mengambil gambar mereka. Aafan mengerti dan terus mengambil gambar Harraz dan Qharissa.
“Entah kenapa saya nampak dia orang serasi. Kan abang?” kata Naraliyana. Haidan angguk kepala perlahan. Setuju dengan ucapan issterinya. Sejujurnya dia perasaan sesuatu pada Harraz. Namun, dia tak mahu terburu-buru membuat kesimpulan. Jika benar apa yang dia rasa tentang Harraz, dia sebagai abang akan mendoakan yang terbaik buat adik bongsunya.
Lagipun tiada sebab untuk dia menghalang. Dia tiada apa-apa ikatan dengan Mawar Qharissa. Dia hanya sebatas sahabat baik kepada gadis itu. Tetapi, dia juga mahu Qharissa bahagia dengan lelaki yang tepat dan lebih baik daripadanya.
Bersambung...
Road to ending....
nasyanur
22022024
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro