Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

Sofie menarik laci di bawah katil sambil menekap-nekap rambutnya yang masih basah dengan tuala. Dikeluarkannya pengering rambut. Wayar yang bergulung diluruskan. Sewaktu memasang plag, kedengaran bunyi pesanan masuk di telefon bimbitnya. Sofie menoleh. Telunjuk yang ditegakkan ke arah suis ditarik balik.

Kelip-kelip kusangka api, kalau api di mana dapurnya.

Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati di mana kuburnya.

Terkedip-kedip mata Sofie membaca mesej yang terpapar. Kali terakhir dia mendengar pantun lama itu diungkap semasa berada di dalam kelas Cikgu Tengku Zahari. Pada masa itu, dia sekumpulan dengan...

"I'll do my crying in the rain..."

"I'll do my crying in the rain..."

Telefon bimbit yang sama tiba-tiba menjeritkan nada dering daripada lagu kumpulan A-ha lantas merencatkan putaran memori Sofie.

Terbantut terus hasrat Sofie untuk menggunakan pengering rambut. Direnungnya nombor yang tertera di skrin. Kod negara pemanggil yang tidak tersenarai di dalam telefon bimbitnya menunjukkan ia didaftarkan di Malaysia.

"Siapa ni?" desis Sofie. Selain ahli keluarganya, hanya Shazni sahaja yang tahu nombor telefonnya.

Mungkinkah salah seorang daripada mereka telah menukar nombor telefon? Ataupun Izzahin yang menghubunginya? Dia memang tidak menyimpan nombor telefon dua pupunya itu.

"Ya Allah... Janganlah ada masalah lagi!" Sofie segera menanggalkan plag pengering rambut. Tangannya kembali mencapai tuala sebelum menjawab panggilan yang tidak putus-putus itu.

"Assalamualaikum," ucap Sofie sambil duduk di tubir katil.

"Ke mana awak pergi selama ni, Lady? Puas saya cari awak," soal suara garau yang menyambut salam.

Lady? Nama gelaran itu! Suara itu!

Sofie mendesah kuat. Telefon bimbit yang berada di dalam genggamannya terlepas.

Kelam-kabut Sofie mendapatkan telefon bimbit yang terbarai dari permukaan lantai. Alat telekomunikasi itu dibeleknya. Mujur ia masih berfungsi. Tanpa memasang semula penutup slot bateri yang tertanggal, telefon itu didekatkan kembali ke telinga.

"Bunyi apa tadi?" soal pemanggil yang masih berada dalam talian. Sofie tahu benar identiti individu itu.

"Iq... Iqbal... Saya... ada..." Gugup bercampur terkejut. Otaknya memberi arahan supaya memutuskan panggilan tetapi tangannya tidak berdaya berbuat demikian.

"Awak ada tapi sembunyi dari saya. Untuk pengetahuan awak... selama awak menghilangkan diri, saya asyik teringatkan pantun lama tu," keluh Iqbal.

"Awak telefon dari jauh. Melambung bil telefon awak nanti." Sofie menukar fokus perbualan.

"Sofie... Takkanlah saya tak boleh spend duit sikit untuk seorang kawan? Ataupun awak memang nak padamkan saya dari ingatan? Itu ke helah awak untuk menjauhkan diri dari saya?"

"Itu untuk kebaikan semua pihak." Sofie menjawab dengan dada yang berdebar.

"Kalau awak hargai saya sebagai sahabat, tolong jangan bersikap macam ni," rayu Iqbal.

Sofie pula mengeluh. Pertahanan hatinya mulai luntur. Yang sebetulnya dia tidak sanggup berbual lama dengan Iqbal. Dia tidak mempercayai dirinya.

"Sofie... Kita masih berkawan, kan?" Bisikan Iqbal menyusup rongga pendengaran Sofie dan meresap hingga ke segenap urat sarafnya.

"Ya... Tapi biarlah kita berbalas mesej saja," jawab Sofie dengan mata yang terpejam.

"Tidak, Lady... Saya lebih suka berbual dalam telefon. Saya nak dengar suara awak. I have been looking for you all these years, Sofie. Kalaulah awak tahu..." Iqbal bersuara lirih.

Perasaan yang selama ini dibekukan kini cair meleleh. Baru beberapa minit masa yang diluangkan bersama, dia kecundang kepada rasa yang menjelma. Semua usahanya dahulu seperti sia-sia.

"Rania berada dengan awak?" tanya Sofie apabila teringat tentang gadis itu.

"Tak, dia di tempat lain."

"Dia tak marah ke awak call saya?" tanya Sofie lagi. Janggal rasanya bersembang dengan kekasih orang walaupun bukan secara berhadapan. Apatah lagi antara mereka ada sejarah.

"Kenapa dia patut marah? Bukannya dia tak kenal awak," jawab Iqbal acuh tidak acuh. "Dahlah... Cukup tentang Rania. Kita cakap fasal hal lain."

Hati Sofie sedikit tergores. Namun dia cuba mengingat kembali kenangan yang lepas ketika di alam sekolah rendah. Hanya dengan cara itu dia dapat mengurangkan rasa canggung semasa berbual dengan Iqbal.

Sofie perasan sikap Iqbal agak berbeza. Tidak seperti rakan lama yang teruja dengan pertemuan semula.Iqbal banyak berbisik. Seolah-olah setiap perkataan yang dilafaz adalah rahsia. Memikirkan Iqbal mungkin telah terbiasa beraksi romantis dengan Rania, Sofie tidak memberi perhatian kepada perkara itu.

Perbualan mereka terganggu apabila pintu diketuk.

"Iqbal, saya ada tetamu."

"Siapa yang datang?" Iqbal juga mendengar bunyi itu dalam talian walaupun cuma sayup-sayup. Harap-haraplah Sofie tidak mengizinkan lelaki memasuki kamarnya.

"Entahlah, saya kena periksa dulu," jawab Sofie seraya mengerling ke arah pintu.

Iqbal mengeluh. Dia tahu yang dia terpaksa memendekkan panggilan.

"Tak apalah. Bila-bila nanti saya telefon lagi. Sana dah malam, kan? Selamat malam, Sofie. Dan mimpikan saya..." bisik Iqbal dengan penuh perasaan.

Julia risau. Semasa berwuduk di musholla, dia ternampak beberapa bintilan kecil di tangannya. Sewaktu mandi pula, dia mendapati bintilan yang serupa telah muncul di sekitar badan. Tidak pasti apa bendanya, dia mengetuk pintu bilik Sofie.

"Ju nak minta Kak Sofie tengokkan sesuatu." Dengan malu-malu Julia menunjukkan bintilan tersebut termasuk yang paling besar berada di tengah-tengah dadanya. "Ini ruam, jerawat atau bisul? Rasanya gatal dan rupanya macam bermata."

Sofie mengamati bintilan tersebut. Apa yang dianggap oleh Julia sebagai 'mata' sebenarnya merupakan kantung yang berair.

"Di kepala Ju pun ada?" Sofie mendongak.

"Mungkin ada sebab kepala Ju pun terasa gatal. Bila Ju raba macam ada benjolan-benjolan kecil yang serupa," terang Julia sambil menundukkan kepalanya.

Sofie menyisipkan jarinya di celah rambut gadis itu. Bagi memastikan telahannya, dia turut memeriksa bahagian belakang telinga Julia.

"Kakak rasa Ju kena chicken pox. Sesetengah orang memanggilnya cengkering atau cacar air," kata Sofie selepas mengesan kehadiran benjolan lembut yang agak ketara di bahagian tersebut.

"Alamak, kak! Ju memang tak pernah kena chicken pox." Julia mencemik.

"Besok Ju mesti pergi ke pusat kesihatan universiti. Dapatkan confirmation daripada doktor," nasihat Sofie. "Sekarang Ju berehatlah. Kakak tahu rasanya gatal. Tapi jangan sesekali garu bintil-bintil tu kalau Ju tak nak ada permanent scars. Kalau perlu, pakai sarung tangan semasa tidur. Bukan rubber gloves tapi winter gloves."

"Hah?" Melopong mulut Julia.

"Buat apa Iqbal call you? Girlfriend dia kan ada!" Seperti yang dijangka oleh Sofie, Shazni melenting.

Sofie menghubungi Shazni sebaik sahaja Julia beredar. Sahabat baiknya itu berada di apartmennya di Dubai. Kota metropolitan negara Emiriah Arab Bersatu itu merupakan pangkalan utama bagi semua kakitangan syarikat penerbangan Emirates.

Shazni mendengus sepanjang Sofie bercerita. Biarpun Iqbal kawannya, dia berasa kurang senang apabila pemuda itu menghubungi Sofie.

"Fikir betul-betul, Sofie... I tak nak you feel down dan merana lebih teruk selepas ni. Lain kali bila Iqbal telefon, you tak payah jawab."

"I tak boleh buat macam tu, Shaz..."

"Kenapa tak boleh? You fikir apa? Jangan bermain dengan api kelak nanti you yang terbakar. You sepatutnya dakap masa sekarang dan alu-alukan masa depan. Masa lalu tinggalkan aje di belakang."

"Itu I tahu... tapi dia kawan I juga. Macam you." Sofie menyatakan alasannya.

Shazni tidak berkata apa-apa lagi selepas itu. Sofie tahu, Shazni sama sekali tidak merestui tindakannya.

Pada malam itu Sofie beristikharah. Semoga Tuhan memberi petunjuk kepadanya. Semoga Tuhan menerangkan jalannya serta mencelikkan matanya atas apa yang baik dan buruk baginya. Dan semoga Tuhan membimbing nalurinya atas apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

"Ya Allah... Aku tak mahu melukakan hati sesiapa. Tetapi aku juga tidak kuat untuk dilukai lagi..." Itu antara doa dan rintihan Sofie.

"Tak tahan Ju, kak... Merenyam-renyam gatalnya. Dekat tapak tangan pun dah ada," adu Julia semasa mereka bertemu.

Sofie meneliti kedua-dua belah telapak tangan gadis itu.

"Beri preskripsi ubat Ju kepada kakak. Biar kakak yang ke farmasi. Ju balik dan berehat. Bila kakak balik nanti kakak tolong sapukan calamine lotion."

"Kenapa pula Ju kena balik?"

"Ju tak boleh renyah-renyah. Lebih banyak Ju bergerak, kadar metabolisme tubuh Ju bertambah. Bila suhu badan meningkat, Ju akan rasa lebih gatal."

Tidak mahu perkara itu berlaku, Julia akur. Mereka menunggu bas bersama tetapi destinasi mereka berbeza.

Mengikut cara Melayu, Julia kena berpantang. Tidak boleh makan makanan yang menyebabkan kegatalan. Oleh sebab chicken pox datang dengan demam dan Julia berada dalam keadaan tidak selesa, Sofie bercadang untuk memasak untuknya.

Selepas mendapatkan ubat-ubatan dari farmasi, Sofie mengunjungi pasar raya. Dia membeli ikan segar serta beberapa produk berasaskan ikan dan sayuran yang dimasak secara gril seperti fish fingers dan potato croquet. Selain itu, dia turut membeli dua biji tumbler.

Dari situ, Sofie mengambil bas ke pekan St. Mary. Dia pernah terpandang beberapa biji kelapa di kedai halal poultry di situ.

"Are you sure that you only want the coconut water?" tanya tuan kedai sambil merenung bekas air yang diletakkan oleh Sofie di atas kaunter. Lelaki Pakistan itu berasa pelik apabila Sofie sanggup membayar harga penuh buah kelapa untuk airnya sahaja.

"Yes," ucap Sofie.

Pekedai itu melopong apabila mendengar Sofie bercerita tentang petua Melayu yang menggunakan air kelapa sebagai penawar kepada penyakit itu.

"I will give it to you for free. You are my Muslim sister. Hence your sister is also my sister," ujar tuan kedai sebelum bercakap dalam bahasa Urdu dengan pekerjanya.

Sofie mengucap terima kasih. Syukurlah, semangat persaudaraan Muslim di negara itu tidak mengenal bangsa, warna kulit, negara asal mahupun fahaman politik.

Sementara menunggu air kelapa, Sofie meninjau bahagian di luar kedai. Di situ, sayur-sayuran dan buah-buahan dilonggokkan secara terbuka.

Sofie tertarik hati melihat cili padi dan daun ketumbar yang kelihatan segar. Dia penggemar makanan pedas. Baginya, hirisan cili padi yang ditabur pada sup minestrone dan sup cendawan berkrim mendatangkan nikmat terutamanya jika dinikmati panas-panas dalam cuaca sejuk.

Selepas mengambil secekak daun ketumbar dan dua genggam cili padi, Sofie masuk semula ke dalam kedai. Memandangkan air kelapa masih belum tersedia, dia menyusuri rak yang menempatkan makanan halal di dalam tin.

Sofie sedang meneliti maklumat pemakanan pada tin corned beef apabila dirasanya ada susuk tubuh mendekatinya. Makin lama tubuh itu semakin mendekat.

"You can not escape from me..." Satu bisikan yang meremangkan bulu roma menyapa Sofie. Hampir sahaja terlepas bekas berisi daun ketumbar dan cili serta tin corned beef dari tangan Sofie.

"Emry! Nasib baik saya tak ada lemah jantung." Sofie mengurut dada. Matanya dibeliakkan.

"Sorry... Beli ayam ke?" tanya Emry seraya tersenyum.

"Taklah, saya beli air kelapa untuk Ju. Dia kena chicken pox."

"Oh, kasihannya... Jadi lamalah Ju tak dapat ke makmal?" Emry mempamerkan wajah simpati. "Awak nak balik terus selepas ni, Sofie?"

"Ya," jawab Sofie sepatah.

"Tunggu saya. Kita balik sekali."

Emry segera meninggalkan Sofie untuk ke kaunter. Dia memaklumkan pekedai supaya menyiapkan seekor ayam untuknya.

"Is the coconut water ready?" tanya Sofie kepada tuan kedai. Dia berasa tidak selesa untuk pulang berdua dengan Emry. Biarpun lama menginap di luar negara, dia tidak pernah keluar berdua dengan lelaki.

"In a moment, sister," jawab pekedai sebelum menjerit pula kepada pembantunya yang ditugaskan untuk menebuk buah kelapa.

Sofie tidak jadi melihat barang lain tetapi terus menunggu di kaunter. Tidak lama kemudian, seorang lelaki muda muncul dengan bekas minuman yang telah dipenuhkan dengan air kelapa. Dua bunjut plastik lutsinar yang dijerut di bahagian atas turut dihulur kepada Sofie.

"These two are free gifts. May Allah grant your friend shifa and a speed recovery," kata tuan kedai apabila melihat Sofie tercengang-cengang.

Serentak, Sofie dan Emry mengaminkan doa tuan kedai. Alhamdulillah, Tuhan memurahkan rezeki Julia.

Pada mulanya Sofie berasa lega namun dia mengeluh dalam hati apabila pembantu kedai dari seksyen daging mentah berlari-lari anak membawakan Emry bungkusan berisi ayam.

Emry segera membuat pembayaran. "Keep the change," katanya kepada tuan kedai.

"Boleh kita beredar sekarang?" Emry berpaling kepada Sofie seraya tersenyum. "Mari, biar saya bawa air kelapa tu."

"Tak apa. Kalau bau hanyir ayam melekat pada tumbler, loya pula Julia." Sofie menjauhkan air kelapa dari Emry.

Emry mengangguk tanda faham.

"Kalau macam tu biar saya bawa beg sandang awak."

Sofie terkejut tetapi dia terpaksa merelakan. Tidak seperti Sofie, Emry ke situ dengan tangan kosong.

Mereka berjalan menuju ke simpang jalan besar untuk ke perhentian bas. Ketika mereka masih berjarak hampir seratus meter dari simpang, kenderaan awam itu mula kelihatan.

Menyedari mereka perlu bertarung dengan masa, Emry dan Sofie mula berlari. Namun perbezaan fizikal mereka menyebabkan Sofie sukar menyaingi Emry. Tercungap-cungap nafasnya.

"Cepat, Sofie! Nanti kita ketinggalan bas!" Emry menarik lengan jaket Sofie untuk memaksa gadis itu berlari dengan lebih laju.

Malangnya pintu bas tertutup sebelum mereka tiba di hadapan tangga bas.

Emry mengetuk badan bas yang mula bergerak bagi menarik perhatian pemandu. Tetapi pemandu bas terus menekan minyak.

Emry dan Sofie berpandangan dengan rasa hampa apabila bas meluncur meninggalkan mereka. Dengan langkah longlai, kedua-duanya berjalan ke arah bangku yang disediakan untuk melepaskan lelah.

Kedua-dua orang postgrad muda itu bagaimanapun berpandangan sekali lagi apabila bas yang sama berhenti pada jarak dua puluh meter di hadapan. Pintu bas itu terbuka, mengundang mereka berlari kembali arahnya.

Pada mulanya Sofie duduk di sebelah seorang wanita di salah sebuah bangku di bahagian hadapan bas. Selang satu perhentian, wanita itu meninggalkan kenderaan awam itu. Di perhentian yang sama, naik pula dua orang pemuda berkulit hitam. Semasa seorang daripada mereka menjelaskan tambang, seorang lagi memandang-mandang ke arah tempat kosong di sebelah Sofie.

Emry yang berasa tidak sedap hati segera beralih dari tempat duduk paling belakang menuju ke tempat Sofie.

Sofie merapatkan dirinya ke dinding bas. Biarpun lebih menyenangi Emry yang duduk di sebelahnya berbanding lelaki asing, dia tetap berasa tidak selesa.

Suasana hening seketika antara mereka.

"Sofie... Saya nak beritahu awak sesuatu tentang apa yang awak lihat di sport centre itu hari," ucap Emry dengan perlahan.

"Awak nak cakap tentang Anastasia?" Sofie menoleh.

Emry menggeleng.

"Awak nak minta maaf tentang kawan baru awak yang berlagak tu?" teka Sofie lagi.

"Siapa? Ajmal ke?" Terangkat kening Emry.

Sofie menjawab soalan Emry dengan mencemikkan mulut.

"Kenapa Sofie? Apa yang buat awak anti dia? Apa yang tak kena dengan Ajmal?" Emry mengecilkan matanya. Tidak semena-mena timbul rasa ingin tahu dalam hatinya.

"Saya tak cakap pun yang saya anti dia..."

"Okey, apa tentang Ajmal yang tak menyenangkan awak?" Emry mengubah soalannya.

Kali ini Sofie mengemam bibir pula.

Terangkat lagi kening Emry melihat reaksi keanak-anakan Sofie. Baru dia mahu membuka mulut untuk bertanyakan soalan yang seterusnya, telefon bimbitnya berdering.

"Waalaikumussalam. Ya? Bila tu? Oh, okey. Tak ada masalah. Alright, kita berjumpa di sana."

"Ajmal." Emry mengangkat kening kepada Sofie. "Dia ajak saya pergi gim besok petang," ceritanya tanpa dipinta. Dia mahu melihat reaksi gadis di sebelahnya.

"Baik betul awak dengan dia." Sofie mempamerkan wajah tegang.

"Ya, kami serasi," akui Emry berterus-terang.

Sofie mencemik lagi.

"Sofie... awak belum jawab soalan saya. Apa tentang Ajmal yang awak tak suka?" Ulang Emry.

"Sikap dialah. Takkanlah fasal gaya rambut dia yang macam rambut komando tu," rengus Sofie.

"Saya tengok Ajmal tu okey aje." Emry tersenyum.

Sofie menjelirkan sedikit lidahnya.

Secara spontan, Emry menghamburkan ketawa. Hatinya tercuit oleh sikap Sofie.

"Cik adik... you can trust me. Apa yang tak kena dengan Ajmal?"

Sofie mengangkat bahu sebelum mengadu.

"It is just that... He is so annoying."

Emry tergelak lagi. Seperti yang telah diduga.

"What do you expect, my dear? Ajmal tu anggota pasukan simpanan tentera. Sesetengah military guys kan macam tu. Serius... Keras... Kasar... Kerja dia back home pun banyak melibatkan field work. Tapi sebenarnya dia okey." Sebagai seorang rakan, Emry membela Ajmal.

Sofie tidak bersetuju dengan Emry.

"Papa saya tak macam tu pun," sanggah Sofie. "Arwah papa pun anggota tentera. Instead, he was as cool as cucumber. Macam awak..."

Bibir Emry mengulas senyum mendengar ayat terakhir Sofie.

"Really? Betul ke saya ni cool?" soal Emry dengan kepala yang ditelengkan ke arah Sofie.

"Mmm..." Sofie menjawab soalan Emry dengan satu anggukan.

Emry terus tersenyum memandang Sofie. Senyuman itu bagaimanapun pudar apabila dia teringat isu yang ingin diperkatakannya.

"Sebenarnya, Sofie... Ajmal dan Anastasia tak ada kena-mengena dengan apa yang saya nak beritahu awak," keluh Emry. "Actually... saya nak cakap fasal ni..." Emry menyentuh lengan kirinya, tempat tatunya dicacah. "Saya nak cakap fasal... tatu saya."

Sekali lagi suasana menjadi sepi.

Sofie meneguk air liur yang terasa pahit. Aduh, teruklah kalau Emry melabelnya sebagai gadis bermata liar!

"Saya tahu, Sofie... Ini tindakan yang bodoh. Dulu saya nak buktikan kepada diri sendiri. Saya rasa dengan mempunyai tatu, saya lebih kuat dan gagah. Sekarang saya sedar, tindakan tu tak berfaedah. Saya hanya menyakiti tubuh sendiri. Saya dah merujuk perkara ni kepada imam di Islamic Centre. Saya nak membuangnya tapi belum bersedia untuk menempuh prosesnya."

Sofie ingat dengan jelas tulisan itu. Dia juga ingat gambar hati berdarah yang berpangkah itu.

Disebabkan prinsipnya itukah Emry tidak melayan Anastasia? Kerana itukah Emry masih membujang? Tetapi... bagaimana dengan Umi?

Sofie mengambil sedikit masa sebelum bersuara. Itu pun dengan amat berhati-hati.

"Awak memang maksudkan apa yang tertulis pada tatu awak, Emry?"

Seboleh-bolehnya Sofie mengekang matanya daripada mengerling lengan kiri Emry. Hakikatnya, bahagian itu memang terlindung oleh lapisan pakaian yang menyaluti tubuh pemuda itu.

Emry menggeleng perlahan.

"Dulu, ya. Sekarang tak lagi..."

"Well... Saya gembira awak nak buang tatu tu," bicara Sofie dengan lembut. Anak mata Emry dipandangnya dengan penuh kelembutan juga. Dia mahu pemuda itu tahu yang kata-katanya lahir dari hati nurani.

Tutur kata Sofie bergemeresik alunannya pada pendengaran Emry. Dia dapat membayangkan betapa gadis itu memahami keresahannya. Tatkala itu, semakin yakin hatinya bahawa Sofie mengambil berat tentang dirinya.

"Betul, Sofie?" bisik Emry. Keningnya yang sedikit berkerut terangkat.

Sofie mengangguk seraya menguntumkan senyuman manis. Sesuatu yang sangat jarang dilakukannya untuk seorang lelaki yang bukan mahram. Dia mahu Emry tahu yang dirinya tidak bersendirian dalam menghadapi permasalahan itu.

"Awak tak rasa geli atau jijik dengan saya?" soal Emry lagi seolah-olah tidak percaya.

Sofie menggeleng. Senyuman ikhlas terus dipamerkan.

Bagi Sofie, apa yang ingin dilakukan oleh Emry itu sesuatu yang baik. Sebagai seorang kawan, dia memberi sokongan. Seseorang yang mahu berubah ke arah kebaikan patut diberi dorongan dan galakan. Pandangan serong bukan tindak balas yang bersesuaian. Jauh sekali lontaran cacian dan makian.

Emry menarik nafas lega. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Apa yang menyebabkan dia terharu, Sofie tidak memberi sebarang komen negatif tentang tatunya itu. Sejujurnya, dia sendiri tidak tahu mengapa begitu mudah dia mendedahkan kisah silamnya kepada gadis itu.

Berkali-kali Emry meneguk air liur. Naik turun halkumnya. Kalau boleh, ingin didakapnya Sofie pada masa itu. Ingin dipaparkannya kepada Sofie betapa dia menghargai sokongan yang diberi. Tetapi...

Aduhai, Sofie!

Batin Emry hanya mampu menjerit. Bergetar dadanya menahan perasaan.

"Sofie..." panggil Emry selepas berdiam diri buat seketika. "Berapa tahun perbezaan umur antara awak dan Ju?" soalnya kepada gadis itu.

"Tak banyak, setahun aje," jawab Sofie. Pandangannya terhala ke arah tangan Emry yang tergenggam kemas sehingga timbul segala urat jantan.

Emry menatap sisi wajah Sofie sejenak sebelum menyambung pertanyaan.

"Then, kenapa tak panggil saya Abang Emry macam Ju?"

Ternganga Sofie mendengar pertanyaan Emry.

"Gelilah..." komen Sofie sepatah seraya mengerling sekilas ke arah Emry. Kedua-dua bahunya diangkat tinggi.

"Kenapa geli? Saya kena jadi suami awak dulu baru awak nak panggil saya abang?" soal Emry dengan nada serius.

Sofie yang terkejut, berpaling. Secara spontan dia menentang mata Emry.

Namun Sofie segera melarikan pandangannya apabila mendapati mata Emry yang tidak berkerdip galak merenungnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: