Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AN 03











TERGAMAM dua wanita itu apabila mendengar perkhabaran dari Aidan. Tidak menyangka berita yang mahu disampaikan oleh Aidan merupakan berita buruk buat keluarga mereka. Aidan telah menceritakan segalanya kepada mereka.

“Betul ke ni Naz?” soal Puan Mariam bersama riak tidak percaya. Aidan angguk kepala perlahan.

“Betul mak,” jawab Aidan dengan nada perlahan. Rambut yang menutup dahi diraup kasar kebelakang.

“Habis tu macam mana dengan majlis tu nanti? Semuanya dah siap.” Puan Mariam menyoal lagi.

“Nak tak nak terpaksalah batalkan. Nak buat apa lagi, mak. Pengantin perempuan dah tak ada,” ujar Aidan dengan nada lirih. Naziha menggeleng kepala. Sungguh dia kesian dengan adiknya itu.

“Kak Ziha tak faham betul dengan Safira ni. Apa dia fikir sebenarnya? Semudah itu dia buat keputusan macam tu. Tak fikir yang dia dah malukan kedua-dua belah pihak,” ujar Naziha dengan nada geram.

“Entahlah Kak Ziha. Naz pun dah penat cari apa salah Naz dekat dia. Sebelum ni, dia nampak okey. Tak ada masalah pun,” kata Aidan.

“Itulah. Masa bincang tarikh nikah dulu, dia nampak gembira aje. Nampak macam dah bersedia,” kata Puan Mariam lagi. Jelas riak kecewa di wajah wanita separuh usia itu.

“Betul tu mak. Tak sangka pula cepat betul dia berubah hati,” sokong Naziha. Aidan menghela nafas berat.

“Naz minta maaf mak. Mungkin Naz yang salah,” kata Aidan. Naziha geleng kepala.

“Naz tak salah. Kak Ziha yakin pasti ada orang pengaruh fikiran dia. Kalau tak, dia tak akan buat keputusan terburu-buru macam ni. Sudah, jangan salahkan diri Naz lagi.”

“Betul kata Kak Ziha tu. Benda dah jadi pun. Kita reda ajelah,” kata Puan Mariam. Aidan menguntum senyum nipis.

“Terima kasih. Maafkan Naz sebab dah menyusahkan mak dan Kak Ziha.”

“Tak menyusahkan pun Naz.”

Dada Aidan terasa lapang apabila semua masalahnya sudah diceritakan kepada ibu dan kakaknya.

“Assalamualaikum.”

Panggilan salam mengundang perhatian mereka.

“Ziha, pergi tengok siapa datang,” arah Puan Mariam. Naziha hanya mengangguk kepala. Terus dia bangun dari sofa dan bergerak ke pintu utama.

“Waalaikumussalam. Lah kau rupanya. Masuklah.” Naziha mengukir senyuman buat sahabatnya. Tak sangka Nadia menepati janji untuk datang ke rumahnya.

Sandal ditanggalkan sebelum Nadia menapak masuk ke dalam rumah keluarga Naziha.

“Nanti adik kau nikah dekat mana?” soal Nadia sekadar ingin tahu. Langkah Naziha terhenti membuatkan langkah Nadia juga turut terhenti. Wajah keruh Naziha menyapa pandangannya.

“Mungkin tak jadi.”

Tengadah Nadia. Riak wajahnya sedikit bingung.

“Apa yang tak jadi?”

“Bakal pengantin perempuan tak nak kahwin. Katanya tak sedia lagi,” balas Naziha. Terkejut Nadia.

“Apa? Serius lah? Semudah itu?” Bertubi-tubi Nadia menyoal. Sukar untuk dia mempercayai dengan apa yang didengar sekarang ini.

“Ya Nad. Kesian adik aku. Kejam betul dia buat adik aku macam tu. Kalau tak sedia lagi, cakap awal-awal. Ini tidak, nak dekat-dekat majlis, baru terhegeh-hegeh nak beritahu. Geram aku,” luah Naziha. Sungguh, dia benar-benar geram dengan Safira.

“Kesiannya. Jadi sekarang ni macam mana?”

“Macam mana lagi, terpaksa batalkan. Kesian mak aku. Bersungguh-sungguh uruskan semua ni. Yalah, teruja nak dapat menantu perempuan. Tak sangka, ini yang perempuan tu balas.”

Nadia diam. Dia mencerna semua kejadian yang sedang berlaku sekarang ini. Semerta, dia teringat dengan permintaan mamanya yang mahu dia berkahwin dalam tahun ni juga. Penting diri kah dia kalau dia memanfaatkan peluang yang ada sekarang ini? Lagipun dia sekarang dalam keadaan terdesak.

“Mak... Nadia datang ni,” kata Naziha.

Tanpa sengaja, Nadia terpandang lelaki yang melangkah ke ruang dapur. Membulat mata Nadia apabila dia sempat melihat wajah lelaki itu. Tidak sangka lelaki yang dia selamatkan kelmarin adalah adik kepada Naziha. Kecilnya dunia ini.

“Kenapa kau berdiri dekat situ. Marilah duduk,” tegur Naziha.

“Oh. Maaf.” Sengih Nadia. Itulah, leka sangat pandang anak teruna orang.

Nadia terus melangkah ke ruang tamu. Dia ukir senyuman buat kedua wanita itu dan menyalami tangan mereka. Setelah itu, dia mengambil tempat duduk.

“Mak cik sihat?” soal Nadia, sekadar berbasa basi.

“Mak cik sihat, Alhamdullillah. Cuma pening memikirkan masalah sekarang,” balas Puan Mariam. Nadia cuma angguk kepala. Tahulah masalah apa.














“TAK sangka kita akan jumpa lagi.”

Aidan menoleh ke arah datangnya teguran itu. Membulat matanya apabila melihat gadis yang menyelamatkan dia kelmarin ada dihadapannya. Dia sedang berhalusinasi kah?

“Saya memang wujud dekat sebelah encik. Saya kawan kepada kakak encik, Naziha,” sambung gadis itu seraya duduk bersila di sebelahnya. Terkedu Aidan apabila gadis itu seakan tahu apa yang dia sedang fikirkan.

“Oh... tak pernah tahu Kak Ziha ada kawan bernama dot dot,” balas Aidan dengan riak wajah kebiasaannya.

Nadia ketawa kecil. Comel pula bila Aidan sebut dot dot dek kerana tidak tahu namanya.

“Nadia Athirah. Itu nama saya,” kata Nadia. Aidan memandang gadis itu.

“Oh. Kau buat apa dekat sini?” soal Aidan. Ingin tahu kenapa gadis itu datang ke rumah keluarganya.

“Saya ingat nak tolong apa yang patut. Yalah, kakak encik minta saya datang untuk meringankan beban. Tapi tak sangka pula sebaliknya berlaku. Saya bersimpati terhadap nasib encik,” balas Nadia tanpa ada niat mahu menyindir.

Aidan senyum sedikit.

“Terima kasih atas keprihatinan cik. Oh ya, tak perlu berencik bagai. Panggil aje aku Aidan,” kata Aidan. Nadia tersenyum manis.

“Sama juga. Tak perlu panggil saya cik. Nadia sudah cukup.”

Aidan terus larikan pandangannya. Jantungnya secara tiba-tiba berdegup kencang apabila melihat senyuman manis gadis itu. Jujurnya, perwatakan gadis itu berbeza dengan yang kelmarin. Aidan jadi bingung sekejap.

“Saya dengar perbualan mak awak tadi. Majlis nikah awak tu nanti akan jadi majlis kesyukuran,” ujar Nadia. Bukan niatnya nak masuk campur. Hanya sekadar mahu memberitahu. Harap lelaki itu tak marah. Yalah, orang yang patah hati ni biasanya emosi tak stabil.

Aidan ketawa sarkastik.

“Baguslah tu. Kalau teruskan pun, siapa nak jadi pengantin perempuan aku,” kata Aidan. Nadia diam. Lama dia memikirkan apa patut dia teruskan niatnya itu.

“Apa kata awak teruskan majlis nikah tu?” ujar Nadia. Tengadah Aidan. Bersama riak tidak percaya, dia memandang Nadia.

“Kau gila ke? Kau nak aku nikah sorang-sorang tanpa pengantin perempuan ke?” soal Aidan dengan nada sedikit marah. Nadia tersengih menampakkan barisan gigi putihnya.

“Saya kan ada. Biar saya jadi pengantin perempuan awak,” balas Nadia. Dia sebenarnya malu apabila menuturkan kata-kata itu. Tapi kerana misi dari mamanya, terpaksa dia tebalkan muka. Acah jadi perempuan tak tahu malu.

Aidan berdeham. Makin tidak tenteram jiwanya.

“Apa maksud kau?” soal Aidan dengan riak serius.

“Buat masa sekarang, awak anggap aje saya sedang menyelamatkan maruah keluarga awak,” ujar Nadia bersama senyuman kecil.

Aidan ketawa sarkastik.

“Hello, Cik Nadia Athirah...”

“... binti Nasrun. Itu nama penuh saya. Bolehlah awak praktis nak sebut masa akad nikah nanti,” celah Nadia bersama sengihan nakalnya. Terkedu Aidan melihat akan itu. Lagi dekali dia berdeham. Cuba menstabilkan detak jantungnya yang kian mengila gara-gara gadis itu.

“Kau ada makan ubat pelik-pelik ke sampaikan kau jadi tak betul macam ni? Kau ingat ni kahwin olok-olok ke?” Aidan tayang muka serius. Dia ada terfikir kenapa gadis itu tiba-tiba mahu berkahwin dengannya. Walhal, mereka berdua baru sahaja berjumpa kelmarin. Belum betul-betul kenal lagi. Tapi dalam masa yang sama, dia juga kagum dengan keberanian gadis itu.

“Ada saya cakap kita kahwin olok-olok ke Encik Aidan Nazhan?” soal Nadia. Riak wajah Nadia bertukar serius. Tidak lagi nakal seperti tadi.

Riak serius gadis itu membuatkan Aidan menelan payah air liur. Jadi tidak senang duduk apabila direnung tajam sebegitu.

Perempuan ni ada dua identiti ke apa? Kejap ceria, kejap dingin. Seperti pertemuan pertama mereka. Gadis itu kelihatan dingin. Dan sekarang ni gadis itu menjadi ceria. Seakan mereka ini sudah lama kenal. Pelik. Aidan semakin kebingungan.

“Apa tujuan kau nak kahwin dengan aku?” soal Aidan dengan nada dingin. Menutup rasa kegugupannya. Kenapa dia jadi gelisah apabila berdepan dengan Nadia? Sedangkan dia tak pernah rasa perasaan begitu apabila dengan Safira.

“Kan saya dah cakap tadi...”

“Aku nak alasan lain!” cantas Aidan dengan tegas. Nadia menguntum senyum. Hilang terus riak seriusnya. Cepat betul perwatakan dia berubah.

“Lepas kita kahwin, baru saya beritahu.” Mudah dia menjawab. Siap tayang sengihan lagi. Aidan urut pelipis. Tiba-tiba, rasa pening kepala.

“Aku rasa aku dah gila,” kata Aidan.

“Gilakan saya kan?” usik Nadia. Mencerlung tajam Aidan memandang Nadia. Perempuan ni dah kenapa?

“Perempuan pelik,” komen Aidan. Nadia hanya ketawa. Dia memandang kolam ikan koi itu.

“Saya ikhlas nak jadikan awak suami saya Aidan. Mama saya teringin nak melihat saya kahwin. Tapi itulah, saya masih belum ada calon suami,” beritahu Nadia.

“Kesian tak laku,” sindir Aidan bersama tawa jahat. Nadia menjeling tajam lelaki itu.

“Hei! Baik-baik sikit. Saya bukan tak laku. Tapi saya yang tak nak. Mereka tidak menepati piawai yang layak dijadikan suami,” tungkas Nadia. Mempertahankan diri.

Aidan mendecit. Biasalah perempuan. Mesti nak menang juga.

“Habis, aku ni menepati piawai entah apa-apa kau tu?” soal Aidan sedikit kasar. Nadia menguntum senyum.

“Mungkin lepas kahwin baru nampak kut,” jawab Nadia. Aidan hembus nafas panjang.

“Kenapa perlu ada kut?” Aidan menjongket sebelah kening. Nadia ketawa saja sebelum bangun dari duduk. Aidan hanya memerhati gadis itu menjelajah sekeliling taman mini kepunyaan ibu tirinya.

Kemudian, fikirannya mula melayang mengingatkan kejadian semalam. Dia sudah tiada apa-apa hubungan dengan Safira. Patutkah dia terima perempuan bernama Nadia Athirah sebagai isterinya? Jika dia menolak, maruah keluarganya akan tercalar. Tapi kalau dia terima, mampukah dia mencintai Nadia seperti mana dia pernah mencintai Safira?

Sebolehnya dia mahu perkahwinan dia nanti kekal buat selama-lamanya.

‘Ya Allah, bantulah hamba mu ini....’ rintih Aidan. Aidan tekup mukanya. Beberapa minit kemudian, dia celikkan mata kembali. Terus dia bangun dari duduknya dan melangkah ke arah Nadia yang sedang melihat barisan tanaman pelbagai jenis bunga itu.

“Aku akan tuntut jawapan kenapa kau nak kahwin aku nanti. Tanpa ada satu pun tertinggal. Lengkap!” kata Aidan. Nadia terkejut dek kerana tiba-tiba disergah. Nasib baik tak melatah.

“Jadi awak setuju nak jadi suami saya?” soal Nadia. Inginkan kepastian.

“Hmmm. Lagi 3 hari. Kau patut sediakan apa yang patut. Esok aku pergi jumpa keluarga kau.”

“Okey!”

Nadia menguntum senyum. Macam tak percaya yang Aidan terima.

Mama... Nad dah jumpa bakal suami!






_______









Nasya Nur 🦋
06 Julai 2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro