_B A B_9_
RUTIN saban hari, siap mandikan ayah pakaikan baju, sapu bedak biar wangi. Kemudian suapkan breakfast dan ubat. Sejak tersedar dari koma enam bulan yang lalu, ayahnya cuma boleh makan nasi bubur. Minum susu yang disedut menggunakan straw. Tapi Safiya bersyukur yang teramat sebab ayah sudah menunjukkan kesembuhan yang tak dijangka.
Lebih setahun terlantar koma, doktor menjangkakan ayahnya tak mampu untuk sedar. Tapi sekarang ayah sudah membuktikan telahan doktor salah belaka. Ayah bukan saja mampu sedar, tapi sudah menunjukkan tanda-tanda positif untuk sembuh seperti sediakala.
Hari ini jumaat, jadi Safiya tak perlu menyiapkan Afiq ke sekolah. Dibiarkan adiknya tidur sampai puas sementara dia membantu Mak Nah di warung sana. Bila sudah bangun nanti comfirm Afiq akan berteriak memanggil namanya.
Seperti biasa juga sebelum ke warung, kerusi roda ayah diletak ke depan pintu rumah. Televisyen dibuka siaran Oasis.
Kalau hari biasa, Safiya mula bekerja pada pukul lapan pagi. Di hujung minggu, pukul tujuh sudah ke warung Mak Nah yang terletak di pinggir jalan sana. Hari minggu juga pelanggan lebih ramai dari biasa.
Pukul 7.30 pagi Safiya menerima whatsapp dari Tok Abah menyuruh bungkuskan sarapan. Sekejap lagi Raef Afham akan datang mengambil.
Membaca nama itu, spontan Safiya mengeluh.
Boleh tak kalau dia orang tak berjumpa lagi? Malas dia nak bertekak, bergaduh, bercakar. Cukuplah dengan apa yang berlaku semalam. Memang Safiya malas nak melayan. Lalu dia siapkan tiga bungkus nasi kerabu ayam bakar, sebungkus bihun goreng yang dimasak hari itu juga kuih muih seperti yang Tok Abah pesan.
Dua puluh minit kemudian, kelibat kereta merah ternampak di pandangan. Cepat-cepat Safiya angkat punggung dari kerusi terus mengelek nota tebal lalu masuk ke dalam. Kalau boleh dia tak mahu tengok muka itu. Tak nak Raef tahu kewujudan dirinya juga.
Haih! Dah jadi Raef tak ada puaka kerek lagi?
Sengaja Safiya mahu menyebut elok-elok dari mendapat dosa free. Nanti bertambah dosa yang perlu ditanggung. Dan dia juga tak mahu menjadi beban ayah dunia mahupun akhirat hanya kerana tingkah seorang anak gadis yang agak keterlaluan.
"Assalamualaikum," Raef Afham mengucapkan salam sambil bibir menguntumkan senyuman pada seorang wanita yang dilihat sibuk membungkus makanan. Namun hanya pada wajah kelihatan manis sedangkan perasaan di dalam berdongkol rasa.
Melilau matanya pandang sekeliling. Seumur hidup, itu pertama kali kaki menjejakkan kaki ke warung di tepi jalan. Tertelan liur Raef Afham dibuatnya. Serasa mustahil untuk dia melabuhkan punggung di kerusi sana.
Makan minum?
Kerana terpaksa juga dia muncul langsung tak mampu dibantah. Tok Abah kalau dah berkata A, memang A yang dia perlu buat. Such a dictator. Langsung tak serupa papa.
Kenapa mesti papa tinggalkan dia? Kenapa harus dia hidup dalam suasana yang dibenci?
"Encik, nak beli apa? Kalau nak makan, duduklah dulu. Encik?" berkerut sudah dahi Mak Nah.
Sudah dua tiga kali bertanya tapi lelaki itu seolah-olah tak mendengar. Nak dikata pekak, hailah sayang bebenor. Segak orangnya.
"Encik, nak beli nasi ke?" tanya Mak Nah lagi bersama senyuman yang terus terkuntum. Senyum kan sedekah.
Wajah itu terus dipandang. Tak pernah dilihat sebelum ini bermakna pelanggan dari luar yang datang menyinggah. Sempat Mak Nah berpaling mencari kelibat Safiya tapi tak kelihatan. Mungkin anak saudaranya sedang membancuh minuman untuk pelanggan.
"Ekius me," kalau itu Mak Nah cuba speaking seperti yang Safiya ajar. Mungkin pelanggan barunya itu tak fasih berbahasa melayu.
Tapi tak apa. Safiya ada untuk menguruskannya nanti.
"Hah! Err... emm... saya datang nak ambil makanan yang... err... Tengku Bakri order."
Lah. Boleh bercakap melayu rupanya. Mak Nak tersenyum melebar.
"Ambil makanan siapa?" soalan diulangi seperti tak pasti apa yang telinga dengai.
"Err... Tengku Bakri," seakan tak pasti juga untuk Raef menyebut. Hampir tergaru kepala dia dibuatnya.
Kenapa? Dekat kampung itu Tok Abah dipanggil dengan nama lain ke? Nama apa? Samentelah menyedari pandangan kebanyakan pelanggan di warung itu. Dua tiga orang mak cik yang datang membeli pun tak ketinggalan.
Tahulah dia hensem yang tak perlu nak dipertikaikan.
"Oh. Tengku Bakri. Anak ni cucu Tengku Bakri ke?" serta-merta wajah Mak Nah berubah menjadi ceria. Baru dia mampu mengagak. Tadi Safiya ada beritahu tapi macam terlupa.
"Ha'ah! Iye, mak cik," Raef tersenyum senget. Terpaksa.
"Patutlah hensem macam Tok Abah dia," sempat lagi Mak Nah memuji sambil tangan mencapai plastik biru di atas meja belakang. Sudah dipesan Safiya berkali.
Bukan sebab dia tak ingat. Tapi tak mampu membayangkan bagaimana rupa orang yang akan datang mengambil. Pertama kali juga Tengku Bakri main pakai order sarapan ikut telefon. Selalunya tuan punya badan sendiri akan muncul. Pasangan suami isteri yang cukup romantik. Hari ni berwasap-wasap pulak.
Sekarang dah sampai orang yang akan mengambil pesanan, Safiya pula menghilang entah ke mana? Lalu Mak Nah mampu menduga. Inilah gamaknya cucu Tengku Bakri yang hari-hari dikenenkan pada anak saudaranya.
Kacak bergaya, tinggi lampai, putih melepak memang cukup lengkap. Pakai spek mata hitam. Macam tak sepadan pula dengan Aira Safiya yang berkulit sawo matang walau tak kemetot.
"Iye ke? Terima kasih," Raef tersenyum untuk pujian yang diterima.
Semua itu sudah biasa didengarinya bukan perkara pelik lagi. Mahu menjaga air muka punya pasal terpaksa dia buat-buat ramah. Mengantuk belum hilang. Jam baru memasuki pukul tujuh setengah pagi. Selalunya pukul sepuluh atau sebelas baru dia akan bangun.
"Ini kuihnya. Semua dah ada kat dalam," plastik biru Mak Nah hulurkan. Raef menyambut dengan senyuman.
"Berapa semuanya, mak cik?" tanya Raef sambil poket jeans diseluk.
"Ha'ah. Sekejap. Pia tak ada cakap pulak. Pia, berapa harga makanan Tengku ni?" Mak Nah melaung saja.
Aira Safiya di sebalik dinding dapur membulat biji mata.
Alamak! Dah kenapa Mak Nah bertanya pulak? Tadi sudah diberitahu. Ini mesti terlupa kes asyik memuji cucu orang yang berperangai macam...
Done! Tak nak buat dosa. Tangan Safiya menampar mulut sekali.
Raef turut memandang ke dalam. Tak ternampak pun kelibat orang yang ditanya.
"Pia..."
"Petang nanti Tengku bayar," terpaksa juga Safiya menyahut. Menjengukkan muka memang tak.
Giler nak tunjukkan muka? Dengan sebelah mata berbalut menyembunyikan luka akibat terhantuk stereng kereta semalam. Ini kalau Mak Nah tahu cucu Tok Abah itulah yang bertanggungjawab membuatkan mata dia bengkak, tak adanya Mak Nah sampai tak ingat dunia memuji dalam hati.
Safiya terlebih kenal emak saudara dia itu.
"Ha'ah. Tak apalah. Petang karang Tengku akan bayar pada Pia," cucu Tengku Bakri yang segak bergaya itu kembali Mak Nah pandang.
Berkerut dahi Raef sebelum kepala diangguk. Tapi macam pernah didengari nama itu.
"Terima kasih, mak cik. Saya balik dulu," Raef berbasa basi.
Senyuman diukir lagi demi menjaga imej Tok Abah. Kerana pelanggan-pelanggan di warung itu sudah tahu dia cucu Tengku Bakri.
Tapi tak lama niat hati melekat di dalam jiwa saat mata terpandang seseorang yang amat dikenali. Dilihat sedang mengelilingi kereta mewah miliknya yang terparkir di laluan masuk ke halaman rumah sana. Lalu Raef mampu mengagak siapa empunya nama yang disebut mak cik tadi.
Raef segera melajukan langkah. Budak yang asyik terhendap-hendap itu disergah. Tersentak Afiq yang asyik menggosok bonet depan kereta itu.
Merah. Dia suka merah.
"Kau lagi? Tak ada orang lain ke?" terketap bibir Raef menahan rasa.
Ikutkan hati mahu dijerkah kuat-kuat. Tapi seperti yang dikata, orang-orang di warung sana sudah tahu dia merupakan cucu Tengku Bakri. Jadi dia tak boleh bertingkah sebarangan atau nama baik Tok Abah yang akan tercemar.
"Kakak kau mana, hah? Memang tak pandai nak jaga adik dia!" tangan Afiq mahu dicapai tapi budak terencat itu terus terduduk ke tanah.
Raef terkejut. Terkepal tangan yang mahu memegang.
Kalau dilihat pada keadaan tak mustahil ada orang yang akan tersalah faham. Tak mustahil ada yang beranggapan dia sengaja menolak budak itu sampai jatuh ke tanah.
"Ara!!!"
Raef makin terkejut. Tiba-tiba menjerit rupa histeria. Macamlah dia ada menyentuh? Memang terencat tak syak. Ini kalau kakak dia...
"Afiq!"
Yang disebut-sebut sudah datang. Laju Safiya berlari dari warung sana. Dalam masa yang sama Raef terpandang seorang lelaki di muka pintu rumah sedang terjerit-jerit dalam bahasanya.
"Ara!"
"Fiq!" Safiya menerkam, terus mendakap adiknya yang sedang meraung.
Bibir Raef tercebik panjang. Hati dipenuhi rasa jengkel menyaksikan drama di pagi hari yang sedang berlangsung.
"Aku tak sentuh dia!" spontan terkeluar dari mulutnya. Dia tak ada buat apa-apa pun.
"Afiq. Dah! Jangan nangis. Akak ada," Safiya menarik adiknya supaya bangun dari tanah yang berdebu.
"Aku tak tolak dia."
"Tahulah!" balas Safiya kasar. Memandang memang tak.
Dia boleh nampak Raef langsung tak menyentuh Afiq. Afiq rebah kerana takut. Trauma asbab makan penampar semalam.
"Aku kata aku tak sentuh dia. Yang kau..."
"Saya tahu, Encik Raef. Sekarang awak boleh balik," nada suara Safiya sudah naik. Bercakap dengan gaya gigi terkacip.
Tapi dia langsung tak berpaling. Sekadar membelakangi. Tak mahu Raef melihat mata bengkak yang disembunyikan.
"Safiya!" pertama kali nama itu meniti pada ulas bibir Raef.
"Adik saya takut tengok awak. Dia takkan mudah melupakan orang yang dah sakiti dia," ujar Safiya terus memujuk Afiq. Kemudian ditarik ke rumah sedang ayah terpekik-pekik di depan pintu.
"Ya, ayah. Tak ada apa. Fiq terkejut aje," Safiya mencapai tangan yang tergapai-gapai itu. Diusap lembut mahu memujuk.
Raef Afham tergamam.
Secara tiba-tiba dirinya menjadi pegun tak ubah patung cendana menyaksikan segala. Tak percaya. Memang dia takkan percaya. Budak terencat itu adik, lelaki lumpuh itu ayah?
Hah! Drama apakah yang sedang dimainkan? Langsung dia tak mahu percaya. Hebat permainan Aira Safiya.
Tapi dia dah kenapa? Kenapa hati di dalam dada bagai ditebak rasa. Hilang akal?
Mendengar bunyi pintu ditutup, barulah jasadnya tersentak ke alam nyata. Terkebil-kebil biji mata Raef memandang pintu rumah yang bersifat pegun. Berpaling ke warung pinggir jalan di sebelah kanan sana, ada yang terpandang-pandang walaupun bukan semua.
Dah tu dia buat apa lagi tercegat di situ? Lalu Raef memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Dipandu keluar dari halaman rumah itu bersama hati yang masih dijentik rasa. Masih tak boleh dipastikan apa kebendanya?
Apa yang sedang dia rasakan? Kenapa perlu merasa yang pelik-pelik?
Jangan nak hilang akal, Raef Afham!
(1358 words)
*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*
_F R O M_M E_W I T H_L O V E_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro