Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AN 05









NADIA merenung ikan-ikan koi yang berenang bebas di dalam kolam itu. Tidak semena-mena, fikirannya melayang mengingatkan peristiwa yang berlaku malam tadi. Dia pejam mata rapat sebelum meraup wajahnya.

“Kenapa dengan diri aku semalam? Kenapa aku begitu berani bertindak begitu? Argh! Memalukan! Macam mana aku nak hadap dia?” keluh Nadia. Dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian itu.

Namun, apabila dia fikirkan balik, apa yang berlaku semalam tak akan dapat diundur kembali. Menyesal pun sudah tiada guna. Mahu tak mahu, dia perlu terima kenyataan yang dia sudah bergelar isteri kepada Aidan dalam erti kata yang sebenar. Terfikir juga, apa hala tuju hubungan mereka selepas ini. Akan bahagia kah mereka memandangkan mereka berkahwin bukan atas dasar cinta. Dia sedar, yang dia dan Aidan masih orang asing.

Pun begitu, dia akan pastikan perkahwinan ini akan kekal sampai bila-bila. Kata orang bercinta lepas nikah itu lebih manis. Dia yakin rasa cinta itu akan hadir juga dalam diri mereka.

“Assalamualaikum,” sapa Aidan. Tersentak kecil Nadia apabila suara garau itu menyapa pendengarannya. Tidak semena-mena jantungnya berdetak laju.

“Waalaikumussalam. Selamat pagi,” jawab Nadia tanpa memandang Aidan. Dia cuba kawal riak gugupnya. Macam mana tak gugup, kejadian semalam masih menghantui fikirannya.

Aidan tidak membalas malah terus mengambil tempat di sebelah isterinya.

“Kenapa tak nak pandang aku? Kau malu sebabkan hal semalam ke?” soal Aidan dengan nada mendatar.

“Diam lah.”

Aidan kemam bibir tahan tawa.

“Kenapa nak malu? Kau sendiri yang mulakan dulu. Aku tak sangka yang kau ni boleh tahan nakal,” usik Aidan nakal. Nadia merengus geram.

“Anggap ajelah saya kena rasuk semalam.” Mudah saja Nadia membalas. Lantas, Berdekah Aidan ketawa.

“Kau menyesal?” soal Aidan. Masih ada sisa ketawa.

“Sudah terlambat untuk menyesal. Benda bukan boleh dikembalikan pun. Sudahlah. Tak nak cakap fasal ni,” balas Nadia. Wajahnya sudah merah padam apabila topik itu dibahas.

“Anggap ajelah apa yang berlaku antara kita tu atas kerelaan kita. Kalau ditakdirkan kau mengandung, aku akan bertanggungjawab. Jadi jangan risau,” ujar Aidan

Nadia diam. Lega hatinya apabila mendengar butir bicara Aidan itu.

“Awak masih cintakan bekas tunang awak?” soal Nadia. Wajah tampan Aidan direnung tanpa lepas. Walaupun ada kumis nipis di wajah lelaki itu. Namun, tidak mencacatkan rupa tampan itu. Malah Aidan lebih nampak maskulin dan matang dari usia sebenarnya.

“Safira tu cinta pertama aku. Selalu orang cakap cinta pertama tu sukar untuk dilupakan. Sebabnya, cinta pertama tu mengajar kita pahit dan manis di dalam alam percintaan. Tetapi tak semua cinta pertama tu boleh jadi cinta terakhir. Macam aku dan Safira. Kami dah tak ada jodoh walaupun bertahun-tahun bercinta.”

Nadia hanya diam. Tekun dengar cerita suaminya itu.

“Jadi... rasa cinta aku terhadap dia sudah hilang. Cukuplah dia jadi masa lalu aku. Dan sekarang, aku perlu fokus dengan apa yang aku ada sekarang,” sambung Aidan. Dia pandang Nadia bersama senyuman kecil.

“Macam situasi kita sekarang. Kalau aku masih ada rasa cinta dekat Safira dan dalam masa yang sama aku kahwin dengan orang lain. Nak pula berkahwin dengan orang yang aku tak cinta. Dah tentu aku akan kejar balik orang yang aku cinta. Secara tak langsung, aku dah sakitkan hati kedua-dua mereka. Yang paling sakit, dah tentulah wanita yang sudah bergelar isteri.”

“Aku tak nak jadi lelaki tamak. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Aku nak hargai apa yang aku ada sekarang.”

Nadia terharu mendengar kata-kata Aidan. Anak mata mereka bertembung. Aidan memberanikan diri menyentuh anak rambut yang berjuntai di dahi Nadia. Kemudian, dia selitkan lebihan rambut itu ke belakang telinga. Terkebil-kebil Nadia dengan tindakan suaminya itu.

“Kau bukan cinta pertama aku. Tapi aku akan pastikan kau akan jadi cinta terakhir aku. Memang kita belum ada rasa cinta itu. Tapi tak usah terburu-buru sebab perasaan tu akan hadir dengan sendirinya. Kadang-kadang dia hadir tanpa kita sedar,” kata Aidan lagi.

Nadia menguntum senyum manis. Terasa rama-rama berterbangan dalam perut. Tak sangka dalam kasarnya ada kemanisannya.

“Saya ingat awak ni suka cakap kasar aje. Rupa-rupanya ada manisnya.”

Aidan ketawa sinis.

“Kau belum betul-betul kenal aku. Aku akan tunjuk sedikit demi sedikit. Bersiap sedialah wahai isteriku.”

Nadia terus alihkan pandangan. Tidak keruan rasanya apabila melihat renungan sinis lelaki itu.

“Tapi apa yang aku kata tadi tu, aku betul-betul maksudkannya. Cuma aku minta satu aje.”

Nadia memandang Aidan semula. Anak mata mereka bertemu.

“Apa dia?”

“Percayakan aku,” kata Aidan. Nadia angguk kepala bersama senyuman nipis.

“Baiklah. Saya akan percaya awak.”

Nadia hulur tangan ke arah Aidan. Lelaki itu mengerut dahi. Pelik tiba-tiba saja isterinya itu menghulur tangan ke arahnya.

“Mari kita mula semula. Nama saya Nadia Athirah. Umur 27 tahun. Selamat berkenalan,” kata Nadia memperkenalkan dirinya. Barulah Aidan mengerti mengapa Nadia menghulur tangan kepadanya. Bibir mengoyakkan senyuman kecil. Timbul lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

“Aidan Nazhan. 25 tahun.” Ringkas dia menjawab dan menyambut huluran tangan isterinya.

“Lah, awak muda 2 tahun dari saya. Saya ingat setahun aje,” kata Nadia dengan nada tidak percaya. Aidan ketawa halus.

“Kenapa? Menyesal dapat suami muda?” soal Aidan dengan nada sinis. Nadia menggeleng kepala.

“Tak menyesal. Tapi saya suka. Dah lah muda, kacak pula tu. Suka, suka!” Melebar senyuman Nadia.

“Gedik betul isteri aku ni,” komen Aidan. Nadia mendengar akan itu terus menghambur tawa. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia boleh berkelakuan macam tu. Tapi tidak salah pun. Dia menggedik dengan suami sendiri.

“Awak pandai masak?”

“Semua kerja rumah atau erti kata lain kerja orang perempuan aku boleh buat. Dari kecil, aku dah diajar berdikari,” balas Aidan tanpa ada niat nak bangga diri. Bersinar mata Nadia apabila mendengar pengakuan Aidan itu. Dia dapat suami serba boleh. Timbul rasa malu dengan Aidan.

“Wah, cukup pakej! Saya cemburu.”

Aidan jongket sebelah kening

“Kenapa nak cemburu?” soal Aidan. Memandang isterinya yang tiba-tiba muram itu.

“Saya tak pandai masak. Tapi bukan tak pandai langsung. Cuma...”

“Tak apa. Aku faham. Aku kan ada. Aku boleh jadi tukang masak untuk kau,” cantas Aidan. Dia faham apa yang mahu Nadia katakan.

“Tapi awak mesti nak rasa juga masakan saya.”

“Jangan risau. Aku boleh ajar kau masak. Jangan rasa malu. Sebab, kalau kau ada kekurangan. Aku juga sama. Kita sama-sama atasi semua tu,” ujar Aidan dengan nada lembut. Semakin membuat jiwa perempuan Nadia meronta-ronta. 

“Aduh...”

Berkerut dahi Nadia sambil mencengkam dadanya.

“Hei kenapa ni?” Menggelabah Aidan melihat isteri seakan menahan sakit.

“Jantung saya...”

“Kenapa dengan jantung kau?” soal Aidan dengan sedikit nada meninggi.

“Awak buat jantung saya berdebar-debar dengan ayat manis awak.”

Mendengar sahaja kata-kata itu, Aidan menghembus nafas berat. Dia pandang Nadia tajam. Kecil besar saja melihat si isteri ketawa. Sedangkan dia sudah cuak, takut jika isterinya betul-betul sakit.

“Kau buat aku takut Nadia,” ujar Aidan dengan nada geram. Nadia masih ketawa.

“Maaf. Tak payahlah buat muka macam tu. Senyum sikit.”

Aidan menjeling Nadia. Namun, tidak lama dia turut ketawa.











NADIA menyikat rambut pendek paras bahunya itu. Hari ni dia akan pulang ke rumah mamanya. Setelah berbincang dengan Aidan. Mereka akan tinggal bersama Puan Natrah. Bukan tidak mahu tinggal berdua. Tetapi, Nadia tak mahu biarkan mamanya sendirian di rumah.

“Kau memang suka rambut pendek ke?” soal Aidan sambil menyentuh helaian rambut isterinya.

“Haah. Sebab saya rimas. Lagipun saya tak pandai jaga rambut panjang. Kenapa?”

“Saja tanya. Tapi aku suka perempuan rambut panjang,” balas Aidan. Sekadar ingin memberitahu. Terangguk-angguk kepala Nadia.

“Oh. Mesti bekas tunang awak rambut panjang.” Selamba Nadia berkata.

“Dia berhijab.”

Terus berubah air muka Nadia. Rasa tersindir apabila bekas tunang Aidan berhijab. Sedangkan dia masih tidak bertudung. Malunya.

“Oh....”

“Kenapa buat muka macam tu?” tanya Aidan.

“Saya rasa macam awak menyindir saya cara halus, balas Nadia, jujur. Aidan hela nafas.

“Aku tak menyindir kau pun. Tapi, sebagai suami kau mestilah aku kena tegur. Demi kebaikan kau juga,” kata Aidan.

“Yang penting buat kerana Allah. Bukan kerana aku. Okey Nadia sayang?” sambung Aidan bersama senyuman kecil.

“Baiklah. Tapi, sebenarnya saya dah lama terfikir nak berhijab. Mungkin dah sampai masa,” ujar Nadia. Makin mekar senyuman Aidan. Atas kepala Nadia diusap lembut.

“Baguslah. Yang penting niat tu kena betul.”

“Baik Aidan.”

“Oh ya, kau masih ada hutang dengan aku. Jangan lupa.”

Aidan memberi peringatan bersama ria serius. Nadia mencebik bibir.

“Ya, ya saya ingat.”

Aidan hanya ukir senyuman kecil.




________








Nasya Nur 🦋
14 Julai 2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro