Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AN 13











AIDAN tergesa-gesa menuruni anak tangga. Sampai saja di tingkat bawah, anak matanya meliar sekeliling ruang tamu. Mencari kelibat si isteri tercinta. Kemudian, langkah dihayun menuju ke dapur.

“Nadia!” panggil Aidan sebaik sahaja tiba di ruang dapur. Terlihat Nadia bersama ibu mentuanya di dapur. Bibir mengoyak senyuman nipis.

“Kenapa? Abang nampak cemas aje?” Wajah cemas si suami ditatap penuh kerisauan.

“Abang nak ke hospital. Ayah kawan abang masuk hospital. Kena serangan jantung,” beritahu Aidan.

Usai dia berpakaian sebentar tadi, tiba-tiba dia dapat panggilan dari Encik Sufian. Tanpa fikir panjang, dia angkat panggilan tersebut. Namun, bukan Encik Sufian yang menjawab tetapi Safira. Apabila, Safira memberitahu tentang keadaan Encik Sufian terus Aidan dilanda kerisauan. Baru saja dia bercadang hendak melawat Encik Sufian hari ini.

“Ya Allah. Bila kena tu?” soal Puan Natrah dengan air muka terkejut.

“Baru tadi. Saya nak pergi tengok. Lagipun dia sorang aje. Mana ada adik beradik lain.”

Mendengar bicara Aidan itu, hati Nadia dipagut rasa tidak sedap hati. Dia dapat merasakan bahawa kawan yang disebut Aidan itu adalah Safira. Memandangkan Safira cuma anak tunggal yang hanya ada ayah saja. Air muka keruhnya cuba disembunyikan.

“Saya pergi dulu mama. Nadia, abang pergi dulu. Insya-Allah, tengahari nanti abang balik. Abang masak tomyam thai untuk awak. Sekaligus, cerita semuanya dekat awak. Trust me okay?” Panjang lebar Aidan menutur kata. Bukan tak perasaan air muka si isteri yang berubah keruh itu. Pasti, Nadia tahu siapa kawan yang disebutnya.

“Yalah. Hati-hati memandu,” pesan Nadia tanpa nada. Aidan terus tekap kedua-dua belah telapak tangannya ke pipi si isteri.

“Senyum sikit. Abang tak suka tengok muka cemberut awak,” pinta Aidan.

Mahu tak mahu, Nadia mengoyakkan senyuman kecil. Aidan turut tersenyum sebelum mengucup dahi si isteri.

“Abang pergi dulu. Mama, Aidan pergi dulu. Tolong tengokkan Nadia.”

Puan Natrah mengangguk kepala.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Aidan melangkah pergi. Nadia menghela nafas berat. Perut bulatnya diusap perlahan. Baru saja hendak bersarapan bersama Aidan. Puan Natrah perasan perubahan air muka anak perempuannya itu. Ingin saja bertanya, namun terpaksa batalkan niat itu. Tak mahu masuk campur urusan suami dan isteri itu. Biar mereka selesaikan sendiri.

“Sudahlah tu. Mari sarapan dulu.”

“Baik mama.”









PINTU wad ditolak, menarik perhatian Safira. Susuk tubuh tinggi dan separa tegap milik Aidan menyapa pandangannya. Lantas, dia berdiri tegak. Bibir menguntum senyum nipis.

“Assalamualaikum.” Aidan memberi salam. Tidak pula dia mendekati katil yang menempatkan Encik Sufian. Hanya memerhati lelaki separuh usia.

“Waalaikumussalam. Saya ingat awak tak datang.” Safira mendekati Aidan.

“Saya dah janji dengan ayah nak jumpa hari ni. Tak sangka pula, jadi macam ni,” balas Aidan. Safira mengangguk kepala tanda faham.

“Saya tahu. Ayah dah beritahu saya semalam. Sebenarnya, lepas sarapan tadi, saya bawa ayah ke klinik untuk pemeriksaan sebab demam ayah tak kebah. Sampai aje dekat klinik, ayah mengadu sakit dada. Rupa-rupanya, ayah terkena serangan jantung. Nasib baik ayah tak ada apa-apa. Saya tak boleh bayang kalau ayah terlambat untuk diselamatkan.” Panjang lebar Safira bercerita. Aidan mengangguk faham.

“Sekarang ni ayah macam mana?” tanya Aidan. Matanya masih terpaku pada susuk tubuh Encik Sufian yang masih belum sedarkan diri.

“Doktor cakap ayah dah okey. Tapi, kena tinggal di sini untuk beberapa hari. Keadaan ayah perlu dipantau,” balas Safira. Sekilas dia pandang Aidan. Dia nampak lelaki itu sekarang semakin tampan. Berbeza dengan Aidan beberapa bulan lepas. Tubuhnya lebih tegap. Wajah yang bersih sebelum ini sudah dipenuhi dengan jambang nipis. Aidan nampak lebih matang.

“Alhamdulillah, lega saya dengar.” Aidan berasa lega yang teramat sangat.

“Awak datang seorang?” soal Safira. Kemunculan Aidan sebentar tadi, dia ada juga tercari-cari kelibat isteri Aidan.

“Saya seorang aje,” balas Aidan mendatar.

“Ingatkan datang dengan isteri awak.”

Belum sempat Aidan nak menjawab, pergerakkan dari Encik Sufian menarik perhatian mereka. Lantas kedua-dua mereka mendekati katil.

“Ayah?” seru Safira. Melihat si bapa mencelik mata perlahan-lahan, membuatkan Safira menguntum senyum gembira. Tangan si bapa digenggam kemas.

“Safira... anak ayah...”

“Ya Safira ni. Anak kesayangan ayah. Alhamdullilah, ayah dah sedar.”

Encik Sufian mengukir senyuman lemah. Seakan sedar ada insan lain selain anaknya, terus dia menoleh sebelah kiri.

“Aidan?” seru Encik Sufian. Aidan turut menggenggam tangan si bapa.

“Ya ayah. Aidan ni.” Aidan mengukir senyuman nipis.

“Alhamdulillah. Ayah dapat juga jumpa kamu Aidan. Ayah rindu,” ujar Encik Sufian dengan nada perlahan. Masih lagi lemah.

Aidan angguk kepala perlahan.

“Aidan pun rindu ayah. Maafkan Aidan sebab lama tak jenguk ayah,” ucap Aidan. Encik Sufian menggeleng kepala.

“Tak apa. Ayah faham.”

“Aidan panggil doktor untuk periksa keadaan ayah. Nanti kita berbual panjang.”

Encik Sufian cuma mengangguk kepala. Tombol yang berada di dinding betul-betul kepala katil terus ditekan Aidan. Tidak lama, doktor lelaki dan seorang jururawat wanita tiba. Aidan dan Safira memberi ruang kepada mereka untuk memeriksa keadaan Encik Sufian.











NOVEL bertajuk SHE dari penulis Lollysnow, ditutup dan diletakkan diatas meja. Tak dapat nak teruskan pembacaan. Bukan kerana ceritanya tidak menarik, tetapi fikirannya sarat memikirkan si suami. Hati jadi tidak tenang. Sudah 4 jam Aidan berada di hospital. Bukan itu sahaja, Aidan juga langsung tidak menghubunginya ataupun menghantar pesanan ringkas kepadanya. Langsung tiada khabar dari si suami sejak tadi.

Untuk sekian kalinya, Nadia menghembus nafas berat. Sejujurnya dia lapar. Tapi dia nak juga tunggu Aidan balik dan masakan tomyam thai untuknya. Dia hanya mahukan tomyam thai hasil air tangan Aidan Nazhan.

Tiba-tiba, bunyi ketukan pintu menarik perhatiannya. Nadia langsung tidak memandang. Dia tahu pasti mamanya yang menyuruh dia makan. Bukan sekali Puan Natrah memaksanya makan. Sudah dua kali. Kalau masuk ini, sudah tiga kali.

“Nad tak nak makan lagi ma. Nad nak tunggu Aidan balik. Nad nak tomyam thai,” laung Nadia. Bunyi pintu bilik dibuka menyapa pendengarannya.

“Mana boleh tak makan Nadia sayang. Tak kesian dekat baby ke?”

Mendengar teguran dari suara dalam yang amat dikenali terus dia menoleh belakang. Terlihat Aidan bersandar tubuh pada bingkai pintu.

“Abang...”

“Ya Nadia sayang.” Aidan mengukir senyuman kecil.

Nadia terus bangkit dari labuhan kerusi. Namun, disebabkan keadaannya sekarang membuatkan dia mengalami sedikit kesukaran untuk bangun. Melihat kesusahan si isteri, terus Aidan menapak ke arah Nadia. Dia lengan tangan Nadia sambil membantu si isteri bangun.

“Kenapa abang lambat balik?” tanya Nadia. Dia mendongak kepala memandang wajah tampan si suami. Aidan tundukkan sedikit kepalanya dan dahi licin si isteri menjadi sasaran bibirnya.

“Maafkan abang. Abang singgah pasaraya dulu. Beli barang sikit,” balas Aidan. Benar, sebelum balik dia singgah pasaraya dulu. Rambut si isteri diusap penuh kasih.

“Mama beritahu abang yang awak tak makan lagi. Kenapa tak makan dulu? Makanlah sikit. Buat alas perut. Kesian dekat baby.” Aidan menutur dengan nada lembut. Tak mahu si isteri berkecil hati. Lagipun, sekarang ni dia rasa bersalah kerana terlalu lama membiarkan si isteri keinginan tomyam thai.

“Saya nak tomyam thai. Ada tomyam thai, baru saya boleh makan,” balas Nadia. Tetap dengan pendiriannya. Aidan mengukir senyuman nipis.

“Yalah. Jom pergi dapur. Teman abang masak.”

Terus bersinar mata Nadia. Bibir sudah melebar dengan senyuman manis.

“Okey jom! Tak sabar nak rasa tomyam thai hasil air tangan Aidan Nazhan,” ujar Nadia dengan nada ceria. Aidan turut tersenyum sehingga menyerlahkan kedua-dua lesung pipitnya. Senang hati melihat si isteri ceria dan tidak bermasam muka seperti tadi.

















___________








Nasya Nur 🦋
11 Ogos 2023




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro