Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AN 10








SAFIRA menghembus nafas berat. Skrin telefon yang memaparkan status instagram milik Aidan direnung dengan perasaan sedih. Kapsyen yang tertera di situ dibaca berulang kali. Seakan tidak percaya bahawa lelaki yang pernah dia cinta sudah menjadi suami kepada perempuan lain.

Date night with my wife.”

Safira terus keluar dari aplikasi instagram. Tidak mahu lagi melihat hantaran itu. Hatinya terlalu sakit. Rasa menyesal makin menghantui diri. Kalaulah dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan itu, pasti sekarang ini dialah isteri kepada Aidan Nazhan. Namun, dia harus terima semua yang berlaku itu sudah tertulis. Benar kata sahabatnya Zatul. Dia dan Aidan tiada jodoh.

Dia manusia biasa yang tidak layak mempertikaikan takdir yang sudah tertulis. Mahu tak mahu, dia perlu move on.

Tetapi dia ada terfikir, bagaimana Aidan dan Nadia boleh bertemu? Setahunya Aidan tak ada kenalan perempuan yang dia tidak kenal. Tertanya-tanya juga, siapa Nadia Athirah itu. Begitu cepat Aidan jatuh cinta dengan perempuan itu. Tiba-tiba, hatinya timbul rasa cemburu.

“Safira...”

Tersentak Safira. Bibirnya menguntum senyum nipis apabila wajah si bapa menyapa pandangannya.

“Eh ayah? Bukan ayah dah tidur ke?” tanya Safira. Setahunya ayahnya sudah masuk tidur. Lagipun sekarang sudah pukul 11 malam.

“Ayah terjaga. Lepas tu ayah rasa dahaga, ayah turunlah ke dapur. Kemudian, nak masuk tidur balik, ayah nampak pintu rumah terbuka. Ayah fikir Fira lupa nak kunci pintu. Alih-alih ayah nampak Fira dekat sini,” balas Encik Sufian panjang lebar. Dia terus melabuhkan punggung di sebelah anak gadisnya.

“Oh...” Itu saja respons yang Safira berikan.

“Anak ayah ni kenapa? Nampak macam ada masalah aje? Tak nak kongsi dengan ayah?”

Safira hela nafas berat.

“Petang tadi, Fira terjumpa dengan Aidan dekat mall,” cerita Safira. Terkejut Encik Sufian.

“Sungguh? Aidan sihat?” Semenjak kejadian Aidan berkahwin dengan orang lain, dia tidak lagi bertemu dengan Aidan. Jujur, dia rindukan Aidan. Lelaki yang sudah dianggap anak sendiri.

“Dia sihat aje ayah. Malah nampak lebih bahagia lepas kahwin dengan orang lain,” balas Safira mendatar. Encik Sufian hembus nafas. Bukan dia tidak perasaan air muka sedih anak gadisnya itu.

“Fira kecewa?” tanya Encik Sufian. Air matanya jatuh apabila si ayah bertanyakan soalan begitu.

“Fira masih cintakan Aidan. Fira cemburu bila tengok dia bahagia dengan perempuan lain. Kalau Fira tak ikut hasutan kawan, mesti Safira dah bahagia dengan Aidan.”

Encik Sufian menggeleng kepala seraya beristighfar dalam hati.

“Tak baik cakap macam tu Fira. Apa yang dah terjadi ni semuanya ketentuan Allah. Semuanya takdir Allah. Berdosa mempertikaikan ketentuanNYA.”

Safira teresak-esak di situ.

“Ayah tak nak Fira jadi seorang yang pendendam. Ayah tak nak hidup anak ayah musnah gara-gara simpan perasaan dendam tu. Ayah dah didik Fira dengan ilmu agama. Semuanya cukup. Anak ayah dah besar panjang. Dah boleh menilai mana yang baik dan buruk,” sambung Encik Sufian penuh dengan ketegasan dan nasihat.

“Belajar untuk menerima takdir yang sudah ditentukan oleh Allah. Insya-Allah, lama-lama nanti Fira akan ikhlas dengan semuanya,” kata Encik Sufian lagi dengan nada lembut. Tidak sekeras tadi.

Safira terus mengucap dalam hati. Ya Allah, kenapa tiba-tiba dia boleh berfikir begitu? Seolah-olah dia tidak boleh menerima takdir Allah. Gadis itu meraup kasar mukanya.

“Ya Allah.... Fira minta maaf ayah. Sumpah Fira tak tahu kenapa tiba-tiba Fira boleh fikir macam tu,” ujar Safira bersama esakan. Tubuh si bapa terus didakap. Encik Sufian menguntum senyum nipis. Belakang badan anak gadisnya diusap perlahan.

“Itu semua bisikan syaitan. Kalau Fira tak kuat iman, lagi seronok mereka menghasut Fira,” ujar Encik Sufian lagi. Dia tak mahu satu-satunya anak gadisnya berubah teruk. Safira teresak menangis dalam dakapan si ayah.

“Lepaskan Aidan. Biarkan dia bahagia dengan isteri dia. Teruskan kehidupan Fira. Yakinlah dengan ketentuan Allah. Mana tahu, dengan sikap sabar Fira, Allah akan hadirkan seseorang yang lebih baik untuk anak ayah ni. Yang penting Fira jangan tinggal solat. Bercinta dengan Allah dulu. Itu yang lebih baik.” Nasihat Encik Sufian. Safira angguk kepala perlahan.

“Baik ayah. Terima kasih sebab selalu nasihatkan Fira. Tak tahu apa jadi dekat Fira kalau ayah tak ada. Fira cuma ada ayah aje sekarang,” ujar Safira dengan suara serak. Encik Sufian menguntum senyum nipis.

“Selagi Allah masih berikan peluang untuk ayah nikmati kehidupan di dunia, Ayah ada untuk Fira.”

“Fira sayang ayah.”

Encik Sufian tersenyum kecil.

“Ayah juga sayang Fira.”









NADIA menguntum senyum lebar sebaik sahaja melangkah keluar dari klinik. Terus dia tekap tangan di atas permukaan perut yang berlapik baju blausnya. Pagi tadi, dia ada buat ujian kehamilan dan keputusannya adalah positif. Mahu saja dia menjerit kegembiraan dan memberitahu Aidan. Namun, dia terpaksa menahan dahulu. Dia mahu tahu berapa usia kandungannya. Dan hasil pemeriksaan doktor di klinik, usia kandungannya sudah 8 minggu.

Tak sangka ada benih Aidan menumpang di rahimnya. Sungguh sukar untuk dia percaya bahawa ada anak yang akan membesar di situ. Alhamdulillah, lagi 7 bulan dia dan Aidan bakal bergelar ibu dan bapa.

Wanita itu terus melangkah menuju ke keretanya. Tak sabar mahu memberitahu berita gembira itu kepada Aidan. Namun, dia perlu bersabar lagi kerana dia masih dalam waktu bekerja. Lagipun, esok adalah hari kelahiran suaminya. Berita gembira inilah yang dia akan berikan kepada Aidan sebagai hadiah hari lahirnya.

“Ya Allah, terima kasih atas rezekimu ini. Akan kami jaga amanah ini dengan sebaik yang mungkin.”

Pintu kereta dibuka.

“Assalamualaikum.” Tak jadi Nadia mahu memasuki perut kereta. Dia pandang hadapan dan seraut wajah yang amat dia kenali menjamah pandangannya. Berubah serius wajahnya. Orang yang dia tak mahu jumpa, ada di hadapan matanya.

“Waalaikumussalam. Kau nak apa?” Kasar Nadia menyoal. Amirul tersenyum senget.

“Huish.... Sejak dah kahwin ni, makin garang pula kau,” seloroh Amirul. Lagak seperti dia kenal rapat dengan Nadia. Nadia guling biji mata ke atas.

“Kalau tak ada benda penting nak cakap, aku minta diri dulu,” kata Nadia. Berura-ura nak masuk ke dalam perut kereta. Namun, perbuatannya terhenti apabila Amirul bersuara.

“Kau nampak bahagia sekarang,” ujar Amirul tanpa ada niat menyindir.

“Alhamdullilah. Suami aku tak jemu-jemu curah kasih sayang dekat aku,” balas Nadia acuh tidak acuh. Amirul senyum sedikit.

“Alhamdulillah, baguslah tu. kalau kau kahwin dengan aku, mesti kau tak macam ni kan? Yalah, aku dulu jahat dengan kau,” kata Amirul. Peristiwa pada zaman persekolahan mereka berulang tayang di fikiran. Betapa nakalnya dia suatu ketika dahulu.

Nadia ketawa halus. Namun kedengaran sinis pada pendengaran Amirul.

“Aku tak cakap apa-apa. Kau sendiri yang cakap. Tapi betul juga, aku memang tak mahu ada kaitan dengan orang yang dah hina aku dulu,” kata Nadia.

Perempuan dengan mengungkit kisah lalu memang tak boleh dipisahkan.

“Tapi kau jangan risau, aku dah maafkan kau. Aku pun malas nak ingat benda lama. Aku harap, kita tak jumpa lagi selepas ni,” sambung Nadia lagi.

“Lega aku dengar. Jangan risau Nadia, aku akan berpindah ke Terengganu dengan mak aku. Jadi, kau tak perlu risau. Kita tak akan jumpa lagi lepas ni,” beritahu Amirul. Memberi jaminan bahawa mereka tak akan bertemu lagi.

Nadia cuma diam. Amirul mengukir senyuman tipis. Melihat riak tidak suka wanita itu, Amirul segera meminta diri. Dia faham Nadia tidak selesa dengannya.

“Tak apalah. Aku minta diri dulu. Aku doakan semoga kau bahagia dengan suami kau. Assalamualaikum Nadia.”

“Terima kasih. Waalaikumussalam,” jawab Nadia tanpa nada.

Amirul melangkah pergi. Kepergian lelaki itu dihantar dengan sorotan mata. Tubuh tinggi milik Amirul hilang dari pandangannya. Nadia hela nafas berat sebelum menapak masuk ke dalam perut kereta. Dia menghidupkan enjin kereta dan mula memandu meninggalkan kawasan klinik.


























_______






Nasya nur 🦋
30 Julai 2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro