AN 02
AIDAN raup kasar rambut hitamnya ke belakang. Sungguh dia benar-benar berserabut ketika ini. Kata-kata sang tunang telah menaikan rasa amarahnya.
“Kenapa baru sekarang awak nak cakap macam tu? Sedar tak 4 hari lagi kita nak nikah? Apa alasan awak, Ira?” soal Aidan dengan nada sedikit tinggi.
“Sebab itulah saya cakap sekarang Aidan. Masih sempat untuk batalkan pernikahan tu. Saya dah fikir sebaik yang mungkin. Saya masih belum bersedia nak berkahwin. Saya minta maaf Aidan,” balas Safira dengan mudah. Langsung tidak memikirkan kesan atas perbuatannya itu. Aidan merengus geram.
“Semudah itu awak minta batalkan semuanya, setelah persiapan sudah hampir siap? Kalau awak cakap awal-awal, saya boleh terima. Tapi sekarang dah tinggal 4 hari. Apa yang awak fikir sebenarnya ni Safira binti Sufian?” Penuh kedinginan anak mata itu memandang Safira. Gadis itu merengus geram.
“Saya dah cakap kan? Saya masih belum bersedia untuk berkahwin. Saya tak sedia nak jadi isteri awak Aidan Nazhan! Saya masih belum puas menikmati masa muda saya,” bentak Safira. Masam saja riaknya.
Aidan hela nafas berat.
“Sungguh saya kecewa dengan awak Ira. Dulu awak cakap awak tak sabar nak kahwin dengan saya. Sekarang ni, awak cakap lain pula? Saya betul-betul tak faham dengan awak.”
“People change Aidan.” Mudah Safira menjawab. Aidan ketawa sinis.
“Ya betul. Hati manusia sentiasa berubah-ubah. Tidak tetap pendirian,” balas Aidan dengan nada dingin.
Safira tidak membalas apa-apa. Lama mereka diam. Masing-masing melayan perasan sendiri. Aidan angkat kepala dan memandang Safira. Gadis yang dia cinta sejak zaman belajar dulu. Tetapi, setelah apa yang terjadi pada hari ini, hatinya menjadi tawar. Rasa cintanya terhadap gadis itu kian pudar.
Aidan hembus nafas panjang.
“Baiklah. Kalau itu yang awak mahukan, saya akan tunaikan. Batalnya pernikahan kita maka terputuslah pertunangan kita. Bukan itu saja, saya juga tak mahu ada apa-apa hubungan dengan awak lagi. Erti lata lain, kita putus. Saya dah tawar hati dengan awak,” kata Aidan panjang lebar. Cukup sampai di sini saja perjalanan cinta mereka.
“Aidan!” Riak terkejut terserlah di wajah Safira. Dia hanya mahu membatalkan pernikahan mereka. Bukan pertunangan mereka.
“Pandai-pandailah awak nak beritahu dekat keluarga awak. Saya tak nak masuk campur. Semua ni kemahuan awak. Selamat menikmati masa muda awak Ira. Saya harap kita tak jumpa lagi selepas ni,” sambung Aidan lagi. Dia bangun dari labuhan kerusi. Tidak betah lama-lama menghadap wajah gadis itu.
“Aidan tunggu! Bukan ini yang saya maksudkan. Saya cuma nak batalkan pernikahan kita saja. Bukan pertunangan kita,” kata Safira dengan nada terdesak.
Aidan pusing belakang dan tersenyum sinis kepada Safira.
“Macam yang awak cakap tadi. People change. Saya manusia yang ada perasaan dan maruah diri. Saya bersungguh-sungguh nak halalkan awak. Tapi, awak?”
Safira terdiam. Aidan sebak rambutnya ke belakang.
“Dah lah Ira. Awak buatlah apa yang awak nak. Assalamualaikum.”
Aidan melangkah pergi tanpa menoleh lagi. Melangkah tanpa hala tujuan. Membawa hati yang kecewa. Tidak sangka hubunganya dengan Safira berakhir begitu saja. Jika Safira mengatakan semua itu sebulan yang lalu, dia masih boleh terima. Tetapi...
Aidan hela nafas berat. Hancur berkecai hatinya dengan keputusan Safira. Mahu tidak mahu, Aidan perlu terima dengan hati yang terbuka. Dia dan Safira tiada jodoh.
Bunyi hon panjang membuatkan Aidan tersedar dari lamunan. Spontan dia menoleh sebelah kanan dan dia mendapat sebuah kereta menghala ke arahnya. Secara tiba-tiba, fikirannya menjadi kosong. Malah, kakinya juga terasa berat untuk melangkah. Kenapa dengan dirinya?
Pada ketika itu juga, dia terasa dirinya ditarik.
“Kalau nak mengelamun, bukan dekat sini. Nyawa encik ada satu aje.”
Aidan tersedar sepenuhnya apabila disergah. Dia memandang insan yang telah menyelamatkannya itu. Terkejut Aidan apabila bertentang mata dengan insan itu. Ternyata yang menyelamatkannya itu adalah seorang perempuan.
“Astaghfirullahalazim.” Mengucap Aidan setelah sedar yang dia sudah melangkah hampir ke tengah jalan besar. Kalau tak ada orang selamatkan dia, besar kemungkinan dia sudah ke negeri abadi.
“Terima kasih sebab selamatkan aku,” ucap Aidan. Dia merenung perempuan itu. Tak perlu dia huraikan panjang-panjang. Cukuplah dia cakap perempuan itu cantik.
“Sama-sama. Encik ada masalah ke?”
Aidan tidak membalas cuma menguntum senyum hambar.
“Kalau ada masalah, encik tak patut ada di sini,” kata perempuan tersebut. Kening Aidan bertaut.
“Kalau begitu, di mana aku patut ada sekarang?” soal Aidan.
“Encik beragama Islam?”
Aidan angguk kepala. Sebenarnya dia pelik dengan soalan perempuan itu. Muka dia tak nampak macam muka orang melayu ke?
“Jadi tempat sepatutnya encik patut berada adalah di masjid ataupun surau. Mengadulah kepala Allah tentang semua masalah yang menimpa encik tu,” jawab perempuan itu.
Aidan terasa terpukul dengan kata-kata perempuan itu. Benar kata perempuan itu. Dia sepatutnya mencari Tuhan. Mengadu semua masalahnya kepada Yang Maha Esa.
“Jom.”
“Pergi mana?” soal Aidan bersama riak bingung.
“Masjid. Sekarang dah masuk waktu Asar.”
Aidan pejam mata. Sibuk sangat fikir masalah sampaikan lupa sekarang dah masuk waktu Asar. Aidan pandang perempuan itu. Dia ingin mengatakan sesuatu. Namun, perempuan itu terlebih dahulu mencelah.
“Jangan cakap encik period. Encik lelaki.”
Menjegil matanya kepada gadis itu. Kali pertama jumpa, bertubi-tubi dia kena sindir.
“Jangan memandai menuduh cik. Aku lelaki tulen,” ujar Aidan dengan nada marah. Perempuan itu ketawa halus.
“Saya gurau aje. Saya minta diri dulu. Saya harap encik tak mengelamun lagi. Bahaya. Ini kira nasib enciklah saya lalu dekat sini. Kalau tak, encik fikirlah sendiri.”
Perempuan itu melangkah pergi tanpa menunggu balasan Aidan. Aidan hembus nafas panjang sebelum turut melangkah mengikuti langkah gadis itu.
AIDAN menunggu di luar surau setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Matanya tidak lepas memerhati surau bahagian wanita. Mencari kelibat perempuan tadi. Lebih kurang 10 minit barulah susuk tubuh perempuan itu keluar dari surau. Aidan seluk tangan ke dalam poket seluar. Menanti perempuan itu nampak dirinya di sini. Seperti dia jangka, pandangan mereka bertembung. Gadis itu melangkah ke arahnya.
“Encik buat apa dekat sini?”
Aidan tayang senyuman sinis.
“Ini surau kan? Mestilah aku solat,” balas Aidan. Perempuan itu mendecit.
“Ya tahu. Tapi kenapa masih ada di sini?”
“Aku tunggu kau.”
Tengadah perempuan itu.
“Untuk apa tunggu saya? Kita bukan kenal pun. Awak tu orang asing yang saya selamatkan aje,” katanya.
“Kalau macam tu marilah berkenalan.” Hanya sekadar bergurau. Tak ada niat apa-apa pun.
“Eh tak mahulah saya. Lagipun, saya tak mahu ada ditimpa masalah. Mana tahu awak ni ada kekasih. Lepas tu kekasih awak nampak awak dengan saya. Tak fasal-fasal, berperang dekat sini.” Serkap jarang perempuan itu.
“Tiada siapa nak serang kau. Aku dah putus tunang,” ujar Aidan.
“Oh. Saya tak mahu tahu,” katanya. Riaknya jelas menunjukkan yang dia sedikit pun tidak hairan.
“Kau kerja dekat sini ke?” soal Aidan.
“Ya.”
“Kerja apa?” soal Aidan lagi.
“Kerja dekat kedai buku. Sudahlah encik. Kita tak kenal pun. Jangan melebih-lebih,” katanya. Pelik kenapa lelaki itu tiba-tiba nak tahu di mana dia kerja.
Aidan angkat bahu. Betullah kata gadis itu. Mereka bukan kenal pun.
“Okey. Lagi sekali, terima kasih untuk tadi. Selamat bekerja cik. Maaf menganggu.” Aidan terus angkat kaki.
“Eh kejap!”
Terpasak kaki Aidan di situ. Dia menoleh belakang dan memandang gadis itu.
“Boleh saya tahu nama awak?”
Mendengar sahaja soalan dari perempuan itu, dia tersenyum sinis.
“Penting ke? Lagipun kau cakap tadi kita tak kenal. Jangan melebih-lebih. Sekarang siapa yang melebih?” balas Aidan, lebih kepada menyindir. Tersentap perempuan itu. Namun, dia menutupnya dengan senyuman manis.
“Tak apalah. Assalamualaikum.”
Belum sempat nak melangkah, Aidan bersuara, “Aidan Nazhan. Waalaikumussalam.”
Aidan melangkah pergi. Namun, langkahnya terhenti. Dia menoleh belakang. Sipi-sipi kelibat gadis itu menjamah pandangan sebelum hilang sepenuhnya. Bibir Aidan menguntum senyum nipis.
“Perempuan pelik.”
_______
Nasya Nur 🦋
02 Jun 2023
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro