Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2

PAGI ini, hatinya lapang melihat rumah sudah kemas, bersih, siap pakej wangi lagi. Macam inilah anak dara. Kemas. Teratur. Berdisiplin. Ininya tidak. Harap muka cantik, tapi perangai? Astaghfirullah. Pemalas tahap dewa. Orang tengok pun boleh pengsan.

"Bagus Tina, Bella," ujar Khayra, nadanya memuji. Dalam masa yang sama, dia menggigit perlahan sekeping roti bakar bersalut jem beri biru.

Sarapan pagi yang disediakan oleh Tina itu ringkas sahaja. Tapi bolehlah. Sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk alas perut sebelum dia bertukar jadi Hulk kalau klien barunya nanti seorang lelaki miang tak sedar diri.

"Hehehe... Tina akan buat apa saja, janji akak dah tak marah," balas Tina sambil tersengih-sengih.

'Hah, tahu takut,' desis hati Khayra. Senyuman sinisnya disembunyikan di sebalik kunyahan roti. Dia wajib tegas dengan mereka.

"Bella pun sama. Kami minta maaf akak," kata Bella. Matanya tunduk, batang penyapu di tangan diketip-ketip dengan hujung kuku.

"Okey. Sekali lagi kau berdua buat macam semalam, akak takkan beri muka," tegas Khayra. Dia bangun, mencapai beg tangannya, dan meneguk baki air coklat sebelum melangkah pergi.

"Akak balik petang nanti. Rumah mesti kekal bersih macam ni," pesannya lalu bergegas keluar dari rumah. Entah angguk entah tidak budak berdua itu, dia tidak pasti. Apa yang pasti, dia sudah terlambat untuk ke pejabat.

Tit... Tit...

Telefon pintarnya di dalam beg tangan bergetar menunjukkan ada panggilan masuk. Dia yang sedang terkial-kial memusing stereng kereta hanya mampu mendengus kasar.

"Apa hal pula ni?" Geram dia dengan pemilik kereta yang memblok pintu pagar rumahnya.

Sudahlah dia terlambat untuk pergi kerja, ada pula manusia yang tak reti bahasa memarkir kereta di hadapan pintu pagarnya. Sempit sangat untuk keretanya mencelah keluar.

Tit... Tit...

Sekali lagi, telefon pintarnya bergetar minta diangkat. Tanpa melihat siapakah gerangan yang memanggil, panggilan itu diangkat kasar lalu dengan nada meninggi, Khayra terus menyembur si pemanggil.

"Kau nak apa?" marahnya. Geram!

"Er... assalamualaikum cik. Maafkan saya, saya nak beritahu yang dato' kata meeting kita pagi ini ditunda ke pukul 11 pagi. Boleh ya, cik?" tanya suara halus di hujung talian, agak serba salah nadanya.

Khayra memejam mata. Ya Tuhan, sabarkan dia.

"Hmm... okey," balas Khayra lalu mencampakkan telefonnya ke kerusi belakang.

'Dasar!' jerit hatinya, geram.

Dato' Sani ini, ada-ada saja halnya. Pasti berdecit si Vivi, pengurus peribadi lelaki berharta itu menghubungi tadi.

'Nak main-main dengan Cik Amra Khayra ya? Silap besar, orang tua. Tunggulah. Aku akan balas berkali ganda sikap kau yang suka sangat tak tepati waktu perjanjian!' Hatinya sebal.

Pin! Pin!

Dalam geram, Khayra menekan honnya bertalu-talu. Jam menunjukkan waktu 7.30 pagi. Dia sudah terlambat untuk ke pejabat walaupun waktu mula bekerja di pejabatnya itu sebenarnya pukul 8.30 pagi. Dia sejenis perempuan berprinsip yang suka sampai setengah jam lebih awal di pejabat.

"Sorry, sorry," laung seorang lelaki.

Seorang lelaki tua terkocoh-kocoh mendapat keretanya yang menghalang laluan dan berkali-kali juga dia meminta maaf. Namun, riak wajahnya tetap beku dan keras sahaja sambil menunggu dengan sabar di dalam kereta sementara lelaki itu mengalihkan kereta. Dia sudah penat dengan semua ini. Fake!

Tok! Tok! Tok!

Lelaki tua itu tadi mengetuk cermin keretanya dengan tiga kali ketukan. Ketukan itu menyedarkannya daripada jauh mengelamun dalam geram yang tersisa. Lelaki itu meminta maaf sekali lagi kepadanya, namun seperti biasa hanya anggukan dengan senyuman terpaksa sahaja diberikan sebelum pedal minyak ditekan dan keretanya meluncur laju di jalan raya.

Bad luck, today.


*****


"AYIZ, jangan lupa jaga kesihatan kat sana," pesan Ibu Hamidah lagi.

Entah sudah kali ke berapa dia berpesan kepada Aariz. Sudah tentu lelaki itu muak mendengarnya, tetapi ada dia kisah? Kali ini, dia mahu berpesan sampai anak jagaan yang juga anak saudaranya betul-betul termuntah dengan ayatnya.

"Ya, ibu," sahut Aariz sambil menyarung kasut.

Riak wajahnya tenang menyahut pesanan yang sama setiap kali dia akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Ziarahnya kali ini sebentar cuma, sekadar melepaskan rindu yang terbuku di hati.

"Ibu tak kira. Kamu balik sekali lagi nanti, pastikan bawa calon menantu ibu," ujar Ibu Hamidah dengan senyuman manis.

"Ibu..." Aariz mengeluh.

Ini yang dia lemah. Pekerjaannya sangat berisiko. Tiada siapa yang tahu pekerjaan sebenarnya di Kuala Lumpur sebagai ejen perisikan melainkan kawan-kawan sekerjanya sahaja. Jika ditanya apakah pekerjaannya di sana, dia hanya akan beritahu bahawa dia bekerja sebagai pengawal peribadi. Itu saja.

"Ibu dah tua Ayiz... ibu tak tahu bila ibu akan meninggalkan..." Kata-katanya terhenti dek Aariz terlebih dahulu memintasnya.

"Ya, baiklah ibu. Akan Ayiz usahakan untuk tunaikan permintaan ibu," cantas Aariz sambil menarik nafas. Dalam sedalam-dalamnya sehingga sesak rasanya dirasakan.

"Ha, macam itulah Ayiz ibu..." balas Ibu Hamidah lalu menepuk perlahan bahu anak saudaranya.

Senyum simpul sahaja Ibu Hamidah melihatkan kepada raut wajah Aariz yang kekal tenang walaupun diasak dengan permintaan mengarutnya. Saja dia mahu menguji sejauh manakah kesabaran seorang Aariz Iktizar dalam menghadapi tekanan. Seperti diduga, kesabaran lelaki itu memang tebal hasil warisan daripada sifat sabar ayahnya arwah Imam Daud.

"Okeylah ibu, Ayiz pergi dulu," ujar Aariz lalu menyalami tangan wanita itu.

"Baik-baik di jalan tu ya," pesan Ibu Hamidah lagi.

"Baik, ibu," jawab Aariz lalu berlalu ke keretanya. Melalui biasan yang terpantul di cermin berwarna gelap Toyota Camry putihnya, dia dapat melihat raut wajah gusar Ibu Hamidah. Alahai, ibu. Ada-ada sajalah!

Pin! Pin!

Aariz membunyikan hon dua kali sebagai tanda keberangkatannya dari Darul Hikmah. Sempat matanya mengerling kepada cermin pandang belakang, kelihatan Dani dan beberapa orang kanak-kanak penghuni rumah anak-anak yatim itu melambai mesra kepadanya tanda mengucapkan selamat jalan.

'Ya Allah, peliharalah semua orang yang kusayang dalam perlindungan-Mu. Amin,' doa Aariz dalam hati.

Keretanya meluncur perlahan di jalan raya. Waktu ini, pagi masih redup dengan sang matahari masih malu-malu menampakkan diri. Jam menginjak ke angka lapan, jadi masa masih berbaki tiga jam sebelum pertemuan bosnya dengan pegawai pengiklanan syarikat WS Creative Incorporation.

Hari ini, dia berharap segalanya berjalanlancar. Dia sudah muak melihat perempuan menjadi mangsa Dato' Sani. Hatinyameronta ingin bebas daripada belenggu lelaki keparat itu. Namun, apakan daya,lelaki itu tokoh korporat yang berpengaruh. Mahu atau tidak, dia tetap terpaksaberurusan dengannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro