Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 12

SEBAIK sahaja keluar dari dewan peperiksaan, calon yang mengambil subjek ekonomi asas bersorak gembira. Subjek ekonomi asas kertas dua adalah subjek terakhir bagi pelajar yang mengambil subjek tersebut. Maka berakhirlah peperiksaan SPM bagi mereka.

Qharissa gapai tote begnya. Segala peralatan menulis dimasukkan ke dalam kotak pensel. Kemudian, dia melabuhkan punggung di situ. Siap sandar belakang badan pada tiang. Dia betulkan awning tudung sekolah sambil mata memandang sekeliling. Nafas dihela. Hari ini adalah hari terakhir dia berada di sekolah ini. Tamat sudah perjalanannya sebagai seorang pelajar sekolah menengah.

Bermakna, Haidan pun bakal berpindah ke Kuala Lumpur. Belum pasti bila, tetapi rasa sedih sudah mula terasa. Sedang melayan perasaan sendiri, bahu kanannya dicuit. Terus dia pandang sebelah kanan. Wajah Haidan menyapa anak matanya.

“Kenapa hang lambat?” tanya Qharissa.

“Aku pi tandas dulu. Lepas tu sembang dengan Firdaus kejap,” balas Haidan. Qharissa mengangguk kepala.

“Oh. Jom balik.” Qharissa bangun dari duduknya. Haidan turut bangun. Mereka mula mengorak langkah.

“Tak mau lepak dulu ka? Raikan kebebasan kita?” Haidan menyoal Qharissa. Gadis itu geleng kepala.

“Dengan pakai baju sekolah ni? Memang taklah,” bantah Qharissa. Memang tidaklah dia nak pergi lepak dengan berpakaian sekolah. Sudahlah lepak dengan Haidan. Orang pandang pelik sahaja. Haidan terdiam. Lagaknya seakan memikirkan sesuatu

“Hmmm... kalau macam tu petang ni kita keluaq,” ajak Haidan. Dia memandang Qharissa. Menunggu balasan gadis itu.

“Pi mana?”

“Lepak kedai makanlah. Aku belanja,” balas Haidan. Qharissa terus tersenyum.

“Okey,” balas Qharissa. Haidan tertawa sinis.

“Laju ja jawab bila dengar perkataan belanja,” kata Haidan. Qharissa tak balas apa-apa. Dia cuma ketawa.

Orang nak belanja, kenapa nak tolak pula? Rezeki jangan ditolak.

 





SEPERTI yang dijanjikan, Qharissa dan Haidan lepak di kedai makan. Kedai yang terletak bersebelahan dengan sekolah rendah.

“Kenapa hang tak ajak Zahran dengan Syafiqah?” tanya Qharissa. Teh o ais disedut perlahan.

“Aku nak lepak berdua dengan hang. Sebab lepas ni aku tak tau boleh jumpa hang lagi atau tak,” kata Haidan. Qharissa tersentak. Berdebar jantungnya kerana tahu apa yang ingin di sampaikan oleh Haidan.

“Pasaipa?”

“Macam yang aku pernah cakap dulu, lepas SPM aku pindah KL. Ya, hari Khamis minggu depan,” beritahu Haidan. Qharissa senyum tipis. Sudah menjangkakannya.

“Cepatnya.”

“Abi aku tak boleh lama-lama dekat sini. Risau tinggal kedai dia dekat KL lama-lama,” kata Haidan. Dia perasan wajah Qharissa berubah mendung.

“Masa ambil keputusan nanti, balik tak?” tanya Qharissa. Haidan angkat bahu. Tanda tidak tahu.

“Tak tau lagi. Kalau hang nampak aku dekat sekolah, nampaklah. Kalau tak, tak baliklah tu.” Haidan memberikan jawapan yang selamat.

“Aku harap hang tak cari kawan perempuan baru dekat sana,” kata Qharissa. Haidan tersenyum kecil. Sampai ke situ Qharissa fikir.

“Hang seorang ja kawan perempuan aku. Sampai bila-bila pun hang tetap kawan baik aku, Mawar Qharissa,” ujar Haidan. Dah kenal lama, tak akan dia nak buang Qharissa pula.

Qharissa senyum sumbing. Sesak dadanya apabila Haidan tetap anggap dia sebagai kawan. Haidan melihat wajah muram Qharissa terus tersenyum tipis.

“Hang nak sedih sekarang ni pasaipa? Kita ada masa lagi nak jumpa, nak habiskan masa berdua. Esok pun kita boleh jumpa lagi. Relaks Qharissa. Jangan sedih awal sangat,” pujuk Haidan. Cukup tak suka melihat wajah sedih Qharissa.

“Kita dah 13 tahun kawan. Tak pernah berpisah. Tup, tup hang nak pindah. Ni kira kita dah berjauhan dengan jarak yang sangat jauh. Mestilah aku rasa sedih,” balas Qharissa.

Lelaki ni tak perasaan sedih ke? Cukuplah tak ada perasaan cinta untuk Qharissa. Takkan perasaan sedih nak berjauhan dengan Qharissa pun tak ada?

Tetapi hakikat sebenarnya, Qharissa memang dah rasa jauh dengan Haidan semenjak lelaki itu ada Naraliyana.

Haidan hela nafas berat. Mungkin dia lelaki, tak faham apa yang dirasakan oleh perempuan. Benda kecil pun, boleh jadi besar pada kaum perempuan.

“Sudahlah. Ini yang aku malas nak bagitau hang awal-awal ni. Kan dah murung. Jangan menangis. Nanti hujan,” kata Haidan.

“Apa kaitan menangis dengan hujan pulak?” Berkerut dahi Qharissa.

“Ada kaitanlah Rissa. Muka hang pun dah mendung. Mata tu macam nak menangis ja. Samalah dengan cuaca sekarang. Mendung. Kejap lagi hujanlah tu,” balas Haidan.

Qharissa terus memandang langit. Suasana masih lagi cerah. Tapi awan hitam sudah kelihatan walaupun tak banyak. Kejap lagi mendunglah.

“Jadi, kita patut balik,” kata Qharissa. Jam di pergelangan tangan dilihat. Sudah pukul 5.30 petang. Mereka sudah satu jam tiga puluh minit lepak di kedai makan itu.

“Hang yang patut balik. Aku nak jumpa Nara. Esok dia nak balik kampung ibu dia. Nanti aku dah tak jumpa dia dah,” ujar Haidan. Berubah riak muka Qharissa.

“Oh. Aku kacau janji temu hang dengan dia ka?” tanya Qharissa. Haidan geleng kepala.

“Eh tak. Dia yang kacau kita,” balas Haidan tanpa perasaan. Qharissa tengadah.

Rasanya, semenjak kejadian Qharissa marah Haidan beberapa bulan lepas, Haidan jarang jumpa Naraliyana di luar. Memang patut kena marah pun, dah janji nak ulang kaji pelajaran sama-sama, boleh pula lupa. Dating dengan awek tak lupa pula.

“Dia nak jumpa kat sini ka?” tanya Qharissa.

“Tak. Dekat kedai cendol pulut. Dekat dengan rumah dia. Itu yang aku naik motosikal hari ni. Hang nak ikut ka?” Haidan pandang Qharissa. Gadis itu terus geleng kepala. Memang tidaklah dia ikut. Makan hati nanti melihat kemesraan Haidan dengan Naraliyana.

“Tak maulah. Hang pilah. Hati-hati bawa motosikal tu,” kata Qharissa, turut memberi pesanan. Haidan ketawa sarkastik.

“Hang tu yang patut hati-hati. Ka hang nak aku hantar hang balik?” Haidan jongket kening sebelah.

“Dengan bonceng motosikal dengan hang?” tanya Qharissa. Haidan mengangguk kepala bersama senyuman mengusik.

“Ha’ah,” jawab Haidan. Qharissa memandang tajam lelaki itu.

“Gila ka? Orang tengok, berbakul-bakul mengata kita. Buat malu keluarga kita ja,” balas Qharissa. Memang tidaklah dia nak bonceng motosikal dengan Haidan. Lelaki itu tertawa halus.

“Aku melawak ja. Aku pun tak mau kena piat telinga dengan umi. Hang tu, jangan singgah mana-mana. Terus balik,” pesan Haidan. Riaknya sudah berubah serius.

“Ya tahu.”

Haidan pakai topi keledar. Kemudian enjin motosikal dihidupkan.

“Aku gerak dulu. Nanti mesej aku kalau hang dah sampai rumah.”

Haidan kenyit mata kepada Qharissa sebelum memecut laju motosikalnya meninggalkan tempat itu. Qharissa tercengang seketika. Dada bagaikan hendak pecah apabila Haidan kenyit mata kepadanya. Apa motif Haidan buat macam tu?

“Kau sengaja kan buat aku berdebar-debar macam ni Haidan Luthfan? Sungguh aku benci kau.”

Tak tahu Qharissa nak buat apa sekarang. Nak berterus terang tapi dia takut. Kalau terus pendam, dia akan sakit. Dia sebenarnya tak mahu ada rasa iri hati terhadap Naraliyana.

Qharissa hela nafas. Malaslah nak fikir. Apa yang penting sekarang, dia perlu segera pulang ke rumah. Dia melangkah meninggalkan kawasan kedai makan. Separuh dia jalan, tidak semena-mena hujan turun. Tak ada bagi isyarat apa-apa terus turun. Menggelabah Qharissa berlari mencari tempat perlindungan. Gerai burger menjadi tempat perlindungannya.

“Lebatnya. Menyesal tak bawa payung,” rungut Qharissa.

Beberapa helaian rambut yang melekat di muka, dikemaskan. Habis basah baju yang dipakainya. Itu pun nasib baik tak lencun. Tote beg dipeluk ke dada. Nafas berat dihela. Dia mendongak kepala, memandang dada langit. Hujan turun mencurah-curah tanpa henti. Melihat air hujan, entah kenapa Qharissa rasa tenang. Dia hulur tangan dan menadah air hujan tersebut. Spontan, bibirnya mengukir senyuman kecil. Seronok menikmati hujan, tidak semena-mena Qharissa tertoleh sebelah kanannya. Tersentak Qharissa. Iris matanya bertemu dengan iris insan yang amat dia kenali.

“Harraz?”

Apa adik Haidan buat di sini?









Bersambung...






nasyanur
14022024

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro