Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

My Short Story for Contest!

1. Starzy Short Story Contest (draft)

Pembunuh Dalam Selindung (PDS)

Informasi Buku

Limit bab: 10 hingga 15

Target words per Chapter: at least 1.5k

Contest: Starzy Short Story Contest

Tema: Pandemik, Perjuangan, Penghargaan

Quotes/Tagline: Demi negara dan masa depan, kami tetap teguh berjuang walau nyawa menjadi taruhan

Genre: Spiritual

Masa diperuntukkan: 22 Feb 2021 hingga 5 April 2021 (45 hari)

Blurb:

Ariff Mazlan.

Lelaki yang ego.

Lelaki yang sombong.

Mulutnya lincah mencari cacat cela para ahli politik, otak ligat merangka idea untuk menjatuhkan kerajaan. Terdapat perasaan benci yang tersemat utuh di dalam hati yang tersakiti sekian lama dahulu.

"Aku akan pastikan mereka rasa kesengsaraan sama yang telah aku lalui!" - Ariff -

Suatu hari, pandemik baharu mula berleluasa. Sudah 20 tahun selepas Malaysia bebas daripada pandemik Covid-19. Sudah 20 tahun jugalah Malaysia tidak dilanda apa-apa penyakit berbahaya di dalam jangka masa itu.

Namun begitu, pada tanggal 10 Januari tahun 2044 virus mutasi terbaharu telah muncul! Virus ini amat menggegarkan dunia! Virus ini telah menjangkiti spesies cacing dan mengakibatkan cacing tersebut mencari mamalia sebagai tempat berteduh.

Parasit ini bukan sahaja membawa maut malahan beberapa minggu atau bulan sebelum mati, mamalia yang telah dijangkiti oleh cacing-cacing tersebut akan menjadi karnivor dan seolah-olah seperti zombie.

Kekuatan mereka juga jauh lebih tinggi daripada manusia biasa. Lebih berbahaya, zombie ini bukanlah seperti zombie biasa yang tidak mempunyai akal. Mereka mampu berfikir!

Hal ini menyebabkan hampir semua warganegara Malaysia berjantina lelaki dipanggil oleh kerajaan untuk membantu membendung masalah ini. Ini bermakna, Ariff juga turut serta.

Apakah yang Ariff akan lakukan?

Teruskan misi menjatuhkan kerajaan atau Ariff akan berubah?

Nantikannya di Pembunuh Dalam Selindung

Start: 22 Feb 2020
End:

•••

2. Roselle's Award

Perjalanan Cita-citaku (Draft)

Takde cover lagi.

Informasi Buku

Limit bab: 5 hingga 10

Target words per Chapter: at least 1.5k

Contest: Roselle's Award

Tema: Usaha, cita-cita

Quotes/Tagline: Tetap teguh berdiri bersinar seperti bintang dan menjadi pendamping kepada mereka yang berputus asa.

Genre: Teen fiction

Masa diperuntukkan: 15 hari (tak dinyatakan tarikh lagi)

Ini bukan kisah cinta apatah lagi kisah sedih akibat kematian orang tersayang.

Ini mengenai cita-cita aku. Cita-cita yang sentiasa diperlekeh oleh kebanyakan orang.

Mungkin pada mereka, sangat pelik untuk seseorang manusia ingin menggapai pelbagai cita-cita sekali gus. Apa aku kisah? Aku tetap mahu! Itulah impian aku sejak sekian lama. Selagi tidak melanggar hukum-hakam agama, aku tak akan berhenti mengejar bintang-bintang yang menjadi impian aku untuk bersinar. Terus bersinar, menjadi idola kepada mereka yang berputus asa.

Animator.

Novelis.

DJ.

Composer.

Musician.

Video editor.

Entertainer.

Aku tak kisah akan kesusahan yang bakal aku hadapi. Selagi aku mampu, aku akan terus melangkah! Asyik-asyik orang luar sahaja yang mencipta sejarah, orang Melayu seperti aku juga mahu!

Aku...

Tak akan pernah berhenti!

Start: 3 March (draft)
End:

Dah publish nanti silalah jenguk yaa? Ai terpaksa beri fokus penuh kat yang no dua tu ha sbb durasi dia pendek nau. SHSHS ai buat Bukalah Matamu pun amik masa 11 hari tapi tengok la range words dia 300+ hingga 1.2k words je. Sekarang ai target 1.5k at least for each chapter.

Btw, ai sambung Promote hari Sabtu tau. Sebab ai kena buat nota sejarah bab 3 sampai bab 5 ._. banyak weyh. Pastu ada kuiz Differentiate (first principles until second derivative tapi eqn, tangen and normal tak masuk) haih nasib, sempat la ulangkaji sikit.

Aku dahlah selalu melencong ke tempat lain setiap kali Addmaths. Nama 'Shazwani' mmg wujud kat Google meet tapi orangnya kat tempat lain. I mean, aku ada kat Google meet tp aku buka benda lain faham en. Main game ke tgk Conan apa semua tu. Shshs rasa berdosa.

Ok la tu je.

Babai!

𝓒𝓜 𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro