AN 09
AIDAN hanya memerhati si isteri yang sedang menjamah nasi lemak. Sungguh berselera sekali. Bukan sebungkus tetapi sudah empat bungkus nasi lemak isterinya makan. Terkejut juga dia melihat tahap kelaparan isterinya. Gaya macam tak makan sehari. Nak tegur tapi dia takut Nadia merajuk. Akhirnya, dia hanya diam sahaja. Memerhati si isteri tanpa lepas.
Tidak lama, Nadia selesai menjamu selera. Air milo ais disedut sehingga tinggal separuh.
“Dah kenyang?” tanya Aidan.
“Sebenarnya belum kenyang,” balas Nadia tanpa riak. Membulat mata Aidan.
“SubhanAllah. Kau tak baca doa makan ke?” Terkejut Aidan. Nadia merengus tidak puas hati.
“Saya bacalah. Tapi tak tahu kenapa saya suka makan. Mungkin saya nak datang bulan kut,” duga Nadia. Aidan diam sejenak. Memikirkan sesuatu.
“Maaf kalau soalan aku buat kau tak selesa. Bila kali terakhir kau datang bulan?” tanya Aidan. Entah kenapa firasat dia mengatakan yang isterinya itu hamil.
Kedua-dua belah pipi Nadia sudah naik merah. Malu apabila ditanya soalan begitu. Namun, mahu tak mahu, dia terpaksa beritahu. Lagipun, Aidan suami dia. Aidan berhak tahu.
“Tak silap saya, 30 hari bulan 6,” jawab Nadia. Aidan angguk kepala tanda mengerti.
“Aku bukan nak kita berharap. Tapi ada baiknya kau periksa. Mana tahu kau mengandung. Sekurang-kurangnya, kita ambil langkah berjaga-jaga. Elak sesuatu tak diingini berlaku,” kata Aidan. Nadia angguk kepala perlahan.
“Yalah. Nanti kita singgah farmasi. Saya nak beli alat ujian kehamilan.” Senyum kecil Nadia. Kalau betul dia mengandung, alhamdullilah. Dialah insan yang paling bahagia.
“Okey. Nak makan lagi ke?” tanya Aidan lagi. Nadia geleng kepala.
“Tak nak dah.”
Dahi Aidan berkerut.
“Eh? Tadi cakap tak kenyang lagi.”
“Nanti awak kutuk saya gemuk pula.”
Meletus tawa Aidan.
“Ada pula fikir macam tu. Kau gemuk pun, tetap aku sayang,” ucap Aidan penuh ikhlas. Nadia mencebik bibir. Ada saja ayat pujukan Aidan berikan kepadanya. Aidan menggeleng kepala melihat riak tidak puas hati si isteri.
Comel.
“Duduk sini. Aku nak pergi bayar,” kata Aidan.
“Okey.”
Aidan bangun dari labuhan kerusi dan melangkah ke kaunter pembayaran. Nadia terus mengeluarkan telefon pintarnya. Sementara tunggu Aidan, lebih baik dia membuang masa dengan bermain game BTS Island.
AIDAN melihat jam di pergelangan tangan kirinya. Angka jam sudah menunjukkan pukul 10:00 malam. Waktu-waktu begini memang ramai manusia sudah pun melelapkan mata. Namun, tidak bagi dua homo sapiens itu. Mereka masih bersiar-siar menikmati suasana malam.
Langkah kaki dihayun tanpa tujuan. Hanya mengikuti sahaja laluan pejalan kaki yang terletak bersebelahan jalan besar. Seketika, dia menghela nafas. Bunyi bising yang datang dari belakangnya membuat dia rasa terganggu. Langkahnya terhenti dan dia menoleh ke belakang.
“Nadia,” seru Aidan dengan suara serak dan dalam. Dia menyeluk kedua-dua belah tangan ke dalam poket seluar. Wajah sengaja di seriuskan.
“Ada apa Aidan?” tanya Nadia kembali. Langsung tidak memandang lelaki itu. Matanya masih fokus dengan permainan di dalam telefon pintarnya.
“Boleh tak kau berhenti main game tu?” pinta Aidan. Tidak lepas dia memerhati wanita itu.
“Sikit aje lagi ni Aidan. Kejap ya,” balas Nadia tanpa memandang Aidan. Lelaki itu menghela nafas kasar seraya meraup rambut hitamnya ke belakang. Dia cuba untuk menahan sabar.
Lelaki kacak kena sabar. Ingat itu Aidan Nazhan!
“Aku dah penat tunggu kejap kau tu,” rungut Aidan.
“Okey maaf. Awak nak apa?” Nadia terus keluar dari permainan BTS Island itu. Kalau terus main, merajuk pula lelaki itu. Satu kerja pula nak kena pujuk.
“Aku nak perhatian daripada kau. Sejak tadi aku rasa terabai. Kau asyik dengan game kau aje,” ujar Aidan. Jelas kedengaran nada berjauh hatinya itu. Nadia ketawa kecil. Telefon pintarnya terus disimpan ke dalam beg silang. Kemudian, dia memberikan sepenuhnya perhatian kepada Aidan.
“Alololo, kesiannya dia. Nak perhatian yang macam mana?”
“Aku cuma nak kau fokus dekat aku aje. Aku ajak kau dating sampai malam ni sebab kau tak kerja sampai malam hari ni. Jadi, manfaatlah masa yang ada ni Nadia,” balas Aidan panjang lebar.
“Bayangkan kalau kita dah ada anak nanti. Lagilah masa kita terhad. Kau pun mesti akan lebihkan anak daripada aku,” sambung Aidan. Tengadah Nadia sebelum dia menepuk dahi. Apa yang encik suami mengarut ni?
“Ya Allah. Sampai ke situ dia fikir. Anak tu belum ada lagi dia dah cemburu,” ujar Nadia. Tidak lama, dia ketawa halus. Terhibur juga dengan kelakuan suaminya itu.
“Aku cakap aje. Mana tahu kau ada niat nak abaikan aku. Tengoklah tadi. Dekat kedai makan kau fokus dengan nasi lemak kau. Sekarang kau hadap game pula. Sedih jadi Aidan Nazhan. Dia kena hadap isteri yang kuat makan dan kuat main game. Nasib baik tak bawa novel. Kalau tak, hadap novel aje. Berangan jadi heroin,” bebel Aidan. Nadia kemam bibir tahan gelak. Dia raih lengan Aidan dan memeluk erat lengan suaminya itu.
“Yalah... saya salah. Saya minta maaf. Maafkan saya ya?” Nadia memandang Aidan bersama riak comelnya. Bukan setakat tayang muka comel. Siap kenyit mata lagi.
Aidan memandang lama wajah isterinya sebelum menghela nafas. Nak merajuk pun tak jadi. Pandai sungguh si isteri memujuknya. Tak payah bagi ayat-ayat manis. Cukup tayang muka comel, senyum manis dan kenyit mata. Semerta, hatinya sejuk.
“Aku maafkan,” kata Aidan dengan nada lembut. Nadia tersenyum lebar.
“Awak tak nak balik lagi ke? Dah lewat sangat ni. Orang pun jarang lalu dekat sini.”
“Kita balik lepas kau ambil gambar aku,” kata Aidan. Nadia menguntum senyum senget.
“Nak post dekat Instagram lah tu. Biasanya perempuan yang suka benda-benda macam ni.”
“Sama juga macam kau. Biasanya lelaki suka main game. Sampai tak peduli hal sekeliling,” balas Aidan. Tak mahu kalah nampak.
Nadia mencebik. Tak mampu nak balas semula. Kali ni dia kalah.
“Biasanya perempuan tak nak kalah. Tapi kali ni saya terpaksa mengalah. Demi keamanan bersama,” balas Nadia pula. Dah macam pantun pula. Aidan ketawa kuat.
“Sudahlah Nadia sayang. Cepat ambil gambar aku.” Aidan hulur telefon pintarnya kepada Nadia. Wanita itu terus menyambutnya.
“Baiklah encik suami.”
Aplikasi kamera dibuka. Terus dia halakan kamera ke arah Aidan yang sudah bersedia dengan gaya-gaya santai. Nadia ukir senyuman kecil. Suaminya itu memang pandai bergambar.
Setelah selesai mengambil beberapa keping gambar, Nadia serahkan kembali telefon pintar itu kepada Aidan semula. Namun, Aidan terus menarik tangan isterinya supaya merapat dengan tubuhnya. Tanpa kata, Aidan hala kamera ke arah bayang-bayang mereka berdua. Faham dengan tingkah laku Aidan itu, terus dia membuat gaya tangan peace.
Bukan sekadar menangkap gambar, Aidan juga turut merakam bayang-bayang mereka berdua. Aidan tak mahu melepaskan momen mereka begitu sahaja. Dia mahu merakam semua kenangan indahnya bersama isterinya itu.
“Sudah?” soal Nadia apabila melihat Aidan yang tersenyum melihat skrin telefon.
“Dah. Jom balik.” Aidan simpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Tangan Nadia diraih sebelum dia menggenggam erat. Mereka mula mengorak langkah.
“Aidan...” seru Nadia.
“Hmmm,” respons Aidan dengan suara dalam. Jantungnya sudah berdegup kencang. Cukup lemah dengan suara garau dan dalam Aidan itu.
“Mana awak parkir kereta?” soal Nadia. Semerta, langkah Aidan terhenti membuatkan Nadia juga turut berhenti langkahnya. Aidan memandang isterinya bersama riak polos. Terkebil-kebil matanya.
“Kita datang dengan kereta ke?” soal Aidan semula. Nadia tengadah.
“Mestilah kita datang dengan kereta Aidan. Jarak rumah kita dengan tempat ni jauh tau.”
Aidan tepuk dahi. Jelas menunjukkan yang dia benar-benar terlupa.
“Ya Allah. Aku lupa.”
“Awak tu baru 25 tahun. Muda lagi dah lupa. Awak makan semut ke masa kecil-kecil dulu?” bebel Nadia.
“Rasanya ya. Mak dulu hidangkan dekat aku semut goreng tepung,” seloroh Aidan. Nadia tayang muka cemberut dan laju tangannya menampar lembut bahu Aidan.
“Hesh! Loyar buruk pula dia.”
Aidan ketawa. Tidak lama, Nadia juga turut ketawa. Malam yang sunyi itu dihiasi dengan tawa pasangan itu.
__________
Nasya Nur 🦋
25 Julai 2023
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro