BAB 14
QHARISSA memandang kalender di telefon pintarnya. Nafas dihela berat. Esok keluarga Haidan akan berpindah ke Kuala Lumpur. Kejap sahaja masa berlalu.
“Jauh mengelamun. Dah sampai mana Rissa?” Qharissa tersentak kecil apabila disergah oleh umi Haidan, Puan Humairah. Qharissa tersenyum kecil.
“Umi.... Tak sempat sampai destinasi, dah kena sergah dengan umi,” balas Qharissa. Puan Humairah tertawa kecil. Dulang berisi air teh dan sepinggan biskut cip coklat dihidangkan kepada Qharissa.
“Minum dulu Rissa. Haidan lambat lagi nak siap. Tadi sibuk kemas barang-barang dia,” beritahu Puan Humairah.
“Terima kasih umi.” Qharissa capai sekeping biskut cip coklat lalu disuap ke mulut. Sedap macam biasa. Mesti Harraz yang buat ini. Dah tak ada orang lain.
“Banyak lagi ka barang nak kena angkut umi?” tanya Qharissa. Beberapa hari lepas dia tengok banyak juga barang dalam lori.
“Sama-sama Rissa. Tinggal barang-barang penting ja. Barang-barang yang senang angkut dengan kereta,” jawab Puan Humairah. Qharissa angguk kepala.
“Oh. Rissa sedihlah umi,” ujar Qharissa bersama mimik wajah sedih.
“Kenapa nak sedih pulak?” soal Puan Humairah.
“Sebab lepas ni Rissa dah tak jumpa umi,” kata Qharissa. Sedih mengenangkan wanita yang selama ini dia menumpang kasih pergi jauh. Selepas kematian ibunya, Puan Humairahlah tempat dia dapat kasih sayang.
“Rissa telefon ja umi kalau rindu. Jauh tak bermakna tak boleh berhubung. Umi dah anggap Rissa macam anak umi sendiri tau. Jangan segan-segan telefon umi,” ujar Puan Humairah. Dia juga sedih kerana faham yang Qharissa dahagakan kasih sayang seorang ibu.
“Terima kasih umi sebab sudi layan Rissa macam anak sendiri. Rissa tak akan lupa jasa umi.”
“Sama-sama sayang. Umi harap sangat Rissa ni jadi menantu umi kelak.” Terkejut Qharissa mendengar ucapan itu. Sangat tiba-tiba.
“Eh? Tiba-tiba ja umi ni.” Qharissa tertawa janggal. Jadi menantu? Maknanya kena jadi isteri Haidan. Kirim salam sajalah.
“Rissa dengan Haidan kan dah lama kawan. Takkanlah tak dak perasaan suka? Usia-usia kamu berdua biasanya dah timbul perasaan macam tu,” kata Puan Humairah. Dia dah pernah berada di alam remaja jadi dia tahulah.
“Tak adalah umi. Kita orang kawan ja.” Qharissa cuba mengawal riak sedihnya.
“Tak apalah. Kalau bukan dengan Haidan, Harraz ada. Anak bongsu umi tu serba boleh. Tak mau ka?” tawar Puan Humairah lagi. Bulat mata Qharissa. Dengan Harraz? Yang muda 5 tahun darinya? Mustahil!
“Apa umi ni? Harraz tu muda lagi. Lagipun Rissa anggap Harraz macam adik Rissa sendiri,” ujar Qharissa. Dia tertawa kecil.
“Rissa tahu ka jodoh Rissa siapa?” soal Puan Humairah. Qharissa tersentap sebelum menggeleng kepala. Jodoh itu rahsia Tuhan. Tapi, kenapa nak babitkan Harraz pula?
“Mai! Humairah!” Terus kedua-duanya paling dari mana arah datangnya panggilan itu.
“Saya ada dekat luar ni bang!” balas Puan Humairah.
Tidak lama kemudian, muncul susuk tubuh tinggi Encik Hisyam. Qharissa ukir senyuman buat abi. Ibubapa Haidan sebaya dengan abahnya. Puan Humairah dan Encik Qhairi satu sekolah suatu ketika dahulu. Cuma lepas sahaja tamat sekolah, jodoh Encik Qhairi sampai awal. Itu yang dia boleh ada tiga orang abang. Sedangkan umi Haidan berkahwin pada usia 24 tahun.
“Eh Qharissa. Dah lama datang?” tanya Encik Hisyam bersama senyuman kecil. Timbul lesung pipit di pipi kanan Encik Hisyam. Baru Qharissa ingat, Harraz juga ada lesung pipit. Bukan satu tapi dua.
“Adalah dalam 10 minit macam tu, abi,” jawab Qharissa. Encik Hisyam angguk kepala.
“Haidan baru lepas mandi. Sekarang tengah solat. Kejap lagi turunlah tu. Nak pergi mana?” Encik Hisyam bertanya.
“Pergi lepak dekat taman ja abi,” balas Qharissa. Bibir tak lekang dengan senyuman. Encik Hisyam angguk kepala lagi.
“Ada apa panggil saya tadi?” tanya Puan Humairah kepada suaminya. Encik Hisyam terus menghala pandangannya kepada sang isteri.
“Abang nak ke pekan. Ada nak pesan apa-apa tak?” tanya Encik Hisyam. Qharissa diam dan hanya memerhati. Untung tiga beradik itu kerana masih ada umi dan abi. Sedangkan dia cuma ada abah. Ibunya sudah lama menghadap Ilahi.
“Abang belilah apa-apa untuk di makan malam ni,” balas Puan Humairah.
“Apa-apa ja? Nanti abang beli nasi goreng pattaya, awak nak kuetiau goreng. Tak kena selera, Mai marah abang pulak,” bebel Encik Hisyam. Bukan dia tak kenal perangai isterinya. Malah, semua perempuan sama sahaja. Bila beli apa yang diminta dan dibawa pulang mesti akan dikritik juga. Kenapa beli satu? Kenapa tak beli dua? Kalau beli lebih pun mesti kena marah juga. Pening betul dengan orang perempuan ini.
“Mai makan apa-apa ja yang abang beli,” kata Puan Humairah lagi. Tersenyum geli wanita itu kerana tahu apa yang dirisaukan oleh suaminya.
“Betul ni?” tanya Encik Hisyam. Inginkan kepastian lagi. Puan Humairah angguk kepala. Pecah tawa kecilnya. Terhibur pula melihat wajah seakan tidak percaya suaminya itu. Qharissa yang memerhati itu rasa nak menangis melihat kemesraan pasangan suami dan isteri itu. Sampai hati tak hormat orang bujang.
“Ya. Abang ni dah kenapa?”
“Susah abang nak percaya Mai kalau bab-bab makan ni. Nanti abang mesej Mai untuk kepastian lagi. Abang pi dulu.” Encik Hisyam memberi kata putus. Masih lagi meragui kata-kata isterinya itu. Puan Humairah hanya menggeleng kepala.
“Abi nak ikut jugak!” Jeritan Haira menyapa halwa telinga Qharissa. Terjengul tubuh kecil milik Haira.
“Eh? Hai Kak Rissa. Buat apa kat sini?” sapa Haira dengan nada ceria. Qharissa tersenyum kecil. Comel betul adik perempuan Haidan ini.
“Kak Rissa tengah tunggu abang Haira,” balas Qharissa.
“Oh.... Nak pergi dating dengan abang Haidan ya?” tanya Haira tapi lebih tepat mengusik. Tiba-tiba, tubuh Haira ditolak ke tepi serentak terjengul tubuh Harraz.
“Hang dah kenapa tolak aku?” marah Haira. Tajam sahaja mata memandang adik kembarnya itu. Qharissa terkebil-kebil mata dekat situ. Tadi melihat kemesraan umi dan abi mereka. Sekarang pergaduhan kakak dan adik pula kah?
“Hang halang jalan aku,” bentak Harraz dengan nada kasar.
“Boleh ja hang cakap elok-elok. Main tolak-tolak dah kenapa?” bentak Haira. Tak mahu kalah juga. Geram saja dia dengan adik kembarnya itu.
“Gaduhlah sampai puas. Abi pergi dulu ya,” sergah Encik Hisyam. Bukan nak marah tetapi menggalakkan lagi ada. Terus Encik Hisyam masuk ke dalam perut kereta. Haira menjeling Harraz sebelum berlari ke arah kereta.
“Macam budak-budak,” kutuk Harraz. Serupa tak sedar diri dia pun sama budak-budaknya.
“Harraz tak payah nak mengata si Haira tu. Harraz dengan dia sama ja. Masih dalam kategori kanak-kanak bawah umur. Acah ja nak jadi dewasa,” celah Haidan yang baru sahaja tiba di situ. Harraz mencebik bibir. Kan dah kena setepek. Qharissa tertawa kecil. Terhibur melihat drama percuma petang-petang ini.
“Maaf Qharissa sebab buat hang tunggu lama,” ucap Haidan. Rasa bersalah pula biarkan Qharissa menunggunya lama.
“Tak apa. Aku dah biasa,” balas Qharissa bersama senyuman kecil. Haidan mengecil mata memandang Qharissa.
“Nak perlilah tu,” kata Haidan. Qharissa tertawa kecil.
“Dah, dah. Hangpa nak pergi mana-mana tu pergilah. Tapi, balik rumah sebelum pukul 6.00 petang.” Arahan tegas diberikan oleh Puan Humairah
Haidan dan Qharissa mengangguk kepala sebelum melangkah pergi. Harraz hanya memerhati sebelum nafas berat dihela.
UNTUK sekian kalinya, Qharissa hela nafas berat. Runsing memikirkan mahu beritahu atau tidak. Kalau beritahu, dia perlu bersedia untuk menerima penolakan dari Haidan. Kalau pendam, hatinya mungkin akan lebih sakit. Qharissa merenung pemandangan di hadapannya. Sedikit pun tidak peduli dengan Haidan yang bercakap entah apa. Kesian kawan sembang seorang diri.
Letih berperang dengan perasaan sendiri. Qharissa hela nafas lagi. Tak tahulah berapa kali dia mengeluh. Kalau Harraz ada ni, mesti kena tegur.
“Aku sayang hang, Qharissa.”
Seperti orang mamai, Qharissa terus menoleh ke arah Haidan. Dia rasa Haidan ada cakap sesuatu.
“Huh? Hang cakap apa tadi?” tanya Qharissa bersama riak wajah yang polos. Haidan tersenyum sinis.
“Aku cakap aku sayang hang,” ulang Haidan. Qharissa tercengang. Jantung mula berdegup kencang.
“Hang sayang aku?” tanya Qharissa. Haidan nak gelak tapi dia tahan. Polosnya Mawar Qharissa ini.
“Ha’ah. Sayang hanh sebagai kawan,” balas Haidan sebelum tertawa. Qharissa tayang muka geram. Niat nak marah tapi bila teringat akan masalah dia, terus tak jadi.
“Hang pasaipa Rissa? Nampak runsing macam ada masalah. Atau hang sedih sebab aku nak tinggalkan hang?” Haidan bertanya. Risau pula melihat Qharissa yang kelihatan muram itu.
“Siapa ja tak sedih kawan baik pindah jauh,” ujar Qharissa.
“Kita masih boleh berhubung Qharissa. WhatsApp ada kan. Kita juga boleh buat panggilan video. Zaman sekarang dah canggih,” kata Haidan. Lebih kepada nak memujuk Qharissa. Qharissa senyum kambing.
“Kalau aku cakap sesuatu dekat hang, mampu tak hang nak buat semua tu?” tanya Qharissa. Haidan kebingungan.
“Apa maksud hang?”
Qharissa tarik nafas dan hembus perlahan. Bersiap sedia untuk kehilangan sahabat baik wahai Mawar Qharissa.
“Antara cinta dan sahabat? Yang mana yang hang pilih?” Qharissa bertanya. Tidak lepas dia memandang Haidan. Menunggu balasan dari lelaki itu.
“Aku pilih sahabat,” balas Haidan tanpa ragu-ragu. Qharissa ukir senyuman sinis. Sudah agak apa yang dipilih oleh Haidan.
“Kenapa hang tanya soalan macam tu?” Entah kenapa, Haidan rasa tidak sedap hati. Seolah-olah Qharissa cuba beritahunya sesuatu.
“Sebab aku nakkan kepastian. Hang tetap anggap aku sahabat hang. Aku kena terima hakikat tu,” kata Qharissa. Haidan merengus tidak puas hati. Suasana antara mereka berubah tegang.
“Apa yang hang cuba nak cakap ni, Mawar Qharissa?” Suara Haidan berubah keras. Seakan dapat meneka apa yang ingin dikatakan gadis itu.
“Aku minta maaf sebab mungkir janji. Aku anggap hang lebih dari seorang kawan. Aku suka hang Haidan. Aku minta maaf.”
Haidan terpempan. Hilang kosa kata.
“Benar kata orang, persahabatan antara lelaki dan perempuan ada dugaan dia. Salah seorang daripada mereka pasti akan ada perasaan cinta. Tak semua boleh kekal menjadi sahabat. Jarang semua tu nak berlaku. Paling pun, istilah kawan sampai kahwin tu wujud antara mereka. Tetapi kita?”
“Tak akan wujud. Sebab aku tak ada perasan sedikit pun dekat hang Qharissa,” jawab Haidan dengan nada dingin. Qharissa beriak tenang kerana dia sudah bersedia untuk menerima penolakan Haidan.
“Sedar tak yang hanh dah hancurkan persahabatan kita?” Keras Haidan menyoal Qharissa. Dia bangun dari labuhan kerusi batu. Qharissa tetap menunduk kepala memandang tanah.
“Aku sedar Haidan.” Perlahan suara Qharissa membalas. Haidan tersenyum sinis.
“Jadi tahniah sebab dah hancurkan persahabatan kita. Aku tak pernah terfikir yang hang akan mungkir janji. Tolong buang perasaan tu sebab sampai bila-bila pun aku tak ada perasaan cinta tu untuk hang,” tegas Haidan berkata.
“Walaupun secebis?”
“Ya. Aku tak cintakan hang dan tak akan pernah cintakan hang.” Haidan memberi kata putus.
“Okey terima kasih. Aku harap hang bahagia dengan pilihan hang tu Haidan. Aku janji aku akan buang perasaan ni.”
Haidan tidak berkata apa-apa. Dia terus pergi tanpa menoleh lagi. Sekelip mata persahabatan mereka retak. Tetapi kenapa Haidan rasa hatinya sakit? Patutnya dia rasa kecewa dan marah sekarang.
Qharissa senyum tawar melihat figura Haidan yang sudah menjauh.
“Tak apa Qharissa. Sekurang-kurangnya, beban kau dah berkurang. Hati kau dah tenang walaupun tetap sakit kerana hilang kawan,” gumam Qharissa.
Qharissa dongak kepala. Bukan untuk melihat langit tetapi untuk menahan air mata dari jatuh.
“Menangislah Kak Mawar. Untuk apa tahan air mata tu,” tegur seseorang. Qharissa tahu siapa yang tegur dia. Tak ada orang lain yang panggil dia Kak Mawar. Hanya Harraz seorang saja. Gadis itu pandang Harraz yang berada di hadapannya.
“Kak Mawar dah hilang kawan baik,” kata Qharissa, seakan mengadu. Harraz senyum tipis.
“Harraz tahu. Harraz nampak abang pergi macam tu ja,” kata Harraz. Ya, dia ikut Haidan dan Qharissa ke taman tanpa mereka tahu. Dari awal, dia nampak mereka gembira. Dan sekelip mata momen indah itu musnah hanya kerana luahan perasaan itu.
“Menangislah Kak Mawar. Harraz duduk sini teman Kak Mawar,” kata Harraz. Qharissa tetap diam. Bukannya apa. Dia malu mahu menangis di hadapan adik Haidan itu.
“Kalau Kak Mawar malu, Harraz pusing belakang. Saya takkan tengok Kak Mawar menangis.”
Seakan dapat membaca isi hati Qharissa, terus Harraz pusing belakang. Qharissa tak dapat menahan lagi, laju sahaja air mata turun. Terus dia tekup muka. Menangis sepuasnya.
Harraz senyum tawar.
“Harraz harap ini kali terakhir Kak Mawar menangis kerana abang Haidan,” ucap Harraz. Qharissa dengar cuma dia tidak mampu membalas. Hanya menangis dan terus menangis.
Bersambung...
DBUA dah nak habis.
nasyanur
15022024
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro