BAB 15
PUAN Humairah memandang pelik anak sulungnya yang termenung jauh. Entah apa yang difikirkan anaknya itu. Haidan tampak runsing. Mungkin Haidan sedih kerana akan meninggalkan sahabat baiknya, Mawar Qharissa. Tetapi firasat seorang ibu mengatakan anak sulungnya itu ada masalah. Bila ditanya, Haidan hanya menggeleng kepala dan ukir senyuman.
“Abang tau dak pasaipa Haidan tu? Anak abang tu nampak lain lepas balik dari taman semalam,” soal Puan Humairah. Encik Hisyam terus memandang Haidan yang duduk termenung dikerusi batu.
“Mungkin sedih sebab nak berjauhan dengan Qharissa. Mai pun tau kan depa tu rapat sejak kecil lagi. Ni bila nak berjauhan, mestilah sedih,” balas Encik Hisyam.
“Mai tau. Tapi takkanlah sedih sampai macam tu sekali? Depa tu boleh ja berhubung melalui media sosial. Sekarang kan zaman canggih. Hati Mai rasa tak sedap. Mai rasa Haidan dengan Qharissa bergaduh. Sebab Mai nampak ayaq muka Haidan kusut berbanding sedih.” Puan Humairah tetap dengan firasatnya itu. Dia ibu, mestilah dia tahu segala-galanya perihal anak-anaknya. Encik Hisyam diam. Sukar untuk dia percaya tetapi kadang kala firasat seorang ibu itu betul.
“Tapi gaduh sebab apa? Semalam depa tu elok ja. Kita fikir baik-baik. Mungkin ada masalah dengan orang lain. Mana tau,” kata Encik Hisyam. Puan Humairah angguk kepala. Akur dengan kata-kata sang suami.
“Yalah. Kita nak gerak dah ka?” tanya Puan Humairah.
“Kita gerak lepas jumpa Qhairi. Qharissa pun tak datang lagi,” balas Encik Hisyam. Puan Humairah tepuk dahi. Terlupa pula nak jumpa Qhairi dan Qharissa buat kali terakhir.
“Baiklah. Saya masuk rumah kejap. Nak periksa rumah lagi,” kata Puan Humairah. Encik Hisyam hanya mengangguk kepala.
“Haidan dah masukkan barang dalam kereta?” tegur Puan Humairah apabila melihat anak sulungnya menghadap telefon pintar. Wajah Haidan yang tidak ceria seperti selalu itu direnung dalam-dalam. Makin membuak-buak rasa ingin tahu kenapa dengan anak sulungnya itu.
“Dah umi. Tinggal nak gerak ja,” balas Haidan. Dia ukir senyum paksa.
“Haidan okey kan?” tanya Puan Humairah lagi.
“Okey ja. Pasaipa umi?” Haidan menatap wajah si ibu yang tampak kerisauan itu.
“Maksud umi, Haidan okey kan dengan Qharissa? Tak ada gaduh-gaduh kan?”
Haidan tersentak kecil. Namun, sedaya upaya mengawal riak terkejutnya. Dia tak mahu uminya tahu dia dan Qharissa bergaduh.
“Tak ada umi. Haidan macam ni pun sebab banyak fikir. Nanti kami jumpa lagi tak? Itu ja,” balas Haidan. Dia senyum tipis.
‘Maaf umi. Haidan terpaksa tipu umi. Haidan tak mau umi risau,’ kata Haidan dalam hati.
“Yalah. Umi terima jawapan Haidan walaupun umi ragu-ragu,” kata Puan Humairah. Haidan tidak membalas apa-apa. Hanya tersenyum kecil. Setelah Puan Humairah menghilang ke dalam rumah, Haidan hela nafas.
‘Persahabatan kami dah retak umi.’
Haidan kuak rambut ke belakang. Ucapan Qharissa semalam masih terngiang-ngiang dikepala. Sungguh tidak sangka bahawa Qharissa menyimpan perasaan terhadapnya. Sejak bila Qharissa sukakannya?
Kawan bertahun-tahun, sekelip mata sahaja hancur. Haidan bangun dan melangkah ke arah kereta. Fikirannya serabut gara-gara Qharissa.
“KAMI gerak dulu Qhairi. Takut sampai tengah malam pula,” ujar Encik Hisyam.
“Yalah. Elok-elok memandu. Kalau penat tu berehat dekat RNR dulu,” pesan Encik Qhairi pula.
“Yalah Qhairi. Ada masa kami mai sini. Mana tahu kan dapat undangan kenduri kahwin anak hang.”
“Insya-Allah, hangpa sekeluarga aku jemput dulu.”
Qharissa cuma diam disisi Encik Qhairi. Mata melirik ke arah Haidan. Tetapi lelaki melarikan pandangan. Janggal. Tiada lagi keceriaan antara mereka. Itu pun masing-masing sedaya upaya tunjuk lagak biasa.
“Tak mau cakap apa-apa dekat Rissa ka Haidan?” tanya Encik Hisyam. Haidan tak banyak bunyi terus tarik lengan baju Qharissa. Menonong sahaja Qharissa mengikut langkah Haidan.
“Aku harap hang dapat keputusan SPM yang cemerlang Rissa,” ucap Haidan. Hilang sedikit debar didada apabila soalan Haidan bukan mengenai perkara semalam. Sungguh suasana antara mereka sangat canggung.
“Hang juga. Jaga diri, jaga kesihatan,” pesan Qharissa. Jadi, canggung. Tak tahu nak cakap apa.
“Hang juga Qharissa.” Haidan senyum tipis sebelum mengorak langkah. Sudah tiada apa lagi untuk dia katakan kepada gadis itu. Qharissa ikut langkah Haidan kembali ke tempat keluarga mereka berkumpul.
Tanpa mereka sedari, tingkah laku mereka diperhatikan oleh Harraz. Budak lelaki itu pandang abangnya. Riak dingin menghiasi wajah Haidan. Harraz senyum sinis.
‘Semoga kau tak jilat ludah kau tu balik abang Haidan,’ bisik Harraz dalam hati.
“Dah habis cakap?” Puan Humairah bertanya. Jauh dari sudut hati, dia pelik mengapa begitu singkat perbualan Haidan dan Qharissa. Bahkan, dia juga perasaan suasana antara mereka agak canggung. Benarkah telahan dia yang Haidan dan Qharissa bergaduh?
“Dah,” jawab Haidan dengan nada malas.
“Kita gerak sekarang. Assalamualaikum Qhairi, Qharissa,” ucap Encik Hisyam. Dia bersalaman dan berpelukan gaya lelaki dengan Encik Qhairi. Setelah itu, dia menapak masuk ke dalam perut kereta.
“Waalaikumussalam,” balas serentak Encik Qhairi dan Qharissa.
“Bai Kak Rissa. Haira harap Haira boleh jumpa akak lagi. Jangan lupa Haira tau,” ujar Haira penuh ceria. Lebar sahaja senyuman itu. Qharissa tersenyum kecil.
“Ya, ya Kak Rissa tak lupa,” balas Qharissa. Tubuh kecil Haira dipeluk erat. Kali terakhir dia akan melihat Haira yang berusia 12 tahun. Mesti Haira akan jadi gadis yang cantik kelak.
“Bai Kak Mawar. Semoga kita berjumpa dalam versi yang lebih baik,” ujar Harraz pula. Qharissa terkedu seketika. Apa maksud Harraz itu? Namun, dia tak mahu ambil pusing.
“Insya-Allah.”
Anak mata Harraz jatuh pada pergelangan tangan kiri Qharissa. Lambat-lambat, bibir mengoyakkan senyuman manis.
“Oh ya, cantik gelang tu. Jaga elok-elok tau Kak Mawar,” kata Harraz.
Haidan mendengar itu turut memandang Qharissa. Lebih tepat memandang pergelangan tangan kiri Qharissa. Ya, ada gelang tangan tali terikat di situ. Selama dia kawan dengan Qharissa, tak pernah dia bagi apa-apa aksesori kepada Qharissa. Hanya memberikan tudung bawal setiap hari lahir gadis itu.
Apa makna Harraz bagi gelang tersebut kepada Qharissa? Haidan tertanya-tanya.
Qharissa pandang tangan kirinya. Seutas gelang tali tersemat cantik di pergelangan tangan kirinya. Gelang pemberian Harraz. Qharissa tersenyum manis. Haidan yang melihat itu terus terpana. Kenapa senyuman Qharissa manis lain macam?
“Terima kasih Harraz. Kak Mawar akan jaga pemberian Harraz ni,” balas Qharissa. Harraz tersenyum lebar.
“Jom. Dari tadi tak tergerak-gerak kita. Bila nak sampainya?” tegur Encik Hisyam. Tertawa mereka yang ada di situ.
Masing-masing masuk ke dalam perut kereta. Kereta bergerak serentak hon dibunyikan. Encik Qhairi mengangkat tangan sementara Qharissa membalas lambaian Haira dan Harraz. Hanya Haidan kejung dalam kereta tanpa sedikit pun pandang dia. Qharissa senyum tawar.
Tidak lama kemudian, kereta jenama Alza berwarna biru hilang dari pandangan mereka. Qharissa memandang Encik Qhairi. Senyuman simpul diukirkan.
“Abah tau Rissa dengan Haidan gaduh. Abah tak mau tau apa masalah hangpa tu. Sebab abah pernah berada di tempat Qharissa. Percayalah puteri bongsu abah, Allah akan hantar seseorang untuk Rissa. Seseorang yang boleh cintai Rissa sepenuh hati,” kata Encik Qhairi. Penuh dengan ayat pujukan. Dia tahu anak gadisnya itu bergaduh dengan Haidan.
“Sekarang ni abah nak Rissa fokus dengan perkara yang lebih penting. Belajar rajin-rajin. Soal cinta ni, letak tepi dulu,” sambung Encik Qhairi lagi. Qharissa menguntum senyum kecil.
“Baik abah. Rissa akan dengaq cakap abah. Abah doa-doakan Rissa tau.”
Encik Qhairi tersenyum lalu usap atas kepala anak bongsunya.
“Abah sentiasa doakan untuk anak-anak abah.”
Beberapa bulan kemudian...
QHARISSA menapak ke taman. Meja batu yang menjadi tempat dia dan Haidan duduk suatu ketika dahulu dituju. Meja batu yang menjadi saksi dia bertungkus lumus menyiapkan karangan bahasa Inggeris yang dibantu oleh Haidan. Dia melabuhkan punggung di situ. Kertas keputusan peperiksaan SPM diletakkan di atas meja. Dia merenung keputusan tersebut bersama senyuman tawar.
Dia lulus semua subjek dengan kepujian. Tetapi perasaan gembira itu kurang kerana Haidan tiada bersama untuk merai kegembiraan itu. Mungkin lelaki itu tidak sudi mahu melihat wajahnya. Semenjak kejadian luahan perasaan itu, Haidan langsung tidak menelefonnya. Bahkan mesej dia pun tidak. Sunyi sepi. Haidan benar-benar membencinya.
“Kat sini hang Qharissa,” tegur Syafiqah. Gadis itu melabuhkan punggung di sebelah Qharissa. Manakala, Zahran mengambil tempat menghadap dua gadis itu.
“Pasaipa?” tanya Qharissa. Wajah dua sahabatnya itu dipandang.
“Kami cari hanglah. Ingatkan dah balik. Nasib baik kami lalu sini. Nampaklah hang termenung dekat sini,” balas Syafiqah.
“Teringat Haidan ka?” tanya Zahran. Dia perasan air muka Qharissa yang tampak tidak ceria. Qharissa senyum tipis.
“Hang masih berhubung dengan Haidan kan?” tanya Qharissa. Langsung tidak menjawab soalan Zahran itu. Lelaki itu angguk kepala.
“Ha’ah. Dia baru sja mesej aku tanya aku dapat berapa A. Oh ya, Haidan dapat 8A,” jawab Zahran.
“Tau. Cikgu kelas aku beritahu tadi. Haidan antara empat pelajar paling cemerlang dalam keseluruhan,” kata Qharissa.
“Haidan tak ada mesej atau telefon hang?” tanya Syafiqah. Qharissa geleng kepala.
“Tak dak. Mungkin dia dah benci aku. Yalah, dia tak boleh terima aku ni ada perasaan dekat dia,” kata Qharissa dengan nada suara yang rendah.
“Tak apalah Qharissa. Ramai lagi lelaki lagi hensem dari Haidan. Move on! Lagipun Haidan tu kan dah ada Naraliyana,” ujar Syafiqah. Memberi semangat kepada sahabatnya itu.
“Ya. Sekarang ni aku dalam fasa nak melupakan. Aku nak fokus dengan perkara yang lebih penting dan nak bahagiakan abah aku,” kata Qharissa. Tersenyum Zahran dan Syafiqah. Mereka kagum dengan Qharissa kerana gadis itu tidak lemah.
“Bagus Qharissa. Jangan jadi perempuan lemah. Orang dah tak mau, buat apa nak terhegeh-hegeh,” ujar Syafiqah.
“Tapi tak bermakna aku buang Haidan dari status kawan baik aku. Dia tetap kawan baik aku walaupun dia dah tak sudi nak berkawan dengan aku. Cuma aku berharap juga, persahabatan kami kembali pulih,” kata Qharissa. Dia sangat sayangkan Haidan sebagai seorang sahabat. Mereka dah banyak tempuhi susah dan senang bersama. Namun kerana perbuatannya, persahabatan mereka hancur.
“Tapi... macam susahlah Rissa. Hangpa pun dah jadi macam orang yang tidak dikenali. Agak susah kalau nak jadi macam dulu,” kata Zahran. Qharissa hela nafas berat.
“Aku tau. Aku salah dalam perkara ni. Hubungan persahabatan kami retak berpunca kerana aku. Aku patut pendam ja perasaan tu,” kata Qharissa. Syafiqah geleng kepala. Dia tidak suka yang Qharissa asyik menyalahkan diri sendiri. Baginya, apa berlaku itu semuanya sudah ditentukan oleh Tuhan.
“Sudahlah Qharissa. Tak perlu nak salahkan diri sendiri. Lupakan semua tu. Untuk apa nak diingatkan kembali,” kata Syafiqah dengan nada tegas. Qharissa mengoyakkan senyuman kecil.
“Terima kasih Pikah, Zahran. Hangpa ja kawan aku yang aku ada sekarang ni,” kata Qharissa. Syafiqah terus peluk bahu Qharissa. Zahran cuma tersenyum melihat mereka. Tak akan dia nak turut serta peluk sekali. Cari penyakit namanya tu.
“Kita kawan sampai mati. Ingat tu,” kata Zahran.
“Ya ingat. Walaupun ada kawan baru, aku tak akan lupa hangpa.”
Bersambung...
nasyanur
16022024
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro