Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 29

BINGKISAN cahaya lampu yang menerobos masuk ke dalam kereta melalui cermin hadapan kereta yang meretak dipandang tanpa perasaan. Para polis yang berada di luar kereta dalam keadaan kaget juga dipandang sinis.

Apa nak hairan jika dia, si Dodo terlaknat langsung tiada perasaan takut dalam diri. Nona yang berlumuran darah di sebelahnya kemudian dipandang penuh jelik.

"Aku Dodo, aku tak perlukan pembelot macam kau ini hidup, Nona. Kau ingat aku tak tahu ke yang kau tak sampai hati nak bunuh lelaki tu kan?" Dodo meniup perlahan muncung pistolnya yang masih berasap nipis.

"Kau sengaja melencongkan tembakan, kau sengaja memandu macam orang tak makan setahun. Lagi sadis, kau sempat bertaubat ya? Kenapa kau panggil polis, hah?" jerkah Dodo pula lantas menyepak-nyepak jasad kaku Nona.

"Kau cerdik, tapi sayangnya kau tak mampu nak tandingi aku. Aku Dodo, tuan kau. Bodoh!" selar Dodo lalu ketawa terbahak-bahak.

Klik.

Perlahan-lahan, dia membuka pintu kereta. Figura enam orang polis berserta dengan pemilik Toyota Camry dan Suzuki Swift yang masing-masing bersiaga sambil mengacukan senjata kepadanya dipandang dengan senyuman penuh sinis dan mengejek.

"Letakkan senjata," arah seorang pegawai polis yang berada paling dekat dengannya.

"Hahaha," gelak Dodo sekuat hati.

"Okey." Dia kemudiannya akur. Namun, senyuman jahat masih lagi terukir di bibir malah semakin kejam.

"Woi, kau yang pakai mask!" panggil Dodo kepada Light yang sedari tadi tetap menghalakan muncung pistol kepadanya.

"Kirim salam dari neraka untuk kawan kau tu. Cakap dekat dia, Suja is coming," ujarnya lalu perlahan-lahan, dia meletakkannya pistolnya ke atas jalan.

"Apa maksud kau?" soal Light. Menggeram, semestinya. Apa lagi helah si Dodo?

"Jangan pandang rendah kepada Suja. Dia... musuh kau yang sebenar. Hahaha." Sebaik sahaja menamatkan ayatnya, Dodo terus berlari melintasi penghadang jalan lantas terjun ke dalam gaung.

Bang!

Bang!

Bang!

Pihak polis melepaskan beberapa das tembakan. Namun, figura Dodo yang menghilang jatuh ke dalam gaung ketika ini gagal dikenal pasti keadaannya. Masih hidup atau sudah mati? Sukar untuk mereka menebaknya.

Sunyi. Kelam malam dipagari bintang-bintang berkelipan ketika ini dipandang dengan pelbagai rasa. Tenang, namun apa yang pasti, Aariz dan Khayra berserta Yaya belum lagi selamat.

Kenapa Suja juga boleh terjatuh ke tangan The Butcher? Light dan Cindy amat risaukan keadaan Aariz dan Khayra.



"AARIZ, kereta di belakang tu menakutkanlah," beritahu Khayra kepada Aariz yang semakin cekap memandu. Bersyukurnya dia apabila Aariz sudah tidak terbatuk-batuk seperti tadi.

"Aku tahu, sebab itulah aku tak nak bagi kau drive. Pegang anak tu elok-elok," balas Aariz dengan matanya sesekali setia melihat kedudukan kereta hitam di belakang yang mula menunjukkan belang.

"Kau bercakap macamlah Yaya ni anak sendiri," ujar Khayra perlahan. Yaya yang sudah terlena di dalam pangkuannya ditenung lembut.

"Aku nampak dalam garangnya kau dengan orang lain, kau berlembut dengan budak-budak. Nice, aku suka. Kau dah layak bergelar mama," usik Aariz.

Mendengar ayat Aariz, sekali lagi Khayra berasa pipinya seperti disimbah air panas. Malu sungguh! Sah pipinya sudah bertukar kepada warna tomato masak. Rasa mahu menyorok saja.

"Rara, Jumaat ini kita kahwin," beritahu Aariz sambil tersenyum.

"Hah?" Khayra terpana.

"Ya. Jumaat ni kita nikah. Tak payah buat muka terkejut macam tu. Aku tahu kau suka aku, dan aku juga suka kau. Jadi, kenapa tidak kita halalkan cepat-cepat hubungan ni?" jelas Aariz dengan lembut.

"Aariz... a... aku..." Khayra kehilangan kata-kata.

Suka? Ya.

Gembira? Ya.

"Simpanlah dulu rasa excited kau tu Rara. Kasihan anak tu nak tidur," usik Aariz lagi sambil ketawa perlahan.

"Ehem..." Khayra memalingkan mukanya ke cermin sisi sebelahnya. Aduh, malulah macam ini. Abi inilah, kenapa tak beritahu awal-awal?

'Rara ni, janganlah buat muka macam macam tu. Kau comel sangat, tahu?' Aariz berasa ingin tergelak saja melihatkan raut wajah malu Raranya. Namun, perasaan ingin ketawanya disimpan sahaja apabila kereta Toyota Hilux mula bertindak.

'Kau ni kacau betul. Masa ini jugalah kau mahu bermain ya, kereta belakang?' Hatinya memprotes hebat.

"Rara, pegang anak tu kuat-kuat. Ingat, walau apa pun berlaku, tolong bertindak bijak," pesan Aariz lalu tanpa amaran, dia terus memecut laju keretanya meninggalkan Toyota Hilux di belakang.

Vrom!

Nampaknya, memang benar telahannya sebelum ini bahawa kereta pacuan empat roda Toyota Hilux yang mengekori sejak tadi di belakang ialah musuh. Cuma kali ini, musuh yang mengejar boleh tahan cekap dalam mengendalikan kereta.

Stret...

Vrom!

Selekoh tajam dilepasi, jalan berliku dan licin dielak. Tidak disangka pula masuk sahaja ke kawasan bandar, hujan gerimis mulai turun membasahi bumi. Bergegar juga keretanya menerima efek rempuhan bonggol di jalan di hadapan sekolah.

Bum!

Yaya yang tersedar daripada tidur dipeluk kemas oleh Khayra. Bahaya! Licin tar berserta sapuan wiper yang laju menolak pergi air hujan pula semakin menghalang perjalanan mereka.

Bum!

Sekali lagi, kereta mereka dilanggar dari belakang. Tak guna, agresif betul pemanduan si Suja. Inilah dia apabila perempuan sudah mabuk cinta, semua benda dia boleh buat.

"Suja ni memang dah gila ke?" marah Khayra. Mahu saja dia turun dari kereta dan menampar sampai berbirat muka perempuan tak tahu malu itu!

Tadi, Light memberitahu bahawa Suja sedang mengejar mereka. Perempuan itulah musuh sebenar mereka pada malam itu. Dodo terjun gaung, manakala kawan perempuannya cedera parah ditembak oleh Dodo sendiri.

"Sabar, Rara." Aariz pula berasa seram melihat riak wajah Raranya. Penguin sudah bertukar menjadi singalah.

Bum!

Kali ini, kereta mereka dirempuh pula dari sisi hadapan. Nasib baik Aariz terlebih dahulu dapat membaca pergerakan Suja lantas memperlahankan kelajuan, maka efek hentaman tidaklah terlalu kuat dan kereta tidak terbabas ke tepi.

"Memang dasar jahat. Tak guna!" gerutu Khayra.

Mula-mula Dodo dan Nona, selepas itu Sadad dan sekarang ini Suja. Nampaknya, The Butcher benar-benar mahu membunuhnya dengan menjadikan semua ahli keluarga Dato' Sani sebagai balaci. Teringat pula dia akan kejadian semasa pertama kali bertemu dengan The Butcher.


Imbas kembali...

"Mr. Mark mahu saya iklankan macam mana pusat kebajikan tuan yang baru ditubuhkan ni?" soal Khayra tanpa memandang wajah kacak usahawan berjaya yang banyak menderma kepada pusat-pusat kebajikan lain.

"Saya mahu Cik Amra war-warkan kepada seluruh dunia bahawa Mr. Mark Delez kini menubuhkan pusat jagaan anak-anak yatim berprestij tinggi, dan pusat kebajikan ini juga menyediakan prasarana dan infrastruktur yang lengkap bagi kemudahan anak-anak yatim tersebut," terang Mr. Mark dengan tenang.

"Macam mana dengan sumber kewangan bagi menampung keperluan anak-anak yatim?" soal Khayra lagi sambil tangannya ligat menulis mencatat poin penting.

"Tuan Butcher!' jerit Dodo lantang.

Tercungap-cungap Dodo mendapatkan tuannya yang sedang elok duduk berhadapan dengan Khayra. Khayra yang sedang khusyuk menulis serta-merta memberhentikan tarian penanya lalu menumpukan perhatian kepada Dodo yang berdiri melutut di tepi Mr. Mark.

"Apa?" dengus Mr. Mark perlahan tetapi dikawal sehabis baik.

"Gudang dadah dan senjata api kita diserbu oleh pihak polis!" tutur Dodo kuat.

Pang!

"Bodoh!" tempik Mr. Mark dengan kuat seraya menampar keras pipi Dodo sekuat tenaga sampai terteleng dibuatnya.

Tak guna punya Dodo. Bodoh itu boleh tidak disimpan sedikit? Tak nampak ke yang dia sedang berbincang dengan seorang wanita yang tidak ada kena mengena langsung dengan urusan kerja haram mereka? Mr. Mark membengang.

"Huh!" Khayra mencebik sinis seraya bangun dari kerusi.

"Saya kira kita tiada apa-apa urusan lagi yang boleh dibincangkan, Mr. Mark. Saya sesekali tidak akan mempromosikan pusat kebajikan tuan oleh kerana saya sudah tahu dari mana sumber kewangan tersebut. Urusan kita terbatal," putus Khayra seraya meninggalkan Mr. Mark atau kini dia kenal sebagai Tuan Butcher yang terkebil-kebil memandangnya bersama Dodo, orang suruhannya.


VROM!

PINTASAN kereta Toyota Hilux di hadapannya kembali membawa Khayra ke alam realiti. Tak guna punya The Butcher, hanya kerana dia mengetahui kerja sebenarnya dan dia membatalkan urusan kebajikan itu, sampai ke tahap ini lelaki itu memburunya.

Sayang betul. Muka kacak tapi hati lebih busuk daripada najis.

'Ya, aku salah kerana melaporkan kerja haram kau kepada pihak polis, tetapi aku tetap dengan pendirian aku bahawa aku hanya cuba mahu menyelamatkan negara aku sendiri daripada tangan kotor kau.' Khayra mengepal penumbuk.

The Butcher sememangnya tidak layak untuk menghuni negara ini!


EDITED: 4/1/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro