AN 12
Beberapa bulan kemudian.
AIDAN menanggalkan kasut lalu menyimpan di dalam rak kasut. Belum sempat nak pegang tombol pintu, telefon bimbitnya berdering. Segera dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Skrin yang memaparkan nama pemanggil yang amat dia kenali. Nafas berat dihela sebelum dia jawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum Aidan.” Si pemanggil terlebih dahulu memberi salam.
“Waalaikumussalam ayah.”
Aidan bergerak menjauhi pintu rumah. Melangkah menuju ke bonet belakang kereta. Belakang tubuhnya disandarkan di situ.
“Lama ayah tak jumpa Aidan. Kamu sihat?”
Aidan menguntum senyum kecil.
“Aidan sihat ayah. Maafkan Aidan sebab dah lama tak jumpa ayah.” Sungguh Aidan rasa serba salah sekarang.
“Tak apa. Ayah faham. Baguslah kalau kamu sihat. Maaf kalau ayah dah ganggu kamu.”
Tiba-tiba, pendengaran Aidan menangkap bunyi batuk. Riak wajah Aidan berubah risau.
“Ayah okey tak? Aidan dengar ayah batuk-batuk.”
Encik Sufian ketawa kecil.
“Ayah tak sihat sikit. Ini pun baru lepas makan ubat.”
“Fira ada tak dekat rumah? Dia tak bawa ayah pergi klinik?” soal Aidan. Hatinya jadi tak tenang memikirkan kesihatan lelaki separuh usia itu.
“Fira ada. Fira dah ajak tapi ayah yang tak nak.”
“Tak boleh macam tu ayah. Kena juga pergi periksa kesihatan tu. Tak boleh bergantung dengan ubat aje,” kata Aidan penuh kerisauan.
“Kamu masih ambil berat tentang ayah,” kata Encik Sufian bersama tawa.
“Aidan dah anggap ayah macam ayah kandung Aidan sendiri. Insya-Allah, esok Aidan datang jumpa ayah.”
“Yalah Aidan. Bawalah isteri kamu sekali. Boleh ayah berkenalan dengan dia juga.”
“Insya-Allah ayah.”
Lagi sekali Encik Sufian batuk. Makin bertimpa-timpa rasa risau Aidan.
“Tak apalah Aidan. Ayah nak rehat kejap. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Perlahan Aidan membalas salam. Skrin telefon direnung sebelum nafas berat dilepaskan. Rasa bersalah bertimpa-timpa kerana dia langsung tidak menjenguk Encik Sufian sejak dia dan Safira tidak ada apa-apa hubungan lagi. Bahkan, selama itu juga dia langsung tidak menghubungi lelaki separuh usia itu.
“Ya Allah. Anak jenis apa aku ni? Langsung tak ambil tahu perihal ayah,” keluh Aidan. Rambut yang sedikit menutupi dahi di kuak ke belakang. Telefon bimbit disimpan ke dalam poket seluar. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Kemudian dia pusing belakang.
“Allahu Akbar!” Terkejut Aidan apabila susuk tubuh si isteri menyapa pandangan.
“Ya Allah sayang! Terkejut abang.” Dada diusap. Sungguh dia terkejut. Nasib baik tak ada sakit jantung.
“Maafkan Nadia. Abang buat apa dekat luar ni?”
“Abang jawab panggilan. Jom masuk. Dah nak maghrib ni. Awak tu dahlah tengah mengandung,” ujar Aidan seraya mengusap perut bulat isterinya.
“Lamanya jawab panggilan tu. Dari siapa?” soal Nadia. Dia benar-benar ingin tahu. Lagipun dia nampak air muka Aidan seakan risau.
“A...”
“Ya Allah Nadia! Dah nak maghrib ni. Tak elok lama-lama dekat luar!” laung Puan Natrah. Kedua-dua mereka memandang Puan Natrah yang berada di muka pintu dengan tangan mencekak pinggang.
“Mama dah jadi singa jadian dah tu. Jom masuk,” kata Aidan lalu meraih tangan si isteri. Nadia tergelak seraya menampak manja dada si suami.
“Abang... tak baik cakap macam tu.”
Aidan tak balas apa-apa. Dia hanya ketawa.
“ABANG...”
“Ya?” sahut Aidan.
“Petang tadi, saya ada skrol tiktok. Saya nampak orang masak tomyam thai. Kecur air liur saya tengok tomyam tu,” beritahu Nadia. Aidan menguntum senyum. Tahu dah taktik si isteri.
“Awak teringin nak makan tomyam thai?” Aidan menduga. Laju Nadia angguk kepala.
“Awak nak sekarang ke?” tanya Aidan.
“Tengahari esok boleh?” pinta Nadia. Aidan tersenyum lagi.
“Untuk isteri abang semuanya boleh.”
“Tapi nak abang yang masakan.”
“Ya abang masakan untuk awak. Lepas ni, nak makan apa-apa, cakap terus. Tak payah cerita panjang-panjang,” kata Aidan dengan nada lembut. Tersengih nadia.
“Okey abang.”
Tali yang menjerut belakang kepala ditarik. Belum sempat nak buang telekung, Aidan menegah, “Jangan tanggalkan. Biar abang yang buat.”
Terus terhenti pergerakan tangan Nadia. Dia terkebil-kebil mata memandang si suami yang melangkah ke arahnya yang berada di birai katil. Kain telekung yang membaluti tubuh si isteri dicabut.
“Terima kasih abang.”
Aidan menguntum senyum kecil sebelum menghadiahkan kucupan di dahi si isteri.
“Sama-sama kasih.”
Aidan melangkah ke ampaian. Kain telekung disidai di situ. Setelah itu, dia melangkah ke meja solek. Kopiah dicabut dari kepala dan meletakkannya di atas meja solek. Kemudian, minyak angin dicapainya. Langkah kaki dihayun semula ke birai katil.
“Duduk elok-elok. Abang nak urut kaki awak. Bengkak sangat tu.”
Tanpa berkata apa-apa, Nadia mengengsot punggung ke belakang. Belakang badannya bersandar pada kepala katil. Kemudian, Aidan mengangkat kedua-dua belah kaki ke ribanya. Jelas pada matanya, betapa bengkaknya kaki isterinya. Tangan yang bersalut minyak angin di tekap ke betis si isteri sebelum dia mengurut lembut. Itulah rutin harian Aidan menjadi tukang urut tak berbayar buat si isteri.
“Normal ke kalau bengkak waktu mengandung ni?” soal Nadia. Sejujurnya, dia tak ambil tahu. Kerana semuanya Aidan yang tolong buatkan untuknya.
“Normal. Semua wanita mengandung akan alaminya. Tapi, tetap juga kena waspada. Boleh tengok google. Abang tak pandai cerita balik apa yang abang baca,” ujar Aidan. Nada angguk kepala.
“Abang banyak ambil tahu fasal kehamilan. Padahal yang mengandung tu saya. Saya yang patut tahu semua tu.”
Aidan memandang si isteri bersama senyum kecil.
“Sebab abang suami awak. Bakal daddy kepada anak kita. Abang kena juga ambil tahu sebab abang tak rasa apa yang awak rasa. Ini aje abang boleh buat. Awak dah bersusah payah bawa anak abang, tak akan abang nak lepas tangan pula,” jawab Aidan dengan nada lembut. Nadia menguntum senyum mekar.
“Ini yang saya makin sayang abang ni.”
“Jangan sekarang aje sayang. Bila dah keluar baby tu nanti, hilang dah sayang awak tu dekat abang.”
“Ada pula fikir ke situ. Abang ni macam dah ada niat nak cemburu dengan anak sendiri.”
Aidan ketawa kecil.
“Tak adalah. Abang cakap aje.”
Nadia hanya menjuih bibir.
“Dah. Baringlah. Awak kena tidur awal,” arah si suami.
“Macamlah saya boleh tidur. Anak abang ni kan aktif pada waktu malam,” balas Nadia. Semerta, dia terasa tendangan dari si anak.
“Hmmm, baru aje saya cakap. Terus dia tendang.”
Lantas, Aidan meletakkan telapak tangannya pada perut si isteri. Semerta, dia merasai tendangan si anak. Tersenyum lebar Aidan. Bersinar-sinar mata bakal daddy itu.
“Nakal betul anak daddy ni malam-malam.”
“Nakal macam abang,” balas Nadia bersama sengihan.
“Abang pula kena.”
Nadia ketawa kecil. Kemudian, dia mendepa kedua-dua belah tangannya seakan meminta dipeluk.
“Abang, nak peluk.”
Aidan tak banyak bunyi. Botol minyak diletakkan di atas meja sebelah katil sebelum dia mengambil tempat di sebelah Nadia. Terus bahu si isteri dirangkul. Kepala Nadia bersandar pada dada bidang Aidan sebelum tubuh tegap si suami dipeluk erat. Aidan mengucup puncak kepala Nadia penuh kasih.
“Agak-agak anak kita lelaki ke perempuan?” soal Nadia.
“Abang tak tahu. Tapi tengok gaya awak suka melekat dengan abang ni mungkin perempuan.” Serkap jarang Aidan.
“Ya, ya lah tu.”
“Kalau betul kita dapat anak perempuan, biar abang yang namakan dia,” kata Aidan.
“Kalau lelaki?”
“Awak yang namakan dia.”
“Baik. Kita tengok siapa yang teka betul.” Nadia menyahut cabaran itu. Aidan menguntum senyum kecil.
“Abang...” Nadia mendongak kepala memandang si suami. Anak mata mereka bertemu.
“Ya?” sahut Aidan. Rambut si isteri diusap perlahan.
“I love you so much abang,” ucap Nadia. Aidan mengucup singkat bibir si isteri.
“I love you too. Dah tutup mata tu. Tidur,” arah Aidan.
“Anak abang tak bagi saya tidur,” kata Nadia dengan nada perlahan.
“Tak apa. Abang bacakan surah. Awak pejam aje mata,” kata Aidan.
Aidan betulkan posisi duduknya. Sebelah tangan diletakkan diatas perut Nadia. Surah Al-Fatihah dibaca. Kemudian, surah Maryam, disusuli dengan surah Yusuf. 3 Qul yakni Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq. Turut dibaca Ayat Kursi. Seterusnya, surah Luqman dan berteruskan sehingga Nadia tidur dengan aman.
Dengan perlahan Aidan melepaskan pelukan Nadia. Bantal ditepuk sebelum meletakkan kepala si isteri di situ. Kemudian, dia turun katil untuk menutup lampu utama. Bilik menjadi malap. Hanya di sinari dengan lampu meja. Dia kembali ke katil. Sebiji bantal di letakkan di belakang badan si isteri sebelum dia merebahkan tubuh di sebelah isterinya. Tubuhnya merapat dengan tubuh Nadia sebelum kepala Nadia diangkat. Dia bawa tangannya ke bawah kepala Nadia. Membiarkan kepala si isteri berbantal lengannya. Dahi Nadia dikucup penuh kasih sebelum dia memejam mata. Menuju ke alam mimpi.
_________
Nasya Nur 🦋
07 Ogos 2023
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro