BAB 11
Imbas kembali 4 tahun lepas...
“SELAMAT hari tua Rissa,” ucap Haidan. Tersenyum lebar Qharissa.
“Terima kasih Haidan. Hadiah takdak ka?” Qharissa tersengih menyerlahkan barisan gigi putihnya. Haidan tayang muka jengkel.
“Dah tua pun nak hadiah lagi ka?” kutuk Haidan. Jegil mata Qharissa.
“Hey! Aku baru 13 tahun. Muda lagilah!” tempelak Qharissa. Haidan tergelak kecil.
“Ceh! Nah hadiah hang.” Haidan hulur bungkusan hadiah kepada Qharissa. Usik saja tadi. Terus bersinar mata gadis itu melihat hadiah dari Haidan itu.
“Wah! Terima kasih Haidan,” ucap Qharissa. Tak lekang senyuman di bibirnya.
“Sama-sama. Bukalah. Aku harap hang suka.” Haidan tak lepas memerhati Qharissa. Gadis itu terus buka bungkusan hadiah itu. Melihat isi hadiah itu membuatkan Qharissa tertawa kecil.
“Tudung bawal lagi. Sejak aku darjah lima hang bagi aku hadiah yang sama. Apa pun terima kasih,” ucap Qharissa. Haidan tak jemu bagi dia tudung dan menasihatinya supaya kekal bertudung. Tapi itulah, dia belum bersedia nak bertudung kekal. Dia mahu bertudung, menutup aurat sepenuhnya kerana Allah, bukan kerana manusia. Dia mahu melakukannya dengan rela hati.
“Aku harap suatu hari nanti hang bertudung kekal. Aku akan tunggu hari tu. Jadi, tiap-tiap tahun aku bagi hadiah sama ja. Biaq bertambah koleksi tudung bawal hang,” ujar Haidan. Mana nak cari kawan yang membawa ke syurga ini?
“Jarang betul ada kawan lelaki berharap kawan perempuan dia pakai tudung kekal. Untung betul siapa dapat hang ni,” ujar Qharissa. Kedua-dua mereka tertawa.
Qharissa simpan tudung bawal ke dalam beg. Dia memandang Haidan yang turut memandangnya. Tipulah kalau dia cakap Haidan tak kacak. Usia baru sahaja 13 tahun, tapi Haidan sudah nampak sedikit matang.
“Hang ada apa-apa nak cakap ka?” tanya Qharissa. Dia perasan riak Haidan seakan memikirkan sesuatu.
“Rissa... aku harap kita kekal jadi kawan baik. Salah seorang dari kita tak boleh jatuh cinta. Aku tak mau persahabatan kita hancur. Janji tau?”
Qharissa tergemap mendengar ujaran Haidan itu. Kata-kata yang menghempap diri sendiri.
“Ya janji,” balas Qharissa. Mahu tak mahu, terpaksa juga mengucap kata janji. Terpaksa menahan rasa kecewa. Kecewa kerana Haidan hanya menganggap dia sebagai seorang kawan sahaja. Sedang dia, perasaan dia terhadap Haidan lebih dari seorang kawan.
Bahayanya hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan apabila salah seorang daripada mereka jatuh cinta. Jika dua-dua ada perasaan yang sama, tidak menjadi masalah. Tetapi jika seorang sahaja ada perasaan itu, maka retaklah hubungan persahabatan yang dibina.
Tamat imbas kembali.
“Aku dah mungkiri janji kita Haidan. Maafkan aku.” Merintih Qharissa.
Qharissa hela nafas berat. Penat menahan rasa sakit di hati. Apa yang ada pada Naraliyana dan apa yang tiada pada dia? Sehinggakan Haidan mudah jatuh cinta terhadap Naraliyana. Perempuan yang baru dikenali terus menjadi pilihan hati Haidan.
Sedang melayan perasaan sendiri, Pintu biliknya diketuk.
“Adik, keluaq kejap.” Suara Qhafael kedengaran. Qharissa terus turun dari katil dan melangkah ke arah pintu.
“Ada apa angah?” tanya Qharissa.
“Haidan ada dekat luaq. Dia nak jumpa adik,” ujar Qhafael. Terkejut Qharissa mendengar berita daripada Qhafael itu.
“Seriuslah?” tanya Qharissa lagi. Ingin kepastian lagi. Qhafael tayang muka malas.
“Taklah. Angah tipu ja,” balas Qhafael penuh sarkastik.
“Jangan main-mainlah angah,” marah Qharissa. Qhafael mendecit geram.
“Angah serius tau. Takdak masa nak main-main. Pilah tengok sendiri,” arah Qhafael. Qharissa akur.
“Yalah.”
Qharissa melangkah sambil mengikat rambut lurusnya menjadi ekor kuda. Sampai di hadapan pintu, dia menjenguk ke luar rumah. Benar. Haidan Luthfan berada di luar. Qharissa hela nafas sebelum menyarung selipar.
“Hang nak apa datang rumah malam-malam ni?” sergah Qharissa. Haidan terkejut. Nasib baik tak campak telefon pintarnya.
“Terkejut aku, Qharissa.” Haidan mengusap dadanya perlahan. Kus semangat!
“Siapa suruh leka main telefon. Hang nak apa?” tanya Qharissa dengan nada kasar.
“Aku cuma nak minta maaf fasal hal petang tadi. Aku tak sengaja,” ucap Haidan.
Qharissa tarik senyum sinis. Dia nampak wajah Haidan penuh dengan rasa bersalah. Mudah betul minta maaf. Buat salah minta maaf. Kalau sekali dua, boleh Qharissa terima lagi. Tetapi, ini dah banyak kali. Qharissa muak.
“Sudahlah Haidan. Aku penat dengar kata maaf hang. Suka hati hanglah nak buat apa pun. Hang tak ulang kaji pelajaran pun, boleh skor A. Budak pandai katakan,” kata Qharissa. Terselit juga ayat menyindir. Haidan tersentak. Makin rasa bersalah.
“Alaaa, janganlah merajuk. Aku tak sengaja tau. Aku betul-betul lupa.” Nada suara berubah rendah. Cuba untuk memujuk Qharissa.
“Betullah tu. Ingatan hang terhadap aku dah makin terhakis sejak hang bercinta dengan Naraliyana tu. Sebelum hang kenal Yana, hang tak macam ni pun. Tak kisahlah kalau hang nak dating dengan dia tiap-tiap hari pun. Tapi tolong beritahu aku kalau hang tak boleh datang. Telefon jangan letak dalam mood senyap,” luah Qharissa. Ikutkan hati nak saja dia sembur dengan kata-kata yang lebih pedas. Tapi dia terpaksa sabar.
“Aku tak boleh nak salahkan Yana. Yana kan makwe hang. Tinggi pangkat dia dari aku yang cuma kawan hang ja. Tapi aku pun ada perasaanlah Haidan Luthfan,” luah Qharissa lagi.
Haidan cuma diam; membuatkan Qharissa raup wajahnya kasar.
“Dahlah. Aku tak mau gaduh-gaduh. Aku nak tenang-tenang ja waktu-waktu nak dekat SPM ni,” ujar Qharissa. Biarlah mereka gaduh selepas tamat SPM. Masa tu tak perlu risau terbeban dengan masalah.
“Lagi, aku minta maaf,” ucap Haidan. Qharissa hela nafas berat.
“Hmmm. Pergi balik. Dah malam ni.” Halau Qharissa.
“Relakslah. Rumah aku dekat ja,” ujar Haidan. Baru dia nak lepak lama sikit dengan Qharissa. Alih-alih kena halau.
“Dalam perjalanan nak balik tu macam-macam boleh jadi tau. Dah berambus sana! Jangan lupa buat kerja sekolah Geografi.” Kali ini nada suara Qharissa sangat tegas. Haidan buat muka sedih.
“Yalah. Aku balik dulu. Selamat malam. Kalau boleh mimpikan aku.”
“Daripada mimpikan hang, lebih baik aku mimpikan Seokjin BTS. Kacak pun kacak. Sejuk juga mata memandang. Dari hang tu, dahlah tak kacak. Lepas tu, asyik panas ja mata aku bila pandang hang. Dah berambus!” Tanpa perasaan Qharissa mengutuk Haidan. Ternganga lelaki itu.
“Kurang ajaq punya kawan. Aku benci hang!”
“Aku lagi benci hang!” balas Qharissa. Tak mahu kalah.
Haidan menggeleng kepala sebelum tergelak kecil. Dia melangkah meninggalkan pekarangan rumah Qharissa. Kebetulan bunyi anjing menyalak. Haidan melambai-lambai kepada Qharissa. Gadis itu balas. Namun, hanya seketika riak mukanya berubah cuak.
“Weh Haidan! Anjing kejar hang!” jerit Qharissa. Terus Haidan pandang belakang. Dia nampak anjing berlari garang sambil menyalak ke arahnya.
“Weh khinzir anjing! Arghhh!” jerit Haidan sebelum buka langkah seribu. Berlari tak cukup tanah Haidan Luthfan.
Qharissa yang melihat adegan itu sudah berdekah ketawa. Kan dah cakap, dalam perjalanan balik tu macam-macam boleh jadi. Masin betul mulut dia.
“Aku dah cakap Haidan. Kan dah mendapat. Padan muka kau!”
PERUT yang memulas-mulas membuatkan Qharissa mendesis sakit. Berkerut dahi sambil menekan perut. Sakit seakan ada benda merobek perutnya. Dia syak, dia datang bulan tanpa disedari. Terus kena senggugut. Nasib baik datang sehari sebelum SPM. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi.
“Hang pasaipa Rissa?” soal Haidan. Risau pula dia melihat wajah Qharissa yang seakan menahan sakit.
“Aku sakit perut. Aku nak pergi tandas.” Qharissa bangun dari kerusi. Tergopoh-gapah dia keluar dari kelas. Beg sekolah ditinggalkan begitu sahaja.
“Weh Rissa. Kalau ya pun bawa beg hang sekali!” jerit Haidan. Tiada guna, Qharissa hilang dari pandangannya. Haidan hela nafas.
“Tu mesti senggugut tu. Haish! Takkan aku nak ikut dia ke tandas pulak?” gerutu Haidan.
Mahu tak mahu, Haidan bangun dari kerusi. Beg galas Qharissa turut dicapai. Langkah kaki dihayun keluar dari kelas. Kawasan koridor lengang cuma ada beberapa pelajar baru keluar dari kelas masing-masing.
Sampai dekat kawasan tandas perempuan, ternampak figura Natasha. Terus gadis itu; dia hampiri.
“Eh Tasha, hang tak balik lagi?” tanya Haidan. Saja berbasa-basi.
“Aku tunggu Auliya. Dia masuk tandas,” balas Natasha. Dahi berkerunyut apabila sedar Qharissa tiada bersama Haidan.
“Elok sangat. Hang masuk dalam. Tolong tengok Qharissa sat. Minah tu mengadu sakit perut. Aku rasa dia senggugut,” ujar Haidan. Baru Natasha tahu kenapa Qharissa tak ada dengan Haidan.
“Haa, kejap. Bagi beg Rissa.”
Haidan hulur beg Qharissa kepada Natasha. Tahulah apa yang Natasha ambil. Beg tersebut diserah kembali kepada Haidan.
“Alang-alang tu hang jaga beg aku kejap. Jangan intai tau. Kalau tak, aku sumpah mata hang buta satu hari,” kata Natasha, terselit juga kata amaran. Haidan putar bola mata.
“Aku tahulah. Cepatlah. Kesian Qharissa,” desak Haidan.
“Ya, sabarlah.”
Natasha masuk ke dalam tandas. Haidan bersandar di dinding koridor. Tenang sahaja dia menikmati angin yang melalui bangunan sekolah tiga tingkat itu.
“Qharissa, ni aku Natasha. Hang okey dak?” tanya Natasha. Auliya yang berada di singki hanya diam memerhati.
“Tasha, aku...” Kata-kata Qharissa dicantas Natasha.
“Aku tau. Keluarlah. Aku bagi hang roti kering ni,” ujar Natasha.
Qharissa buka pintu sedikit. Natasha hulur tuala wanita itu kepada Qharissa. Huluran Natasha disambut. Tidak lama kemudian, Qharissa keluar dari tandas. Natasha perasan wajah Qharissa pucat dengan dahi berkerut-kerut.
“Baju aku terkena darah. Macam mana nak balik? Malulah,” kata Qharissa.
“Mungkin Haidan boleh tolong hang,” ujar Natasha. Qharissa terkedu.
“Haidan tak balik lagi?” Dia ingat Haidan dah balik. Mana tahu nak jalan-jalan sekali dengan Naraliyana.
“Dia ada dekat luaq,” balas Natasha.
Qharissa melangkah ke singki. Tangan dibasuh. Kemudian dia berdiri di bingkai pintu tandas. Dia memandang Haidan yang melangkah perlahan ke arahnya.
“Rissa, hang okey dak?” tanya Haidan. Terpancar riak risau di wajah lelaki itu.
“Aku ingat hang dah balik dengan Yana,” kata Qharissa.
“Memang kita balik waktu yang sama dengan budak tingkatan tiga,” kata Haidan dengan nada sarkastik.
“Hang okey dak ni? Muka hang pucatlah.” Wajah Qharissa direnung. Jarang-jarang dia melihat wajah Qharissa sepucat itu. Nampak sangat teruk senggugut yang di alami Qharissa ketika ini.
“Biasalah senggugut. Aku nak balik tapi baju aku...”
“Okey, aku faham,” cantas Haidan sebelum hulur baju sejuk kepada Qharissa.
“Ambil ni. Ikat dekat pinggang,” arah Haidan.
“Terima kasih Haidan.”
“Benda kecik ja. Jom. Hang boleh jalan dak? Kalau tak boleh, aku nak dukung.” Sempat lagi nak mengusik. Qharissa tu sudahlah mood tak elok.
“Jangan nak mengada Haidan.” Jegil mata Qharissa. Tertawa Haidan.
“Terima kasih Tasha. Kami balik dulu,” ucap Qharissa.
“Sama-sama.”
Haidan dan Qharissa menuruni anak tangga meninggalkan Natasha dengan Auliya di situ.
“Kalau macam tu perangai Haidan, perempuan mana tak suka. Qharissa sakit. Bukan sakit biasa. Tapi, Haidan langsung tak tinggal,” kata Natasha. Dia cemburu dengan persahabatan antara Haidan dan Qharissa.
“Kan. Untung budak Yana tu,” balas Auliya.
“Untung kalau Naraliyana tu memang jodoh Haidan. Dahlah. Berdiri dekat sini buat apa. Jomlah balik.”
Natasha menuruni anak tangga diikuti Auliya di belakang.
Bersambung...
nasyanur
14022024
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro